Anda di halaman 1dari 4

Thomas Aquinas adalah seorang paderi khatolik yang mengembangkan agama

Kristian. Teori beliau adalah tafsiran sifat semulajadi manusia dan hubungan

manusia dengan Tuhan dan alam semesta. Menurut beliau lagi terdapat perkaitan di

antara suatu cara dan hasil, di antara operasi dan keputusannya. Fenomena

semulajadi ini mempunyai kesan yang tertentu. Sebagai contoh api yang membakar

tidak akan membeku. Oleh itu manusia berfikir untuk dirinya sendiri dan memilih

untuk dirinya sendiri.

Beliua menghadapi halangan besar dari segi kepercayaan ahli masyarakat yang

lebih bersifat anismisme dan menukar kepada undang-undang semulajadi yang

berteraskan akal dalam konteks agama Kristian khatolik.

Menurut beliau lagi undang-undang ditafsirkan sebagai ordinan berakal untuk

kebaikan bersama yang digubal oleh tuhan yang memelihara masyarakat dan

menyebarkannya. Dengan cara ini undang-undang mempunyai cara untuk mencapai

suatu keputusan iaitu perhubungan. Contoh yang boleh dilihat adalah suatu

keputusan dan cara yang telah diketahui oleh badan undang-undang perlu

diberitahu kepada orang ramai agar mereka mematuhinya. Ini kerana manusia

mempunyai kecenderungan asas ke arah menjaga diri sendiri, memperbaiki diri

sendiri, membuat satu keputusan yang lebih baik dan juga mendapatkan zuriat.

Aquinas telah membahagikan undang-undang kepada 4 jenis iaitu Undang-undang

Abadi; Undang-undang Ketuhanan; Undang-undang semulajadi dan Undang-undang

Manusia (Undang-undang Positivisme).

Undang-undang abadi adalah satu undang-undang yang tidak bertulis yang mana

ianya didapati daripada kitab-kitab suci yang merupakan petunjuk rasional oleh

tuhan. Prinsip di dalam undang-undang abadi adalah alam semesta dicipta oelh
tuhan, maka ia diperintah oleh tuhan. Hanya tuhan sahaja yang mempunyai

penguasaan terhadap ciptaannya. Undang-undang ketuhanan pula adalah satu

undang-undang yangbertulis yang terdapat di dalam kitab-kitab suci Kristian. Ia

adalah sebahagian daripada undang-undang abadi yang telah didedahkan kepada

manusia melalui kitab-kitab suci tersebut. Oleh itu terdapat perbezaan di antara

undang-undang abadi dan undang-undang ketuhanan.

Undang-undang semulajadi adalah sumbangan manusia di dalam pemikiran

ketuhanan kerana manusia di beri akal untuk berfikir. Secara tidak langsung ia

adalah asas kepada sifat semulajadi manusia. Oleh yang demikian, manusia

menduduki tempat yang istimewa kerana mendapat bantuan daripada undang-

undang abadi dan undang-undang ketuhanan iaitu akal untuk daya berfikir. Undang-

undang ini juga merupakan satu perancangan kebijaksanaan ketuhanan yang

mengarahkan semua perbuatan dan emosi untuk mendapatkan hasil yang

dikehendaki.

Undang-undang manusia adalah undang-undang rekaan manusia sendiri yang

mana undang-undang ini lebih terperinci dan tersusun. Ini kerana undang-undang ini

dicipta berasaskan akal fikiran manusia. Dengan berdasarkan kepada

kecenderungan sendiri dan keinginan semulajadi manusia, maka manusia adalah

bebas dan berupaya untuk bertindak bertentangan dengan undang-undang abadi.

Undang-undang semulajadi ini wujud daripada prinsip precept of natural law yang

mana prinsip ini selaras dengan sifat semulajadi manusia. Beliau berpendapat

bahawa undang-undang semulajadi adalah berasakan sifat semulajadi manusia

manakala undang-undang manusia pula undang-undang yang dicipta oleh manusia

yang mana kebarangkalian untuk tidak mematuhinya adalah tinggi.


Oleh yang demikian, terdapat 2 cara pemikiran yang telah ditimbulkan oleh Aquinas

iaitu kesimpulan daripada premis dan keperincian perkara-perkara umum. Ini dapat

dilihat apabila Aquinas mengatakan bahawa cara pemikiran yang pertama adalah

satu kaedah logic. Sebagai contoh premis pertama iaitu manusia mempunyai naluri

semulajadi untuk melakukan kebaikan. Premis kedua adalah menjauhkan diri

daripada kejahatan. Kesimpulannya adalah wujud keinginan semulajadi untuk

melindungi diri sendiri.

Menurut beliau lagi amanat tuhan adalah premis pertama. Contoh lain yang dapat

dilihat adalah kecenderungan unuk mencapai matlamat tertentu seperti hubungan

jenis, pengawanan, pemeliharaan anak kecenderungan untuk mengetahu kebenaran

tentang tuhan dan sebagainya.

Premis kedua pula adalah sifat semulajadi manusia seperti keinginan untuk terus

hidup, keinginan untuk berkeluarga, keinginan untuk hidup bermasyarakat, keinginan

untuk memperoleh pengetahuan dan keinginan untuk merapatkan diri dengan tuhan.

Sebagai contoh apabila kita berbuat baik dan ada keinginan untuk hidup

berkeluarga, maka penguguran adalah satu kesalahan. Oleh itu kesimpulan ini

adalah undang-undang semulajadi.

Menurut Aquinas lagi, undang-undang semulajadi adalah umum. Persoalan yang

dibangkitkan oleh beliau adalah apakah yang akan terjadi apabila seseorang

melakukan kesalahan membunuh? Apakah tindakan selanjutnya? Bagaimanakah

hukuman di laksanakan? Adakah terdapatnya pengecualian di dalam kes-kes

sebegini? Untuk menjawab persoalan ini, Aquinas telah menerangkan di dalam

keperincian perkara-perkara umum iaitu menggunakan akal fikiran. Oleh itu jawapan

kepada setiap persoalan di atas adalah melalui undang-undang manusia ataupun


lebih dikenali sebagai undang-undang positivism. Sebagai contoh di Malaysia,

badan perundangan akan merujuk kepada Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur

Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan sebagainya dalam menjatuhkan hukuman

kepada seorang pesalah di atas kesalahan membunuh.

Selain daripada itu juga, Aquinas turut menyenaraikan keadaan-keadaan yang

bertentangan dengan undang-undang tuhan iaitu ajaran sesat dan juga perilaku

manusia yang bertentangan dengan kebaikan manusia. Ini kerana undang-undang

semulajadi adalah bersifat sejagat dan bersifat abadi. Bersifat sejagat di sini adalah

bermaksud walaupun terdapat prinsip utama namun masih terdapat juga prinsip

khusus. Sebagai contoh prinsip utama adalah tidak boleh membunuh, prinsip khusus

pula adalah boleh membunuh untuk mempertahankan diri. Di dalam contoh ini

prinsip khusus adalah satu bentuk pengecualian.

Anda mungkin juga menyukai