Anda di halaman 1dari 22

SINOPSIS GRAFIK

KEADILAN
BAGI ORANG YANG BERSOLAT

ANWAR IBRAHIM
Buku SINOPSIS GRAFIK KEADILAN UNTUK
ORANG YANG BERSOLAT

ini diterbitkan oleh

Pertubuhan Institut Kepimpinan Bitara (BITARA)

Buku KEADILAN UNTUK ORANG YANG


BERSOLAT

yang diterbitkan oleh

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

ISBN 978-967-0002-12-5
Cetakan Pertama 2022
Penerbit © Angkatan Belia Islam Malaysia
Teks © Anwar Ibrahim

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-­mana teks, ilustra-
si, foto atau isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan
keizinan bertulis daripada Angkatan Belia Islam Malaysia.
MUATTURUN VERSI PENUH

Karya ini merupakan versi ilustrasi sinopsis grafik bagi buku


yang berjudul ‘Keadilan bagi orang yang bersolat’ oleh
Anwar Ibrahim.

Versi penuh buku ini boleh diakses dan dimuatturun di pau-


tan berikut:

Versi Flipbook:
https://online.anyflip.com/obtem/zsyi/

Muatturun di Gdrive:
https://drive.google.com/file/d/1kYEECCI6NxdFeEbc9i-
MazKIXI8_p1rfm/view?usp=drivesdk
Kitab
Tentang
Solat
Semasa
dalam tahanan
politik...

Sepi...

Sunyi...

Lengang...
Saya merasai keperitan berada di bawah ‘perintah berku­
rung sebagai tahanan politik dan menjalani hukuman oleh
tuduhan palsu. Sepi menyelimuti suasana, menguasai per­
karangan dan laluan, menyelubungi laman serta balai pen­
jara. Suasana lengang seakan bergaung menekan jiwa. 5
Karya Shakespeare
& Hamlet dianggap
subversif

Saya mencari upaya ketenangan dan mencuba keluar da­


riapda belenggu tekanan dengan membaca. Ingin saya
membaca karya Shakespeare dan karya falsafah lain. Na­
mun, sebagai tahan politik, kesemua bacaan yang dinggap
6 subversif adalah dilarang.
Selain senaskah al-Quran, ada senaskah buku yang dititip­
kan oleh sahabat buat peneman semasa dalam tahanan.
Beliau menitipkan senaskah kitab jawi lama yang memba­
haskan perihal solat, berjudul Munyatul Musalli yang dika­
rang oleh ulama Melayu abad kesembilan belas.

kitab suci
al-Quran
menjadi
peneman

7
Kitab jawi lama yang membahaskan
perihal solat...

Kitab memberikan panduan


terperinci tentang solat

Kita ini memberikan panduan terperinci tentang ibadah so­


lat dan pelbagai ritual berkaitan dengannya. Saya mene­
laah dan menghadam tulisan Shaykh al-Fatani ini. Kita ini
menggarap penerangan tentang semua jenis solat, kaifiat
8 atau cara pelaksanaan, tatacara doa, dan etika atau adab.
Ketika meneliti, tiba-tiba saya tersentak ketika pembacaan
bab terakhir kerana nampak berbeza berbanding kandu­
ngan keseluruhan kitab ini, kerana perbincangannya ada­
lah tentang kepemimpinan dan keadilan. Pastinya ianya
menggamit minat dan perhatian saya.

n d a n k eadilan
Kepimpina

Apakah perbincangan
berkenaan falsafah
keadilan ada kaitan
dengan pedoman dan
manual untuk
mendirikan
solat?

9
Nasihat
Kepada
Pemimpin
Salah satu anekdot atau kisah pemimpin silam yang mena­
rik seperti yang dimuatkan ialah perihal seorang penguasa
yang memberikan tiga helaian kertas kepada menterinya.

Shaykh,
tuliskan kitab
tentang solat...

Menjunjung
perintah
tuanku.

1. Penguasa bukan-
lah tuhan..
2. Penguasa berbe-
las kasihan...
3. Penguasa ber-
tanggungjawab...

11
Keadilan adalah suatu perintah tuhan

Solat adalah amalan yang sangat utama


bagi seorang individu muslim

Dalam solat, kita menemukan


komitmen tentang keadilan

Dalam Islam, kita melanjutkan keadilan sepertimana solat


didirikan di khalayak. Keadilan perlu dizahirkan, sebagaima­
na solat dizahirkan perlakuannya. Ia tidak lagi sekadar suatu
slogan atau konsep abstrak.
12
Memimpin
Perubahan
Dibebaskan sebagai tahanan politik kali pertama

Pertumbuhan
& pembangunan
dominasi neo-
liberal

Menjadi tahanan politik semula kali kedua

Malapetaka
kewangan &
cabaran
teknologi

Pembebasan sebagai tahanan politik kali ketiga

Dunia digital,
media sosial
& internet

Saya sendiri adalah anak kepada perubahan. Saya mem­


besar dengan perubahan dan terbiasa dengan perubahan.
Dunia yang kita diami hari ini tidak lari daripada perubahan
dan kita semua menyaksikan itu. Perubahan-perubahan ini
14 berlaku secara radikal.
Sumber kepada kejahatan yang mengakibatkan pende­
ritaan dan ketidakadilan semakin bermaharajalela, kera­
na ia mempunyai kelebihan ataupun kemampuan untuk
berkembang dan beradaptasi.

Kerakusan
Masalah koglomerat
ekonomi

Ketidakadilan
Bermaharajalela

Rakyat Derita 15
Pada masa kini, kita berdepan dengan kondisi yang sa­ngat
sukar, bukan hanya diterpa ketidaktentuan akibat pan­
demik, malah dicengkam oleh krisis bertimpa yang rumit.
Justeru, pendekatan yang kreatif dan inovatif adalah diper­
16 lukan dalam menangani kondisi yang mencabar ini.
Menegakkan
Kebenaran
& Keadilan
Paradoks kapitalisme menatijahkan kelompok yang kaya
semakin meraih kekayaan, dengan keadaan golongan mis­
kin pula terus merana kemiskinan. Lebih malang lagi apabi­
la hak golongan ini untuk mendapat akses dan mekanisme
bagi mengubah nasib mereka semakin terlepas daripada
genggaman.

18
Keadilan yang kita perlukan sekarang bukan sekadar
kesama-­rataan, tetapi kesaksamaan, dan kita perlu ber­
usaha untuk merealisasikannya dalam kehidupan dan rea­
liti. Keadilan bukan bermaksud berkecuali atau tidak memi­
hak.

Keadilan itu adalah menegakkan kebenaran, khususnya


dalam dunia sarat berita palsu dan maklumat yang menge­
lirukan.
19
Kita mesti mulakannya dengan hidup bersama-sama se­
cara rukun dan damai serta menolak prasangka, streotaip
palsu dan momokan musuh-musuh yang direkayasa untuk
menghancurkan keharmonian hidup kita.

Saya tetap
tidak akan
berganjak,
terus
berjuang!

Demokrasi kadang-kadang berjalan agak perlahan kera­


na ia mengambil masa dan terpaksa menempuh pelbagai
kekalutan. Namun demikianlah jalan yang perlu ditempuh,
dengan semangat tolak ansur dan kedamaian. Kita harus
20 sabar dan tabah menghadapi semua ini.
MUATTURUN VERSI PENUH

Karya ini merupakan versi ilustrasi sinopsis grafik bagi buku


yang berjudul ‘Keadilan bagi orang yang bersolat’ oleh
Anwar Ibrahim.

Versi penuh buku boleh diakses dan dimuatturun di pautan


berikut:

Versi Flipbook:
https://online.anyflip.com/obtem/zsyi/

Muatturun di Gdrive:
https://drive.google.com/file/d/1kYEECCI6NxdFeEbc9i-
MazKIXI8_p1rfm/view?usp=drivesdk
SINOPSIS GRAFIK

KEADILAN
BAGI ORANG YANG BERSOLAT

Anda mungkin juga menyukai