Anda di halaman 1dari 20

PANGKOR GREEN PROJECT:

KONSERVASI PENYU DAN PANTAI-PANTAI


PENDARATAN PENYU DI
PULAU PANGKOR, MANJUNG, PERAK
BAGI TAHUN 2022

PERSATUAN PENCINTA DAN PEMULIHARAAN PENYU PULAU PANGKOR


(PPM007-08-30102020)
KAMPUNG PENYU CONSERVATION AND EDUCATION CENTRE (KPCEC)
(202003239632 (NS0241675-K))
1.0 Pengenalan

Perak dianugerahkan Tuhan dengan kewujudan penyu sebagai khazanah


laut di mana pantai-pantai di pesisir daerah Manjung termasuk di Pulau
Pangkor menjadi kawasan pilihan untuk pendaratan penyu spesis
Chelonia mydas(Penyu Agar / Green Turtle) dan Lepidochelys olivacea
(Penyu Lipas / Olive Ridley).

Namun pendaratan Penyu Lipas telah merosot dan hanya Penyu Agar
yang masih mendarat di kawasan pesisir pantai daerah Manjung.
Keperluan untuk kerja-kerja konservasi ini adalah penting demi
memastikan spesis penyu ini (Penyu Agar) sentiasa dan (Penyu Lipas)
kembali mendarat di daerah Manjung amnya dan juga di Pangkor
khasnya.

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (Jilid 1) menyatakan


terdapat beberapa pantai berpasir yang penting di pulau luar pesisiran
seperti Pangkor dan juga tanah besar di Segari adalah tapak penting
untuk pendaratan penyu. Penyu Lipas dan Penyu Agar telah diklasifikasi
sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan
Alam Sekitar (IUCN).

Terdapat empat faktor utama yang telah menyebabkan penurunan


bilangan
pendaratan penyu iaitu:
i. Pengutipan dan Pemakanan Telur Penyu
ii. Tangkapan Sampingan
iii. Sampah Sarap
iv. Kemusnahan Habitat

Penyu agar Penyu lipas


(Chelonia mydas) (Lepidochelys olivacea)
2.0 Sejarah Konservasi Penyu di Pulau Pangkor
Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu pantai berpasir yang
terdapat di Pulau Pangkor. Pantai ini telah menyaksikan pendaratan
Penyu Agar (Chelonia mydas) sejak 2017 melalui rekod dan pengamatan
komuniti di sini. Walau bagaimanapun penyu sebenarnya telah lama
mendarat di pantai ini namun tidak pernah direkodkan sebelum 2017.

Komuniti di Pangkor telah menggiatkan diri dengan kerja konservasi


penyu di Pulau Pangkor sebelum penglibatan oleh mana-mana pihak di
Pulau Pangkor. Bermula pada tahun 2016, dengan niat untuk
mewujudkan kawasan rekreasi dan tapak perkemahan di Pantai Teluk
Ketapang, komuniti Pangkor telah melakukan pembersihan di kawasan
pantai dan sekitar. Walau bagaimanapun setelah mendapati
terdapatnya kehadiran penyu di kawasan pantai Teluk Ketapang, pihak
komuniti telah membatalkan niat untuk mewujudkan tapak
perkemahan dan lebih menumpukan kepada pembersihan kawasan
pantai dan juga pemerhatian terhadap pendaratan penyu.

Pada 3hb Julai 2016, merupakan tarikh keramat apabila penemuan


pertama penyu yang mendarat di kawasan pantai Teluk Ketapang.
Penemuan ini telah memberi kesan kepada komuniti kerana penyu juga
merupakan haiwan yang unik di kalangan komuniti Cina dan
mempunyai makna dari segi kebudayaan dan kepercayaan. Bermula dari
detik tersebut, para komuniti di Pangkor giat melakukan pembersihan
kawasan pantai di Teluk Ketapang untuk memastikan penyu ini dapat
mendarat dengan lebih kerap.

Sepanjang tahun 2017 dihabiskan dengan kerja-kerja pembersihan dan


ada juga individu daripada komuniti setempat di Pangkor telah
mengambil inisiatif dengan mempelajari teknik-teknik pengambilan
telur penyu dan juga ilmu-ilmu konservasi daripada Pusat Konservasi
dan Penerangan Penyu Segari. Pada tahun tersebut terdapat 19 sarang
penyu telah direkodkan dan kesemuanya dihantar ke Pusat Konservasi
dan Penerangan Penyu Segari untuk proses pengeraman dan penetasan
ex-situ.
2.0 Sejarah Konservasi Penyu di Pulau Pangkor
Pada tahun 2018, pihak komuniti di Pangkor mula menjalankan kerja-
kerja konservasi dengan penglibatan komuniti setempat yang ingin
melihat penyu-penyu ini menetas di Teluk Ketapang dan kembali semula
ke Teluk Ketapang setelah tempoh matang iaitu selepas 20-25 tahun. Pada
tahun ini jugalah pihak komuniti giat melindungi sarang-sarang telur
daripada ancaman kecurian dan juga pemangsa (hidupan liar) sekitar
pantai tersebut.

Ada sarang yang dibiarkan secara in-situ dan ada juga sarang secara ex-
situ. In-situ merupakan kaedah pengeraman di tempat asal yang telah
dipilih oleh ibu penyu tersebut manakala ex-situ merupakan kaedah
pengeraman di sarang yang telah dialihkan ke kawasan yang lebih
selamat namun masih mengikut ciri-ciri tapak asal sarang telur penyu
tersebut.

Pada tahun yang sama (2018), pihak komuniti juga turut giat bersama
penduduk Pangkor yang lain giat melakukan aktiviti konservasi yang lain
dengan memulihara habitat kawasan pendaratan penyu. Kawasan pantai
di Teluk Ketapang kerap dibersihkan dan ditanam dengan pokok ambong-
ambong untuk tujuan teduhan sarang dan merawat pasir di pantai.

Pihak komuniti juga telah membina tapak penetasan untuk sarang ex-situ
dengan kaedah pembinaan yang seminimal mungkin untuk
mengurangkan impak serta menghalang dari kawasan pantai itu agar
hilang ciri-ciri asal sebagai tapak pendaratan penyu yang semulajadi.
Struktur yang ada hanyalah bersaiz minimal dan menggunakan kayu-
kayan yang lebih mesra alam serta tanpa pencahayaan yang mampu
menghalang pendaratan penyu.
2.0 Sejarah Konservasi Penyu di Pulau Pangkor
3.0 Penyelidikan Penyu di Pulau Pangkor

Pada tahun 2018, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia


(USM), telah turun ke Pantai Teluk Ketapang dengan keizinan dan
permit penyelidikan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perikanan di
Putrajaya dan giat menjalankan kajian terhadap pendaratan penyu di
Pantai Teluk Ketapang.

Kumpulan penyelidik ini juga berperanan membantu komuniti dengan


bimbingan mereka dalam amalan dan SOP kaedah konservasi dan
pemerhatian saintifik yang lebih mesra alam (tanpa gangguan secara
lansung atau tidak lansung terhadap penyu bagi mengekalkan ciri
semulajadi sebaik mungkin). Ini amat penting buat komuniti bagi
menambah ilmu konservasi dan membetulkan tanggapan para
penduduk Pangkor yang lain di mana terdapatnya penjualan dan
pemakanan telur penyu oleh segelintir penduduk.

Dalam tahun 2019 jugalah komuniti, dengan bimbingan penyelidik USM,


telah melakukan pendekatan saintifik melalui pemerhatian bersama
dan dengan mensektorkan atau mengkelaskan kawasan pendaratan
penyu. Melalui kaedah ini, penyu yang turun bertelur dapat direkodkan
dengan lebih teliti dan juga maklumat tambahan diperolehi sepanjang
pemerhatian ini. Setelah itu, kesemua sarang telur penyu yang
mendarat di Teluk Ketapang hanya dijalankan secara in-situ dan tiada
pemindahan sarang telur penyu dilakukan bagi mengekalkan ciri
semulajadi yang telah ditetapkan oleh ibu penyu itu sendiri.

Pada tahun ini juga para komuniti telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang
spesifik terhadap kerja-kerja konservasi penyu serta kesedaran awam.
Pendaftaran telah dilakukan, dan pada 30hb Oktober 2020, sebuah NGO
secara rasminya tertubuh dengan nama “Persatuan Pencinta dan
Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor”.
3.0 Penyelidikan Penyu di Pulau Pangkor

Setelah kelulusan diperolehi, Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan


Penyu Pulau Pangkor mewakili komuniti Pangkor yang giat dan komited
terhadap konservasi penyu di Pangkor sebelum ini telah bergerak
dengan lebih efisien dan berstruktur. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan
oleh persatuan dengan komuniti tempatan, pengunjung luar dan juga
agensi kerajaan yang telah datang berkunjung ke pulau Pangkor.

Sambutan daripada pengunjung luar dan pelancong juga amat


menggalakkan.Aktiviti pembersihan pantai, penanaman pokok dan
juga pelepasan anak penyu dijalankan dengan tujuan memupuk
kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan spesis penyu serta penjagaan kawasan pendaratan
penyu.

Pada tahun 2020 juga, pihak persatuan giat bekerjasama dengan


komuniti nelayan untuk perkongsian dan penyaluran maklumat yang
penting seperti penemuan penyu di perairan, penemuan bangkai
penyu, penemuan penyu yang sakit dan juga pendaratan penyu-penyu
di sekitar pantai di Pangkor. Maklumat ini juga turut disalurkan kepada
Jabatan Perikanan.

Terdapat juga pantai-pantai berpasir di sekitar Pangkor dan juga


kepulauan Pulau Sembilan yang dilaporkan terdapat pendaratan penyu
oleh komuniti nelayan, pemancing rekreasi dan juga pelancong luar
mahupun tempatan. Keperluan untuk menjalankan kajian saintifik bagi
mengkaji pendaratan penyu dan habitat yang menjurus kepada
pengurusan serta konservasi penyu haruslah diteruskan untuk pantai-
pantai pendaratan yang ada samada di tanah besar atau di kepulauan
pesisir Pangkor mahupun kepulauan Pulau Sembilan.
3.0 Penyelidikan Penyu di Pulau Pangkor

Sepanjang penglibatan komuniti setempat samada sebelum fasa


pendaftaran persatuan atau selepas pendaftaran, pendaratan penyu di
pantai Teluk Ketapang mengalami peningkatan secara
memberangsangkan. Ini adalah hasil usahasama komuniti setempat
dengan tunjuk ajar yang diperolehi dari pihak penyelidik. Berikut
merupakan data bilangan sarang yang telah direkodkan:

Tahun 2021 mencatatkan penurunan disebabkan oleh sekatan dari segi


undang-undang. Oleh itu, pihak persatuan tidak dapat meneruskan kerja-
kerja konservasi seperti biasa dan pantai pendaratan penyu Teluk
Ketapang telah terdedah dengan ancaman pemangsa serta kecurian telur
penyu. Ini telah membantutkan usaha-usaha konservasi yang telah
dilakukan dan dimulakan sejak 2017 lagi.
3.0 Penyelidikan Penyu di Pulau Pangkor
4.0 Pantai-pantai Pendaratan Penyu di
Pulau Pangkor
Selain daripada pantai pendaratan penyu yang terdapat di tanah besar,
pulau pesisir seperti Pangkor juga mempunyai pantai berpasir penting
yang menjadi tapak pendaratan penyu. Antaranya ialah:

i. Teluk Ketapang
ii. Teluk Nipah
iii. Pasir Bogak
iv. Teluk Cina
v. Teluk Belanga
v. Pantai Rumah Raja

Terdapat juga kawasan perairan di barat Pulau Pangkor yang dikenali


sebagai "Taman Penyu" oleh penduduk tempatan, di mana kawasan ini
menjadi kawasan rayau penyu kerana terdapat banyak sumber makanan
di sini. Kawasan ini merangkumi Pulau Dua yang terletak di barat daya
Pangkor Laut, naik ke sekitar Pulau Mentangor, hingga ke Tukun Terendak.
5.0 Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun 2022

Selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan (Sustainable Development


Goals), KPCEC dan PENCINTA telah merancang beberapa program dan aktiviti
yang akan dijalankan pada tahun 2022 ini.

Aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan kepada 5 teras SDG, iaitu

Goals 4- Quality Education


Menjadikan KPCEC sebagai hab pendidikan dan penyelidikan yang penting di
negeri Perak, khsususnya dalam penyelidikan penyu dan ekosistem marin.

Goals 12- Responsible Consumption and Production


Menggalakkan budaya pengurusan sampah yang bertanggungjawab melalui
kempen kepenggunaan dalam kalangan penduduk setempat dan peniaga.

Goals 13- Climate Action


PENCINTA merancang beberapa sesi advokasi bersama komuniti setempat,
NGOs, dan agensi kerajaan dalam usaha memelihara ekosistem marin
daripada risiko krisis iklim.

Goals 14- Life Below Water


KPCEC dan PENCINTA akan menjalankan rundingan bersama pemegangtaruh
ke arah pewartaan zon perlindungan marin dalam usaha memelihara
ekosistem, menjamin aktiviti perikanan yang selamat dan mampan, di
samping menjaga pantai-pantai pendaratan penyu di Pulau Pangkor.

Goals 17- Partnerships for the Goals


Kami percaya perlindungan, pemeliharaan, dan pemuliharaan penyu dan
pantai-pantai pendaratan penyu di Pulau Pangkor ini tidak akan dapat
terlaksana tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh itu, kami
mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan komuniti dan NGOs tempatan,
jabatan dan agensi kerajaan, serta para penyelidik untuk memastikan segala
yang dirancang dapat terlaksana dan memberi manfaat buat semua.
5.1 Galeri Pameran Pendidikan Penyu dan
Ekosistem Marin Pulau Pangkor

Objektif
1. Memberi pendedahan kepada para pengunjung mengenai
keunikan ekosistem marin di Pulau Pangkor.
2. Memupuk rasa bertanggungjawab ke atas kelestarian
ekosistem marin.
3. Menyemai rasa cinta terhadap hidupan marin khususnya
penyu.
4. Menjadi hab pendidikan dan penyelidikan akademik.

Sasaran

1. Pengunjung tempatan dan luar negara


2. Pelajar sekolah menengah dan universiti
3. Penyelidik tempatan dan luar negara
4. Jabatan dan agensi kerajaan
5. Syarikat-syarikat korporat

Pelaksanaan
Dijalankan sepanjang tahun, galeri yang dicadangkan untuk ditempatkan
di Coral Beach, Teluk Nipah ini akan memberi nafas baharu kepada
konservasi ekosistem marin dan penyu khususnya. Terdapat beberapa
stesen atau checkpoint akan disediakan dengan setiap satunya
mempamerkan kandungan yang berbeza, antaranya termasuklah;

·Keunikan ekosistem marin di Pulau Pangkor


·Aktiviti Perikanan di Pulau Pangkor
·Konservasi Penyu di Pulau Pangkor
·Sudut Pendidikan Penyu

Selain itu, di galeri ini turut akan diadakan aktiviti lain seperti taklimat
penerangan konservasi penyu, stesen “Adopt a tree”, dan jualan
cenderamata.
5.2 Konservasi Pantai Pendaratan Penyu
Pulau Pangkor

Objektif

1. Memantau pantai-pantai pendaratan penyu di sekitar Pulau Pangkor.


2. Menguruskan dan memulihara pantai-pantai pendaratan penyu.
3. Memastikan keselamatan penyu dan telur-telur penyu terjaga.
4. Memudahkan kerja-kerja penyelidikan ke atas penyu dan hidupan-
hidupan marin di Pulau Pangkor.
5. Menyediakan data berguna kepada Jabatan Perikanan Negeri Perak
dan para penyelidik.

Sasaran

1. Pantai-pantai yang telah dikenalpasti sebagai lokasi pendaratan


penyu di Pulau Pangkor
2. Sukarelawan
3. Penyelidik tempatan dan luar negara
4. Pelajar-pelajar universiti
5. Jabatan Perikanan Negeri Perak
6. Nelayan-nelayan daerah Manjung

Pelaksanaan
Aktiviti ini akan dijalankan sepanjang tahun, bergantung kepada cuaca
dan musim pendaratan penyu/ penetasan telur penyu. Para
sukarelawan akan dibawa menaiki bot bagi memantau pantai-pantai
yang telah dikenalpasti menjadi lokasi strategik untuk pendaratan
penyu. Aktiviti juga termasuk kerja-kerja memasang sangkar "in-situ"
di sarang-sarang yang dikenalpasti. Penyu dewasa yang dijumpai akan
ditanda. Aktiviti yang dijalankan akan direkod dan segala data yang
diperoleh akan dikongsi kepada Jabatan Perikanan Negeri setiap bulan.
5.3 Smart Ramadhan Campaign

Objektif

1. Menggalakkan budaya pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab


2. Mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadhan
3. Mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan pengguna
4. Memberi pendedahan mengenai kesan pengurusan sisa yang tidak
bertanggungjawab terhadap hidupan marin.
5. Mengeratkan silaturahim antara PBT, NGO, dan komuniti setempat.

Sasaran

1. Penduduk tempatan Pulau Pangkor


2. Pengunjung tempatan dan luar negara
3. NGO tempatan
4. Majlis Perbandaran Manjung
5. Kontraktor pembersihan
6. Peniaga tempatan

Pelaksanaan

Kempen yang akan dijalankan selama 3 minggu sepanjang bulan Ramadhan


ini akan memfokuskan kempen-kempen kepenggunaan seperti
pengurangan penggunaan plastik pembungkus makanan, bengkel kitar
semula dan penghasilan baja daripada sisa makanan, kenduri bersama
komuniti, webinar atas talian, dan banyak lagi.
5.4 Program Semaian dan Penanaman
Pokok Pesisir Pantai

Objektif
1. Menambah litupan pokok-pokok pesisir pantai di sekitar Pulau
Pangkor
2. Menyediakan kawasan yang lebih sesuai bagi pendaratan penyu.
3. Memupuk rasa bertanggungjawab terhadap pantai-pantai pendaratan
penyu.
4. Mengeratkan kerjasama antara komuniti setempat dan para
pengunjung.

Sasaran

1. Sukarelawan
2. Penduduk Pulau Pangkor
3. Jabatan dan agensi kerajaan
4. NGO tempatan

Pelaksanaan

Program ini dicadangkan untuk dijalankan pada bulan Mac 2022. Para
sukarelawan akan dilatih secara praktikal mengenai tatacara
menyemai pokok-pokok pesisir pantai tempatan seperti Ambong-
ambong, Ketapang, Putat Laut, Kelapa Laut, Bintangor Laut,
Jemerlang Laut, dan banyak lagi. Tapak semaian dicadangkan untuk
ditempatkan di dua lokasi iaitu di Coral Beach Teluk Nipah dan Tapak
Semaian Unit Lanskap MPM di Pekan Pangkor. Anak-anak pokok yang
sedia untuk ditanam akan ditanam oleh para sukarelawan pada
program-program penanaman pokok pesisir pantai yang dirancang.
5.5 Forum Awam

Objektif

1. Memperkenalkan keunikan ekosistem marin di Pulau Pangkor.


2. Berkongsi maklumat dan perbincangan mengenai konservasi penyu
dan hidupan marin secara atas talian
3. Meningkatkan pengetahuan umum mengenai konservasi penyu di
negeri Perak, khususnya di Pulau Pangkor.
4. Mempromosi aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang
tahun.
5. Menyampaikan maklumat mengenai cadangan pewartaan zon
perlindungan pantai-pantai pendaratan penyu di Pulau Pangkor

Sasaran

1. NGO tempatan
2. Penyelidik tempatan dan luar negara
3. Pelajar-pelajar univsersiti
4. Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan
5. Orang awam

Pelaksanaan

Beberapa pakar penyelidik dan wakil NGO tempatan akan dijemput


sebagai panel dalam forum ini bagi berbincang mengenai kepentingan
perlindungan pantai-pantai pendaratan penyu khususnya di Pulau
Pangkor ini.
5.6 Turtle Week Festival

Objektif

1. Memupuk kesedaran mengenai konservasi penyu dan ekosistem marin


melalui pendekatan seni dan rekreasi.
2. Memperkenalkan keunikan budaya tempatan Pulau Pangkor kepada
para pengunjung.
3. Memberi tarikan baharu bagi aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor.

Sasaran

1. Pengunjung tempatan dan luar negara


2. Penggiat seni tempatan
3. Penyelaras aktiviti rekreasi dan sukan air
4. Pelajar-pelajar universiti
5. Jabatan dan agensi kerajaan
6. NGO tempatan

Pelaksanaan
Turtle Week Festival ini akan dijalankan selama seminggu pada bulan Jun 2022 ini.
Festival yang bertemakan seni dan rekreasi ini dianjurkan bersempena dengan Hari
Penyu Laut Sedunia yang disambut pada bulan Jun setiap tahun. Antara aktiviti yang
akan dijalankan termasuklah;
1. Taklimat Konservasi Penyu di 3 buah sekolah di daerah Manjung
2. Persembahan Muzik
3. Pameran Alam Sekitar dan Ekosistem Marin
4. Pertandingan Melukis
5. Persembahan Puisi
6. Pembersihan Pantai
7. Bengkel Kitar Semula dan 5R
8. Penanaman Pokok Pesisir Pantai
9. Pertandingan Fotografi
10. Tayangan filem filem dokumentari
11. Larian Amal 5km
5.7 Advokasi Pewartaan Zon Perlindungan
Pendaratan Penyu

Objektif

1. Mewartakan pantai-pantai pendaratan penyu di Pulau Pangkor sebagai


kawasan perlindungan.
2. Memantau sebarang pembangunan di pantai-pantai pendaratan penyu,
yang berisiko memberi ancaman terhadap pendaratan.
3. Menyebarkan kepentingan perlindungan pantai-pantai pendaratan
penyu kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat, penduduk Pulau
Pangkor, dan para pengunjung.

Sasaran

1. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak


2. Majlis Perbandaran Manjung
3. Jabatan Perikanan Negeri Perak
4. Jabatan Pengairan dan Saliran
5. Ahli Parlimen dan ADUN setempat.
6. Penyelidik tempatan dan luar negara
7. Rakan-rakan NGO.
8. Nelayan tempatan.
9. Penduduk Pulau Pangkor

Pelaksanaan

Pewartaan zon perlindungan pantai pendaratan penyu ini merupakan


salah satu matlamat jangka panjang bagi Kampung Penyu. Kita sedia
maklum pantai-pantai pendaratan penyu merupakan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 oleh Rancangan Fizikal Negara (RFN). Namun,
pantai-pantai di Pulau Pangkor masih belum disertakan sekali dengan
pantai-pantai pendaratan penyu lain di Daerah Manjung ini. Selain itu,
pewartaan rasmi di peringkat negeri pasti dapat memastikan pantai-
pantai ini terlindung daripada sebarang pembangunan yang merosakkan.
7.0 Advokasi Pewartaan Zon Perlindungan
Pendaratan Penyu

Objektif
Oleh itu, beberapa siri rundingan bersama para pemegang taruh dari
kalangan penduduk tempatan dan agensi-agensi kerajaan tempatan akan
dijalankan bagi memastikan hasrat ini tercapai. Ini termasuklah
menjalankan ekspidisi saintifik berkaitan bagi mengenalpasti hidupan-
hidupan marin lain samada yang bernilai tinggi, terancam, dan berperanan
penting dalam ekosistem marin di Pulau Pangkor ini.

Usaha ini juga melibatkan semakan dan rundingan bagi penambahbaikan


dan pemindaan ke atas polisi dan undang-undang yang melibatkan alam
sekitar khususnya di kawasan-kawasan pesisiran.
Terima
Terima Kasih
Kasih
#oraitsemuakitalayan

Anda mungkin juga menyukai