Anda di halaman 1dari 2

NOTA KAV MASAKAN AL BUKHARI

NOTA BREAKFAST
PENGENALAN

Sarapan pagi merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu. Pengetahuan
mengenai sarapan pagi adalah merangkumi pelbagai perkara termasuklah pengetahuan berkaitan daging, ikan,
kentang, telur, bijirin, produk pastri, buah-buahan dan minuman. Sarapan pagi menjadi penting kerana ianya
merupakan hidangan pertama yang perlu diambil bagi memulakan hari di dalam kehidupan.  Waktu yang sesuai
untuk sarapan pagi adalah di antara pukul 8.00 pagi hingga 10 pagi.

KEBAIKAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Terdapat banyak kebaikan di dalam mengambil hidangan sarapan pagi. Di antaranya ialah:
1. Keperluan nutrisi
2. Menambah tenaga
3. Perlu untuk memulakan kerja
4. Meransangkan organ dalaman untuk bergerak

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI

Di antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan hidangan sarapan pagi adalah
seperti:
1.  Makanan yang dihidangkan adalah dari bahan-bahan yang segar
2. Bahan-bahan makanan yang disediakan mengandungi zat yang tinggi
3. Adalah elok jika makanan tersebut mengandungi serat bagi membekalkan tenaga
4. Gabungan warna yang menarik pada hidangan bagi menaikkan selera
5. Hidangan perlulah mempunyai minuman panas dan sejuk (seperti jus buah-buahan)

SUMBER PROTEIN DI DALAM HIDANGAN SARAPAN PAGI

Sumber protein amat penting di dalam penyediaan hidangan sarapan pagi untuk memberikan tenaga. Di antara
contoh-contoh makanan yang mengandungi sumber protein yang sesuai disajikan di dalam hidangan sarapan
pagi adalah seperti:
1. Daging
2. Ayam
3. Telur
4. Keju
5. Susu
6. Air Soya

JENIS-JENIS SARAPAN PAGI

(a) Continental Breakfast

Continental Breakfast merupakan hidangan sarapan pagi yang berasal dari Eropah dan ianya mengandungi
hidangan yang ringan seperti pastri, buah-buahan, roti bakar dan minuman seperti kopi, teh dan jus buah-
buahan.

 (b) American Breakfast
NOTA KAV MASAKAN AL BUKHARI

Hidangan American Breakfast  biasanya mengandungi hidangan yang berat serta mempunyai pelbagai hidangan
panas dan sejuk berbanding dengan Continental Breakfast. Hidangan sarapan pagi ini kebiasaannya
mengandungi bubur, bijirin, meat item seperti sausage dan bacon, pelbagai jenis telur seperti omelets, sunny
side-up, over easy dan scrammbled egg, pelbagai jenis roti dan minuman panas seperti kopi dan teh serta
minuman sejuk seperti jus buah-buahan.

Anda mungkin juga menyukai