Anda di halaman 1dari 25

Resepi Grill Salmon

Imej via Facebook

Resepi daripada Jewel Ecah di laman Facebook. Rasanya


memang sedap. Makan sepinggan tidak cukup, mesti ingin
bertambah.

Bahan-bahan :

 Ikan salmon,
 Bawang putih 4 ulas (tumbuk),
 Mix herbs (optional),
 Oregano (optional),
 Garam /perasa,
 Minyak sedikit untuk sapu pan.

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan.


2. Perap sekejap.
3. Mula grill ikan salmon.
4. Jika sudah masak, ketepikan.
5. Siap.

Resepi Salmon Madu Panggang


Imej via Facebook
Panggang madu selain sedap diolah untuk ayam, rupanya resepi
panggang madu juga sedap sangat dengan salmon. Tengku
Asmadi berkongsikan resepi salmon madu panggang yang
menarik dan patut cuba.

Bahan-bahan :
 1 potongan salmon,
 1 sudu teh serbuk paprika,
 1 sudu teh serbuk cayenne,
 1 sudu teh serbuk lada hitam,
 2 sudu besar minyak zaitun,
 1 sudu teh serbuk cili,
 2 ulas bawang putih,
 1 sudu besar perahan lemon,
 1 sudu besar kicap cair,
 1 sudu besar madu.

Cara-cara :

1. Campur kesemua bahan dengan salmon.


2. Perap selama 2-6 jam pun tidak ada masalah.
3. Terus bakar pun boleh.

Resepi Salmon Grill With Lemon Sauce


Imej via Facebook
Resepi yang mewah dan menarik. Sesuai dijadikan hidangan
sempena menyambut perayaan birthday dan sebagainya. Masak
dengan kuali non stick pan sebab tidak mahu bagi melekat ikan
nanti boleh jadi hancur kalau melekat. Resepi daripada Nurul
Darwisya Qasdina di Facebook.

Bahan-bahan :

 4 keping ikan salmon,


 Blackpepper,
 Minyak zaitun,
 Daun parsley,
 Garam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Ikan salmon ini dagingnya agak lembut.


2. Bubuh minyak zaitun secukupnya di atas kuali.
3. Letak ikan salmon dan garam secukup rasa.
4. Letak blackpepper secukupnya.
5. Daun paisley secukupnya.
6. Ulang untuk kedua-dua belah bahagian ikan.
7. Masak sampai masak.
8. Siap. Masanya buat kuah pula.

Kentang Lenyek :
 Kentang,
 Garam,
 Susu full cream jenama dutch lady.

Cara Masak :

1. Kentang direbus sampai empuk.


2. Jika sudah empuk, lenyek kentang. Untuk melenyekkan jadi
makin halus, pakai penapis santan dan lenyek di atas
penapis santan.
3. Masukkan garam dan susu secukupnya.

Lemon Sauce :

 1 cawan susu full cream dutch lady,


 100 ml whiping cream,
 1 sudu kecil minyak zaitun,
 80 ml butter,
 Sebiji lemon (ambil jus sahaja),
 1 biji telur (asingkan putih dan kuning),
 Pukul putih telur smpai meringue.
 Sedikit garam secukup rasa.
 Daun parsley untuk tabur di atas sauce.

Cara Masak Sos :


1. Cairkan butter bersama minyak zaitun.
2. Kemudian terus masukkan susu dan whipping cream.
3. Kacau sehingga mendidih. Kacau rata supaya tidak berketul.
4. Jika sudah mendidih masukan jus lemon dan kuning telur.
Masa ini perlahankan api dan kacau laju tidak mahu bagi
kuning telur jadi berketul nanti.
5. Akhir sekali masakkan putih telur yang sudah dipukul
kembang tadi.
6. Kacau laju.
7. Masukkan garam.
8. Kuah ini agak masam. Kalau tidak cukup masam korang
boleh tambah jus lemon ikut tahap kemasaman yang anda
suka.
9. Kacau sampai pekat.
10. Jika sudah pekat boleh tutup api.

Salmon Grill With White Sauce


Imej via Facebook

Resepi yang dikongsikan oleh Haryati Ramli di laman Facebook


ini juga akan menerangkan tentang resepi sos putih dan salad
yang sesuai digandingkan dengan salmon grill.

Bahan-bahan :

 Ikan salmon,
 Garam dan lada hitam,
 Lemon,
 Mentega,
 Minyak zaitun,
 Sos putih,
 Bawang besar,
 Tepung gandum.
 250 ml susu segar @ 1 tin susu cair,
 Lada sulah,
 Parsley kering atau oregano atau mixed herbs.

Cara-cara :

1. Mula-mula salmon dibasuh bersih dan selawat.


2. Kemudian taburkan garam dan lada hitam yang ditumbuk
kasar. Gaul rata pada ikan.
3. Lalu perah lemon sedikit dan sapu mentega sedikit supaya
ikan tidak kering dan akan nampak moist nanti masa digrill.
4. Perap semalaman supaya rasa meresap elok dalam ikan.
5. Masa grill lebih baik guna kuali non stick yang ada garisan-
garisan supaya ikan nampak cantik.
6. Jangan lupa letak minyak zaitun sedikit dan grill jangan
lama-lama sangat takut nanti ikan jadi keras.

Cara Membuat Sos Putih :

1. Panaskan minyak zaitun 1 sudu besar.


2. Tumis setengah biji bawang besar yang dipotong dadu.
3. Bila bawang sudah agak layu, masukkan 2 sudu besar
tepung gandum.
4. Kacau sehingga tepung sebati dengan bawang tadi lalu
tuang 250 ml susu segar @ 1 tin susu cair.
5. Taburkan secubit garam, 1 sudu teh lada hitam, 1 sudu teh
lada sulah dan sedikit parsley kering atau oregano atau
mixed herbs (terpulang apa yang ada dalam stok anda).
6. Jika sudah cukup rasa masin lemak semua dan jika kuah
masih agak pekat boleh masukkan sedikit air panas untuk
cairkan.

Cara Untuk Salad :

1. Lepas grill ikan dan jika ada lebihan minyak tadi dalam kuali
sebaiknya jangan dibuang atau dibasuh. Malah sebaiknya
tambah sedikit lagi minyak kemudian tumis bawang putih
yang telah dicincang.
2. Kemudian masukkan semua salad (brocolli, bunga kubis,
carrot, batang seleri, capsicum dan ubi kentang) yang telah
direbus terlebih dahulu.
3. Perasakan dengan garam dan lada hitam sahaja.
4. Agak semua sayuran sudah lembut. Boleh tutup api, kaup
dan letak dalam mangkuk.

Resepi Rosemary & Garlic Roasted


Salmon
Imej via Facebook

Boleh tahan mahal masakan salmon di kedai. Kalau makan di


kedai, boleh cecah RM 30. Baik beli sendiri salmon mentah di
pasar raya (RM 13) dan rempah rosemary. Jadilah resepi
rosemary dan garlic roasted salmon yang sedap ala Hidayah
Ismawi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

 2 ulas bawang putih,


 1 sudu besar rosemary,
 500g-800g salmon,
 ¼ sudu kecil garam,
 ¼ sudu kecil lada hitam.

Cara-cara :

1. Panaskan ketuhar (suhu 200 Celcius).


2. Cincang halus bawang putih.
3. Letakkan salmon di atas baking paper/aluminium foil.
4. Tabur bawang putih, rosemary, garam dan lada hitam.
5. Letak di dalam ketuhar dan masak selama 12 minit atau
salmon sudah senang dicerai-cerai.
6. Nota: Resipi asal menggunakan rosemary segar, tetapi saya
gunakan rosemary kering. Berhati-hati kalau terlebih lama
masak nanti jadi kering.

Resepi Salmon Goreng Guna Air Fryer


Imej via Facebook
Asyik makan ayam dan daging sahaja. Jom masak ikan pula.
Resepi salmon goreng daripada Wan Hairani Wan di laman
Facebook. Goreng tidak guna minyak yang banyak seperti biasa.
Kalau mahu bakar pun sedap. Cuma letak dalam kuali, tutup kuali
dengan penutup dan buka api kecil sahaja.

Bahan-bahan :

Ikan salmon,
Ubi kentang,
Cendawan butang dalam tin,
Brocoli dan capsicum,
Garam, lada sulah, paprika, rosmary kering.
Lemon,
Yogurt perisa asli,
Minyak zaitun.

Cara-cara :

1. Potong ikan salmon dan ubi kentang.


2. Bersihkan dan toskan.
3. Potong cendawan butang dalam tin, potong dua sahaja.
4. Tambahkan broccoli dan capsicum.
5. Taburkan sedikit garam, lada sulah, paprika dan apa yang
ada untuk aroma yang wangi dan sedap.
6. Bubuh rosmary kering. Gaul rata.
7. Perah air lemon untuk mengurangkan bau hanyir ikan dan
bagi rasa masam-masam sedikit.
8. Akhir sekali saya masukkan yogurt perisa asli sebanyak tiga
sudu besar.
9. Masukkan minyak zaitun satu sudu besar supaya ikan tidak
kering sangat apabila dimasak.
10. Jika guna air fryer boleh set mengikut jenis peralatan
masing-masing.
11. Resepi ini set 20 min dan boleh tinggal buat kerja lain.
12. Kalau guna kuali pun boleh, buka api kecil dan tutup
kuali dengan penutupnya. Tengok dan tunggu saja dia
masak.
13. Apabila masak, boleh dihidangkan terus.
14. Rasanya lemak, masam dan sedikit masin.
15. Bolehlah buat menu ini bagi yang mahu berdiet.

Resepi Salmon Teriyaki


Imej via Facebook
Bukan hanya beef atau chicken saja yang boleh dijadikan masak
teriyaki, salmon juga enak dijadikan masak teriyaki. Buat bekal
untuk anak dan suami pergi sekolah dan bekerja. Resepi
daripada Grandisee Devan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

 Salmon,
 Kicap pekat,
 Madu,
 Halia,
 Bawang putih,
 Lada hitam.

Cara-cara :

1. Perap ikan dengan kicap, madu, halia yang ditumbuk halus,


bawang putih dan lada hitam.
2. Kemudian pan fry di atas kuali.
3. Tunggu sehingga masak, siap.

Sos :

1. Tumis bawang holland dengan butter.


2. Masukkan tepung satu sudu,
3. Masukkan susu, lada hitam, thyme, jus lemon dan garam.
4. Siap.

Resepi Kari Kepala Salmon Tanpa


Santan

Imej via Facebook

Ibu-ibu masak menu apa hari ini? Kali ini kami berkongsikan
resepi kari kepala ikan salmon tanpa santan yang simple dan
tanpa banyak bahan. Resepi daripada Su Abdullah di laman
Facebook.

Bahan-bahan :

 1 sb rempah campur,
 5 sb rempah kari ikan babas,
 8 biji bawang putih (blend dengan sesenduk minyak masak),
 1 ½ biji tomato (blend),
 Asingkan bawang putih dan tomato ini,
 Sayur ikut suka,

Cara-cara :

1. Tumis bawang putih dengan rempah hingga naik bau.


2. Masukan rempah kari yang telah dibacuh dengan air.
3. Goreng garing.
4. Masukan tomato yang diblend tadi.
5. Tunggu sampai mendidih pasti baru letak sayur. Letak air
ikut suka ingin kuah sebanyak mana.
6. Bila sayur sudah empuk masukkan kepala ikan tadi.
7. Perasakan dengan gula dan garam.
8. Tidak perlu tambah air asam sebab tomato sudah masam
dan tomato akan pekatkan kuah kari. Kari ini guna gula lebih
sedikit sebab tomato masam.
Resepi Nugget Salmon
Imej via Facebook

Selain untuk bayi 12 bulan, nugget salmon juga sedap untuk


dijadikan menu kudapan. Terutamanya orang yang tidak suka
makan ikan salmon, boleh cubakan resepi nugget salmon ini.
Resepi dikongsikan oleh Azlinda Noh di laman Facebook. Nuget
ini dicampur sayur-sayuran dan yang paling penting tanpa garam
dan serbuk perasa.

Bahan bahan :

 1 slice ikan salmon,


 1 genggam bayam,
 Setengah biji kentang,
 ½ batang carrot,
 ½ biji bawang,
 2 sudu lada sulah,
 Tepung 4 sudu.

Cara-cara :

1. Blend semua bahan bahan di atas.


2. Jika sudah halus, masukkan dalam bekas lain,
3. Terus masukkan tepung, gaulkan dan kukus.
4. Jika sudah siap dikukus, golekkan di atas serbuk roti.
Serbuk roti boleh buat sendiri, bakar roti dan blender sampai
jadi serbuk.
5. Goreng.
6. Siap.

Anda mungkin juga menyukai