Anda di halaman 1dari 10

AIL 1005 2022/2023

AIL 1005
TEORI DAN KAEDAH SEJARAH
SOALAN 5
BINCANGKAN MENGENAI FAKTA SEJARAH
DAN SEJAUH MANAKAH PENCANGGAHAN
FAKTA BOLEH BERLAKU DALAM SEJARAH?
NO
NAMA
MATRIK
NOOR ALIA FATIHAH BINTI RUKMAN 22003943
MUHAMAD FAIZ AZRIN BIN SAPUWAN 22003609

PENSYARAH PROF MADYA DR ARBA’IYYAH BINTI MOHD NOOR


HARI ISNIN
MASA 02.00 P.M – 03.00 P.M

PENGENALAN
AIL 1005 2022/2023

 Fakta ialah maksud pernyataan tentang kejadian yang berlaku sama ada yang disediakan
oleh akbar atau sumber – sumber yang lain.
 Fakta mempunyai hubungan yang erat dengan sumber kerana daripada sumber lahirnya
fakta.
 Fakta juga secara umum merupakan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kebenaran asas
bagi sesuatu bidang ilmu, suatu kajian ataupun suatu peristiwa. Ia bergantung kepada
kepentingan sesuatu peristiwa kepada masyarakat atau persendirian.
 Fakta terbahagi kepada dua iaitu umum (fakta yang lazim terjadi seperti rompakan) dan
khusus ( fakta yang benar – benar terjadi dalam waktu tertentu)
 Bagi Sejarah, fakta itu boleh dianggap sebagai tulang belakang, malah nadi bagi
kesejarahannya.
Ia juga merupakan salah satu unsur yang mengukuhkan kebenaran lantas kesejarahan

sesebuah penulisan itu. Tanpa fakta, penulisannya akan menjadi kosong dari segi
kesejarahannya.
 Fakta juga merupakan bahan utama yang digunakan oleh sejarawan untuk menyusun
suatu cerita atau analisis sejarah.
 Bukan itu sahaja, fakta adalah suatu konstruk yang dibuat oleh sejarawan yang
mengandungi fakta subjektif iaitu unsur subjek (penulis)
 Walau bagaimanapun, sukar untuk mempercayai sama ada suatu fakta Sejarah itu benar
atau sebaliknya kerana ia merupakan perkara yang ditulis atau disusun oleh penulis.

A) FAKTA SEJARAH
1.0 - Jenis Fakta Sejarah
Fakta sejarah merupakan objektif yang benar – benar wujud ataupun yang telah berlaku
pada sesuatu ketika dalam suatu jangka waktu yang telah berlalu. Misalnya
 - Parameswara mengikut sumber orang Portugis adalah raja Melaka yang pertama
- Portugis berjaya mengalahkan Melaka pada tahun 1511 masihi
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 masihi
 Semua fakta sejarah ini telah terbukti dan masih boleh dibuktikan kebenarannya.
Namun begitu kesannya yang menjadi memori kepada kita masih diungkapkan kembali

dan bentuk pengungkapan kembali tersebut dikenali sebagai pernyataan.
Bukan itu sahaja, jika sesuatu fakta sejarah dibuat perlu melalui proses tafsiran,

pertimbangan, pemilihan dan juga pemikiran kembali.
 Jika tidak melibatkan proses – proses tersebut, fakta Sejarah itu tidak dapat ditinjau.
Fakta Sejarah terhasil daripada proses ingatan ahli – ahli sejarah. Jadi fakta merupakan
 sesuatu perkara yang subjektif pada hakikat yang sebenarnya kerana fakta adalah bentuk
gambaran atau cerita atau konstruk (pembentukan) yang dilakukan oleh sejarawan.
Teknik penulisan sejarah dan fakta sejarah itu sebenarnya amat bergantung kepada ahli

sejarawan itu sendiri.
Leopold Von Ranke juga berpendapat sebagai seorang sejarawan, karya sejarah yang
 dipaparkan haruslah bersifat objektif atau dengan erti kata lain tidak cenderung kepada
mana – mana pihak dan tidak bercampur aduk fakta sejarah dengan mitos dan lagenda.
Beliau juga menegaskan tentang penggunaan sumber yang sahih dan tepat bagi
 menghasilkan karya sejarah yang tepat dan benar. Ini disebabkan penggunaan sumber
yang palsu akan menghasilkan sejarah yang palsu atau salah.
 Sebenarnya pandangan Ranke itu kurang tepat kerana tidak boleh dikatakan bahawa
AIL 1005 2022/2023

sesuatu fakta itu merupakan fakta yang tepat setepatnya

Ini kerana agak sukar untuk menemui fakta yang tepat secara objektif berbanding fakta
– fakta yang kontroversi dan sering ditokok tambah. Fakta ini juga sering diarah
berdasarkan nilai – nilai tertentu seperti nilai agama, sosial, ras dan ideologi.
Mengikut pendapat Louis Gottschalk pula, fakta sejarah ialah

Oleh itu sesuatu fakta sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai suatu particular yang didapatkan

secara langsung ataupun tidak langsung dari dokumen sejarah dan selepas ia diuji mengikut
kanun – kanun kaedah sejarah maka bolehlah ia dianggap sebagai boleh dipercayai

Persoalan fakta dan realiti sejarah pula berkait dengan pemahaman manusia tentang
konsep kebenaran sejarah dalam menilai kebenaran dan kepalsuan sesuatu fakta sejarah.

Dalam tradisi falsafah barat, teori tentang kebenaran sesuatu fakta sejarah yang
 dipegang ramai ialah correspondence theory of truth.

Menurut teori tersebut, sesuatu kebenaran itu dapat dinilai melalui fakta yang diutarakan
itu bertepatan dengan reality di luarnya. Sekiranya perkara itu tidak bertepatan dengan
realiti, maka tahap kebenaran fakta itu akan berkurangan walaupun tetap diterima pakai.
Penulis – penulis Muslim berbeza kerana mereka menulis tentang sejarah Islam dengan
menggunakan sumber – sumber atau fakta – fakta yang sebenar seperti Al – Quran dan
Al Sunnah.

Mereka juga dituntut menghiasi diri dengan nilai keagamaan agar dapat menulis
peristiwa yang sebenar – benarnya berlaku.

 Penulisan tersebut tidak boleh menyalahi kebenaran yang dibawa oleh Al Quran dan As
Sunah. Sekiranya berlaku perkara yang menyalahi hakikat sebenarnya, maka fakta
tersebut merupakan fakta yang salah atau bersifat batil.

Disebabkan itu, penulis – penulis muslim disarankan untuk berpegang teguh dengan
nilai – nilai akhlak keagamaan yang mutlak seperti jujur, ikhlas dan amanah agar tidak
bertentangan dalam membuat pentafsiran fakta sejarah yang terdapat dalam Al Quran
dan As Sunnah.
Terdapat beberapa pendapat Fakta Sejarah yang dibincangkan oleh sejarawan antaranya
 iailah fakta tetap, fakta berubah / tidak tetap, fakta tidak boleh dikawal, fakta tidak
berulang, fakta nilai, subfakta, fakta tidak boleh berubah, fakta kecil dan fakta objektif

1 Fakta Tetap
 Merupakan sesuatu fakta yang telah dikemukakan tidak mengalami sebarang
perubahan dan pertambahan sumber baru dari sumber asal dan diterima umum oleh
semua pihak
 Fakta ini sering menjadi bahan rujukan utama dan fakta yang paling penting dalam
menjalankan sebarang kajian.
 Fakta ini juga telah mengalami pengukuhan dan tiada siapa boleh menyangkal fakta
tersebut
AIL 1005 2022/2023

Contoh Fakta tetap atau tetap adalah seperti berikut :


 - Tarikh pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957
- Parameswara merupakan pemerintah Melaka pertama
- Melaka dikalahkan Portugis pada 1511
 Fakta ini diakui kebenaran dan diguna pakai sehingga kini. Bukan itu sahaja, fakta
ini telah diterima umum dan sukar untuk dipertikai mana – mana pihak.

Fakta Berubah / Tidak Tetap


 Dikira sebagai fakta yang tidak mantap kerana fakta ini tidak disokong dengan hujah
atau bukti yang kukuh untuk mengukuhkan lagi fakta tersebut.
Berlaku jika terdapat sumber – sumber rujukan yang baru yang juga sahih atau yang
 lebih sahih dan yang akan memberikan maklumat atau fakta baru kepada sesuatu
peristiwa yang telah sekian lama dianggap benar atau betul dari segi kesejarahannya.
 Kebiasaanya, fakta ini mengambil masa yang lama untuk berubah kerana
memerlukan banyak bukti dan sumber untuk menyangkal kesahihannya.
Fakta ini juga boleh berlaku jika fakta tersebut ditokok tambah atau dikurangkan.

Hal ini disebabkan sejarawan kebanyakkannya membuat andaian dan tafsiran sendiri
dan jika berlaku pertemuan fakta baharu yang lebih kuat hujah dan kesahihannya,
 maka sumber asal tidak lagi dapat diterima.

Dengan erti kata lain, sumber – sumber baru itu boleh menafikan sejarah yang telah
dikemukakan melalu sumber – sumber yang lebih awal. Ini bermaksud sumber
2 baharu itu berbeza dari sumber asal seterusnya mengubah fakta yang menggunakan
sumber asal.
Contoh :
Nama ketua komisaris Belanda : R.E.F Lybroke dalam Misa Melayu datang bertemu
dengan Sultan Muzaffar Shah III untuk membina kota di tepi Sungai Perak tetapi
sumber Belanda menunjukkan nama Ary Verbrugge yang menemui Sultan Muzaffar
Shah III.

Hang Tuah dikatakan bukan Melayu dan berasal dari China



Perkataan Melaka tidak dapat ditemui kesahihannya dari perkataan Malakat,
Amalaka dan Pokok Melaka

Contoh lain yang boleh dikupaskan ialah ketokohan Winston Churchill. Britain
menganggap beliau sebagai negarawan kerana mempertahankan Britain dari
dikalahkan Nazi pada perang dunia kedua dahulu. Selepas bertahun tidak dikritik,
beliau dikritik oleh Dr John Charmley yang cuba menafikan kepewiraan Churchill.

3 Fakta Tidak Boleh Dikawal


 Berkait rapat dengan tindakan manusia itu sendiri tidak dapat dikawal oleh sesiapa
pun
AIL 1005 2022/2023

 Fakta Sejarah bukanlah seperti fakta Sains yang mana boleh dikawal dan diuji dalam
makmal dengan kaedah sains tertentu
 Kebanyakan fakta Sejarah berlaku akibat daripada rententan peristiwa sejarah yang
telah berlaku
Contoh

Tindakan peperangan yang berlaku dalam perang dunia pertama dan juga perang
dunia kedua tidak dapat dikawal oleh manusia.

Fakta Nilai
 Fakta mempunyai kaitan dengan nilai di mana faktor ini menentukan relevansinya
fakta dengan konteks sejarah.
 Merupakan fakta yang subjektif kerana ditafsir oleh sejarawan itu sendiri mengikut
persepsi mereka
 Fakta ini sering berlaku kerana kewujudan atau kemunculannya banyak dipengaruhi
oleh pengkaji atau sejarawan kepentingan, nilai budaya, agama dan sebagainya.
Apabila nilai – nilai tertentu dibiarkan mempengaruhi pergolakan fakta, maka
 subjektivisme akan memain peranan utama dan akan menyebabkan fakta menjadi
tidak benar.
Contoh - fakta sebelum kemerdekaan ditulis berbeza dengan fakta yang ditulis
4 selepas kemerdekaan.

 Berlaku disebabkan fakta telah diselaputi oleh nilai – nilai subjektif yang ada pada
diri penulis.

Sebab itu Ranke menyarankan supaya fakta bebas dari nilai – nilai tersebut dan
diungkap sebenar – benarnya.
Begitu juga tentang pandangan kedatangan British ke Tanah Melayu. Sejarawan
 Barat menganggap mereka sebagai penyelamat ekoran sering terjadi konflik di Tanah
Melayu namun sejarawan Melayu berbeza pendapat kerana British datang ke Tanah
Melayu disebabkan faktor ekonomi dan revolusi perindustrian.
 Dilihat terdapat unsur prejudis, bias dan condong seperti yang telah dikemukakan
oleh ahli sejarawan.

Fakta Tidak Berulang


 Fakta ini diyakini benar dan tidak berulang biarpun sesuatu peristiwa banyak kali
berulang.
 Sering dikaitkan dengan tokoh, tempat, tarikh dan masa, namun peristiwa tersebut
boleh berulang banyak kali
5
 Contoh –
Perang Iraq dan Amerika berlaku sebanyak tiga kali

Kudeta di mana – mana negara seringkali berlaku tidak kira di Eropah, Asia, Afrika
mahupun Amerika Selatan.

6 Subfakta
AIL 1005 2022/2023

 Merupakan fakta yang telah diolah dalam bentuk – bentuk faktor bagi sesetengah
fakta sejarah,
 Merupakan fakta yang menyokong dan mendorong sesuatu peristiwa sejarah berlaku

 Mengukuhkan dengan lebih dalam lagi fakta sejarah yang telah wujud

Contoh
 Faktor penentangan Malayan Union ialah Cara Sir Harold Mac Micheal
mendapatkan persetujuan raja – raja Melayu, intipati perjanjian Malayan Union,
kerakyatan jus soli merupakan antara subfakta dalam fakta sejarah.

Fakta Tidak Boleh Berubah


 Fakta berubah akan menjadi fakta tidak boleh berubah apabila fakta itu telah diuji
kebenarannya melalui dua acara iaitu kritikan dalam dan juga kritikan luaran.
 Jika fakta itu dianggap sahih dari kritikan luaran, masih belum dianggap fakta yang
boleh digunapakai kerana masih belum sahih dari kritikan dalaman.
 Diperolehi apabila fakta tersebut sukar disangkal kerana tiada fakta lain yang boleh
7 menyangkal kesahihannya.
Fakta ini hampir sama dengan fakta tetap di mana keduanya diterima umum oleh
 masyarakat. Sebagai contoh, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948
ekoran kegagalan Malayan Union
Fakta tersebut merupakan fakta tidak boleh berubah kerana ia telah diterima umum
 dan sukar disangkal kerana mempunyai bukti dan sumber bertulis yang kukuh bagi
membuktikan kebenarannya.

8 Fakta Objektif
 Merupakan fakta yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi
seseorang
 Menurut kamus dewan, suatu kenyataan yang berasaskan fakta sebenar yang tidak
dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri dikenali sebagai fakta objektif.
 Dari satu segi, fakta sejarah itu adalah bersifat objektif dan benar – benar wujud
ataupun yang telah berlaku pada suatu ketika dalam suatu jangka masa dulu,
 Dalam pada itu, bolehlah ia dianggap sebagai objektif dalam pengertian bahawa ia
semata – mata sesuatu yang benar, tanpa motif dalam diri dan sebagainya.
 Merupakan antara fakta yang penting dan perlu dijadikan sebagai sumber yang
utama.
 Fakta ini juga mestilah fakta yang benar – benar wujud iaitu peristiwa yang telah
berlaku pada masa lalu.
 Ahli sejarawan juga cuba mentafsir fakta secara objektif iaitu tidak ditambah atau
ditolak hujahnya.
Umumnya, sebelum kewujudan sesuatu fakta, ianya akan melalui dokumen, sumber
 seterusnya menjadi fakta. Maka fakta tersebut perlu sahih, kukuh disamping bersifat
objektif.
 Contohnya perjanjian pangkor 1874, termeterai di atas sebuah kapal bernama Plato
dan catatan Portugis mengalahkan Melaka pada 1511, hal ini adalah benar.
AIL 1005 2022/2023

Ahli sejarawan tidak boleh menyangkal perjanjian dan peristiwa tersebut dilakukan
 di tempat lain kerana terdapat dokumen yang menjadi bukti semasa peristiwa itu
berlaku.

2.0 - Hakikat Fakta Sejarah


 Sejarah terdiri daripada sekumpulan fakta – fakta yang telah diteliti dan dipastikan.
Fakta – fakta tersebut dikumpulkan oleh ahli sejarah, dokumen – dokumen, surat –

suratan dan sebagainya.
Fakta sejarah sebenar adalah bergantung kepada kepenting sesuatu berdasarkan

peristiwa atau kejadian kepada masyarakat atau individu yang berkenaan.
Kebiasaannya peristiwa sejarah dianggap fakta sejarah kerana itulah yang biasa dicatat

dan dikekalkan dalam sumber sejarah.
Apa sahaja peristiwa yang telah berlaku dianggap sebagai fakta namun fakta yang
 diperolehi itu mestilah mempunyai ciri – ciri kebenarannya berdasarkan sumber dan
hujahan yang diperolehi.
Kedudukan fakta itu terpulang kepada sejarawan yang menulisnya kerana fakta itu

adalah berasal dari pemikiran sejarawan.

3.0 - Kepentingan Fakta Sejarah


Memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dengan kewujudan dokumen

dan bukti.
Fakta Sejarah memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kepada Sejarah.
- Tanpanya sejarawan hanya berbicara kosong
 - Aspek penting dalam penulisan sejarah
- Sesuatu penulisan sejarah adalah kosong tanpa fakta dan hanya sebagai sastera
- Sejarah yang berlalu tidak akan berulang namun fakta tersebut akan sentiasa diingati
Fakta sejarah memainkan peranan sebagai lambang sesebuah masyarakat.
- Bergantung kepada sesuatu peristiwa atau kejadian itu kepada masyarakat
- Peristiwa itu akan menjadi lambang sebagai perkara yang disanjung atau dibenci

- Menurut Car Becker, fakta adalah lambang yang mewakili sesuatu peristiwa sejarah
- Lambang ini menjadi simbol yang dikenali kerana penting dalam masyarakat tersebut
- Kesultanan Melaka menjadi lambang kepada kesultanan terkuat di Tanah Melayu
Fakta Sejarah memainkan peranan sebagai panduan kepada sejarawan untuk menulis
sesuatu karya
- Ahli sejarah menganggap fakta penting kerana mempunyai kaitan dengan peristiwa
- Fakta dan sejarawan saling berkait kerana sesuatu fakta bergantung kepada
- sejarawan
 - Bukan itu sahaja, jika dipisahkan fakta dan sejarawan maka hilanglah kewibawaan
sesuatu penulisan itu.
- Sejarawan haruslah memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang
sistematik sebelum membuat pentafsiran demi mencapai kebenaran sejarah.
- Seorang sejarawan tidak boleh menulis sejarah dengan sesuka hati tanpa melibatkan
fakta kerana fakta penting dalam sesuatu penulisan karya sejarah.
 Fakta Sejarah memainkan peranan sebagai pengukuhan sesuatu penulisan sejarah
- Fakta mempunyai hubungan dengan penulisan sejarah kerana dari fakta lahir sejarah
- Sesuatu kebenaran penulisan dinilai melalui fakta yang diutarakan bertepatan dengan
AIL 1005 2022/2023

realiti
- Sekiranya perkara itu tidak berlaku dengan sebenar – benarnya, maka tahap fakta itu
semakin berkurangan biarpun tetap diterima masyarakat
- Penulisan sesuatu sejarah akan kosong tanpa melibatkan fakta dalam salah satu aspek
penghasilannya.
Fakta Sejarah memainkan peranan penting untuk dijadikan panduan dan tauladan
- Setiap fakta sejarah mempunyai nilai tersirat untuk disampaikan sebagai pengajaran
- Fakta itu penting untuk diingati kerana sesiapa yang tidak mengingati akan

mengulanginya kembali.
- Fakta yang mampu membentuk masyarakat akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu

B) PENCANGGAHAN FAKTA SEJARAH


 Penyelewengan dan pencanggahan fakta Sejarah boleh berlaku sama ada fakta tersebut
ditokok tambah atau dikurangkan.
 Berlaku juga kerana kekurangan sumber atau bahan rujukan (mereka terpaksa
menggunakan kaedah pengembaraan,pemerhatian dan juga pengamatan)

Mitos dan Lagenda


 Sebagai pujian untuk meninggikan darjat pemerintah selain berfungsi sebagai hiburan
kepada masyarakat di samping kiasan atau sindiran halus kepada sesuatu tokoh.
 Penggunaan mitos dan lagenda bagi menurut seorang pemerintah untuk
memperlihatkan kewibawaannya atau usaha mengukuhkan serta mendaulatkan
kekuasaan raja
 Contoh kisah yang mengagungkan raja pada zaman lampau ialah Sulalatus Salatin

 Mitos dan legenda juga banyak digunakan dalam sejarah Melayu tradisional
bertujuan untuk melakukan sindiran halus terhadap pemerintah yang zalim dan tidak
bertimbang rasa.
Pengarang juga memasukkan unsur ini untuk menyatakan rasa tidak puas hati
1 
terhadap sikap raja dalam bentuk halus untuk menjaga kepentingan diri mereka.
Misalnya, dalam Sejarah Melayu menceritakan tentang raja Singapura yang telah
 menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib tanpa usul periksa. Akibat
kezalimannya Singapura telah dilanda todak.
 Oleh itu, kiasan dan sindiran halus ini dimasukkan agar segala mesej dapat
disampaikan tanpa disedari oleh individu tertentu.
 Mitos dan lagenda bercanggah dengan fakta sejarah kerana terdapat beberapa karya
yang terlalu menaikan darjat pemerintah sehingga lari dari fakta sejarah sebenar.
Bukan itu sahaja, sikap penulis karya dan ahli sejarawan yang menokok tambah
 sesuatu yang tidak wujud untuk membuatkan sesuatu fakta sejarah lebih menarik
membuatkan fakta sejarah tersebut lari dari fakta sebenar dan tidak dapat diketahui
kebenarannya kecuali dengan melakukan penyelidikan.

2 Bias
 Sesetengah histiografi ditulis berdasarkan peristiwa sejarah yang bersifat berat
sebelah
AIL 1005 2022/2023

 Faktornya disebabkan bias cenderung kepada pendirian seorang sejarawan yang


mendukung dan memuji segala tindakan subjek yang ditulisnya. Misalnya mengikut
perasaan, pandangan dan jiwa sejarawan tersebut
 Menolak / membuang segala fakta yang mengandungi unsur negatif mengenai subjek
yang ditulisnya itu dalam sebuah histriografi.
 Misalnya, fakta sejarah yang ditulis pada zaman sebelum kemerdekaan adalah
berbeza dengan tulisan yang ditulis pada zaman selepas kemerdekaan .
 Pembahagian fakta ini dilakukan secara berbeza kerana fakta tersebut telah di ubah
dengan memasukkan nilai-nilai subjektif yang ada pada diri penulis.
 Oleh itu, Ranke menyarankan agar fakta tidak diwarni, dihiasi dengan nilai - nilai
subjektif tetapi perlu diungkap dengan sebenarnya

Penggunaan Sumber
 Hasil daripada “collective memory” seseorang mengenai kisah – kisah yang
didengari dan dipertuturkan dari generasi ke generasi
 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang menjadikan sumber lisan
diragui ekoran pertindihan dengan sumber lain. Antaranya ialah
3 - Terdapat fakta - fakta tertentu yang disembunyikan atau penambahan ssuatu fakta
bagi memperindahkan kisah yang ingin disampaikan
- Maklumat yang disampaikan oleh respoden ada dipersoalkan kerana tidak
mengikut kronologi atau tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat.
- Mampu membawa kepada penyelewangan ssuatu fakta atau sesuatu cerita kerana
bergantung kepada ingatan seseorang yang menceritakan.

Pengaruh Anakronisme( Pertentangan Dengan Masa )


 Berasal daripada cantuman dua perkataan iaitu ana yang bermaksud pertentangan dan
chronus bermaksud masa.
 Penulis membuat penambahan isi yang diperlukan dengan sesuka hati atau
menidakkan mana - mana isi yang rasa tidak diperlukan
 Berlaku pada ketika itu kerana tindakan menambahkan isi atau mengurangkan isi
tidak disekat oleh mana - mana pihak dan tiada peraturan yang wujud berkenaan
perkara tersebut
4  Sosiobudaya masyarakat dan budaya - jiwa penulis pada zaman tradisional,seseorang
penulis tidak akan dapat lari daripada menulis kisah berkaitan dengan raja, istana dan
golongan pemerintahan ketika zaman itu.
 Oleh itu,dalam penulisan sejarah melayu sukar untuk menerima sesebuah karya yang
mempunyai unsur anakronisme sebagai sumber sejarah utama
 Kerana penulisan yang mempunyai unsur anakronisme dapat menimbulkan
kekeliruan dalam menentukan peristiwa yang betul dan tepat
 Contohnya, perbezaan yang wujud antara kisah peminangan Puteri Gunung Ledang

KESIMPULAN
 Secara umumnya, sumber sejarah ialah kumpulan bahan-bahan sejarah yang merupakan
AIL 1005 2022/2023

hasil daripadan kejadian atau peristiwa lampau


 Sumber sejarah didefinisikan sebagai punca,bahan atau rujukan yang mesti dicari dan
digunakan serta ditakrif oleh ahli sejarah untuk mendapatkan maklumat atau bukti
 Terdapat empat jenis sumber sejarah iaitu sumber primer,sumber sekunder,sumber
arkeologi dan sumber lisan. Walau bagaimanapun setiap jenis sumber ini mempunyai
perbezaan yang tersendiri
 Pencanggahan Sejarah berlaku kerana penulis memasukkan pelbagai jenis sumber dalam
penulisannya seperti unsur mitos dan legenda untuk mengindahkan peristiwa yang ditulis
 Ada juga sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa mengkaji sumber sejarah adalah
mempelajari benda-benda yang tidak pernah disaksikan oleh mereka atau benda-benda
yang telah mati
 Oleh itu,pemilihan fakta atau penentuan fakta sangat penting kerana memberi kesan dan
makna kepada masyarakat

RUJUKAN

 SUMBER BUKU :

Arba’iyah Mohd Noor. 2006. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhd Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah : Beberapa Perbahasan Mengenai


Teori & Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 2006. Ilmu Sejarah : Falsafah Pengertian Kaedah dan
Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 1971. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Arba’iyah Mohd Noor. 2014. “ Fakta Sejarah dalam Karya – karya Pensejarahan
Melayu : Antara Pencanggahan dan Kebenaran” dalam Sejarah dan
Kesarjanaan. Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
 SUMBER INTERNET :

https://www.academia.edu/5828742/
Sejarah_untuk_semua_Antara_fakta_tafsiran_dan_pandangan_umum

Anda mungkin juga menyukai