Anda di halaman 1dari 10

Terdapat perdebatan yang berterusan mengenai hubungan antara 

kepimpinan dan
pengurusan - apakah seorang pengurus harus menjadi pemimpin yang hebat dan seorang
pemimpin perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang baik? Apakah perbezaan antara
kepimpinan dan pengurusan?

Kepimpinan sedang melakukan perkara yang betul; pengurusan melakukan perkara yang
betul. - Peter Drucker

Carta perbandingan

Kepimpinan
berbanding carta
perbandingan
Pengurusan

Kepimpinan Pengurusan
Kepimpinan bermakna "keupayaan Pengurusan terdiri daripada
seorang individu untuk mengarahkan dan mengawal
mempengaruhi, memotivasi, dan sekumpulan satu atau lebih orang
Definisi membolehkan orang lain atau entiti untuk tujuan
menyumbang ke arah keberkesanan menyelaraskan dan menyelaraskan
dan kejayaan organisasi yang kumpulan itu ke arah mencapai
mereka anggotanya." matlamat.
Seringkali dipanggil brilian dan
Cenderung untuk menjadi rasional, di
riang, dengan karisma yang hebat.
bawah pengawas masalah kawalan.
Namun, mereka juga sering dilihat
Mereka sering memberi tumpuan
sebagai penyendiri dan orang
Gaya kepada matlamat, struktur, personil,
perseorangan. Mereka selesa
Keperibadian dan ketersediaan sumber.
mengambil risiko, kadang-kadang
Kepentingan pengurus bersandar
kelihatan liar dan gila risiko. Hampir
pada ketekunan, kehendak kuat,
semua pemimpin mempunyai tahap
analisis, dan kepintaran.
imajinasi yang tinggi
Orientasi Berorientasikan orang Berorientasikan tugas
Fokus Orang terkemuka Menguruskan kerja
Hasil Pencapaian Keputusan
Buat strategi, dasar, dan kaedah
Cukup melihat masalah dan buat
untuk membuat pasukan dan idea
penyelesaian baru yang kreatif.
yang bergabung untuk beroperasi
Menggunakan karisma dan
dengan lancar. Mereka memberi
Pendekatan komitmen mereka, mereka
kuasa kepada orang ramai dengan
kepada tugas membangkitkan, memberi motivasi,
meminta pandangan, nilai dan prinsip
dan menumpukan perhatian kepada
mereka. Mereka percaya bahawa
orang lain untuk menyelesaikan
kombinasi ini mengurangkan risiko
masalah dan unggul.
yang wujud dan menjana kejayaan
Pendekatan
Pengambilan risiko Risk-averse
kepada risiko
Peranan dalam Facilitatif Terbabit
membuat
keputusan

KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN

Pengenalan

Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting. Seseorang itu
mungkin mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan, dan dibawahnya terdapat banyak sumber
ataupun harta yang perlu diurus dan ditadbir secara betul. Justeru itu perkara yang perlu diurus
atau ditadbir itu boleh wujud dalam bentuk sumber manusia, sumber kewangan, alat-alat jentera
dan sebagainya. Seorang itu mungkin pula mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang
pentadbir. Oleh itu eleman mengurus, mentadbir dan mempunyai kuasa oleh seseorang pentadbir
disini boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan menguruskan sumber
sumber organisasi.

Kegagalan Organisasi

Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi adalah bertitik
tolak daripada keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan pentadbir organisasi tersebut.
Didapati salah satu masalah yang menyebabkan kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah
kelemahan pengurusan dan kepimpinan. Kelemahan pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai
bentuk, termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap, kekurangan ilmu sains pengurusan,
kerendahan akhlak dan moral, kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan dan sebagainya.
Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam memastikan kecekapan dan kejayaan
diatas adalah manusia yang menjadi pengurus mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus
serta dipimpin. Yang perlu diubah ialah sikap manusia. Sikap ini boleh diubah dengan menanam
kefahaman yang jelas mengapa pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus
serta memimpin organisasi. Jika tiada sifat kesedaran tersebut maka perasingan konsep pengurusan
dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. Jika seorang pentadbir mampu mengurus
tetapi lemah memimpin, apa yang pasti organisasi gagal dibawa kepada hala tuju yang telah
ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada siapa yang mengikutnya. Begitu juga jika ia
mempunyai kemahiran memimpin tetapi gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi
akan menjadi satu hala dan tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan
mentadbir secara sistematik dapat diterapkan.

kepimpinan?
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam
suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang
berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan
pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam
sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin
bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi
tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada
kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa
berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli
tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang
pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke


masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang
lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan
negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan
kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka ,
mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka
akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh
yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di
dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam
memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah
kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu
yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa
hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan
melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku
selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi
tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di
Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah
dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga
mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan
kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia
merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang
teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu
mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh
membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam
organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam
melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-
pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan ,
beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya
bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu


perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk
memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di
kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari
mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang
sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut
keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang
mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan,
penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat
kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada
pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah
dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu


mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di
dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan
memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di
rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat
kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam
pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan
merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-
faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan
kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan
yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.
Definisi Kepimpinan

Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha kea rah pencapaian
matlamat organisasi. Terdapat tiga (3) factor penting tentang definisi kepimpinan iaitu

1. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang
dipertanggungjawab atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status
pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima
pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan.

2. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan
anggota kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang dimiliki yang menjadikan statusnya
sebagai pemimpin.

3. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu dilakukan,, pemimpin
boleh dan perlu mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi
membolehkan pekerja atau anggota pengikut melakukan arahan tersebut.

Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan kumpulan supaya ada
pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan atau misi yang telah
ditetapkan. Dengan adanya seeorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil
oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan secara bersama. Seterusnya dengan kepercayaan yang
diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin
kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “
jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi
ketua”

Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada


satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan
tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber
manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh
merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani —


khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan).
Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-
17 dan ke-18.

Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa


melalui pengaruh. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan
seperti yang berikut:

1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan,
bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta
rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.

2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan


rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi


untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian
rancangan-rancangan.

4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan


rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan
"pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang.. Seseorang juga boleh
memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:

 tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan
berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau
 tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut
pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri
daripada lima fungsi:
1. merancang
2. mengatur
3. memimpin
4. menyeleraskan
5. mengawal

Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa
"pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan
kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan
antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan",
walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan
amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada
jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan", dengan
sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.

Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga tingkatan takrif yang
boleh difahami daripada pengurusan iaitu
1. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang
bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan
kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja tersebut.
2. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli Lembaga pengarah
pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dan bukan eksekutif. Mereka ini
bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur segala falsafah dan polisi syarikat.
3. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai
objektif yang telah ditentukan.

Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah :

1. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat hambatan serta
peluang untuk Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa berubah.

2. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan halacara


operasi, menyusun pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap, mengagih, mengawal,
merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat
dicapai.
Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kearah matlamat yang sama.

Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas, maka ternyata wujud perbezaan
ketara antara kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam usaha menjadikan organisasi yang
diterajui cemerlang, isu perbezaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas iaitu kea rah
menjurus pencapai wawasan dan misi yang ditetapkan organisasi. Seorang pengurus atau pemimpin
memerlukan kemahiran mengurus dan memimpin. Seorang pemimpin yang gagal memiliki kebolehan
mengurus hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal menentukan matlamat. Begitu
juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan menjadikan ia sebagai
seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah mencipta pencapaian matlamat yang
ditetapkan.

Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan
kepimpinan dan kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini
amat diperlukan oleh seorang pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan
wawasan dan pengurusan pula lebih menjurus kepada membincangkan strategik yang perlu
dilakukan kea rah mencapai wawasan tersebut. Arahan kea rah mencapai wawasan dapat
dilaksanakan menerusi kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun, mengurus dan
mengawal strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang
dimiliki.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan
pengurusan menfokuskan kepada aspek objektif.

Kesimpulan

Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan
pengurusan. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan kedua-dua elemen ini
amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif organisasi dapat dicapai.
Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta menyusunkan kea rah
visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju
yang boleh mendorong kepada motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada pengikut atau
pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. Seorang
pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga
aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala perancangan atau arahan
kea rah mencapai visi yang ditetapkan. Kepimpinan yang baik juga akan selalu menghadiahkan dan
member sokongan yang jitu kepada pengikut atau orang bawahanya untuk terus bersemangat
melaksanakan yang terbaik kepada organisasi.
Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan
pengurusan akan dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang
dipimpin.

2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan
bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan
pendapat yang meluas.

3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu
tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintah.

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti dan nyata
ianya perkara yang berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita harus boleh melihat
keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan.
Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih meluas dalam konteks pengurusan pencapaian
organisasi, kepimpinan pengurusan akan mampu membantu kita mengenalpasti kebolehan pentadbir
untuk menjana kejayaan organisasi dimasa hadapan.

Komen kar bawah ni


Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruhyang baik kepada individu yang lain di
dalam suatu organisasi. Kerjasama yang baik di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-
langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke
arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang
pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar
terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik
seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan dalam sebuah kumpulan yang terdiri


daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan
kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan
sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan.

Komen untuk pandangan

Saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan kepimpinan dan
kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini amat diperlukan
oleh seorang pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan
pengurusan pula lebih menjurus kepada membincangkan strategik yang perlu dilakukan kea rah
mencapai wawasan tersebut. Arahan kearah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi
kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun, mengurus dan mengawal strategik bagi
mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang dimiliki.Disinilah kita
melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan pengurusan menfokuskan
kepada aspek objektif.

Anda mungkin juga menyukai