Anda di halaman 1dari 4

USUL: PELANCONGAN DALAM NEGARA LEBIH MENARIK BERBANDING

JENIS PELANCONGAN YANG LAIN.

Bismillahirahmanirrahim, terima kasih yang di Pertua srikandi wanita di


perwakilan kerajaan, jejaka- jejaka di kumpulan pembangkang
seterusnya warga dewan yang bersidang. Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan. Usul masih lagi kekal sama, pelancongan dalam
negara lebih menarik berbanding jenis perlancongan yang lain. Maka,
bertindak selaku yang berhormat Perdana Menteri Kedua, saya masih
berdiri teguh di belakang Yang amat Berhomat Perdana Menteri,
menyokong sepenuhnya usul kita pada hari ini kerana kami yakin
pelancongan dalam negera lebih menarik berbanding jenis pelancongan
yang lain.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai Menteri yang kedua saya pastinya menolah definisi usul yang
telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu JENIS
PELANCONGAN YANG LAIN LEBIH MENARIK BERBANDING
PELANCONGAN DALAM NEGARA. Jadi saya meminta agar definisi usul
itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri
iaitu PELANCONGAN DALAM NEGARA LEBIH MENARIK BERBANDING
JENIS PERLANCONGAN YANG LAIN.
Tuan Yang Dipertua,
Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan
membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar
tadi. Ketua pembangkang mengatakan pelancongan yang lain lebih
menarik berbanding pelancongan dalam negara.

Tuan Yang Dipertua,

Sudah terang lagi bersuluh, negara kita berada di kedudukan strategik


yang berada di garisan khatulistiwa. Kedudukan ini memastikan negara
kita sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, taburan
hujan tahunan di Malaysia adalah lebat sepanjang tahun iaitu sekitar
2600mm setahun. Dengan demikian, negara kita menjadi tarikan
pelancong sama ada kepada pelancong dari atas angin ataupun bawah
angin. Di samping itu, negara kita juga mengalami suhu yang sederhana
dan hampir sekata sepanjang tahun. Buktinya, min suhu tahunan kira-
kira 27 darjah celsius. Keadaan ini mampu menyesuaikan dan
menyelesakan para pelancong dari mana-mana negara jua. Negara kita
juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan
kedudukannya di garisan khatulistiwa. Oleh itu, para pelancong tidak
perlu risau akan keselamatan mereka kerana Malaysia bebas daripada
segala ancaman yang mampu meragut nyawa.

Tuan Yang Dipertua,

Pelancongan dalam negara sememangnya lebih menarik berbanding


jenis pelancongan yang lain. Jadi, hujah saya yang pertama adalah
negara kita mempunyai lokasi dan destinasi yang menarik. Dalam hal
ini, negara kita memiliki destinasi di kawasan tanah tinggi, pinggir laut
dan pulau. Jika dihalusi, kawasan tanah tinggi di negara kita mempunyai
pemandangan yang indah serta udaranya segar dan nyaman. Keadaan
ini membolehkan kawasan tanah tinggi dibangunkan sebagai pusat
pelancongan. Contohnya, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser di
Pahang. Disamping itu, kawasan pinggir laut negara kita juga berpotensi
untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Buktinya, banyak
pelancong berkunjung ke Port Dickson, Pantai Cahaya Bulan, dan Batu
Feringgi, terutamanya pada musim cuti. Pulau-pulau di negara kita
terkenal sebagai kawasan pertumbuhan batu karang dan mempunyai
pantai berpasir yang berair jernih dan indah mampu menjadi daya
tarikan pelancong. Misalnya, , Pulau Tioman, Pulau Pangkor, dan Pulau
Kapas. Terbuktilah, pemilikan destinasi pelancongan yang menarik
dapat menjadikan pelancongan di Malaysia lebih menarik.

Tuan yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa mempunyai pelbagai


kaum dan sejarah tersendiri. Rakyat acap kali mengatakan pelancong-
pelancong gemar melancong di Malaysia adalah kerana kekayaan
budaya dan sejarah masyarakat berbilang kaum yang kita miliki. Umum
sedia maklum, kemajmukan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-
lain hidup bersama menjadi satu tarikan kepada para pelancong kerana
banyak budaya yang dikongsi bersama. Tamsilnya, penganjuran rumah
terbuka pada hari perayaan menjadi simbol perpaduan masyarakat di
Malaysia di mana pelbagai hidangan tradisional dihidangkan. Daripada
hidangan kaum Melayu seperti ketupat, rendang, hidangan kaum India
seperti kari, tosei sehingga hidangan Cina seperti yee sang dan kuih
bulan. Malah, Kita juga boleh menghiasi video pelancongan dengan
keistimewaan Malaysia. Pelancong juga dapat mengunjungi muzium
dan memorial untuk mengenali dengan lebih dalam tentang sejarah,
budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Tidak dinafikan keramahan
serta budi bahasa yang tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia juga menjadi sebab pelancong gemar untuk berkunjung ke
negara ini. Bak kata peribahasa, yang elok itu budi yang indah itu
bahasa.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kami, pihak kerajaan yakin
dan lagi percaya pelancongan dalam negara lebih menarik berbanding
jenis pelancongan yang lain.
Tuan Yang Dipertua,
Saya memohon mencadang, Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai