Anda di halaman 1dari 2

“Qiyadah Book Review 2022”

Oleh: Nur Farah Fakhira Binti Zahari


Buku Membina Kesatuan Bangsa: Kerukunan Hidup Bersama Dalam Budaya Damai
Karya Siddiq Fadzil
melalui
Ucaptama Siri Dialog Shah Alam; Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa
dan Budaya Damai.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia masih belum bebas dari gejala rasisme.
Rakyat Malaysia masih belum memaknai akan kepelbagaian (ikhtilaf) melalui sikap pluraliti
secara positif sebagai satu bentuk kurnia Tuhan buat Malaysia. Buku ini merungkaikan
beberapa pembahagian dalam membentuk kesatuan bangsa, intipatinya adalah seperti berikut:

1. Kepelbagaian dan semangat kesalingan


2. Sahifah Madinah: Piagam Inklusif
3. Kepelbagaian dan kearifan local
4. Budaya damai
5. Pendidikan damai

Kepelbagaian dan semangat kesalingan dapat membentuk sebuah tamadun gemilang


yang bercirikan kesatuan (unity) dan kepelbagaian (diversity) dengan erti kata ibarat terdapat
bingkai pemersatu yang dapat menciptakan kesatuan, kerukunan dan kedamaian. Semangat
kesalingan dapat dilihat melalui budaya hormat menghormati dan toleransi antara agama.

Sahifah Madinah: Piagam Inklusif adalah wadah kepelbagaian yang telah


memperlihatkan akan semangat kesatuan melalui kesepakatan politik yang mana ianya
meliputi Muslim dan bukan Muslim. Piagam ini telah membentuk pengertian masyarakat
kepada konsep kewarganegaraan penuh buat semua. Walau zaman semakin berkembang
begitu juga politik, tetapi nilai juga prinsip yang terdapat di dalam Sahifah Madinah tetap
relevan untuk digunakan sebagai formula dan acuan dalam membina kesatuan bangsa pada
era kini. Bahkan dapat diperlihatkan juga konsep kewarganegaraan yang dibawa di dalam
piagam ini bertepatan dengan Surah Al-Hujurat.

Kepelbagaian dan kearifan lokal dapat diaspirasikam melalui lambing negara


Malaysia yang terukir Bersekutu Bertambah Mutu. Melalui moto ini, dapat dirungkaikan

#worldbookday2022 #pkpimembaca #kelabpemikirmudaunisza #bookreview2022


“Qiyadah Book Review 2022”

bahawa melalui kepelbagaian dalam bersekutu tidak sama sekali menghilangkan jati diri
seseorang individu bahkan meningkatkan lagi kualiti serta prestasi sesama masyarakat.

Budaya damai adalah satu konteks yang memainkan peranan penting di dalam negara
bangsa. Budaya ini perlu diperluaskan untuk membina keyakinan agar dapat mewujudkan
budaya damai yang kuat dengan mengambil kira apakah tentangan serta cabaran yang bakal
dihadapi dalam merealisasikan budaya ini. Ini kerana damai itu pada hakikatnya terletak
kepada setiap individu yang merasakannya dan menzahirkan rasa tersebut terhadap orang
sekelilingnya.

Pendidikan damai merupakan satu elemen penting bagi menzahirkan penghayatan


dalam budaya damai. Suatu usaha kolektif diperlukan untuk menerapkan pendidikan damai
kerana ianya adalah suatu proses menerima set nilai dan menguasai ilmu serta pembentukan
sikap, keterampilan juga perwatakan sebagai seorang individu yang menjalani kehidupan
harmonis. Dalam kaitan ini, telah disenaraikan oleh Muhammad Najatu ‘Llah Siddiqiy akan
lima belas ajaran islam dalam mendepani serta berinteraksi dengan warga manusia
keseluruhannya, ianya adalah seperti berikut:

1. Berperilaku baik
2. Interaksi berpaksikan maaf dan toleransi
3. Jujur dan menyenangi kebaikan untuk semua orang
4. Menyelamatkan jiwa manusia
5. Haram memakan harta orang secara haram
6. Menepati ukuran dan timbangan
7. Komitmen melaksanakan keadilan
8. Pendaulatan keadilan
9. Keangkuhan sifat tercela
10. Bumi adalah sumber rezeki dan punca pendapatan
11. Manusia seluruhnya adalah anggota satu keluarga
12. Kemuliaan insan adalah hak sesama manusia
13. Muhammad SAW adalah nabi pembawa rahmat sejagat
14. Kerjasama dan sengketa ada prinsip dan nilai yang harus dipatuhi
15. Larangan hegemoni atau dominasi suatu kaum ke atas kaum lain
(Siddy, M.N, 2016: 294-308)

#worldbookday2022 #pkpimembaca #kelabpemikirmudaunisza #bookreview2022

Anda mungkin juga menyukai