Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA TAKLIMAT GB BERSAMA WARIS TAHUN 1 SECARA DALAM TALIAN

SK TAMAN AWANA SESI 2022/2023

Tarikh: 15 MAC 2022


Masa: 8.45 pagi

Assalammualaikum diucapkan kepada GB..PK HEM, waris2 serta guru2 SK Taman


Awana yang dihormati.
1.
Menjemput
GB, PK HEM
dan ibu bapa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Taib. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera.


Yang Berusaha, Tn.Hj.Noor Azam Bin Hj.Mahamud, Guru Besar SK Taman Awana.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustazah Hjh.Solehah Bt Hj.Idris.
Guru-guru, dan Ibu Bapa yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
3.
kita diberikan kekuatan untuk bersama-sama dalam Majlis Taklimat Guru Besar
Pembukaan /
bersama wqaris Tahun 1 SK Taman Awana bagi tahun 2022/2023. Pihak sekolah
Aluan
mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, majlis pada hari ini. Tujuan
Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program
ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah,
guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn.Hj.Noor Azam Bin
Hj.Mahamud selaku Guru Besar SK Taman Awana untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
4.
Ucapan Guru **Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
Besar aluan sebentar tadi.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
5.
Taklimat Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan Taklimat
Kemasukan Kemasukan Tahun 1 SK Taman Awana oleh Ustazah Hjh.Solehah Bt Hj.Idris, Penolong
Tahun 1 Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Awana.Majlis dengan penuh takzim
Oleh PK HEM mempersilakan.

** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas taklimat oleh Ustazah


Hjh.Solehah Bt Hj.Idris Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Awana sebentar
tadi.

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab.


6. Dipersilakan kepada para waris sekiranya terdapat sebarang persoalan atau
Sesi Soal kemusykilan yang ingin diajukan. Sila maklumkan nama dan waris kepada siapa…
Jawab

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
7.
Andai terlanjur patah bicara,
Penutup &
Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Taklimat Guru Besar bersama para
waris Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai