Anda di halaman 1dari 15

KERJA KURSUS

MATA PELAJARAN : PEDAGOGI

KOD : EDUP 2093

NAMA : RABIAHTUL ADAWIYAH BINTI MOHAMED SHAARANI

ANGKA GILIRAN : 2021202400364

NO KAD PENGENALAN : 900816146832

PROGRAM : PDPP KDC

AMBILAN : OKTOBER 2021

KUMPULAN/UNIT : 1.01

NAMA PENSYARAH KURSUS : PUAN SITI ROMLAH BINTI YAHYA

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Wajaran


1. Penulisan 27 .10.2021 7.12 .2021
2.Persembahan 27.10 .2021 14.12 .2021

Jumlah

1
BIL PERKARA MUKASURAT

1 Pengenalan 3

2 Pelan Pembelajaran Bermakna 4

6
3 KmR
4 Kemahiran Mengendalikan Dan Menyelesaikan Masalah Luar 13
Jangka

5 Rujukan 15

6 Lampiran 14

2
1.0 PENGENALAN
Segala puji bagi Allah SWT dengan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan Kerja
Kursus bagi memenuhi tuntutan kursus subjek Pedagogi EDUP 2093.

Dewasa ini,proses pengajaran dan pembelajaran telah berevolusi dengan


pantas.Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahkan telah di naik taraf menjadi kaedah
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).Guru-guru tidak boleh lagi terperangkap dengan
kaedah pengajaran yang tidak terkini seperti chalk and talk atau pun kaedah pengajaran
klasik apatah lagi antik.Guru perlu cekap memperbaharui dan menyesuaikan diri dengan
capaian teknologi bagi membantu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid.

Maka bagi menyempurnakan tugasan ini,saya telah membuat ulangkaji seperti


mendengar kembali video – video rakaman pensyarah iaitu Puan Siti Romlah binti Yahya
dan juga membuat rujukan kepada sumber-sumber berkaitan subjek dan tajuk yang
dipilih.Semoga dengan sempurnanya tugasan ini,dapatlah saya memanfaatkan ilmu dan
kemahiran yang diperolehi untuk digunakan dalam mendidik dan menyampaikan ilmu
pengetahuan dengan kaedah terkini demi pembangunan anak bangsa.In syaa Allah.

3
2.0. Penerapan Elemen 6C Dalam Projek Yang Dirancang

4C diterapkan di dalam projek ini dalam banyak aspek di dalam Project Based Learning ini.

1. Kreatif (Creativity)
Pertama sekali adalah daya kreatif yang mana memerlukan pelajar perlu mengasah minda
mereka berfikir secara kreatif supaya hasil kerja iaitu pamplet,sajak dan bercerita mereka
bermutu tinggi dan sarat dengan maklumat.

2. Komunikasi (Communication) :
Murid perlu berkomunikasi dengan komunikasi yang berkesan dengan guru-guru
mereka supaya mereka dapat menyerap maklumat hasil pembelajaran dengan
berkesan.Bagi menjayakan projek ini,murid juga perlu sentiasa merujuk kepada guru
mereka berkenaan silibus,bercerita,pembentangan,dan cara deklamasi sajak yang betul

3. Kewarganegaraan (Citizenship) :

Melalui tugasan projek ini,murid di dedahkan dengan apa yang berlaku di luar
negara.Kita berhasrat melahirkan murid yang cakna akan isu sejagat dan keluar daripada
linkungan diri sendiri semata-mata.Jadi aktiviti pembelajaran pelajar mencari maklumat
mengenai Perjanjian Oslo dan Perjanjian UAE-Israel dan impaknya kepada geopolitik dunia
Islam dan kesannya kepada krisis di Asia Barat.

Selain itu pelajar diminta mengkaji menbuat carian mengenai Perjanjian Dayton yang
mana perjanjian ini telah menamatkan penyembelihan umat Islam di negara Bosnia
Herzegovina dalam operasi penghalusan etnik oleh tentera Serbia.Malaysia adalah negara
kecil berjiwa besar yang bersuara lantang di dalam perjanjian-perjanjian ini sama ada
menyokong atau membantah.Murid perlu tahu kekuatan negara ini,kelantangan suara bumi
bertuah ini dalam mempertahankan isu berkaitan umat.Semangat percaya kehebatan
bangsa dan negara ini perlu ditanam di dalam jiwa murid.

4. Koperatif (cooperative)
Murid dikehendaki menjalankan aktiviti yang menjurus kepada elemen koperatif dalam
menyempurnakan tuntutan projek ini.Sebagai contoh,murid perlu membuat aktiviti rally robin
dan round robin bagi menegeluarkan dapatan kajian dan idea yang significant dalam
menjayakan projek

4
5. Kolaborasi (Collaboration) :

Murid perlu berkolaborasi dan menyumbang idea sesama mereka dalam


menjayakan semua projek ini.Setiap ahli kumpulan perlu membuat carian dan kajian tentang
pelbagai cabang pengetahuan.Projek ini cuma dapat dijalankan hanya bila murid
berkolaborasi sesama mereka.Jika mereka tiada courage untuk berkolaborasi,maka projek
ini sudah tentunya akan gagal seterusnya menjejaskan penilaian yang dijalankan keatas
mereka.

6. Kenegaraan (Country) :
Melalui pembelajaran berasaskan projek ini,saya bercita-cita menyuburkan jiwa
pelajar dengan semangat cintakan negara.Perjanjian Hudaibiah menjadikan murid
mempunyai perasaan patriotik terhadap tanah air sendiri.Ini apabila mereka menyoroti
semangat Baginda Nabi SAW dan para sahabat untuk kembali ke tanah air mereka iaitu
Mekah meskipun orang Islam sudah mempunyai negara Madinah yang kuat,kukuh dan
digeruni setelah memenangi peperangan demi peperangan dengan orang
musyrikin.Semangat ini yang kita mahu terapkan di dalam jiwa setiap murid.Jika seandainya
suatu hari nanti mereka belajar di luar negara,mereka mempunyai perasaan berkobar-kobar
untuk pulang berbakti dan membangunkan negara mereka sendiri pula.
Sesuai dengan pepatah Melayu yang mengungkapkan ibarat sirih pulang ke
ganganggya.Begitulah Baginda telah menjadikan Perjanjikan Hudaibiah sebagai langkah
awal untuk membuka kembali Mekah,tanah airnya.
Sifat cintakan asal usul ini,dapat juga murid-murid lihat di dalam sabda Rasulullah SAW :

ُ ْ ‫ن ﻗ َ ْو ِﻣ ﻲ أ َ ْﺧ َر ﺟُ و ﻧ ِﻲ ِﻣ ﻧ ْ ِك َﻣ ﺎ ﺳ َ ﻛ َ ﻧ‬
‫ت ﻏ َ ﯾ ْ َر ِك‬ ‫ َو ﻟ َ ْو َﻻ أ َ ﱠ‬، ‫ﺣ ﺑ ﱠ ِك إ ِ ﻟ َ ﻲﱠ‬
َ َ ‫ َو أ‬، ‫َﻣ ﺎ أ َ طْ ﯾ َ ﺑ َ ِك ِﻣ ْن ﺑ َ ﻠ َ ٍد‬

“Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan betapa cintanya diriku terhadapmu,
seandainya kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan
tinggal selain daripadamu.

5
2.1 Contoh templat KmR merentas mata pelajaran (interdisiplin)

Nama Sekolah SAR KAFAI AU4 TAMAN KERAMAT

Kelas/ Ting 6 Uhud

Tajuk/ Tema Keamanan sejagat.

Ringkasan Projek ini dinamakan sebagai Minggu Manifestasi Cinta Rasul dan
Projek Tanah Air.Projek ini menggabungkan dua sambutan perayaan yang
(abstrak) utama iaitu sambutan Maulidurrasul yang digabungkan sekali dengan
sambutan Hari Malaysia.

Matlamat utama PBL ini, adalah mendalami sirah Perjanjian


Hudaibiah,kekuatan azam dan sikap Nabi terhadap tanah air Baginda
iaitu Mekah al-mukarramah,percanggahan perintah Baginda dan
sangkaan para Sahabat dalam merangka isi perjanjian Hudaibiah dan
yang terakhir sekali bagaimana perjanjian Hudaibiah ini menyumbang
kepada pembukaan kota Mekah.

Projek ini memerlukan pelajar membandingkan komposisi kaum


dan etnik dalam negara Islam Madinah di bawah pentadbiran Baginda
Nabi SAW dan juga komposisi kaum yang membentuk masyarakat
Malaysia bagi menguatkan lagi pemahaman murid berdasarkan situasi
semasa di dalam negara.

Projek ini juga mengkehendaki pelajar mencari maklumat


mengenai sekurang-kurangnya 5 perjanjian yang pernah berlaku dalam
sejarah .Sama ada zaman silam mahupun zaman kontemporari.Juga
perjanjian yang pernah di buat dalam proses kemerdekaan Malaysia.Ini
penting supaya pelajar mendapat gambaran apakah sebab berlakunya
perjanjian,sebab dan impak perjanjian dalam menyelesaikan kemelut dan
sesebuah tuntutan.

Bagi menzahirkan kefahaman murid berkenaan tajuk ini,maka


murid di dalam kumpulan di kehendaki meyampaikan pemahaman melalui

6
kaedah bersajak dan bercerita.

Pelajar juga diminta seawal minggu pertama pembelajaran untuk


mengisi senarai semak amalan sunnah dalam kehidupan seharian
(mutabaah amal) bagi menguji pengamalan sunnah dalam kehidupan
seharian mereka.

Bagi menjayakan projek ini, kami perlu berbincang dalam


kumpulan yang melibatkan guru-guru subjek (inter disciplinary) kerana ia
melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam,Bahasa Melayu dan
Sejarah , sebelum diskusi pelaksanaan dilanjutkan bersama dengan
pelajar.

Rumusan hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk


sajak, puisi, debat, lakonan, etc. kepada semua murid, guru dan akan
dikongsikan nanti dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Penilaian
terhadap setiap peringkat kajian (proses dan produk) kami adalah
berdasarkan rubrik-rubrik tertentu yang telah dibentuk.
Masa 4 minggu

Mata Pelajaran Subjek 1 Subjek 2 Subjek 3

Pendidikan BM Sejarah
Islam (Induk)

Standard 5 1.5 Bercerita dan 11.1 Kaum dan


Kandungan menceritakan Etnik di
Merumus dan
sesuatu perkara Malaysia
mengaplikasikan
semula dengan
iktibar daripada
tepat
peristiwa
menggunakan
perjanjian
sebutan yang jelas
Hudaibiah
dan intonasi yang
betul.

Standard 5.1.1 1.5.1 Bercerita 11.1.1


Pembelajaran dengan sebutan Menghuraikan
Menjelaskan
dan intonasi yang pelbagai kaum

7
latar belakang betul dengan dan etnik di
peristiwa menggunakan Malaysia.
Perjanjian pelbagai ayat yang
Hudaibiah mengandungi
bahasa yang
indah. 1.5.2
Menceritakan
sesuatu perkara
dengan sebutan
dan intonasi yang
betul
menggunakan
pelbagai ayat yang
mengandungi
bahasa yang
indah.

Tahap TP 1
Penguasaan
TP6 TP6 Murid
mengetahui
Murid Menyampaikan
kaum dan etnik
merumuskan cerita dengan
di Malaysia
Peristiwa menggunakan
Perjanjian pelbagai ayat yang TP 2
Hudaibiah dan mengandungi
Murid
mengaplikasikan bahasa yang indah
memahami
iktibarnya serta serta sebutan dan
kaum dan etnik
mengamalkan intonasi yang betul
di Malaysia
sunnah pada tahap sangat
Rasulullah saw terperinci,konsisten
dalam dan menjadi model TP6 Murid
kehidupan teladan boleh
harian secara menzahirkan
istiqamah dan idea yang
boleh dicontohi rasional tentang
atau boleh kaum dan etnik

8
membimbing di Malaysia
orang lain.

Hasil 1.Murid merumuskan peristiwa perjanjian hidaibiah dan mengaplikasi


Pembelajaran iktibarnya serta mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian
secara istiqamah dan boleh dicontohi dan boleh membimbing orang lain.

2. Murid mengetahui dan memahami kaum dan etnik di Malaysia

3. Murid dapat menyampaikan cerita dengan menggunakan pelbagai ayat


yang mengandungi bahasa yang indah, serta sebutan dan intonasi yang
betul pada tahap sangat terperinci,konsisten dan menjadi model teladan

4. mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi termeterainya


Perjanjian Hudaibiah

5. Menganalisis dan mempersembahkan kronologi hingga termeterainya


Perjanjian Hudaibiah melalui garis masa.

6. membuat rumusan hasil kajian dalam bentuk sajak, puisi, lakonan, etc.

Big Idea Diplomasi memberi impak kepada keamanan sejagat.

Soalan 1) Bagaimanakah anda mengaplikasikan diplomasi dalam menghadapi


Pencetus Idea masalah dengan pihak lain dalam kehidupan?( Pendidkan Islam)

2) Bagaimana kecerdikan Rasulullah melangkau apa yang para Sahabat


sangkakan dalam isi Perjanjian Hudaibiah? (Pendidikan Islam)

3) Bagaimanakah kekuatan hubungan sesama etnik membentuk


masyarakat yang harmoni di Malaysia. (Sejarah)

4) Bagaimanakah cara terbaik menyampaikan cerita supaya kaedah


bercerita menjadi berkesan?

9
Pengetahuan Kemahiran

Latar belakang Perjanjian Hudaibiah Menganalisis


Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia Menyampaikan cerita
Sebutan dan intonasi yang betul dan laras Mengetahui dan memahami komposisi etnik
bahasa yang indah di Malaysia

Menghasilkan Merangka cerita Membuat peta minda yang


pamplet lengkap pendek membincangkan komposisi etnik
Tugasan
yang berdasarkan dalam masyarakat Melayu.
Pembelajaran
menceritakan kronologi
mengenai Perjanjian
Perjanjian Hudaibiah dalam
Hudaibiah. bentuk tulisan.

Eviden Lain 1) Senarai semak (mutabaah amalan sunnah dalam kehidupan harian)
(other 2) Rubrik pemarkahan bercerita
evidences) 3) Rubrik pemarkahan sajak
4) Kuiz
5) Rubrik kuiz
6) JSU kuiz
7) Lembaran kerja kajian jenis-jenis perjanjian di dunia.

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran

Aktiviti Subjek Pendidikan Islam (Induk)


Pembelajaran Minggu pertama :
1. Guru meminta murid mencari maklumat berkaitan :
• Perjanjian Pangkor
• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

10
• Perjanjian Dayton
• Perjanjian Oslo
• Perjanjian UAE – Israel
2. Murid menyenaraikan hasil carian mengenai perjanjian yang
mereka jumpai.
3. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan
dianggotai oleh 5 orang murid.
4. Murid diminta merangka dan mencari maklumat Perjanjian
Hudaibiah dan merangka pamplet yang padat dengan maklumat
dalam sehelai kertas

5. Murid memerhati peta semenanjung Tanah arab supaya dapat


gambaran awal.Paparan peta melalui power point.
6. Murid diminta mengingat kembali komposisi penduduk di negara
Madinah
7. Murid diminta mengingat kembali senarai peperangan yang
disertai Rasulullah sebelum peristiwa Perjanjian Hudaibiah.
8. Murid diminta mengisi dan mencatatkan senarai mutabaah amalan
harian untuk minggu pertama
9. Guru membincangkan latar belakang perjanjian hudaibiah
10. Guru memberikan latih tubi perjanjian hudaibiah dan
merumuskan.(Pentaksiran Formatif)

Minggu kedua.
1. Guru mengajar standard pembelajaran pertama iaitu 5.1.3 dan
5.1.4 berkenaan dengan menjelaskan latar belakang peristiwa
Perjanjian Hudaibiah.
2. Murid ditayangkan video mengenai Perjanjian Hudaibiah oleh
Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.
3. Murid dalam kumpulan yang telah dibentuk,diminta untuk
membentangkan dapatan mereka mengenai Perjanjian,dan
apakah perjanjian daripada perspektif undang-undang dinegara
Malaysia.

Minggu ketiga

11
1. Pelajar dibimbing menyiapkan pamplet Perjanjian Hudaibiah di
dalam kumpulan mereka.
2. Guru mengajar di dalam kelas subtopik 5.1.1 dan 5.1.2
3. Guru mengajar subtopik 5.1.3 dan 5.1.4

Minggu keempat (Minggu kemuncak)


1. Guru membimbing pelajar menyempurnakan instrument-
instrument lain untuk tujuan pentaksiran.
2. Guru menyediakan pentas dan ruangan untuk pelajar membuat
persembahan mereka.
3. Papan pameran untuk mereka pamerkan pamplet juga dipasang.
4. Guru membuat pentaksiran

Subjek Bahasa Melayu.


Minggu kedua
1. Guru Bahasa Melayu menunjukkan cara bercerita dalam lakonan
dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan menggunakan
pelbagai ayat dan mengandungi bahasa yang indah. Subtopik
1.1.1 (TP6)
2. Guru memberikan bimbingan kepada murid mengarang dan
menghasilkan cerita yang menerangkan isi dan peristiwa
Perjanjian Hudaibiah dengan menggunakan bahasa yang tepat.
3. Guru membimbing murid melantunkan intonasi yang tepat di
dalam menyampaikan cerita Perjanjian Hudaibiah.

Minggu ketiga

1. Guru Bahasa Melayu melatih murid bercerita tanpa melihat


skrip.Latihan ini berlangsung sepanjang minggu ketiga.

2. Dalam minggu kedua dan ketiga yang sama juga,guru Bahasa


Melayu membimbing pelajar menghasilkan sajak berkenaan
Perjanjian Hudaibiah dan Kepelbagaian Etnik di Malaysia.

12
Minggu kedua
Subjek Sejarah.
1. Pada minggu kedua aktiviti ini berlangsung,guru sejarah
menghuraikan mengenai 11.1 iaitu Kaum dan Etnik di
Malaysia.
2. Murid diminta membuat carian mengenai asal usul kaum
yang membentu masyarakat Malaysia.
3. Guru menerangkan persamaan dan perbezaan antara
kepelbagaian masyarakat Madinah di zaman Nabi dan juga
kaum di Malaysia.

Minggu ketiga
1. Guru meminta murid membuat pembentangan di dalam bentuk
peta minda berkenaan kaum kaum yang membina masyarakat
Madinah dan masyarakat Malaysia.
2. Murid merangka sajak yang terkandung padanya isi mengenai
Perjanjian Hudaibiah sehingga pembentukan negara Islam
Madinah dan juga Pembentukan Malaysia.

Minggu keempat.
Pembentangan dan persembahan projek. Minggu Manifestasi Cinta Rasul
dan Tanah Air.

3.0 Kemahiran Menyelesaikan Masalah Luar Jangka

Dalam kehidupan kita tidak mampu untuk mengelak masalah daripada berlaku
lebih lebih lagi jika masalah itu berlaku di luar jangkaan.Hal ini turut tidak terkecuali
melanda pelan pembelajaran dan perancangan Minggu Manifestasi Cinta Rasul.Antara
masalah yang mungkin berlaku adalah kemungkinan perlaksanaan semula PKP dan
penutupan institusi pendidikan khususnya sekolah.Bagi menghadapi masalah
ini,maka perancangan perlaksanaan secara dalam talian perlu difikirkan sebagai
perancangan kedua jika masalah luar jangka ini berlaku.Dengan wujudnya masalah
luar jangka ini dan adanya cadangan yang dikemukakan,ianya sedikit sebanyak dapat

13
menambah baik kaedah pembelajaran.

4.0 Lampiran

14
Rujukan

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia

Noriati A. Rashid, Boon P.Y , Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2016). Murid dan
Pembelajaran (edisi 3)

Ramadhan al-Buti.Fiqh Sirah (1977) Sulh Hudaibiyah.Damsyik.Darul Fikr

15

Anda mungkin juga menyukai