Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Masyarakat kita pada masa ini seolah-olah tidak lagi mengpedulikan kepentingan

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan yang seharusnya ada dalam diri kita masing-

masing. Penerapan nilai murni dapat mempengaruhi diri setiap orang itu menjadi seorang

yang berbudi bahasa. Persoalannya, apakah kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam

kehidupan kita?

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Menurut

Wan Mohd. Zahid nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang

dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu

masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk

membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.

Menyedari akan kepentingan penerapan nilai dalam masyarakat, pusat

Perkembangan Kurikulum telah menyenaraikan sebanyak 15 nilai murni dalam Falsafah

dalam Falsafah Pendidikan Negara sebagai salah satu elemen dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kesemua nilai-nilai yang digariskan ini merupakan nilai-nilla asas

peribadi yang diterapkan dalam kalangan murid. Penerapan nilai sejak di peringkat  sekolah

sememangnya sangat tepat kerana nilai merupakan penentu dalam diri manusia seterusnya

mempengaruhi pilihannya dalam kehidupan dan akan menentukan tingkah laku.


Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya

segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam

masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi

merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan

Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang

sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga

perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri

anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak

mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama

kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika

tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi

generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan

mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.


Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk

masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat

membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu,

ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-

masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama

penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

1.2 Batasan Kajian-Wajib

Kajian ini membataskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan sastera.Nilai-nilai murni

yang akan dibincangkan meliputi aspek fungsi nilai murni dalam bahan sastera terpilih.Bahan

kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah

1.3 Fungsi Kajian

Fungsi Kajian yang pertama ialah memberi nilai murni dalam meningkatkan penghayatan

terhadap puisi-puisi melayu...Fungsi yang kedua ialah memperlihatkan pemikiran masyarakat

Melayu Tradisional yang kreatif dan kritis dalam menghasilkan puisi-puisi melayu yang

mengandungi nilai-nilai murni dan mengangkat martabat…


1.4 Kepentingan Kajian

Kajian dapat dijadikan sebagai alat rujukan atau panduan kepada pengkaji akan

datang.Kedua,kajian ini dilihat penting bagi menilai fungsi nilai murni yang diketengahkan

dalam puisi-puisi melayu untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian…..

1.5 Kajian Lepas

Pengkaji menggunakan genre sastera seperti buku


Nilai murni yang pertama,adalah penyabar.Sabar adalah sifat manusia yang mampu
menahan diri daripada marah kepada perkara yang tidak disukai dan menahan lidah daripada
mengungkapkan perkataan-perkara negatif.Perkataan sabar sering diungkapkan dalam
pelbagai situasi kurang menyenangkan apabila menimpa seseorang.Sabar itu mudah tetapi
tidak semudah itu ia mampu melunturkan perasaan gundah dan negatif seseorang pada sisuati
yang dihadapinya terutama berkaitan masalah.(Huraian pro) Jika seseorang tidak mempunyai
sifat sabar dalam dirinya maka seseorang akan terganggu emosinya dan tertekan serta ingin
melepaskan marahnya kepada seseorang.(HK) Pendapat sarjana (orang agama,orang bijak
pandai dalam bidang sarjana)ini berkaitan dengan hujah Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-
Arbain Fisuladdin (1965) menyatakan hakikat sabar adalah ketebuhan yang membangkitkan
agama ketika melawan keinginan hawa nafsu.Ini jelas dapat dilihat dalam puisi tradisional
Pantun Lapan Kerat yang diselenggarakan dengan Harun Mat Piah.Pantun ini membicarakan
sidat sabar adalah petanda jelas bagi orang beriman.Contohnya

Buat bangsal di tengah hutan,


tebaslah hutan buat halaman,
ditepi halaman menanam kubis,
diselang dengan pokok papaya,
biarlah sabar dengan perlahan,
itulah tanda tuan beriman,
tidak patah digoncang iblis,
akhirnya tuan menang berjaya,

(Harun Mat Piah : Pantun Lapan Kerat)


Pantun diatas jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman dan sabar tidak
akan mudah terpedaya dengan hasutan iblis.Bertindak mengelak hasutan iblis,menunjukkan
bahawa seseorang itu berjaya menegakkan sabar dalam kehidupannya.Jelaslah bahawa
memiliki nilai murni sabar atau penyabar amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap insan
agar mereka dapat mengurus diri dalam menjalani kehidupan dengan terancang selaras
dengan sebagai seorang muslim.

Anda mungkin juga menyukai