Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

TEKS CERITA TAHAP 2

Ibu..ibu engkaulah ratu hatiku… (lagu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan juri yang

bijaksana serta rakan-rakn yang dihormati sekalian.

Rakan rakan,

Ayah dan ibu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita kerana adanya

ayah dan ibulah kita wujud di dunia ini. Mari dengar cerita saya hari ini, cerita “Pesan

Ibu dan Ayah”.

Cuaca tengah hari itu terik sekali. Matahari betul-betul tegak di atas kepala.

Bahangnya terasa seolah-oleh membakar kulit. Pokok-pokok langsung tidak

bergoyang, menandakan tidak ada angin.

Di sebuah lorong kecil , terletak di antara rumah setinggan di perkampungan

itu, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki sedang berjalan pulang dari sekolah.

Masing-masing menggalas beg yang sarat dengan buku. Wajah ketiga-tiga mereka

nampak letih dan dibasahi peluh, tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan.Tiba-

adik, si adik yang paling kecil dengan wajah yang berkerut mengadu kepada

abangnya bahawa dia berasa amat dahaga. Kebetulan mereka lalu di hadapan gerai

minuman. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang lain sedang enak makan Air

Batu Campur di situ. Amar menelan air liur. Tubuhnya terus dibasahi peluh. Ketika

itu juga, si adik merengek-rengek kerana dahaga. Si abang iaitu Amar cuba

memujuk Arif kerana rumah mereka sudah hampir. Tetapi apakan daya, Amar tidak

mempunyai wang untuk membeli air apatah lagi air batu campur untuk adiknya itu.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

Dia berasa amat kasihan terhadap adiknya itu. Hari ini ibu mereka tidak

memberikan mereka wang belanja ke sekolah. Mereka hanya membawa bekal

jemput-jemput pisang sahaja dan sebotol air masak untuk mengalas perut ketika

waktu rehat. Bukan hari itu sahaja mereka tidak membawa wang belanja ke sekolah.

Sudah banyak kali mereka ke sekolah dengan hanya membawa air dan biskut atau

roti sahaja. Kehidupan mereka tidak semewah seperti kanak-kanak yang lain.

Mereka makan ala kadar sahaja kerana ibu bapanya terpaksa menjimatkan duit bagi

menyara persekolahan mereka. Disebabkan kekurangan wang jugalah mereka

terpaksa berjalan kaki pergi dan balik sekolah yang teletak 2 kilometer dari rumah

mereka.

Rakan-rakan ,bagi Amar dan Amri, mereka sudah biasa dengan keadaan itu.

Tetapi mereka kasihan terhadap Arif nama si kecil yang tidak tahu apa-apa itu.Tentu

dia tidak faham mengapa mereka semua terpaksa berjalan kaki pergi dan balik

sekolah, tidak naik bas atau dihantar oleh bapa seperti kanak-kanak yang lain.

Hampir setiap hari dia merungut letih dan penat kerana asyik berjalan kaki ke

sekolah.

Amar, Amri dan Arif sampai ke rumah dengan peluh membasahi baju sekolah

mereka. Lega benar perasaan mereka dapat sampai ke rumah setelah setengan jam

berjalan kaki di tengah panas yang terik begitu. Ibu segera menghidangkan nasi di

atas meja dapur. Selepas menyalin pakaian sekolah, Arif dan Amri segera menerpa

ke dapur kerana perut mereka memang sangat lapar. Tetapi, tiba-tiba Arif

memberontak sambil merengek-rengek kerana setiap hari berlaukkan telur dan nasi.

Ibunya dengan sayu memujuk Arif supaya makan makanan yang telah dihidangkan.

Arif terus membentak mahu makan makanan yang sedap-sedap seperti ayam dan

daging yang tidak mampu disediakan oleh ibunya. Namun Arif memarahi ibunya
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

kerana dia tidak faham mengapa ayah dan ibunya sering memberikan alasan tidak

ada duit.

Ibu memujuk Arif dengan lembut sambil mengusap-usap kepala anaknya. Ibu

menerangkan kesusahan dan kepayahan ayahnya mencari rezeki demi

memebesarkan anak-anaknya dengan baik. Arif akhirnya diam. Walaupun sebentar

tadi dia memberontak tidak mahu makan, tetapi setelah dipujuk oleh ibunya dia

makan juga dengan lahap. Si ibu tersenyum melihat gelagat anaknya. Amar yang

berada tidak jauh dari situ mendengar segala perbualan antara ibu dan adik-adiknya.

Perbualan begitu dan pujukan ibunya bukanlah asing lagi di telinganya. Dia telah

mendengar beratus-ratus kali kata-kata yang sama dituturkan ibunya setiap kali

adik-adiknya merajuk dan menangis. Kasihan adik-adiknya. Tetapi dia lebih kasihan

kepada ibu dan ayahnya.

Pada suatu hari, Amar pergi ke kedai kerana disuruh ibunya membeli

beberapa barang keperluan. Dia terserempak dengan beberapa anak jirannya yang

sedang duduk-duduk di bawah pokok rambutan. Kawan-kawannya mengajak Amar

untuk singgah berbual dengan mereka.Tiba-tiba perbualan mereka bertukar kepada

sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh Amar.

Rupa-rupanya, mereka bertiga merancang untuk mencuri di beberapa buah

kedai runcit di kampung itu. Hati Amar mula berdebar-debar dan cemas. Mereka

telah mengajak Amar untuk turut serta dalam rancangan mereka, tetapi Amar terus

menggelengkan kepalanya menandakan tidak setuju. Seumur hayatnya belum

pernah pun dia berniat untuk mencuri. Sejak kecil, ayah dan ibunya selalu berpesan

jangan mencuri, berdosa. Kerana tidak mahu mengikuti rancangan budak-budak itu,

Amar diminta untuk merahsiakan rancangan mereka. Amar mengangguk tetapi


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

perasaannya hanya tuhan yang tahu. Sedikit pun dia tidak percaya bahawa mereka

bertiga melakukan kerja yang tidak bermoral.

Lalu dengan segera Amar pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan

ibunya. Amar begitu serba salah memandang wajah Pak Mail yang tenang dan baik

itu. Dia teringat rancangan jahat budak-budak itu. Perasaannya berkecamuk

sehingga terlupa membeli barang yang dipesan ibunya. Dia terus pulang ke

rumahnya.

Ibunya berasa hairan melihat keadaan Amar kegelisahan. Amar memandang

wajah ibunya. Amar tunduk memandang tanah. Dia tidak tahu apa yang hendak

dijawab kepada ibunya. Amar berasa serba salah. Tiba-tiba terpacul dari lidahnya

menceritakan apa yang berlaku. Amar menceritakan dengan jujur kepada ibunya.

Setelah mendengar penerangan Amar, ibu menasihatkan anaknya agar

memberitahu hal yang sebenar kepada Pak Mail. Setelah dinasihati ibunya, Amar

berasa lebih bersemangat dan berbuat baik terhadap Pak Mail yang telah banyak

membantu keluarganya. Amar berasa amat lega kerana dapat membantu Pak Mail

sebelum sesuatu yang buruk berlaku terhadapnya.

Wahai rakan-rakan sekalian, tanpa ayah dan ibu tiadalah kita. Siapalah kita

tanpa ayah dan ibu yang telah berkorban apa sahaja untuk kita semua. Jadilah kita

semua anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa, masyarakat,

negara dan agama. Kasih ibu tiada tandingan. Kasih ayah tiada terbalas.Walau

siapa pun ibu dan ayah kita, miskin atau kaya mereka tetap ibu dan ayah yang telah

melahirkan dan membesarkan kita.

Sekian cerita saya hari ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai