Anda di halaman 1dari 4

PPT TAMADUN

NAMA : JASRI FANNY HUMAIRAH

NIM : 2005030017

TEKNOLOGI MELAYU

Teknologi diartikan sebagai suatu penyusunan ilmu untuk mencapai tujuan-tujuan yang
praktik. Teknologi juga dianggap sebagai benda yang dibuat atau dilaksanakan dan cara
membuat atau melaksanakan benda tersebut. Teknologi juga diartikan sebagai semua teknik
yang digunakan untuk mencapai sebatang tujuan. Setiap teknologi merupakan usaha manusia
menggunakan bahan alam sekitar bagi membentuk alat melalui proses tertentu mengikut
hukum tertentu juga. Selain itu teknologi juga dianggap sebagai usaha manusia mencipta dan
mengubah alat untuk memudahkan kehidupan mereka seharian.

PAKAR TEKNOLOGI MELAYU: TUKANG


Dalam alam Melayu, ahli atau pakar teknologi digelar tukang atau pandai. Tukang bermakna
orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Pandai juga mempunyai maksud
yang sama tetpai lebih mengkhusus untuk bidang pembuatan besi atau alat senjata. Pandai
keris misalnya dianggap tidak sahaja tahu bagaimana membuat keris tetapi juga mengetahui
segala ilmu mistik dan ghaib yang berkaitan dengan dunia keris dan persenjataan Melayu.
Seorang tukang, misalnya tukang rumah Melayu pada zaman dahulu memainkan dua
peranan, yaitu sebagai arkitek dan Pembina.
TEKNOLOGI RUMAH

Bentuk rumah melayu sebenarnya berbeda mengikut suku etnik atau Suku kaum
kerana kepelbagaian sejarah dan kepercayaan. Secara umumnya rumah melayu yang awal
ialah rumah yang bertiang dan berbumbu Lipat Kajang yang panjang serta berdinding tebal
layar. Bentuk keseluruhan berkonsepkan gajah menyusu, yaitu terdapat sebahagian
bumbunngya yang berperapung lebih rendah daripada bagian lainnya. Di Perlis, Kedah dan
pulau Pinang rumah Bumbung panjang dan rumah gajah menyusul amat digemari.

Ringkasnya, rumah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dengan melihat
bentuk bumbung, tiang dan perabungnya :

(1) Rumah Perabung Panjang


Reka bentuk rumah Melayu yang tertua. Rumah jenis ini mempunyai satu
bumbung yang panjang dan melintang. Kedudukannya tinggi dan curam ke atas.
Bumbung biasanya dibuat daripada daun nipah atau daun rumbia dan genting
digunakan bagi rumah orang yang agak berada.

(2) Rumah Panjang


Rumah ini bersaiz kecil dan ruang nya terhad. Rumah ini dibina dengan enam tiang
sahaja. Jika terdapat tiang tambahan kepada tiang yang asas. Rumah jenis ini
mempunyai empat tingkap dan dua pintu.

(3) Rumah Tiang Dua Belas


Rumah ini mempunyai dua belas tiang yang diatur dalam tiga baris. Rumah jenis
ini besar dan terbahagi kepada tiga bahagian, yaitu bahagian rumah ibu, bahagian
rumah tengah dan bahagian rumah dapur. Tiang-tiang rumah tiang dua belas ini
tinggi antara lima hingga enam kaki. Rumah ini biasanya dimiliki oleh orang yang
berada.
(4) Rumah Perabung Lima
Rumah ini mengandungi lima perabung dan kelima-lima perabung itu menjadi
bumbung utama kepada serambi dan ibu rumah. Di bahagian dapurnya dibuat
bumbung asing untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada ibu rumah dan
serambi.

(5) Rumah Melaka


Dikenali dengan panggilan rumah Malaysia. Reka bentuk rumah ini mengandungi
ibu rumah, rumah dapur, anjung dan serambi. Anjung rumah dibina di bahagian
hadapan. Bahagian serambi selari dengan bahagian ibu rumah. Bumbung rumah ini
tinggi dan kadang-kadang mencuram

(6) Rumah Minangkabau


Mempunyai bentuk bumbung yang luar biasa, yaitu berbentuk lentik seperti
tanduk kerbau. Corak ruang dan kedudukan tiang rumah tidak jauh berbeza
daripada rumah Melayu yang lain.

(7) Rumah Limas


Mempunyai anjung dihadapan dan bumbungnya agak rendah jika dibandingkan
dengan rumah lain. Rumah ini tidak mempunyai pangkal serambi tetapi hanya ada
anjung yang menganjur ke hadapan serambi.

(8) Rumah Bumbung Perak


Rumah jenis ini mempunyai dua bentuk bumbung yang selari memanjang.
Kedudukan bumbungnya agak rendah berbanding rumah lain dan mempunyai
tebar layar tetapi kecil dan rendah. Pada setiap kemuncak bumbung itu terdapat
sebatang kayu tajam setinggi dua hingga tiga kaki yang dipanggil ‘kayu tanda’
atau ‘buah buton’.

TEKNOLOGI PERTANIAN

Masyarakat Melayu telah mencipta dan mengubahsuai alatan berkaitan dengan


aktiviti pertanian. Walaupun terdapat ciri persamaan dengan alatan pertanian di tempat lain,
tetapi cerdik pandai tempatan telah mengubahsuai untuk disesuaikan dengan alam tempatan.
Teknologi pertanian dapat diklasifikasikan kepada teknologi penanaman, teknologi penuaian
padi dan teknologi pengairan.

Teknologi Penanaman
Alat yang sering digunakan dalam aktiviti penanaman antaranya ialah :
- Cangkul
- Tajak
- Sisir atau sikat
- Tenggala
- Tenggiling
- Kuku kambing
Teknologi Penuaian Padi

Alat yang sering digunakan dalam aktiviti penanaman antaranya ialah :


- Pisau mengerat atau sabit
- Pengetahuan padi atau ani-ani atanu renggam
- Tong pemukul padi
- Ayak jarang
- Lesung
- Mesin putar
- Kepuk atau jelapang padi
Teknologi Pengairan

- Sistem tali air atau terusan


- Kincir air

Anda mungkin juga menyukai