Anda di halaman 1dari 3

Eksperimen 6.1.

6 : Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dan


tulang yang berongga.

Burung mempunyai tulang berongga yang membolehkannya terbang


manakala gajah mempunyai tulang yang padat bagi menampung berat
badannya

Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk membandingkan kekuatan
tulang yang padat dan tulang yang berongga.

Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.

Laporan amali anda hendaklah mengandungi perkara -perkara berikut :


(a) Penyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan

Laporan anda juga perlu membincangkan perkara-perkara yang berikut:


1. Carta palang yang menghubungkan jenis silinder melawan jisim yang dapat disokong olehnya.
2. Nyatakan pemerhatian yang berlaku kepada silinder berongga dan silinder padat dan berikan
sebabnya.
3. Apakah perbezaan antara kekuatan bagi kedua-dua silinder berongga dan silinder padat?
4. Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap kekuatan silinder, nyatakan definisi secara
operasi bagi silinder berongga.

Jawab soalan yang berikut:


i. Namakan satu haiwan yang mempunyai tulang yang berongga. Apakah fungsi tulang
berongga itu?
ii. Setelah eksperimen dijalankan, anda mendapati pemerhatian anda tidak sama seperti teori.
Apakah yang boleh dilakukan supaya anda mendapat pemerhatian yang lebih jitu?
iii. Berdasarkan pemerhatian eksperimen, adakah data yang anda perolehi boleh diterima?
Berikan alasannya.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni
akan dinilai.
Contoh Laporan

Pernyataan masalah : Adakah tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat?
[K1P1]

Tujuan: Untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dengan tulang yang berongga.
[KIP2]

Hipotesis: Tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat.

[K1P3]
Pemboleh ubah :
- dimanipulasi : Jenis silinder (berongga atau padat)
- bergerak balas : Bilangan pemberat 50 g yang boleh disokong oleh silinder
- dimalarkan: Panjang dan diameter silinder
[K1P4]

Radas dan bahan : Pemberat 50 g, gunting, kertas A4, pita selofan dan penutup kotak
[K1P5]

Prosedur:
1. Buatkan empat silinder yang berongga berukuran 2.5 cm dengan menggunakan kertas A4. Lekatkan
pita selofan di bawah dan atas gulungan kertas.
2. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak. Label struktur ini sebagai Model X.
3. Buatkan empat silinder yang padat berukuran 2.5 cm dengan menggunakan kertas A4. Lekatkan pita
selofan di bawah dan atas gulungan kertas.
4. Lekatkan setiap silinder pada bahagian sudut penutup kotak. Label struktur ini sebagai Model Y.
5. Letakkan beban 50 g satu persatu di atas setiap model sehingga silinder kertas bengkok.
6. Kira bilangan beban 50g yang boleh disokong oleh silinder dan catat dalam jadual
[K1P6]

[K1P7]

Pemerhatian

Jenis Silinder Jisim yang dapat disokong (g)


Berongga
Padat
[K3P1] / [K3P2]
1.Carta Palang

Jisim (g)

Jenis silinder
Berongga Padat
[K4P1]

2. Silinder berongga dapat menyokong bilangan beban yang lebih banyak berbanding
silinder padat kerana silinder berongga lebih kuat.
[ K4P2a]

3. Silinder berongga lebih kuat daripada silinder padat


[ K4P2b]

4. Silinder berongga ialah silinder yang dapat menyokong lebih banyak beban sebelum ianya menjadi
bengkok
[ K4P2c ]

Perbincangan:
i. Burung pipit. Tulang berongga lebih ringan dan kuat bagi memudahkan burung pipit
terbang.
[K5P1]

ii. Membesarkan diameter silinder berongga. // Padatkan silider. //Menggunakan bilangan


kertas yang sama untuk membuat silinder berongga dan silinder padat.
[K5P2]

iii. Ya. Tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat kerana silinder berongga
(mewakili tulang berongga) dapat menampung jisim beban yang lebih besar berbanding
silinder padat (tulang padat).
[ K5P3 ] / [K5P4]

Kesimpulan: Tulang yang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat [
K4P3 ]

Anda mungkin juga menyukai