Anda di halaman 1dari 3

Demimu Bonda

Terima kasih pengerusi majlis, Assalammualaikum.


Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Pada hari ini, saya akan menyampaikan kisah bertauladan yang


memberi pengajaran dan renungan kepada kita semua. Demimu Bonda
tajuk yang dipilih.

“Assalammualaikum, bonda… bonda…. bonda…” panggil Aisyah. Tanpa


membuang masa, Aisyah terus mendapatkan bondanya. Aisyah
mengusap-usap dahi bondanya. Aisyah ke bilik untuk meletakkan beg
sekolahnya. Aisyah ke dapur untuk memasak. Walaupun Aisyah 12
tahun tetapi dia sudah cekap memasak dan membuat kerja rumah.

Ibu bergenang air mataku,


Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Tulusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,

Perlahan-lahan bonda terus bangun dan makan. Tersentuh hati Aisyah


melihat wajah bondanya cengkung dan pucat. Aisyah berdoa agar
bondanya cepat sembuh.

“Bonda, nanti kita pergi ke klinik ya, Aisyah nak minta tolong Pak Ngah
hantarkan kita”. Bondanya memandang ke arah Aisyah sambil berkata
“tak usahlah nak, bonda dah nak sembuh. Jangan susahkan Pak
Ngah”.
Aisyah memandang tepat kepada wajah bondanya. Aisyah mengerti
mengapa bondanya berkata begitu. Sedih hatinya.

Sesekali kedengaran suara bondanya batuk. Aisyah bertambah risau.


Aisyah segera menyiapkan kerja latihannya. Dia mencapaikan
tudungnya untuk ke rumah Pak Ngah.

Aisyah menyusup-yusup sawah padi opahnya untuk ke rumah Pak


Ngah. Sesekali Aisyah terpijak selut. Kotor kakinya. Awan berarak
mendung. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Akhirnya tiba juga
dirumah Pak Ngah.

Assalamualaikum… Pak Ngah oooo Pak Ngah. Aisyah memberi salam


dimuka pintu. “Waalaikummussalam, haaa..nak apa Aisyah datang sini”?
tanya Pak Ngah. Kedengaran suara Mak Ngahnya membebel dari dalam
rumah. Aisyah sudah biasa dengan sikap Pak Ngah dan isterinya itu.
“Ha nak apa tu, mesti nak minta duit lagi”, jerit Mak Ngah. Mak Ngah
sengaja meninggikan suaranya supaya Aisyah terasa.

Aisyah hanya berdiam diri. Dia segera mendapatkan Pak Ngahnya yang
duduk di kerusi malas. Huluran tangan Aisyah seperti berat untuk Pak
Ngah menyambutnya.

“Pak Ngah, bonda sakit. Boleh tak Pak Ngah hantar kami ke klinik.
Bonda tak larat untuk berjalan”, terang Aisyah. Lama Pak Ngahnya
berfikir.
“Aisyah, kamu pergi naik teksi. Nah, ambil duit ini! Ini saja yang Pak
Ngah ada”. Aisyah tertunduk sedih. Sebak dadanya melihat kelakuan
Pak Ngah yang begitu. Terus dia pulang dengan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat. Aisyah menangis


dan tidak menjangka Pak Ngah begitu kejam terhadap kakak
kandungnya sendiri. Apalah dosa bonda kepada mereka.

Memang Pak Ngah lupa daratan. Dulu masa Pak Ngah susah, arwah
ayah dan bondalah yang membantu mereka sekeluarga. Semasa
Nazirah, anak sulung Pak Ngah hendak ke luar negara bondalah yang
bergolak - gadai tanah sawah demi anak buahnya itu.

Aisyah dengan lemah terus kerumah sahabat baiknya Ira. Aisyah


menceritakan apa yang berlaku kepada rakannya itu. Pada keesokkan
harinya, Aisyah membawa bondanya ke klinik untuk mendapatkan
rawatan.

Anda mungkin juga menyukai