Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TAMBAHAN 12 (WEBINAR)

- PM DR. ZAINAL ABIDIN BIN SANUSI


Pengarah Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, IIUM

- Apakah contoh amalan sejahtera yang boleh kami aplikasikan dalam diri
sebagai mahasiswa untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan?

1. Dari segi diri


Menurut Dr., kesejahteraan tidak boleh disampaikan sekiranya dalam diri tidak
sejahtera. Pertama sekali, dalam diri tidak sejahtera bagi yang beragama Islam, ia
bergantung kepada tiga perkara iaitu hubungan seseorang dengan Allah, hubungan
dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Maka, seseorang perlu
seimbangkan hubungannya dengan ketiga-tiga perkara tersebut untuk memperoleh
kesejahteraan.

2. Dari segi akademik pula,


Ia merupakan satu dimensi dalam kehidupan pelajar. Seperti yang telah dinyatakan,
kesejahteraan itu asasnya adalah keseimbangan tetapi jika keseimbangan itu tidak
membawa maksud bahawa seseorang perlu cemerlang jasmaninya, berdasarkan
falsafah pendidikan, JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek, agak sukar
untuk mencari pelajar yang sempurna. Ada pelajar yang soft skillnya bagus,
leaderskillnya bagus tetapi akademiknya kurang dan ada juga yang akademiknya
bagus tetapi leadershipnya kurang. Jadi, hal ini merupakan satu straight forward,
amalan yang perlu dilakukan ataupun penambahbaikan jikalau kita betul-betul
memahami kesejahteraan sebab mungkin kita boleh pada suatu ketika memperoleh
sejahtera iaitu apabila kita tengok keputusan kita cemerlang dalam peperiksaan tetapi
apabila kita pergi temuduga misalnya, kita tidak ada leadership skill, tidak ada
articulation thinking skill atau critical thinking, maka kita tidak berjaya dalam
temuduga tersebut dan pada ketika itu kita akan berasa kecewa walaupun kita dapat
keputusan yang cemerlang. Hal ini disebabkan oleh, kita tidak tahu sepanjang
kehidupan kita itu kita tidak mencari keseimbangan antara kecemerlangan akademik
dengan keseimbangan sosial, aspek dan yang lainnya.

Kesimpulannya, 2 perkara yang telah dinyatakan adalah perkara mudah untuk pelajar
amalkan atau cari selama dalam proses pengajian untuk memperoleh kesejahteraan.
RUMUSAN

Berdasarkan jawapan yang telah Dr. Zainal berikan, kita dapat mengenal pasti dua perkara
utama yang diperlukan oleh pelajar untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan.

Yang pertama, dari segi diri, bagi yang beragama Islam, bergantung kepada 3 hubungan iaitu
hubungan dengan Allah/tuhan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar.
Apabila pelajar berjaya menyeimbangkan hubungan mereka dengan ketiga-tiga hubungan
tersebut, maka pelajar akan memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan. Bak kata Dr.,
kesejahteraan itu tidak boleh dissampaikan sekiranya dalam diri seseorang itu tidak sejahtera.

Yang kedua, dari segi akademik pula, keseimbangan perlu berdasarkan Falsafah Pendidikan
iaitu Jasmani, Emosi, Rasional, dan Intelek (JERI). Apabila pelajar memenuhi kriteria JERI
ini, pelajar akan memperoleh kesejahteraan yang dicari dalam menjalani kehidupan sebagai
seorang pelajar.
SOALAN 6 (WEBINAR)

- PM DR. ZAINAL ABIDIN BIN SANUSI


Pengarah Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, IIUM

- Bagaimanakah konsep insan sejahtera yang berteraskan kepada Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara dapat mendepani pelbagai
bentuk cabaran ideologi pada hari ini khususnya dalam konteks mahasiswa ?

Dari segi falsafah pendidikan dan juga rukun Negara dan aplikasinya dalam konteks
masa, kita tahu dengan jelas bahawa dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
perkataan ‘kesejahteraan’ merupakan matlamat utama. Jadi, perkara yang diketengahkan
dalam falsafah sejahtera yang mempunyai 10 attribute iaitu ecology, cognitive, societal,
economics, intellectual, cultural, spiritual, emotional, ethical dan physic menterjemahkan
FPK dalam konteks kerangka pendidikan. Namun demikian, cara kita menjadikan
perbincangan ini lebih mendalam dan memberi makna tidak berlaku. Jadi dalam konteks itu,
kita perlu meletakkan bersama empat kerangka pendidikan UNESCO iaitu learning to know,
learning to do, learning to be dan learning to live together yang menjadi asas kepada empat
transfalsafah iaitu Jasmani, Emosi, Rasional dan Intelek (JERI) yang diketengahkan dalam
‘sejahtera’.

Seterusnya, apabila konsep-konsep falsafah dibincangkan secara tidak terus dalam


konteks yang berterusan sepanjang proses pendidikan dan hanya mereka yang mengambil
subjek falsafah ataupun subjek Falsafah Pendidikan yang menggabungjalinkan makna
falsafah dan makna kesejahteraan dalam konteks pendidikan berterusan ini, maka kita akan
mendapat tahu bahawa pelajar akan merasakan falsafah ini tidak mempunyai sebarang
perkaitan. Jadi inilah cabaran bagi subjek falsafah isu semasa. Oleh itu, kita perlulah
mempunyai kemampuan untuk menggabungjalinkan hujah kefahaman tentang kesejahteraan
dalam hal-hal semasa kerana perkara semasa inilah yang perlu diangkat untuk kita
mempersoalkan tentang nilai falsafah disebaliknya.

Pada masa ini, kita sudah melihat gelombang penggunaan perkataan ‘sejahtera’ yang
semakin menjadi-jadi. Namun demikian, malanglah jikalau kita tidak boleh memperlihatkan
kepada mahasiswa tentang makna, kesan, asas, prinsip dan cabarannya kerana diluar sana
mereka akan didedahkan dengan perkataan ini daripada sekecil-kecil agenda hingga ke besar-
besar agenda. Oleh sebab itu, di Universiti Awam, kita mengketengahkan perbincangan
kesejahteraan ini walaupun mencabar, tetapi kita cuba untuk membawa makna sejahtera ini.
Kita tidak akan meninggalkannya dalam konteks retorik falsafah sahaja,tetapi perlu
dilaksana,dan dicabar dalam peringkat praktikal dan pragmatisnya.
Selain itu, sekiranya perkara ini tidak dibincang, didedah atau tidak diperdebat
bersama mahasiswa, maka pada suatu ketika apabila mereka menamatkan pengajian nanti,
mereka akan melihat bahawa perkataan sejahtera masih seperti 10 hingga 15 tahun yang lalu
kerana subjek falsafah dan isu semasa terlalu menekankan nilai kognitifnya sahaja. Hal ini
turut menyebabkan ia akan kekal sebagai suatu kata kunci falsafah sahaja dan akan kekal di
peringkat perbincangan intelektual tanpa mampu mencabar kejadian semasa dalam
menerangkan apa yang berlaku dalam perspektif ke arah memberikan kesejahteraan seperti
yang termaktub dalam FPK. Pada pandangan Dr., konteks pendidikan merupakan satu contoh
yang sangat mudah dan baik untuk difahami tentang awal permulaannya daripada falsafah
pendidikan. Penerangan yang diberikan kepada mahasiswa perlulah diaplikasikan dalam
kehidupannya selama mereka berada di universiti. Oleh itu, makna falsafah sejahtera perlu
diberikan penekanan dan dipersoalkan situasinya jika benar digunapakai dalam setiap detik
kehidupan mahasiswa.

Akhir sekali, terdapat 10 buah sekolah yang dilhat sebagai school of global excellent,
seperti MCKK, TKC dan sebagainya. Sekolah-sekolah tersebut menyedari bahawa untuk
menjayakan pelajar ini dari segi dari segi kejayaan akademik agak mudah kerana mereka
mempunyai pelajar-pelajar yang terpilih. Oleh yang demikian, program sejahtera ini
dijalankan untuk membawa mereka keluar bersama komuniti kerana disinilah keseimbangan
yang diperlukan dalam empat aspek itu boleh diterap, dan diuji. Untuk memproleh
kemampuan emosi dan rohani, mereka perlu berhadapan dengan realiti. Jadi, 10 sekolah
tersebut telah melaksanakan program ‘Sekolah Sejahtera’ dan sehingga kini, sekolah-sekolah
ini masih lagi melaksanakan program ini kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk
mencapai matlamat FPK.

Kesimpulannya, jika kita terapkan kepada mahasiswa dari segi kefahaman asas
falsafah akademik dan intelektualnya kepada praktikal dan pragmatismnya, maka nilai,
hasrat, dan makna falsafah sejahtera itu boleh memberikan kesan yang berbeza berbanding
penekanan tentang falsafah-falsafah yang lain

https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2087/1247

Menurut Tajul Ariffin Noordin (1993), beliau turut menjelaskan bahawa


ketidakseimbangan elemen-elemen ini akan membawa kepada golongan manusia yang
pelbagai.

Dalam keghairahan yang rakus ini, matlamat pendidikan untuk membangunkan insan
yang bermoral, berakhlak, beradab dan berhikmah semakin terpinggir (Tajul Ariffin
Noordin dan Mohamed Sani Ibrahim, 2007).

Anda mungkin juga menyukai