Anda di halaman 1dari 2

MENGENAL BAHAN MEMBUAT BUN

Panduan Membuat Roti


Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya. Bahan asas yang
digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk
penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan. Roti komersil
lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna. Tepung roti
mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14% dan ini akan menghasilkan roti
yang lebih kenyal dan elastik. Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di
bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. Perbezaan peralatan
seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan
perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah
mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.
 
Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti² yang enak
stail home-made dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin besar, boleh uli
dengan tangan atau guna food processor.Oven setakad oven Europa tu pun boleh.
Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.
 
Proses Membuat Roti
1. Mencampurkan bahan-bahan
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan diatas meja. Mencampurkan bahan boleh
dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-
bahan kering seperti yis, tepung , gula, garam, serbuk penaik, bread improver dan bread
softener. Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan
bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang
kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak
perlu dipindahkan.
 
2. Menguli
Adunan beryis seperti pau, donut atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin
yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal
dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan
dengan tangan, atau mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15 - 20 minit.
Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti
roti canai. Jika doh tidak cukup diuli, roti akan jadi keras dan liat.
 
3. Mengembang kali pertama (Proving)
Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika
dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau
mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam
bekas besar (besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3
kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.
 
4. Membuang gelembung angin
Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh
mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali
sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi
lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.
 
5. Mengembang kali kedua (2nd proving)
Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali
ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.
 
6. Gris
Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun
dengan mentega cair. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang
sesuai.
 
7. Membakar
Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200°C
selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut
sedikit dan ringan.
 
8. Menyimpan
Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan
plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering.

Anda mungkin juga menyukai