Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri akhlak Insan Kamil

1. Jasmani yang sihat serta kuat dan keterampilan

Islam amat mementingkan konsep jasmani dalam diri setiap manusia. Jasmani
bererti unsur yang berkaitan dengan jasad atau tubuh badan yang disebut sebagai fizikal.
Jasmani amat penting dalam diri seseorang untuk diperkembangkan dan dipertingkatkan
adalah kesihatan dan kecergasan. Islam menuntut umatnya untuk memelihara jasmani
agar kesihatan terjamin. Allah SWT telah menganugerahkan nikmat kesihatan dalam
setiap orang manusia dan kurniaan itu hendaklah kita praktikkan untuk menjaganya
dengan sehabis baik kerana kesihatan adalah anugerah nikmat yang tidak ternilai yang
diberikan Allah SWT. Apabila kita menjaga jasmani dengan baik, ianya membolehkan
manusia menjalani kehidupannya dengan lebih teratur dan lancar. Lebih-lebih lagi
apabila ia digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT yang menjadikannya ibadat kita
lebih sempurna jika keadaan fizikal tubuh badan yang normal dapat kita miliki.

Begitu juga dengan aspek keterampilan yang menampilkan ciri-ciri akhlak insan
kamil. Sebagai contoh, Rasulullah ‫ ﷺ‬amat menitikberatkan keterampilannya. Baginda
sesorang yang kemas dan segak. Baginda juga sentiasa membersihkan diri dan
mengenakan pakaian yang bersih. Baginda gemar memakai pakaian serba putih kerana
putih merupakan lambang kesucian. Allah SWT berfirman iaitu: “Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa meyucikan diri.”

2. Cerdas dan Pintar

Allah SWT telah mengurniakan akal pada setiap umat manusia untuk berfikir.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu
kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia mengurniakan kepada
kamu pendengaran dan penglihatan serta hati dan akal fikiran supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Nahl ayat 78). Islam menginginkan seseorang muslim yang mempunyai
kecerdasan dan kepintaran dalam pelbagai aspek. Kecerdasan serta kepintaran itu boleh
diukur dalam pelbagai bidang contohnya mendalami ilmu sains yang menjadikan al-
Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama. Melalui pendekatan ilmu yang kita dalami,
ia menambahkan sedikit sebanyak ilmu yang perlu kita tanamkan dalam diri. Seterusnya,
kecerdasan yang kita miliki mampu membuatkan kita berfikir dengan wajar selaras
dengan ilmu yang kita miliki bagi menangani musibah mahupun masalah yang kita
dihadapi. Maka dengan memiliki kecerdasan dan kepintaran, seseorang manusia itu akan
mampu menyelesaikan segala konflik yang berlaku dan permaslahatan yang menimpa
masyarakat sekeliling.

3. Berjiwa seimbang

Akhlak insan kamil itu hendaklah seimbang dari segi percakapan, perbuatan,
emosi dan lain lain. Sebagai contoh Rasulullah SAW menampilkan perilaku yang
seimbang dari segi percakapan dan perbuatan baginda menerusi Sunnahnya. Rasulullah
SAW melakukan dakwah dengan penuh bijaksana. Baginda juga menyampaikan
dakwahnya dengan penuh kesabaran dan berjiwa besar. Bukan itu sahaja, baginda SAW
tidak gopoh dalam membina strategi peperangan. Disini, dapat digambarkan bahawa
Rasulullah SAW mempunyai jiwa seimbang dan baginda sentiasa positif meliputi dalam
segala perkara. Sesorang insan kamil itu mempunyai ciri ini iaitu berjiwa seimbang
kerana dia bijak untuk mengawal emosinya dan sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum
mengambil sesuatu tindakan.

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai