Anda di halaman 1dari 101

RESENSI BUKU FALSAFAH

Syafiq atTauhidi
Zine ini dibawakan oleh;

facebook.com/projekzine
Dengan nama yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih.

Perkara yang tidak mampu disebut, tidak seharusnya didiamkan, tetapi di-
tulis. - Jacques Derrida.

Menulis resensi adalah menulis eulogi. Penghormatan terakhir kita kepada


buku yang telah memberi kita kehidupan, sebelum dia kembali semula men-
jadi lembaran yang menyimpan sejarah pengarangnya. Ironi sekali, bila re-
sensi ini dibaca, ia selaku sejarah pembacaanku, bakal hidup semula dalam
jiwa pembacanya ; kamu. Kira-kira begitulah Paul Ricoeur pernah berkata
satu saat dulu. Tulisan adalah sejarah yang mati, memori adalah kenangan
yang hidup, ulahnya.

Manusia mencintai perkara yang membebaskannya. Kebebasan hakiki ialah


kebebasan mengetahui segala sesuatu di dunia ini, pada had dan menurut ob-
jektif yang diizinkanNya. Ia membebaskan kita daripada gari kejahilan, yang
mana kejahilan itu punca segala ketakutan dan kejahatan. Atas dasar kasih,
mereka para ilmuan yang telah bebas, mengarang buku, untuk mengajarkan
kita bagaimana menjadi bebas dengan mengetahui. Dengan mengetahui, kita
bisa mengenal diri kita dan perkaitannya dengan alam ini. Lalu, kita bisa
melaksanakan sesuatu yang bijak, meneroka cakerawala, sesuai dengan
pengetahuan kita, kerana kita telah bebas, tidak lagi digari kejahilan dan
ketakutan. Bebas yang menuntut pertanggungjawaban.
Oleh itu, membaca, tidak akan pernah habis dengan menutup lembaran tera-
khir dan memindahkannya ke rak. Bahkan harus berubah menjadi memori,
agar pengetahuannya bisa kita manfaatkan, dalam menjalani kehidupan, yang
telah tersurat di lembaran takdir.

Falsafah dan Pemikiran :

Falsafah adalah pembinaan konsep (Gilles Deleuze). Pembinaan konsep ini,


natijah daripada pemikiran dan taakul kita akan alam sekeliling kita. Falsafah
boleh jadi membina konsepnya tanpa bantuan agama, maka samada
menggunakan akal, atau paduan antara akal dan intuisi. Boleh jadi juga,
membina konsepnya dengan bantuan agama, maka samada dengan wahyu
dan akal, atau wahyu, akal dan intuisi bersama.
Persoalan nilai seperti moral/akhlak dalam aliran-aliran pemikiran ditentukan
oleh sebab (deontologi) dan akibat (teleologi) daripada berfalsafah itu
sendiri. Namun tidak dapat lari daripada keadaan semulajadinya, ia hanyalah
binaan konsep.
Semua yang mampu berfikir secara mendalam, sistematik (lengkapnya sistem
itu bersifat relatif) dan radikal, adalah ahli falsafah (Sidi Gazalba). Namun
berfalsafah memiliki permasalahan yang besar, kerana pembinaan konsep
adalah natijah daripada berfikir. Pembinaan konsep ini tidak mampu dikritik
kerana siapakah yang memberi legitimasi pembinaan konsep ini untuk
dikenali sebagai pembinaan konsep. Falsafah dibina atas preten-
sion/pratanggap jawapan yang dikehendaki ahli falsafah ketika berfalsafah
(Francois Laruelle).

Lalu apa tujuannya berfalsafah? Ia soalan yang sukar sekali. Ia horizon, yang
semakin dikejar semakin menjauh. Mengapa? Kerana soalan hanya akan
menimbulkan soalan.
Kita tidak boleh menolaktepi faedah falsafah dan pemikiran, yang telah men-
gurniakan kita kehendak untuk berfikir, mengurniakan kita satu sistem untuk
menilai dunia yang sentiasa berubah ini, apa adanya, buat masa sekarang.
Dengannya, kita berfikir lalu bertindak, atas izinNya. Ia adalah ibu segala
ilmu, ia sentiasa memberi dan tidak pernah mengungkit pemberiannya.
Begitulah falsafah, pada aku, buat masa sekarang. Kita membaca buah
pemikiran orang lain, untuk membentuk naratifnya dalam kehidupan berfikir
kita sendiri. Falsafah melatih kita menjadi kritis dalam menimbang pendapat
orang lain. Yang selalunya akan berakhir dengan penolakan demi penolakan.
Maka bagi agamawan, mereka sudah punya benchmark yang tidak boleh
dilangkau dalam penolakan (misalnya, tidak boleh menolak kewujudan Al-
lah), maka teosentrik, sementara bagi bukan agamawan, mereka berbench-
markkan akal atau intuisi, maka humanosentrik.

Tapi kedua-duanya, adalah konsepsi yang masih dibina atas pratanggap awal.
Ia, pratanggap ini, adalah iman.

-Syafiq atTauhidi-
21 Rabiul Akhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017M
I never considered a difference of opinion in politics, in religion, in
philosophy, as cause for withdrawing from a friend.
- Thomas Jefferson
NAMA BUKU: PIAGAM KEFAHAMAN ISLAM
Pengarang: Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa

Dinihari, kefahaman orang Islam terhadap


bagaimana Islam sewajarnya berpendapat
ketika mendepani isu-isu penting ;
globalisasi, emansipasi wanita, dialog antara-
agama, keganasan, hatta isu dalaman seperti
schism Sunni-Syiah-Khawarij dan lainnya ;
semakin celaru, yang tanpa pimpinan bisa
berubah menjadi kegalauan dalam usaha
menghembuskan roh Islam dalam
berkehidupan. Bukan baru kita mendengar
dakwaan bahawa 'Islam adalah untuk langit tak perlu bantuan untuk
di'bumi'kan, biarlah kita berusaha dengan kudrat & fahaman kita semata-
mata'.

Maka dalam buku ini, Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa yang dipim-
pin Dr, Yusuf alQardhawi hafizahullah menjernihkan semula keadaan dengan
menyatakan pilihan-pilihan pendirian yang boleh dihayati setiap pembaca
tentang bagaimana berislam dalam suasana hidup moden ; saat di mana
kefahaman-kefahaman wahyu & sabda perlu dijana sesuai dengan konteks
kesederhanaan/wasatiyah, dan toleransi yang seimbang. Ia terbagi kepada 25
tajuk, yang bermula dengan bab mengembalikan rasa kebanggaan/Izzat setiap
muslim, bahawa mereka adalah umat pilihan, umat yang adil, umat yang ter-
baik di antara sekelian manusia, selama mana mereka bersama Islam, dan
mendukung visi-visinya ; atTauhid/Mengesakan Allah, & Menegakkan keadi-
lan. atTauhid pula seharusnya merupakan akidah yang bersifat menyatukan,
dan bukan memecah-belahkan umat. Begitu juga halnya dengan menegakkan
keadilan dan menyanggah kezaliman ; umat Islam haruslah bersifat bencikan
kezaliman & penindasan, hatta terhadap saudara tak seagama.

Dalam bab 7, buku ini menggariskan beberapa panduan yang diharap sesudah
izin Allah, dapat menyatukan kalimat umat muslimin semuanya yang ; me-
nyembah Allah yang satu, mengikuti Nabi Muhammad yang satu, mengarah
ke kiblat yang satu.Perbezaan pada furu'/cabang-cabang agama samada bersi-
fat akidah atau ibadat, tidak seharusnya menimbulkan permusuhan yang
mendalam. Ia haruslah ditangani/handle dengan bijaksana dengan memer-
hatikan realiti keadaan sekeliling, bahawa kita selaku manusia diciptakan
dengan tahap penerimaan & berfikir yang berbeza, maka asas toleransi 'kita
bersatu pada perkara yang kita sepakati, dan kita dialogkan/bincangkan
perkara yang kita tidak sepakati', harus dijadikan keutamaan, dan ia pada ma-
sa yang sama tidaklah menghapuskan kewajipan amar makruf nahi munkar
sesama kalangan.

Satu point yang menarik dibawa dalam bab 7 ini ialah idea menghapuskan
perbezaan pendapat & mazhab/aliran adalah sesuatu yang mustahil, maka
yang wajib ialah berlapang dada & menyelesaikannya dengan hikmah, yakni
menjadikannya khilaf yang bersifat tanawwu'/variasi, dan bukannya khilaf
yang menimbulkan permusuhan sesama muslim. Di samping itu, usaha2
menghapuskan unsur-unsur yang melahirkan sikap taksub dan perpecahan
haruslah selari dengan penerimaan kepelbagaian ini.

Buku ini juga menerangkan bahawa Syariat itu bersumber daripada Wahyu
Ilahi, sementara ilmu fekah merupakan hasil ijtihad manusia memahami
Wahyu Ilahi. Tabiat semulajadi fekah yang merupakan hasil pemikiran manu-
sia yang pelbagai tahap, menjadikan wihdatul kalimat dalam perkara furu' itu
sukar sekali. Ibn alMundzir dalam alIjmak menghimpunkan sekitar 300++
ijmak para sahabat dan ahli kurun yang mulia (1>3H), walhal perbahasan
fekah itu mengandungi seribu satu persoalan yang tak berhenti.

Dalam bab 'Islam & Pemerintahan', buku ini membenarkan/tasdiq usul baha-
wa negara Islam ialah sebuah negara sivil/madani yang menjadikan agama
Islam sebagai rujukan utamanya. Demokrasi bukanlah semata-mata
keburukan, ia adalah sistem yang mengiktiraf kebebasan bersuara, dan seha-
rusnya umatlah yang bersuara sekiranya mahu mendiri sebuah negara Islam
yang mengamalkan syariat. (persoalan ; sekiranya kebanyakan umat adalah
kalangan yang jahil, sepertimana yang diakui alQuran & dibuktikan dengan
sunnatullah, maka bilakah suara ini akan berhimpun?)

Umat juga tidak bisa berubah dengan semata-mata penetapan hudud &
pelaksanaan sisi-sisi syariat yang lain, tapi tarbiah/pendidikan yang berteru-
san agar fikiran mereka dapat menanggap bahawa syariat Allah sekiranya dil-
aksanakan bakal mengundang keamanan & keberkatan dari langit, dan ia
adalah simbol rahmat untuk manusia, dan simbol keadilan sejagat.

Buku ini sangat baik ditelaah oleh mereka yang sedang mencari kepastian da-
lam berpendapat, dan membuka fikiran kepada idea-odea baru yang pada
pendapat pembaca, menampilkan ciri-ciri Islam yang universal & relevan un-
tuk setiap waktu & keadaan.
NAMA BUKU: GAGASAN ISLAMISASI ILMU
Pengarang: Prof. Mohd. Nasir Omar (UKM)

Berkenaan pengislaman ilmu pengetahuan,


bermaksud, menjadikan ilmu pengetahuan
setuju dengan visi-visi Islam, dan
bagaimana pendidikan memainkan peranan
penting mengubah persepsi umat tentang
dikotomi sekular/agama, budaya/agama.

Beliau memulakan perbincangan buku ini


dengan mentakrifkan maksud islamisasi
ilmu. Secara sepakat, tidak ada yang
mengatakan ilmu itu diberi nama kafir, munafik ; tetapi pengislaman ilmu
wajar untuk menjamin ia kekal bersama kebenaran yakni Islam, kerana yang
hak takkan bercampur dengan kebatilan. Tetapi kerana kita dididik untuk
melihat ilmu-ilmu sains sebagai anti-Tuhan, sementara ilmu agama sebagai
pro-Tuhan, kita melihatnya di sebelah jurang yang sangat besar. Dikotomi
begini sangat merugikan ; menghasilkan saintis tanpa Tuhan, dan ahli agama
tanpa ilmu sains yang gunanya untuk mentadbir alam semesta spt yang di-
wakilkan Allah. alMa'arri berkata : "Terdapat dua jenis manusia penghuni
dunia ; satu berakal tanpa agama, dan satu beragama tanpa akal."
Beliau mengajak pembaca retrospektif ke kurun keemasan Islam, di mana pa-
ra ulama dan saintis itu senama ; Ibn Rusyd seorang hakim dan ahli fekah,
pada masa yang sama juga merupakan seorang doktor, dan ahli falsafah ; lan-
taran Ibn Rusyd berpegang kepada kepercayaan bahawa Islam & Sains itu
tidak bertentangan, bahkan saling melengkapkan, seperti adik-beradik (dinya-
takannya dalam Fasl alMaqal). Sains itu dimaksudkan untuk memakmurkan
bumi Allah, sesuai dengan visi Islam.

Zaman kegelapan Islam muncul saat taklid berleluasa. Ruang ijtihad tak ter-
buka, dan orang Islam tidak melihat kepentingan mengkritik ilmu Sains
Moden, dan ia hanya diulas oleh mereka yang enggan percaya Tuhan (ruj.
Rennaisance), justeru mengalihkan keislaman ilmu-ilmu sains tadi, membuat
orang menghajar/meninggalkan ilmu Sains kerana ia sudah diulas dan di-
materikan dalam jargon atheis.

Islamisasi Ilmu merupakan cara yang termapan untuk mengubati gejala


dikotomi sekular/agama ini ; beliau menukilkan 12 langkah islamisasi ilmu
yang ringkasnya merupakan revamp silibus-silibus universiti, buku-buku
sains moden ditulis sesuai dengan visi Islam, dikaitkan dengan hasil-hasil
penemuan tamadun Islam leluhur, dan kebangkitan kesedaran bahawa ilmu-
ilmu wajar sesuai dengan visi Islam.

Antara yang terawal membincangkan tentang gagasan ini ialah Syed Naquib
alAttas dan Ismail alFaruqi. Kita dapati dalam skala kecil, usaha men-
imbulkan kesedaran begini sudah bermula, pada zaman mutakhir dengan
Quran Saintifik terbitan PTS Dr. Danial, tulisan-tulisan Dr. Zinjani rahi-
mahullah berkenaan i'jaz/mukjizat alQuran yang dibuktikan dengan
penemuan saintifik, dan lain-lain lagi percubaan yang membuktikan bahawa
agama sains itu selari. Namun, untuk mengubah suasana ilmu dalam skala
yang besar, rombakan silibus universiti dan buku-buku teks yang menyokong
idea-idea Islam, adalah perlu seperti yang dinyatakan dalam buku ini. Kerana
semata-mata kesedaran agama, sekiranya dibantu dengan hujah-hujah sains,
iman makin bertambah, dan kebenaran makin terserlah. Tanpa menafikan
terdedahnya ilmu dapatan/acquired/falsafah/sains/ kepada perubahan/evolusi,
Allah berfirman : "Dan Dialah menciptakan makhluk yang kalian tidak
ketahui." (anNahl, 8) Ditambah lagi dengan kelemahan manusia sendiri da-
lam menggarap hakikat kejadian.
NAMA BUKU: MANTIK, MATEMATIK DAN BUDAYA ILMU;
PENDEKATAN BERSEPADU DALAM TRADISI PENGAJIAN ISLAM
Pengarang: Prof. Mat Rofa Ismail

Merupakan himpunan esei-esei beliau


berkenaan sumbangan Islam & ulama-ulama
Muslimin terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan secara umum, terutama ilmu-ilmu
akliah (diwakili Mantik & Matematik, kerana
keduanya merupakan yang tertinggi yang
mampu dicapai dengan akal manusia, menurut
beliau).

Buku yang menghimpun 16 makalah/esei ini beliau bahagikan kepada 5


bahagian utama;

1-Islam & Ilmu Pengetahuan : bagaimana Islam melestarikan budaya ilmu


dalam kalangan umatnya, menjadikan mereka beribadat dengan budaya ilmu,
tidak terhad kepada ilmu-ilmu wahyu & sabda, ilmu-ilmu yang menyumbang
kepada kebaikan duniawi juga diperintahkan untuk ditekuni & dikaji. Ilmu-
ilmu duniawi yang diambil daripada sumber-sumber non-muslim haruslah
di'islam'kan yakni ditapis dan disesuaikan visinya dengan visi Islam yang
menjadikan ilmu sebagai asbab ubudiyah yang lebih mendalam, agar me-
makmurkan dunia atas nama Allah. Ia juga menyentuh bagaimana ulama-
ulama Islam menapis idea-idea ketuhanan daripada falsafah Yunani, memur-
nikan ilmu-ilmu falsafah yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab -
di'islam'kan bebas daripada unsur pantheism yang ada dalam buku-buku fal-
safah Yunani; dan bagaimana umat Barat cuba menjadikan ilmu-ilmu falsafah
yang telah di'islam'kan sesuai dengan agama anutan mereka dengan 'intellec-
tual smudging & stealing' sehingga nama-nama ahli falsafah Islam dan sum-
bangan mereka mengembangkan falsafah Yunani hampir saja tidak kedengar-
an hari ini.

2-Mantik ; sejarah & peranannya dalam pemikiran ilmiah Tamadun Islam :


penulis dalam beberapa makalahnya membuktikan signifikasi ilmu mantik
Islam dalam tradisi keilmuan Islam, bermula daripada sejarah ilmu akal yang
dipercayai diajarkan Allah kepada Nabi Idris alaihissalam (dinamakan Her-
mes Pertama - mungkin kepercayaan ini yang mendorong ulama falsafah Is-
lam untuk reclaim ilmu falsafah daripada orang-orang Yunani), Hermes
Kedua di Babylon yang mengajarkan ilmu falak & astronomi di situ, dan
Hermes Ketiga di Iskandariyah. Dikatakan juga bahawa ahli falsafah sebelum
Socrates mengambil ilmu daripada anak-anak murid Nabi Daud & Sulaiman,
dan di Babylon daripada Karimuddin bin Nabi Daniel alaihissalam, pelopor
ilmu matematik.

Perkembangan ilmu yang pesat di tiga kawasan ini (Babylon, Mesir &
Yunani) menghasilkan anak-anak murid yang berwibawa mampu menjawab
syubhat2 Sufastah (relativism) sehinggalah ilmu-ilmu demikian
menghasilkan karya-karya besar mantik seperti Organon karya Aristotle ;
bagaimana penterjemahan karya-karya begini mengayakan ilmu akli islami,
dan respon umat Islam, ada yang menolak apabila ia menyentuh isu-isu
ketuhanan sementara di sudut lain, Muktazilah meleluasakan dominasi ilmu
akli dalam isu-isu akidah. Ulama Islam tidak sekadar menterjemah dan
mengajarkan, bahkan mereka memperbaiki ilmu mantik dengan syarah &
ringkasan, sebagai contoh syarah-syarah Isagoji & penggubahan syair Sullam
karya alAkhdari. Perbahasan Bahasa pengantar umat Islam yakni Arab men-
jadi semakin kaya dengan kedatangan ilmu mantik, dengan perbincangan
proposisi-proposisi yang mungkin dan tepat secara nahu/tatabahasanya, men-
jadikan setengah buku-buku mantiq dipenuhi dengan perbahasan nahu (Man-
tik adalah nahu akal). Sumbangan ilmuan Islam yang memperkenalkan
kaedah istiqra'i & istintaji selaku kesinambungan daripada ilmu mantik tidak
boleh dinafikan mana-mana pihak, meskipun terdapat beberapa cubaan da-
ripada pihak yang berniat memadam warisan ilmiah ulama Islam.

3- Matematik : sejarah & sumbangan Tamadun Islam : penulis menghimpun-


kan beberapa contoh sumbangan ilmuan Islam dalam ilmu matematik, seperti
alKhawarizmi dengan ilmu Algebra (alJabr wa alMuqabalah), dan bagaimana
ia dimotivasikan oleh syariat Islam yang dinyatakan alKhawarizmi sendiri,
untuk memudahkan pengiraan harta pusaka, wasiat, jualbeli dsb. Begitu juga
Ikhwan asSafa dan falsafah nombor mereka yang dipengaruhi dengan kuat
oleh falsafah nombor Pitagoras, dan sumbangan para ilmuan lain seperti Abu
Kamil dalam memantapkan asas algebra.
4- Tamadun Melayu sebagai lanjutan perkembangan ilmu Tamadun Islam :
penulis menulis dua makalah dalam bab ini, berkenaan kegiatan ilmiah di
nusantara kita yang berkaitrapat dengan kemunculan Islam, bagaimana pem-
impin-pemimpin Islam menjadi patron dan pengamal kuat budaya ilmu, dan
perkembangannya yang dipelopori kaum ulama yang bukan saja menguasai
ilmu-ilmu wahyu bahkan ilmu-ilmu akli seperti geografi, falak, matematik,
mantik, botani, dibuktikan dengan penemuan buku-buku tulisan mereka yang
bermutu tinggi yang samada merupakan terjemahan atau hasil karya mereka
sendiri, di antaranya yang bersifat groundbreaking dengan menghimpunkan
falsafah nombor, ilmu-ilmu perubatan setempat seperti buku Syamsul
Ma'arif. Bahagian ini menampilkan banyak nama dan tokoh-tokoh ilmuan
nusantara yang kita jarang kenal, seperti Syeikh alKhatib dan karyanya 'Alam
alHussab dalam ilmu matematik, dan pelbagai lagi.

5- Pengaliran Ilmu Islam ke Barat : kajian khusus mengenai matematik ; da-


lam bab ini penulis menghimpunkan hasil sumbangan ilmuan Islam dalam
kajian matematik di zaman transisi ini, dan dokumentasi & kajian-kajian
ilmuan Barat serta respon mereka terhadap kedatangan ilmu matematik Islam
ke negeri mereka.

Setebal 345ms, pembaca berasa kagum dan bangga dengan betapa banyaknya
sumbangan-sumbangan ilmuan Islam dalam menambahnilai ilmu-ilmu akli
yang sedia-ada, bahawa Islam bukan penyebab kepada kemunduran tamadun,
bahkan ia adalah pemacu utama umatnya agar sentiasa berfikiran terbuka dan
mengimarahkan dunia ini sebaik mungkin berdasarkan kudrat akal dan ke-
mampuan yang dikurniakan Allah ta'ala. Agenda Islamisasi Ilmu bukan seka-
dar impian, sekiranya kita diingatkan kembali kepada ilmu-ilmu warisan kita
samada yang bersifat wahyu (revealed) atau akli (acquired) ; yang diyakini
telah berkurun lamanya berkhidmat demi visi Islam - dan menapis ilmu-ilmu
moden serta mengembalikannya kepada nilai-nilai Islam agar rantaimata
Tamadun Islam bahkan berterusan sehingga ke akhir zaman.

Umat Islam sendiri, dan kalangan agamawannyalah yang patut memulakan


menghargai sumbangan ilmu-ilmu akli ilmuan Islam dengan sekurang-
kurangnya, membacanya. Dan berhenti bersikap sinis terhadap falsafah Islam
kerana ia bukan semata2 perbincangan metafizik/Ilahiyat, bahkan lebih besar
skopnya daripada yang disangka ; daripada politik, akhlak, ekonomi, ontolo-
gi, psikologi dan lainnya, ilmu yang besar maknanya sekiranya dihayati ber-
sama ruh Islam.
NAMA BUKU: TOKOH FALSAFAH DUNIA
Pengarang: Azmi Aziz & Wan Ramli Wan Muhamad

Didorong 'usaha memasyarakatkan falsafah',


dengan menghimpunkan biografi 11 tokoh
falsafah besar dan sumbangan penulisan serta
aliran pemikiran yang dipelopori setiap mereka.

Tokoh-tokoh tersebut dipilih kerana kepentingan


sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu
falsafah, meskipun tidak sepopular Socrates,
Plato, Aristotle. Yang menariknya, buku ini
bukan setakat menghimpunkan fakta-fakta,
tetapi mengaitkan falsafah tokoh-tokoh
tersebut dengan kehidupan kini dengan pendekatan (jika - maka) agar dekat
kepada pembaca justeru menerangkan maksud untuk mempelajari idea-idea
terdahulu untuk diaplikasikan dalam kehidupan (kalau boleh).

Ia juga disertai komentar-komentar daripada penyusun buku ini, ketika menu-


liskan tentang Konfusius dan Mahatma Ghandi, begitu menyokong & memuji
kestabilan moral yang diperjuangkan kedua tokoh ini, dan ketika bercerita
tentang Focault & idea 'individualism' yang dibawa Focault, ia dikritik se-
bagai 'tidak sesuai dengan masyarakat kita.' (kritikan yang sama diterima 7
Sages of Bamboo Grooves/Ulama Rebung Bambu, ketika mereka lari ke hu-
tan untuk beranarki/bersemadi bersama alam)

Tokoh-tokoh yang dikeutarakan ialah (disusun berdasarkan tarikh lahir) :

-Konfusius
-Ibn Sina
-alGhazali
-Rene Descartes
-Karl Marx
-Mahatma Ghandi
-Bertrand Russell
-Ludwig Wittgenstein
-Martin Heidegger
-Malik Ben Nabi
-Michel Focault

Usaha menonjolkan pribadi-pribadi Islam seperti Imam alGhazali & Ibn Sina
sebagai seorang ahli falsafah & sumbangan mereka dalam perkembangan
ilmu tersebut merupakan usaha terpuji ; justeru memberi suntikan semangat
kepada pembaca-pembaca agar mahu menjadi & mendidik polymaths/genius
seperti mereka - yang berjaya menggabungkan ilmu agama & falsafah.
Antara yang mengejutkan ialah bagaimana Malik Ben Nabi, seorang tokoh
abad ke-20 bertemu dengan Ibn Khaldun (negarawan abad 15M) & Condil-
lance (tidak diketahui, mungkin typo kepada Condillac, seorang psikologis
Perancis). Adakah yang dimaksudkan pertemuan hakiki atau maknawi? Tidak
dijelaskan penulis (buku ini edisi pertama 2002).

Ia buku yang menarik untuk dibaca sebagai pendedahan awal kepada sum-
bangan ilmuan-ilmuan besar tersebut. Demikianlah yang seharusnya, seorang
manusia harus memikirkan tentang dirinya sendiri dan bagaimana ia boleh -
dengan pengamatannnya yang mendalam- dapat membantu ke arah ke-
hidupan bermasyarakat, atau beranarki di hutan-hutan, yang lebih baik. God
bless.
NAMA BUKU: TOKOH FIKR AL-ANDALUSI
Pengarang: D. Angel Gonzalez Palencia (1889M-1949M)

Seorang ahli akademik Sepanyol, oriental-


is/arabist, dengan judul Historia de la Literatura
Arabigo-Espanola/Sejarah Kesusasteraan
Arab-Sepanyol (juga terkenal sebagai
Andalus - Andalus dahulu meliputi Sepanyol
dan Portugal), berkenaan sejarah perkembangan
pemikiran yang berada di Andalus, tokoh-tokoh
besar Andalus dan sumbangan mereka dalam
persada peradaban manusia.

Andalus merupakan bagian kecil daripada


khilafah Umawiyah yang terletak di barat tanah Islam, yang sudi menempat-
kan mereka sesudah dijatuhkan di timur Islam di tangan Abbasiyah ; ia ada-
lah gerbang, benteng & tempat pertembungan antara kuasa Islam & Kristian
yang saling bersaing daripada segi politik, agama, ekonomi & budaya.
Justeru, pergelutan budaya ini memberi kesan kepada keterbukaan umat Is-
lam kepada budaya-budaya Barat yang tidak bertentangan dengan agama
(sementara saudara mereka Abbasiyah di Iraq juga membuka pintu kepada
terjemahan-terjemahan Yunani untuk mengayakan khazanah ilmiah Islam),
demi maslahat kemajuan & kemakmuran penduduk Andalus, & toleransi
yang sihat memberi ruang untuk sudut-sudut keislaman budaya Andalus
muncul dan menghasilkan pembaharuan-pembaharuan yang meluaskan mak-
na Islam sendiri sebagai rahmatan lil alamin. Hasyim Soleh dalam mukadi-
mah terjemahan buku Nahw Tarikh Muqarin li Adyan atTauhidiyah ka-
rangan Muhammad Arkoun mengatakan, bahawa idea-idea berpindah dari
satu tempat kepada tempat lain, tanpa perlu kepada kastam. Dan
waqi/keadaan Andalus, hinggalah ke zaman kita kini, menjadi saksi kepada
kebenaran kata-kata beliau ini.

Buku ini dikarang Angel Gonzalez sebagai persiapan ujian profesorial untuk
Kerusi Bahasa Arab di Universiti Madrid, setelah penduduknya Julian Ribera
(1858M-1934M) mengundurkan diri pada tahun 1927M ; beliau himpunkan
sekitar 301-302 mukasurat ringkasan mengenai sejarah pemikiran Andalus
dan pertembungannya dengan pemikiran Eropah & karya-karya besar yang
muncul pada zaman tersebut yang ditulis samada kaum muslim atau bukan
muslim. Dalam 300 mukasurat dan maklumat yang ringkas terlalu, dan tidak
menyebutkan sumber rujukan, menjadikan buku ini sukar ditelaah pelajar
mahupun pengkaji Andalus.

Melihatkan kepada faedah agung yang dimiliki buku ini, Husin Munis,
seorang ahli akademik Mesir dan juga merupakan teman kepada Angel Gon-
zalez berusaha menterjemahkannya daripada bahasa sepanyol kepada bahasa
arab, dan mentafsirkan ibarat Gonzalez sesuai dengan rujukan-rujukan
berkenaan yang ada dalam bahasa arab. (Hal ini terbukti bila beliau selalu di
hasyiah/notakaki menyatakan sumber rujukan seperti Kitab asSilah Ibn
Basykual). Husin Munis menyifatkan buku ini sebagai buku yang adil dan
saksama dalam menilai setiap syakhsiyat Andalus dan hasil idea mereka, tid-
ak terkesan dengan perbezaan siasah ataupun agama, bahkan menyifatkan se-
tiap maklumat seperti apa adanya (sikap orientalis yang ilmiah dan topikal :
dikenal juga sebagai tajrid menjadikan karya-karya mereka lebih islami dan
mendapat sambutan daripada semua pihak).

Beliau dalam buku ini membuka perbincangan dengan memberi pembaca


sedikit sebanyak input mengenai perkembangan Andalus secara sejarahnya,
diikuti perbahasan setiap ilmu demi ilmu dan perkembangannya di setiap
marhalah politik Andalus, seperti Syair di zaman Khilafah dan penyair-
penyairnya, Syair di zaman Taifah, hinggalah ke marhalah politik terakhir
yakni Kerajaan Granada (sebelum ditawan kerajaan kristian Sepanyol dalam
ekspidisi terkenal mereka, Reconquista). Demikian ilmu-ilmu lain, seperti
hadis, nahu, dan ilmuan-ilmuan Andalus yang terkenal dalam bidang masing-
masing.

Membaca buku ini harus diingat, bahawa ia ditulis hampir sekurun yang lalu,
(2015-1929=89 tahun lepas), dan ketika itu masih terdapat banyak buku yang
disimpan sebagai makhtutat/manuskrip dan belum dipindahkan dalam bentuk
buku yang dicetak ; sementara ketika ini buku-buku tersebut telah tersebar
meluas selari dengan perkembangan industri pencetakan. Contohnya, ketika
beliau menceritakan tentang karya-karya Ibn Abdil Barr rahimahullah, beliau
mengatakan bahawa kitab al-Istiab tentang biodata para sahabat Nabi radi-
Allahu anhum, masih dalam bentuk manuskrip, sedangkan sekarang ia telah
dicetak oleh pelbagai penerbitan. Alhamdulillah yang telah mengurniakan
kemajuan kepada insan.

Kemunculan penulisan orientalis yang bersifat tajrid daripada sebarang


ketaksuban, menarik perhatian banyak daripada kalangan ilmuan Islam, dan
membahagikan mereka kepada dua kelompok ; kelompok tradisionalis yang
terlalu tertutup dan menolak kajian-kajian orientalis kerana mengandaikann-
ya sebagai salah satu bentuk penjajahan roh & pemikiran, & kelompok
yang berwawasan menggandingkan atau tepatnya menghidupkan roh tajrid
dalam cara penulisan kritis Islami, justeru membawa kepada fikrah la
madzhabiyah/tiada bermazhab yang boleh disalahfaham sebagai keengganan
bermazhab mutlak walaupun hakikatnya ialah tidak taksubkan mana-mana
aliran selagi mana berpayung di bawah naungan Islam yang besar nan luas.
NAMA BUKU: MILAD MUJTAMAK
Pengarang: Malek Bennabi

Ditulis dalam bahasa Perancis dengan tajuk


Naissance dune societe, bermaksud
Kelahiran sesebuah Masyarakat, lalu
diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab oleh Abd Sabur Syahin
melaksanakan wasiat beliau sang penulis,
merupakan antara karya yang diwariskan oleh
salah seorang pemikir agung Islami moden,
Malek Bennabi rahimahullah (w1393H-1973M,
Algeria), berkenaan bagaimana sebuah
masyarakat bisa terbina ; adakah daripada
tiada atau ada unsur-unsur yang dimanipulasi seraya kehendak bertamadun,
dan makna masyarakat itu sendiri apa.

Membaca latar belakang pendidikan beliau, seorang pengaji perundangan di


Mahad Islami, lalu berhijrah ke Paris memilih untuk graduasi selaku pelajar
Mechanical Engineering/Kejuruteraan Mekanik ;membuat kita mempersoal-
kan adakah sekadar cita dan keresahan sudah cukup untuk membentuk
pemikiran sedalam pemikiran Malek yang digelar Ibn Khaldun zaman kini,
apatah lagi melihat kiri kanannya masyarakat Islam satu-satu dimamah penja-
jahan, lalu memusnahkan identiti Islam yang satu masa dahulu begitu si-
nonim dengan ketamadunan. Menyaksikan dua perang dunia di depan matan-
ya, yang tak semena mengubah peta dan bagaimana masyarakat yang pernah
mulia menjadi hamba di tanah sendiri, menimbulkan kesedaran dalam jiwa
Malek yang menyimpulkan bahawa perang mungkin menghapuskan alam
benda, tapi sekiranya alam fikiran masih kekal membawa Islam, identiti dan
pemangkin/catalyst ketamadunan, ia masih berharapan untuk bangun semula
daripada runtuhan binaan masyarakat zaman lalu.

Masyarakat, yang dimaksudkan beliau adalah masyarakat yang sentiasa terd-


edah kepada perubahan (maju atau mundur), memiliki himpunan sebab yang
sentiasa bergerak dan menggerakkannnya ke arah tujuan yang diingininya.
Kekuatan setiap masyarakat bergantung kepada kemapanan hubungan so-
sialnya, dinilai daripada tiga unsur, bermula daripada gerakan ideologi (alam
fikiran), yang menggerakkan alam benda untuk ketamadunan yang
dikehendaki oleh manusia yang hidup selaku haiwan yang beragama. Manu-
sia yang dimaksudkan ialah manusia yang hidup bermasyarakat, dan terke-
pung oleh kehendak-kehendak bermasyarakat agar sama-sama memajukan ;
didorong oleh kekuatan beragama yang mengatur kehidupannya berjemaah,
seperti yang ditekankan sekelian ahli hikmah/falsafah Islam seperti
Miskawayh dalam Tahdzib alAkhlaq, bahawa tujuan Nawa-
mis/Namus/Syariat datang untuk mengatur kehidupan bermanusia agar
diredhai Allah dan sesuai dengan fitrah. Manusia mempunyai budaya bukan
secara tiba-tiba, bahkan berhutang budi kepada kedatangan Syariat yang
mengajaknya berfikir lebih matang ke arah memajukan kemanusiaan dan
taraf hidup dengan saling berbagi, dalam jemaah, berbanding hanya
memikirkan diri sendiri, seperti yang didapati setiap manusia dalam kesemu-
lajadian dirinya sebagai individu.

Kemunduran berlaku apabila kemasyarakatan tidak bergerak/stagnat, semen-


tara kemajuan memerlukan tiga unsur utama (Manusia + Tanah + Masa) se-
dangkan dalam stagnasi, masa tidak wujud. Apabila manusia sudah ke-
hilangan pedoman agama & pegangan akhlak dalam berjemaah, mereka akan
kembali memikirkan diri sendiri dan tidak sudah memikirkan tentang masa-
lah masyarakat. Justeru untuk menimbulkan kesedaran berjemaah yang berte-
rusan, perlu kepada yang dinamakan sebagai Pendidikan samada formal sep-
erti sekolah, ataupun non-formal seperti yang berlaku pada zaman sahabat
radiAllahu anhum. Pendidikan bagaimana? Yang mengiktiraf kewujudan dua
sisi manusia seperti yang dikatakan Jung, topeng/mewakili sisi yang
dipamerkan ke masyarakat dan muka/sisi sebenar diri individu ; dan men-
jadikan kesedaran beragama (cth ibarat: hidup mati saya demi Allah)
mengikat dua sisi ini agar manusia tadi boleh bergerak dalam jemaah, tanpa
mengorbankan salah satu daripadanya demi kepentingan bermasyarakat (go-
longan pragmatis yang menilai individualiti/muka sebagai asal kemanusiaan,
dan golongan sosialis yang menilai masyarakat/topeng sebagai asal kemanu-
siaan)
Malek rahimahullah menyentuh tentang bagaimana penjajahan berkemampu-
an untuk mencerai-beraikan hubungan sosial tadi dan menjadikan masyara-
kat Islam masyarakat batu dan stagnat serta sentiasa lemah di bawah
pemerintahan penjajah ; yang zahirnya dilihat umpama permainan budak-
budak walhal hakikatnya lebih licik daripada permainan syaitan, menurut be-
liau yang kini tajalli dalam bentuk Kongres/Muktamar Syabi, di mana se-
tiap pelakonnya digerakkan oleh tangan-tangan ghaib, dan berjaya memec-
ah-belahkan masyarakat dengan alasan mencari pemimpin. Budaya-budaya
yang bertentangan dengan masyarakat muslim dilihat umpama perkara biasa
di negara Islam, secara tidak langsung menghapuskan jatidiri muslim sendiri
yang termakan hasutan pelakon yang menganggap kemungkaran sebagai
rutin. Demikian kesyaitanan permainan tangan-tangan ghaib ini, menurut be-
liau, yang tidak disedari melainkan setelah kesan-kesannya muncul dalam
bentuk penyakit kemasyarakatan.

Di akhir buku ini, beliau menekankan semula tentang kesedaran beragama,


bahawa agama harus dilihat sebagai sarana Allah untuk menjaga hubungan
sosial manusia tadi (Nawamis di sisi Miskawayh), dan harus adanya usaha
melihat ke masa lalu bagaimana Rasulullah sallAllahu alaihi wa sallam ber-
jaya membina masyarakat madani yang didorong kesedaran beragama. Be-
liau juga mengingatkan bahawa usaha mengembalikan ketamadunan
masyarakat jajahan adalah dengan membanteras segenap gejala yang men-
jadikannya terdedah kepada penjajahan, dan menjadikannya stagnat lalu
mundur. Beliau mengiktiraf bahawa kemajuan material akan menafikan se-
mangat jemaah lalu muncullah fenomena ananiyah/individualiti, namun aga-
malah yang harus berjaya mengikat nilai jemaah itu sendiri agar mereka ma-
hu, sama-sama maju.

Dan untuk mengimport diktat-diktat Islah daripada luar lalu dipraktikkan da-
lam negeri secara langsung adalah perkara yang mustahil untuk membuahkan
hasil, menurut beliau, bahkan para pengimport haruslah memahami diktat-
diktat itu bagaimana berjaya memajukan tanah asal diktat tersebut, dan me-
nyiapkan tanah air pengimport pula agar boleh menerima perubahan yang
ingin dibawa. (Rendra mengatakan dalam sajak Sebatang Lisong, Kita harus
berhenti membeli rumus-rumus asing/ Diktat-diktat hanya boleh memberi
metode tapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan!)

Beliau merumuskan bahawa kebangkitan Islam harus dimulai dengan kerja


penyusunan & pembinaan semula ; 1) Pendidikan alQuran yang bagaimana
seharusnya mentajallikan hakikat alQuran itu, sepertimana kalaulah ia turun
di masa sekarang (kerana ia mukjizat nan kekal) 2) Syiar setiap Muslim yang
boleh menjamin kemandirian akhlaknya. Semua ini tidak akan berlaku
melainkan dengan kembali kepada sejarah umat Islam di awal kemuncu-
lannya nan gemilang, yang dengannya kita boleh menentukan masa depan
umat Islam, dengan izin Allah. Beliau menyeru kepada penggagasan him-
punan para pemikir yang menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk
menilai semula keadaan umat Islam dan bagaimana mengaturnya ke arah
yang lebih baik, tanpa tersekat oleh birokrasi dan kepentingan politik setem-
pat.

***

Kelantangan beliau dalam melontarkan beberapa pendapat dan mengambil


contoh-contoh kepincangan politik semasa yang beliau alami, menjadikan
buku-buku beliau kurang disenangi sesetengah pihak, bahkan dijadikan ba-
han larangan buat masyarakat setempat dalam kerangka pembodohan
masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa membaca sekali lalu ayat-ayat beliau, mungkin men-
imbulkan sangsi bagi setengah golongan yang suka menilai idea sebelah ma-
ta, kononnya ia tidak menepati kehendak syarak (di sisi mereka), tanpa mem-
baca Malek Bennabi sebagai Malek Bennabi, sekurang-kurangnya untuk
memahami sudut pandang beliau, dan mengiktiraf keresahan yang beliau
hadapi bila mengetahui masyarakatnya diperkotak-katikkan mereka yang
merupakan ejen-ejen penjajah dalam proses penjajahan budaya.

Merasakan kepentingan risalah ini buat renungan, bagaimana teruknya sudah


kita dipijak, meski pasca-merdeka, kerana Merdeka! hanya tinggal laungan
apabila kita kehilangan identiti kita sebagai umat Islam ; penulis menyeru
sidang pembaca agar berusaha bersama-sama menghayati keresahan Malek
Bennabi, dan bagaimana beliau mengandali keresahan itu dengan terus bersi-
kap optimistik terhadap masa depan umat Islam, di saat penulis sudah hilang
kepercayaan kepada diri penulis sendiri, bahawa kita sentiasa lemah dan bo-
doh dan akan kekal dalam penjajahan, bahawa kita harus terus hancur agar
bisa hidup semula seperti Merak Azura, seperti masyarakat-masyarakat lain
yang bangkit dari abu hadharah, tanpa berfikir panjang bahawa yang bakal
hancur terbakar itu diri penulis sendiri, dan masa depan kita. Wassalam.
NAMA BUKU: MAFHUM MASYARAKAT MADANI
Pengarang: Prof. Dr. Muhammad Ahmad Ali Mufti

Pensyarah Sains Politik, Univ. Raja Su'ud,


Riyadh, berkenaaan istilah alMadaniyah/Civil
yang selalu meniti di bibir para pencinta
kebebasan dinihari, dan kewajaran sistem ini
dalam masyarakat Islami yang beriman
kepada Allah & RasulNya.

Beliau dalam usaha mentakrifkan Civil


Society membawa para pembaca
kembali kepada asal-usul pembentukan
sistem ini, di zaman gereja memiliki kuasa mutlak (tirani teokrasi) & Martin
Luther mengusulkan pemisahan gereja & pemerintahan agar agama tidak ter-
us menjadi permainan orang-orang yang inginkan kekuasaan. Beliau menya-
takan bahawa tidak mungkin memisahkan tabiat kebebasan pemerintahan
politik daripada agama dalam masyarakat madani, di mana asas masyarakat
madani ialah kebebasan beragama : sepertimana pemerintahan tidak mem-
bezakan rakyatnya kerana perbezaan agama, begitu juga pemerintahan tidak
boleh mewajibkan undang-undang agama tertentu kepada rakyat.

Beliau menerangkan bahawa asas sebuah masyarakat madani ialah sistem


yang La-Diniyah/Tak berpihak kepada mana-mana agama, & Demo-
krasi/Kebebasan bersuara/Vox Populi Vox Dei/Pemerintahan didasari kepu-
tusan rakyat dan bukan mana-mana hukum dari langit, justeru mengiktiraf
kepelbagaian. Maka masyarakatlah yang menentukan/dalam ruang lingkup
La-Diniyahnya dan Civic culturenya yang menjamin kesamarataan daripada
sisi pemerintah, apa-apa keadilan yang wajar buat mereka. Negara Madani
juga demikian, kesemuanya berpaksikan rasionaliti & kebebasan berfikir &
berinteraksi dengan keadaan semasa, bebas daripada cengkaman mana-mana
agama.

Ramai mereka yang percaya kepada negara madani percaya bahawa negara
Islami merupakan negara yang menganaktirikan orang-orang bukan Islam,
dan sejarah membuktikan demikian. Beliau juga mengaitkan ahli politik sa-
yap kiri negara-negara Islam dengan penjenamaan 'Civil Country' ini dan jan-
ji-janji sekiranya negara begini berjaya dibentuk, selaku helah, untuk
menghapuskan pengaruh agama dalam masyarakat.

Belia mengambil contoh Mesir, dalam Arabic Spring, bagaimana umat Mesir
dan umat Islam khususnya di sana, terkesan dengan seruan pembentukan
Negara Madani ini. Beliau sebutkan 5 reaksi, namun 2 di antaranya begitu
berkaitrapat dengan orang-orang agama/rijaluddin di Mesir (Ikhwan Mus-
limun & Parti orang2 Salafi di Mesir), 1-Bolehnya penggunaan istilah Negara
Madani dalam hal darurat (Islam tidak tertegak melainkan dengan Negara
Madani = percanggahan besar kerana tabiat semulajadi Negara Madani ialah
bebas daripada agama). 2-Bolehnya penggunaan istilah Negara Madani
dengan pengekalan pengaruh agama dalam negara tersebut.

Bagai dua laut yang saling berbalas ombak, namun begitulah keadaannya di
Mesir yang rata-ratanya penduduk Muslim saat berinteraksi dengan gelom-
bang fikrah/idea Negara Madani yang asasnya Rasional, Non-agama, &
Demokrasi.

Penulis buku ini mengesyorkan satu kaedah di akhir bukunya,


"Sesungguhnya apabila sebuah negara Islam tidak mempraktikkan hukum-
hakam syarak, maka demikian mengeluarkannya daripada lingkungan Negara
Islam dan menjadikannya Negara Madani yang Non-agama." Kenyataan
yang sangat-sangat merbahaya sekiranya disalahgunakan, yang mencetuskan
budaya Takfir/Saling mengkafirkan antara negara-negara Islam.

Solusi untuk jangka masa panjang perlukan perancangan yang teliti, dan
tastqif/pendidikan masyarakat betapa pentingnya suara-suara kecil mereka
yang boleh menjadi satu gema menghancurkan sebarang tirani yang ada, tira-
ni yang diharamkan Allah ta'ala.
NAMA BUKU: AD-DALAIL AL-QURANIYAH
Pengarang: Abd. Rahman Bin Nasir As-Sadi

Menegakkan hujah bahawa ilmu moden &


kemajuan merupakan tuntutan agama Islam
(risalah ini merupakan rujukan utama dalam
persoalan Salafiyah & Sekularisme).

Mukadimah risalah menceritakan niat


sebenar penulisan risalah ini ; bahawa
mereka yang jahil akan agama, dan mereka
yang materialistik, melihat agama tidak
menyeru ke arah kemodenan dan kemajuan.
Beliau menafikan dakwaan tersebut dan
menerangkan bahawa agama menyeru kepada semua perkara yang ber-
manfaat untuk dunia & Akhirat, hinggalah ke Hari Kiamat. Rukun kepada
syiar ini ada dua ; dalil bahawa bolehnya ia (ilmu & kemajuan) daripada
Wahyayn/alQuran&Sunnah, dan ilmu moden yang benar yang diiktiraf kesa-
hihannya.

Polemik ini terhasil daripada sikap kedua-dua pihak seperti yang dinyatakan
Syeikh Sadi ; mereka yang mengaku faham agama yang memandang enteng
ilmu-ilmu duniawi bahawa ia tidak memberi faedah langsung kepada dosa &
pahala, justeru melahirkan pula tindakbalas golongan yang cenderung kepada
kemodenan bahawa ilmu agama penghalang kemajuan & bertentangan
dengan kehendak sains. Walhal ilmu agama yang dilihat golongan moden
ini merupakan tafsiran ilmu agama oleh mereka yang mengaku faham aga-
ma. Lantas kedua-duanya kita boleh katakan sekular ; kerana memisahkan
dunia daripada agama.

Syeikh Sadi berusaha menerangkan taufiq/jalan penyatu antara ilmu duniawi


& ukhrawi, berpandukan alQuran & Sunnah yang tulin, bahawa ilmu duniawi
merupakan wasilah untuk memperbaiki dunia, justeru berpahala sekiranya
diikhlaskan demi Allah. Beliau dalam beberapa fasal awal risalah ini men-
erangkan bahawa alam semesta ini ciptaan Allah, yang sekiranya ditenung,
menjadikan manusia memahami keEsaanNya & menghayati keagunganNya.
Justeru, manusia dengan akal yang dibekalkan dituntut untuk berfikir & me-
renung alam semesta ini, yang merupakan sebesar-besar dalil kewujudan Al-
lah taala, bukannya seperti yang didakwa sebagian mulhid/ateis, yang
menyangka bahawa alam ini terjadi secara tiba-tiba tanpa ada yang me-
nyusun, paling tidakpun, pattern/corak pertumbuhan setiap makhluk.

Kemudiannya beliau berpindah menerangkan, bahawa alQuran selaku firman


Allah merupakan dasar sesuatu kebenaran, dan akal manusia menjadi saksi
akan kebenaran itu. Bahkan ia mendorong kepada iman, kepada syariat Islam
& hukum-hakamnya. Sementara di sisi lain, kebebasan mutlak didendangkan
sekularis, malam ke siang, menuntut supaya manusia yang merupakan
semulia-mulia ciptaan Allah, untuk membebaskan diri daripada kerangka
aturcara Allah.

Demikian juga, ilmu-ilmu moden yang bermanfaat, sekiranya tidak didasari


kesedaran beragama, hanya akan menyesatkan & menjadikan orang ter-
huyung-hayang berkemajuan tanpa tujuan, menjadikan mereka tidak ber-
pegang kepada sistem akhlak & nurani hakiki, bahkan yang relatif sesuai
dengan maslahat & terdedah kepada perubahan. Hal ini kerana mereka
mengambil wasilah tanpa maqasid, memahami akibat tanpa memahami
penyebabnya yang pertama, menafikan hubungan Allah dengan alam, justeru
jahil akan tujuan peribadatan yang sebenarnya memelihara manusia itu
sendiri agar tidak terkeluar daripada fitrahnya.

Malik bin Nabi dalam pidato yang disampaikan beliau di Masjid Murabit,
Damsyik, menekankan perkara yang sama apabila menyatakan bahawa orang
Barat mundur rohani, sementara orang Islam mundur materi. Mundur rohani
bererti kejatuhan moral & akhlak, kecelaruan identiti, yang hanya mement-
ingkan kuantiti dan bukan kualiti kemanusiaan. Mundur materi bererti
kelemahan ekonomi & rendahnya tahap pembangunan & taraf hidup. Namun
orang Islam mengiktiraf kesucian seluruh isi dunia ini dan nilai maknawinya
di sisi Allah. Beliau memisalkan bahawa sekeping roti di negara Islam pun
memiliki nilai, bukan kerana tahap ekonomi rendah mengajar mereka
menghargai makanan, bahkan kerana ia/roti memiliki karamah/kemuliaan
dan tidak boleh dijadikan alat istinjak, misalnya. Sementara di Barat se-
baliknya. Malik bin Nabi mengemukakan usul bahawa umat Islam harus
berdaya saing & memajukan ekonomi & memodenkan tamadun mereka, agar
boleh bersaing dengan Barat, dan menyelamatkan Barat daripada kegelapan
jahiliah mereka.

Risalah Syeikh Sadi ini wajar dijadikan bahan renungan, bahkan dalil baha-
wa prihatinnya ulama Islam akan kemajuan hadharah umatnya, dan menafi-
kan perlagaan antara Syurga & Bumi, bahkan kedua-duanya saling dituntut
dalam beragama.
NAMA BUKU: DAURUL MUSLIM WA RISALAH
Pengarang: Malik Bin Nabi

"Apa risalah kaum muslim di saat kini yang


berhajatkan kepada keselamatan? Pertama,
menyelamatkan dirinya. Kedua,
menyelamatkan orang lain."
Malik bin Nabi (w1973M)
rahimahullah.
Beliau dalam pidato beliau yang ini
menyatakan hasrat untuk melihat umat
kurun 21 yang merupakan pemuda
yang menonton beliau
pada penggal ketiga kurun 20, untuk
menaiktaraf mustawa Islam agar setanding dengan tamadun barat ; demikian
memudahkan urusan menyelamatkan rohani kemanusian sejagat daripada
hancur dimamah kemodenan yang hanya melihat kuantiti dan bukan kualiti
kehidupan, & kekudusan wujud apabila bersama Allah.

Beliau menyuarakan visinya yang maHu melihat sebuah Komanwel Islami,


dengan Konferens Tangier-Jakarta, saat Konferens Moscow-Washington ber-
langsung, mencorakkan hidup yang kita alami kini.
Apa agaknya reaksi beliau bila dapat tahu yang risalahnya ini masih relevan
sekarang, yang sedang menjejak penghujung penggal pertama kurun 21? Ba-
hawa risalahnya belum mendapat perhatian wajar para pemikir, bahawa ja-
wapan yang diberikan beliau masih belum membuahkan hasil.

Asyik menyalahkan penjajah yang mengubah budaya kita, sampai bila baru
kita mau bertanggungjawab atas masa depan kita sendiri?
NAMA BUKU: TARGHIB AL-ALQAB AL-ILMIYAY
(WESTERNISAI GELARAN ILMIAH)
Pengarang: Bakr Abu Zaid

Menyentuh satu fenomena daripada


oksidentalisasi/pembaratan yang begitu
mudah diterima masuk ke dalam budaya
Arab-Islam, penduduk Semenanjung Tanah
Arab khususnya (memandangkan beliau
seorang warganegara Arab Saudi),
pembaratan yang mengubah corak
pemikiran dunia dengan kolonisasi halus
tanpa mengecualikan Islam yang
terkenal dengan budaya ilmunya yang maju
dan tersendiri.

Pengiktirafan, merupakan perkara asasi yang dimahukan setiap orang, sama-


da daripada sesama, atau daripada Tuhan. Pengiktirafan merupakan bentuk
pembenaran sesuatu tindakan, yang sekiranya berlebihan, membawa kepada
pembenaran diri, sampai percaya bahawa ia selalu benar, diiktiraf dan tak
pernah salah ; ilusi manis yang menggilakan, menjadikan orang melakukan
apa saja yang dimaunya kerana sudah selalu benar. Sementara pengiktirafan
hakiki, pada hadnya, merupakan bentuk motivasi kepada penerimanya, agar
terus menjelajah dan meneroka sisi manusiawi dirinya yang belum lagi dije-
jaknya. Dengannya, dia bisa menuju ke mercu ; menjadi manusia paling ba-
hagia dengan merealisasikan potensi kewujudannya.

Orientalisme ialah kolonisasi ilmiah Barat akan kefahaman-kefahaman orang


Timur terhadap budayanya ; yang dinyatakan Edward Said sebagai 'Timur
dalam imaginasi Barat'. Mereka melihat Timur sebagai satu dunia lain yang
harus dikaji dengan penuh curiga, dan bukannya digeruni dan dihormati.
Mereka melihat diri mereka sebagai standard kesempurnaan, dan Timur harus
'diajar', diberi 'pencerahan', agar bebas daripada 'kegasaran'. Mereka mengu-
bah cara berfikir dunia agar berkiblatkan Barat, dengan mendakwa bahawa
mereka merupakan ideal kemodenan, kebebasan dan kesamarataan yang ha-
rus didambakan oleh Timur, dalam segenap jurus kehidupan. Ia bukan seka-
dar omong kosong, khususnya bila merujuk medan akademik, kajian-kajian
Orientalis dicanang-canang sebagai 'adil', 'saksama', dan tahqiq
makhtutat/manuskripnya dilihat paling 'tepat'. Bahawa apa yang difahami
orang Timur akan budayanya selama ini, harus difahami dengan kefahaman
yang diajar di bilik-bilik kuliah universiti Barat.

Standard pendidikan Barat, didasari kapitalisme yang mengilangkan 'modal


insan', memudahkan pembentukan pasaran kerja dalam satu-satu iklim. Maka
sistem mereka diperkenalkan di negara-negara Timur, seraya imperialisme,
membuang standard pendidikan sedia ada yang mengangkat Islam sebagai
puncak ilmu dan kemanusiaan. Kita lihat sendiri kesannya dalam masyarakat
Islam, apabila golongan ulama dan ustaz dilihat sebagai kelas kedua dan
wajar dipandirkan dengan wang dan kemewahan.

Pengiktirafan yang didambakan daripada Barat, dimanifestasikan dalam


gelaran-gelaran ilmiah, seperti 'Doktor' misalnya bagi peraih PhD, sebagai
ganti kepada 'Faqih', 'Muhaddits', 'Ustaz', 'Adib', dan lain-lain gelaran yang
sudah pernah sebati dalam dunia pendidikan Islam.

Bakr Abu Zaid, dalam risalahnya yang ringkas ini, menyatakan bagaimana
kegilaan manusia kepada bentuk luaran/syakliyyat, tanpa melihat kepada
hakikat sebenar diri yang digelar, antara sebab utama yang mendorong kepa-
da taghrib ini. Bahkan, merujuk kepada istilah doktor sendiri yang sinonim
sebagai pengamal perubatan, beliau menukilkan paradoks yang disedari oleh
Syekh Ahmad bin Humaid, yang tajalli dalam serangkap syair ;

" # "

"Mereka menukar lafaz alFaqih dengan selainnya # Ajaib sekali, bila Para
Muhaddits itu digelar Doktor-doktor."

Menyoroti sejarah penggelaran ilmiah dalam Islam, beliau melihat bagaima-


na gelaran-gelaran dalam Islam membawa makna hakiki bagi mereka yang
digelar, sekiranya seorang itu pakar dalam Fiqh maka digelar Faqih, sekiran-
ya pakar dalam Hadits maka digelar Muhaddits, sekiranya pakar dalam Nahu
maka anNahwi, dan seterusnya. Para ulama, membenci gelaran yang
melampau-lampau, bahkan ada setengahnya kerana tawadhuk, tidak mahu
dinamakan selain daripada namanya.

Sementara asal perkataan 'Doktor' merupakan gelaran bagi rabbi dan paderi
yang mentafsirkan buku-buku suci, dan pertama kali digunakan secara rasmi
di Universiti Bologna.

Mengetahui bahayanya menyerupai dengan golongan yang memusuhi Islam,


kerana seperti kata Abu alAbbas alHarrani, "Keserupaan pada zahir akan
mewariskan kecintaan pada batin (hati).", beliau mempersoalkan mengapa
perlunya kepada penggunaan istilah 'doktor' ganti kepada darjat kesarjanaan
yang sudah ada dalam budaya Islam? Ditambah lagi dengan fakta bahawa
perkataan Doktor merupakan perkataan Latin, yang bukan arab, dan
penggunaan perkataan selain arab menurut beliau akan merosakkan lisan
orang-orang arab, bahkan merosakkan bahasa itu sendiri, di samping mak-
nanya yang tidak tepat menggambarkan darjat ilmiah seseorang itu pada keti-
ka yang lain.

Beliau mengemukakan cadangan, kepada universiti-universiti Arab, agar


menggantikan Licentiate kepada , Master kepada , dan PhD
kepada atau . Beliau menyatakan di akhir risalah
ini bahawa kritikan beliau ini bukan bermakna kita harus meninggalkan
pengajian tinggi dan memboikotnya, bahkan sewajarnya dijadikan sebagai
wasilah untuk mencapai mercu ilmu dan berkhidmat demi ilmu sehingga ke
akhir waktu, namun tanpa melupakan bahawa kecenderungan manusia yang
gilakan syakliyat akan membuatnya lupa akan hakikat dirinya, yang sentiasa
kurang. Firman Allah ta'ala, " " / Di atas setiap yang
memiliki ilmu itu, pasti ada yang lebih mengetahui daripadanya. Demikian-
lah resam hidup kita di dunia yang penuh dengan nisbiyah/relativiti ini.
NAMA BUKU: ISLAM MENURUT TAFSIRAN MARXISM
Pengarang: Muhammad Immarah

seorang pemikir Islami Mesir, membongkar


karya-karya Nasr Abu Zaid yang secara
halus mentafsir nas agama (alQuran & Sunnah)
menurut kacamata seorang Marxist.

Idea Marxism, yang mendasari


binaan Komunisme (Berasal daripada
Commune/Komuniti) melihat dunia ini
dengan pandangan materialistik/kebendaan,
bahawa suprastruktur (idea-idea metafizik,
adat dan kepercayaan) lahir daripada
struktur (fizik sosial & ekonomi) sesuatu masyarakat. Ini yang dinamakan
mereka sebagai 'dialektik materialism', bahawa Waqi'/Realiti yang kembali
kepada sosial & ekonomi, yang harus menjadi kepedulian semua dan yang
harus dijuangkan dan digerakkan, bukan 'idea-idea metafizik dan agama'
yang disifatkan mereka sebagai 'candu yang memabukkan' dan 'cara berfikir
kalangan bourgeoisie' yang tersekat pada cogito dan tak ada praksisnya ;
justeru menzalimi rakyat awam yang sibuk dicandukan dengan idea-idea
kayangan, dan bourgeoisie menjadikan agama sebagai kesempatan untuk
'menghalalkan' kezaliman & penindasan mereka. Demikianlah mereka
melihat agama.
Idea yang membebaskan begini, memberi harapan dan pertanggungan penuh
kepada manusia ke atas masa depannya, mendapat penerimaan yang baik,
pada awal kurun 20. Bukan setakat di jalan-jalan dalam kalangan marhaen
dan tertindas, bukan setakat di sidang-sidang politik, bahkan dalam ling-
kungan ilmiah, dikembangkan dalam wacana-wacana ilmiah, menyumbang
kepada perkembangan 'fenomenologi', 'eksistentialisme', 'dekonstruksi', yang
cuba mengenalkan manusia kepada potensi sebenar dirinya dan mem-
bebaskannya daripada ketakutannya kepada 'the unknown/sang yang tidak
diketahui' yang membelenggu. (Marx melihat pergelutan ini sebagai abadi,
dan harus sentiasa ada)

Idea materialistik ini, bertentangan kutub dengan idealisme agama, apatah


lagi dengan Islam yang praktikal pada praksisnya, dan bersumberkan wahyu
pada masa yang sama (Hatta Derrida melihat dunia ini muncul dengan pre-
sets, hatta Sartre melihat manusia dikekang kondisi-kondisi nan 'a priori').

Immarah dalam bukunya ini menimbulkan persoalan yang sama, bilamana


Nasr mentafsirkan Islam sebagai fenomena yang dicipta Waqi', dan menjadi-
kan perkara-perkara tsawabit (yang tiada percanggahan pada kesahihannya
secara mujmal/umum) dalam Islam seperti kewahyuan alQuran, Akidah,
Syariat, benarnya Kenabian bahawa ia adalah /lantikan Allah ; se-
luruhnya ini merupakan ciptaan Waqi', bukan Allah, sesuai dengan dialektik
materialism. Kepakaran Nasr, selaku pensyarah Islamiyyat di Cairo Universi-
ty, terserlah apabila beliau menggunakan 'sepenuhnya' ruang yang diberikan
oleh kaedah 'majaz' dalam bahasa arab (yang disifatkan Ibn alQayyim se-
bagai taghut dalam asSawai'q alMursalah), untuk mentafsirkan alQuran dan
Syariat secara umumnya dengan historicism/tarikhiyah, yang menjadikan
alQuran cuma sesuai pada zaman Nabi saja dan sudah tidak sesuai pada za-
man sesudahnya.

Immarah seperti kebiasaannya dalam karya-karyanya yang lain, menukilkan


ayat-ayat Nasr yang tertera dalam buku-bukunya selaku bukti kepada tafsir
marxisme yang dibawa Nasr, bahawa ia bukan dakwaan tak berasas.
Demikian, menjadikan kita lebih yakin bila membaca sendiri ayat-ayat Nasr,
dan sengaja Immarah memberi kita kebebasan memahami ayat-ayat Nasr
seperti adanya.

Buku ini juga merupakan kritikan lantang Immarah kepada sikap kerajaan
Mesir yang memutuskan kemurtadan Nasr dan menjatuhkan hukuman pem-
isahan antara Nasr dan isterinya, bahawa masalah Nasr merupakan masalah
ideologi, yang harusnya diselesaikan dengan dialog idealogi juga, (terlebih
dahulu, dengan pemisahan sebagai jalan terakhir sekiranya sebarang restora-
tion sudah mencapai jalan buntu, untuk menjaga kebebasan berakidah si
isteri). Bahawa paksaan dalam beragama hanya menatijahkan kemunafikan
dan penipuan, kerana Islam hakiki yang ikhlas hanya muncul daripada akal
dan iman. Ditambah lagi dengan kenyataan akhbar Nasr yang dinukilkan
Immarah, mengiklankan keIslaman Nasr dan kesediaan beliau untuk
menerima kritikan dan pembetulan atas 'ijtihad' dan hasil tafsiran beliau ter-
hadap Islam.

Buku ini menjadi saksi, peralihan Immarah daripada seorang sosialis kepada
Islamis ; ia menceritakan perkenalan beliau secara tidak langsung dengan
Nasr Abu Zaid, melalui tazkiah/pujian tokoh sosialis Mesir pada zamannya,
Mahmud Amin alAlim bahawa Nasr 'orang terbaik yang mentafsirkan nas',
bagaimana akhirnya menemukan beliau kepada jawapan sebenar permasala-
han Sosialisme di tanah Arab dan bagaimana gerakan mereka mempersoalkan
tsawabit Islam halus dan licik sekali, tidak dapat dibau melainkan oleh mere-
ka yang pernah terlibat langsung dalam gerakan mereka, seperti Immarah
sendiri.

(Demikian, sebarang pergerakan intelektual di Timur Tengah, harus diteliti


oleh setiap pengamat, kerana pengaruhnya dan kedudukannya yang dilihat
sebagai 'asal Islam', dan tabrirat/reasoning kreatifnya mentafsirkan Islam,
akan tersebar mudah sekali di seluruh komuniti-komuniti Islam lain.)

Setipis 126ms, memberi kita gambaran jelas permasalahan sebenar Islam dan
Sosialisme, bahawa ia sukar sekali bersatu, ditambah lagi dengan fakta ba-
hawa Islam sudah sempurna dengan syariatnya yang menggenapi seluruh sisi
kehidupan, yang menanti mereka-mereka yang bertanggungjawab dan
bekesedaran untuk menjadikan Islam sebagai solusi kehidupan mereka, pada
marhalah individu, masyarakat, dan negara seterusnya. Kerana Syariat di-
turunkan untuk meraikan dan mengajarkan maslahat hamba yang utama, dan
kelonggaran pentafsirannya tidak bererti bahawa mahiyah Syariat ini tidak
ada sama sekali, seperti yang dibingungi oleh mereka yang mencari kebeba-
san yang subjektif.
NAMA BUKU: DUNIA PEMIKIRAN INTELEKTUAL
Pengarang: Shaharom TM Sulaiman

Himpunan resensi aliran pemikiran


mutakhir dan bagaimana ia dibentuk
dan membentuk peribadi-peribadi besar,
yang menyumbang ke arah pembaikan
sejagat.

Buku yang diterbitkan pada tahun


2013M, merupakan himpunan 30 esei
beliau, seperti diterangkan beliau di
mukadimah, yang pernah menjadi kertas
kerja, atau artikel terbitan akhbar. Buku
yang dibahagi kepada lima bahagian ini didahului dengan perbincangan
umum mengenai dunia intelek, dengan menjawab soalan pertama dan utama ;
siapa intelektual, dan apakah peranan mereka dalam masyarakat yang mereka
diami? Kemudian, beliau berpindah kepada keresahan lainnya ; wacana ti-
mur-barat dalam dunia intelek, wacana pascamodenisme, dan Islam sebagai
wacana fikiran, diadun dengan bahasa sederhana tetapi cukup memaknakan.

Kemudian, beliau membincangkan dalam empat bahagian berkenaan tradisi


pemikiran empat benua ; Asia Tenggara, Asia Barat-Afrika, Amerika-Eropah,
dan Perancis. Yakni, bagaimana nama-nama besar ini memberi impak kepada
sekeliling mereka, terlebih dahulu sebelum berpindah kepada kawasan
lainnya, dengan penulisan-penulisan mereka, dan projek pembaharuan atau
restorasi yang dicadangkan dan dikerjakan oleh mereka, kerana intelektual,
menurut beliau, "akan merumuskan suatu kesimpulan yang dapat disam-
paikan kepada masyarakat dalam bahasa yang jelas." (ms5) Pembahagian
kepada benua-benua terpilih ini bahkan menguatkan makna kata-kata Hasyim
Saleh, bahawa idea bergerak tanpa kastam.

Subtajuk buku ini, 'menelusuri karya-karya intelektual terpilih', bererti


mengajak pembaca untuk mendalami karya-karya intelektual yang tidak ter-
pilih juga. Pembahagian ilmuan kepada niche, membantu kita untuk dekon-
struk (meminjam Derrida) sesuatu idea dan kemudiannya, memindahkannya
kepada pemahaman kita tentang penggunaan semasa tiap-tiap ilmuan.

Dunia pemikiran adalah dunia sengit, jarang sekali yang masuk ke dalamnya
keluar dengan selamat (maksud selamat ; menjadi diri sendiri) kerana ia ada-
lah pertarungan subset siapa paling dominan dan dilihat paling baik men-
tafsirkan realiti. Justeru tidak menghairankan, ajaran Tao & Confucius meski
berkongsi battleground yang sama, fascim Confucius yang berpraksis dan
bermanual seringkali mendormankan Tao yang lebih kontemplatif dan dini-
kmati hanya oleh golongan pemikir (walhal praksis Tao lebih membebaskan
seperti yang digambarkan oleh kehidupan 7 Sages of Bamboo Grooves -
Wuwei berobjektif - dan juga pemberontakan Zhang Jiao pada zaman 3 Kera-
jaan)
Garfield dan Van Norden dalam artikel mereka yang disiarkan oleh NY
Times, menimbulkan persoalan mengapa falsafah terlalu Barat/Occident, dan
menganjurkan penamaan semula jabatan-jabatan falsafah di universiti se-
bagai 'Department of European and American Philosophy.' Imperialisme
wajah baru?

Perkara yang menakutkan, tetapi paling benar, ialah kita bebas untuk mem-
ilih, tetapi keadaan sekeliling kita yang mengehadkan pilihan kita (Ibn
Rusyd, Manahij alAdillah). Ia adalah survival of the fittest, intellectual dar-
winism, yang meminta kita untuk menjadi lokal, dan samada menunggu mati,
atau melakukan sesuatu untuk terus hidup. Bukan menjadi Marxism yang
dikritik Habermas dan Derrida yang tinggal jadi 'hantu' dan 'potensi', bahkan
harus sentiasa berubah, dan 'real' dengan menjawab persoalan sekarang.
Demikian yang kita harapkan dengan Islam, dengan mentafsirkannya sebagai
'kebenaran'.
NAMA BUKU: SEKOLAH BUKAN PENJARA, UNIVERSITI
BUKAN KILANG
Pengarang: Zulfikri Zamir (ZF Zamir)

Himpunan kritik dan tulisan terpilih


beliau, seputar kependidikan Malaysia
dan isu-isu lain yang masih relevan
dipersoalkan (awal dicetak 2013M), ke hari
ini (2016M), kerana masih belum
mendapat jawapan yang memuaskan.

Tiada perkara yang lebih menyakitkan,


berbanding mengetahui adanya
kepincangan berlaku di sekeliling kita, dan
tak mampu berbuat apa dengannya. Kepedihan ini, menarah-narah atma yang
sedia luka, yang telah sengaja kita abaikan dan lupakan 'others' selama ini
mengajar kita untuk mendiamkan kepedihan ini (ruj. Friere). ZF Zamir, da-
lam bukunya ini cuba menyorot segala masalah-masalah penting yang ada
dengan menggambarkannya sebagai masalah, sebelum menjadikannya masa-
lah 'kita'. Kewartawanan kritis begini menjadikan buku ini mendapat tempat
dalam hati penulis, di saat masih ramai yang menghabiskan bakat ke tempat-
tempat yang tidak sepatutnya, beliau cuba hadir dalam masyarakat selaku
pendeta yang melihat dunianya sebagai kata ganti diri ketiga yang berhajat-
kan kepada pencerahan. Seperti kata James Baldwin, "The importance of a
writer is continuous His importance, I think, is that he is here to describe
things which other people are too busy to describe."

Awal buku yang memuatkan artikel bertajuk dengan tajuk buku, bagaimana
masyarakat muda dikilangkan golongan berkepentingan dengan institusi
pengkaderan bernama sekolah dan universiti, isu eksistentasial pascamoden
di negara-negara terjajah mindanya (isu yang juga disinggung para ulama
seperti Bakr Abu Zaid dalam Taghrib alAlqab al-Ilmiyah) ; ZF Zamir bersifat
sederhana mendepani isu ini dan menawarkan solusi praktikal dengan
mengajak kepada pembacaan semula falsafah Islam (khususnya Mulla Sadra,
kerana kajian peringkat sarjananya berkisar pendidikan dan konsep intelek
aktif Mulla Sadra), untuk memurnikan institusi suci yang berperanan men-
didik kemanusiaan itu daripada dicemarkan 'tangan-tangan ghaib' yang mahu
mengkaderkan 'modal insan' (ruj. commodity fetishism). Manusia lebih mulia
daripada segulung ijazah.

Memandangkan buku ini artikel terkininya bertarikh 2013M, maka mem-


bacanya juga mengajak kita untuk mengulangkaji isu-isu berkaitan Bersih,
Mahasiswa Tong Kosong, Listen listen listen, dan pelbagai lagi (kerana ia
adalah tulisan-tulisan blog beliau dan artikel-artikel lain yang bersifat respon-
sif kepada pengalaman semasa), yang kalau ditenung semula, masih belum
banyak yang berubah. Mentaliti masyarakat masih sama, masalah berlarutan
dan bertukar rupa, namun pencetakan buku ini berkali-kali memberi maksud
ripple yang dikehendaki beliau, mungkin, bahawa kita masih perlu untuk
keep the conversation going on, samada berseloroh atau serius, kerana Ben-
nabi mencadangkan bahawa sebuah masyarakat akan berubah apabila beru-
bah mentalitinya. Ia berbeza dengan brainwashing, yang hanya memanfaat-
kan golongan penindas. (Penindas/opressor asalnya adalah yang ditin-
das/opressed, tapi kita lupa bahawa ia demikian)

Kritik budaya beliau dalam buku ini juga menarik untuk dibincangkan, dalam
kegilaan indie scene yang mencari pengiktirafan dengan mengemukakan pro-
vok-provok budaya, beliau memberikan keseimbangan dengan tidak
menerimanya bulat2 selaku pascamodenis lain, tapi masih berusaha merajut
nilai2 tradisi yang kian rapuh dimamah zaman.

Semoga buku ini dan beliau terus berjuang, hinggalah ke saat kita sudah
berani dan lega mengatakan, 'kita sudah habis berjuang."
NAMA BUKU: CENDIKIAWAN MELAYU PENYULUH
EMANSIPASI
Pengarang: Dr. Azhar Ibrahim Al-Wee

Mengupas peranan ilmuan dalam


memihak kepada kebaikan
bangsanya, dengan mengkaji sekitar 8
tokoh tanah air yang bertempur dengan
hujung pena membela kebebasan
membangkang tirani menyingkap
kedok pengkhianatan, membuka mata
anak watan kepada kebenaran yang
(masih) berlaku dan perlukan jawapan.

Membaca buku ini merupakan satu


pengembaraan bagi penulis ; pengalaman baru bila 'dibaca'/joaned oleh
kritikan-kritikan sosial yang diajukan langsung mahupun tidak oleh beliau,
melalui penyuluhan sisi-sisi emansipasi dalam buah tangan penulis-penulis
tanah air, dan bagaimana mereka -selaku cendekiawan- berinteraksi dengan
isu-isu yang tidak selesai lagi dalam masyarakat, seperti kemiskinan, kepin-
cangan politik, orientalisme, imperialisme ilmu dan budaya, kejumudan be-
ragama, dijadikan tema-tema vokal dalam karya mereka ; dikuliti cermat oleh
beliau dan disusun rapi dalam menyampaikan makna 'tanggungjawab pem-
bebasan' yang harus digalas oleh setiap yang membaca, seperti diisyaratkan
beliau di muka vi, "untuk saudara siswa serata negeri, sidang membaca
bangunkan budi."

Kritikan sastera dan sosial merupakan fokus beliau, justeru kita melihat
tokoh-tokoh sastera yang prominen menjadi kebanyakan tokoh kajian beliau,
dan pilihan beliau ini penulis kira tepat, kerana sastera adalah alat untuk
mengheningkan mata hati dan menggemakan keluhan manusiawi kepada
jagat manusia yang samada, terlalu sibuk dibumikan dengan nilai-nilai mate-
rialistik, atau dilangitkan dengan ideal-ideal yang mengkhayalkan mereka da-
ripada mengandali masalah-masalah yang terbentang di depan mata mereka.

Buku ini dimulakan dengan pengenalan ringkas akan intelegensia, golongan


yang menguasai satu-satu disiplin secara formal, dan mengenalkan mereka
kepada kedudukan mereka selaku mangkin dalam pembangunan masyara-
kat/pemberdayaan sosial. Kemudian diikuti dengan kajian-kajian mengenai
karya-karya tokoh ; Tuan Simi, Munshi Abdullah, Shahnon Ahmad, Masuri
S.N, A. Samad Said, Abdullah Hussain, Rustam A. Sani, dan Syed Hussein
alAtas, bagaimana karya-karya mereka telah menyumbang sedikit sebanyak,
melestarikan perjuangan sosial yang perlu kepada pembaharuan dari masa ke
masa. Ia ditutup dengan dua buah makalah ringkas menyentuh peranan go-
longan intelegensia menjadikan agama sebagai juruselamat manusia daripada
kezaliman, dan peranan sasterawan juga dalam usaha menjadikan suara
mereka relevan semula buat masyarakat, bahkan membantu menyedarkan
masyarakat mengenai realiti yang gundah.
Sikap kepenulisan beliau yang konsisten sepanjang buku ini (diterbitkan
2014M) wajar dicontohi, bila beliau mengkritik sebilangan ilmuan yang
berkiblatkan Barat seolah-olah ilmu di Barat paling absah, tapi beliau pada
masa yang sama tidak menafikan pencerahan sebilangan penulis Barat yang
bermanfaat untuk penulisannya dan sejajar dengan gagasan emansipasi so-
sialnya ; dibuktikan bila beliau sering menukilkan kata-kata Erich Fromm,
Paulo Friere dan lain-lain. Beliau juga bila menyarankan golongan ilmuan
tempatan kini untuk kembali merujuk kepada ilmuan tempatan yang terdahu-
lu, beliau juga terlebih dahulu melakukan demikian bila banyak menukil
Rendra dan penulis-penulis yang semanhaj dengannya.

Meskipun terdapat beberapa kritikan yang kurang disetujui penulis, seperti


mengapa beliau mempersoalkan A.Samad Said dan Masuri S.N. tidak parti-
san dan vokal seperti penulis-penulis lain, isu Islamisasi ilmu yang dianggap-
nya retorik hanya kerana kerangka pemikirannya nan rapuh (menurut per-
hatian beliau), isu Islam Progresif yang menurutku masih perlu kepada
penghalusan, ia tidak membenamkan faedah-faedah yang kita dapat kutip da-
ripada buku setebal 258ms ini.

Buku yang mencabar sidang pembaca untuk menjadi reaktif, memerlukan


idea yang sama kritis untuk saling mencermin, idea yang sama lantang dan
sama dominan. Ia tidak bercadang untuk diterima bulat-bulat, dan Immarah
pernah mengatakan, "Isu idea harus ditangani dengan idea juga."
NAMA BUKU: CARA ISLAM DALAM TARBIYAH
Pengarang: Syeikh Muhammad Aman Bin Ali Al-Jami

Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan


Ahli Sunnah, atas khidmatnya membela
akidah Salafiyah dan sunnah Muhammadiyah.
Jarang sekali kita menemukan sosok
yang memiliki pembacaan meluas seperti
beliau, disertakan tasil/authentication
ilmiah yang sahih manhaj talaqqi &
istidlalnya, dan risalah kecil ini merupakan
salah satu bukti pentaakulan, meski
ringkas, namun mendasar, dalam
mentakrifkan Tarbiah Islamiah yang sering kali dipersoalkan mana wujudnya.

Syeikh Muhammad Said alButi (w2013M) dalam makalah ringkas beliau


(dimuatkan dalam buku Minal Fikr wal Qalb) mengenai Permasalahan
Hadharah, menimbulkan persoalan bagaimana kita sebenarnya berdepan
dengan krisis identiti, punca-punca yang memberi makna ketamadunan kita
tidak selari ; justeru dizahirkan dengan perbezaan identiti di masjid, di
sekolah, dan di rumah. Ia bukanlah masalah baru, seperti alJahiz yang meru-
pakan hasil pertembungan budaya dan idea, menyerap seluruhnya seperti
span, dan menzahirkan peribadi yang pelbagai, sehingga ada yang
menyangkanya seorang Nawasib bila bercerita tentang Khawarij, ada yang
menyangkanya Syiah bila bercerita tentang Ali. Namun, natijahnya, bagi
orang awam, adalah kecelaruan. Tarbiah Islamiah, dipercayai, antara yang
membentuk semula cara pandang yang baik terhadap Allah dan alam, kerana
yang biru tetap biru, cuma yang berbeza ialah cara melihatnya ; adakah ia
biru kerana bukan merah? adakah ia biru kerana ia gabungan hijau dan
kuning? Demikianlah misalnya kepada alam ini juga, adakah cara pandang
Islami bagi alam ini atau bagaimana?

Syekh alJami mengatakan Islam memiliki cara khas untuk membina peribadi
insan yang baik, yang mengiktiraf kemanusiaan yang seluruh dan sempurna,
mentarbiahnya dari segi jasmani, rohani dan akal, menurut syariat Muham-
mad sallAllah alaihi wa sallam. Berbeza dengan cara pendidikan yang
ardhi/ciptaan manusia, yang hanya bertujuan membina warganegara yang
baik, yang terikat dengan bumi (tanah air) dan tidak pula sesuai menjadi war-
ganegara yang baik bagi kawasan-kawasan lain. Kritikan beliau ini terarah
kepada tarbiah ardhi yang manhajnya dicipta manusia untuk dipraktikkan ke
atas manusia, yang melihat manusia sebagai komoditi semata-mata, dan
menafikan peranan ubudiyah dalam membentuk visi pendidikan.

Beliau setelah mentakrifkan roh sebagai kekuatan yang menghubungkan


manusia dengan Tuhannya, menyebutkan perihal bagaimana Islam mendidik
ruhani manusia, dengan menanamkan rasa kehambaan kepada Allah yang
hakiki, yang didasari akidah telus, dalam setiap gerak dan diam ; ia zahir da-
lam beberapa bentuk syiar agama yang bersifat jamaie seperti solat dan haji
atau bersifat individu seperti puasa. Begitu juga Islam mengajak manusia
menggunakan budinya untuk melihat alam sekelilingnya, yang menjadi bukti
kebesaran dan kewujudan Tuhannya yang telah menciptanya daripada tiada.
Agar manusia berasa sentiasa terhubung dengan Allah taala tanpa putus.
Demikian akan menggerakkannya kepada mentaati syariat, dan begitulah ki-
taran yang akan berterusan sehinggalah, seseorang meninggalkan dunia ini,
dalam Islam.

Kemudian, beliau sempat dalam beberapa perenggan singkat menceritakan


tentang cara Islam mentarbiah jasad, bahawa Islam tidak mewajibkan perkara
yang payah yang tidak dimampui manusia. Demikian juga Islam menyeru
umatnya untuk menjaga kesihatan badan, dan mencari sebab kesihatannya di
saat ditimpa kesakitan, berdalilkan hadis, Allah tidak menurunkan penyakit
melainkan turun bersamanya penawar. (riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn
Majah & Ahmad). Islam menjadikan penjagaan kesihatan jasmani sebagai
syiar agama, dan ia adalah perkara yang wajar menerima perhatian ; saat
agama-agama lain menganjurkan penyeksaan badan sebagai salah satu cara
untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, Islam tidak begitu. Islam mengiktiraf
kemanusiaan dan mengembalikan manusia kepada fitrahnya.

Risalah setipis 31ms ini, merupakan antara risalah ringkas yang menjadi pu-
saka ilmiah Syekh alJami rahimahullah, yang merupakan kanzan makhfiyan
yang menanti untuk digali dan dibongkar semula, serta seharusnya mendapat
inayat yang khas daripada Ahli Sunnah umumnya, dan para penuntut ilmu
khususnya ; agar faedahnya mengumum, dan memberi gambaran bahawa
alQuran dan Sunnahlah yang memberi mereka waie/kesedaran umum ter-
hadap peranan agama dalam membentuk masyarakat sekeliling mereka,
dengan tasil ilmi yang sahih, dan gerak kerja yang membumi.
NAMA BUKU: TASAWWUF & EMPAT TOKOH SUFI
Pengarang: Zakaria Stapa

-Tasawwuf & empat tokoh sufi- Himpunan


kertas-kertas kerja Zakaria Stapa, hasil
kajiannya seputar isu-isu berkaitan dengan
tasawuf dan beberapa tokoh agung yang
membentuk tasawuf kita pada hari ini :
alGhazali (505H), Rabiah alAdawiyah
(180H), alHarith alMuhasibi (243H), &
Ibn Ata'illah asSakandari (709H),
rahimahumullah.

Beliau membahagikan karya beliau ini kepada 7 kertas kerja. Pertamanya be-
liau mengajak pembaca menilai keabsahan/kesahihan ilmu tasawuf ini, valid-
ity-nya dalam Islam, dan sumber-sumber rujukan ilmu tasawuf itu sendiri,
yang menurut beliau berada di awal Islam lagi tanpa diberi nama khas (yakni
tasawuf). Beliau mengkritik pendekatan sebagian orientalis yang bersikap an-
tipathy terhadap ilmu tasawuf dan mengatakan bahawa ilmu tasawuf non-
islamik kerana ia berasal daripada falsafah ketuhanan Greek, India, & Budh-
hisma, dengan mendatangkan pendapat ulama Salaf seperti Imam Malik
sendiri, yang telah berkata, "Sesiapa yang belajar ilmu fiqh tanpa tasawuf,
maka dia akan menjadi fasiq."
Kemudian, pada kertas kerja kedua, beliau menjelaskan tasawuf sunni itu
yang bagaimana ; ia bermula dengan syariat, agar sampai kepada hakikat.
Bukan dengan hakikat, syariat & hukum-hakam terhapus. Ia haruslah melalui
rantaian para guru yang benar, mengambil izin & keberkatan daripada guru-
guru sebelumnya, sehinggalah sampai kepada Rasulullah. Ia hal yang misteri
bagi spektator seperti kita, bagaimana yang sebenarnya dinamakan izin ini.
Sekiranya ilmu-ilmu syariat yang lain (fiqh, tafsir dan sebagainya) boleh
disampaikan dan diterima tanpa perlukan 'izin', kenapa ilmu tasawuf tidak?

Kertas kerja ketiga pula memfokuskan tentang perbahasan makna Tauhid


bagi kalangan kaum sufi, yang berlegar antara fana' & baqa'. Di sisi mereka,
tauhid terbagi kepada dua, tauhid iktikad/kpercayaan am bahawa Allah itu
esa, dan tauhid khas. Idea yang menarik dilontarkan imam alJunaid alBagh-
dadi rahimahullah, bahawa manusia memiliki asal kewujudan yang suci yang
taat kepada kehendak Allah, berhubung langsung dengan Allah, namun
kewujudan nafsu syahwat menghijab manusia daripada Allah. Maka untuk
kembali murni, harus bermujahadah, lalu dengannya manusia bisa menjadi
murni semula, dan mentauhidkan Allah dengan tauhid yang khas, yakni
menghapuskan 'ego'/identiti/keakuan diri dan mengakui kewujudan Allah
dengan 'tenggelam di dalamnya'.

Kertas kerja keempat, berkenaan Imam alGhazali dan pendapatnya tentang


Tafsir al-Ishari, tafsir yang dipelopori kaum sufi, berdasarkan ilmu kurniaan
Allah hasil daripada mujahadah mereka ; ia tafsir yang bersifat individual,
dan terpulang kepada kebolehan seseorang sufi mentafsirkannya, tanpa
mengabaikan makna zahir ayat alQuran seperti yang dilakukan golongan
Batiniyah.

Kertas kerja kelima-ketujuh, masing-masing berkenaan tasawuf alMuhasibi


yang terkenal dengan manhaj muhasabah diri, Rabi'ah dengan cinta Ilahi, dan
Ibn Ata'illah pemuka tarikat Syadziliah yang menggabungkan ilmu zahir
(fiqh, usul) & tasawuf, yang telah menghasilkan karya agung bernama alHi-
kam (telah disyarah Sidi Zarruq).

Beliau ketika menulis tentang Rabi'ah, mengakui bahawa Wahdat alWujud


(yang serupa -secara teknikalnya- dengan idea Henosis) merupakan bagian
daripada kerangka tasawuf (tasawuf heterodoks), bahawa falsafah cinta Ilahi
Rabi'ah menjadi dasar kepada faham wahdat ini.

Antara yang masih boleh diperbincangkan ialah motif mengapa sufi mahu
menjadi murni? Adakah kerana Syurga, atau kerana makna lain yang lebih
dalam, spt penyatuan dengan Allah, atau hubungan direct dengan Allah?
Dan sejauhmana dzauq/rasa spt yang dikatakan oleh kaum sufi boleh meya-
kinkan bahawa ia adalah satu lapangan yang boleh dikaji dan dibanding-
bandingkan, sekiranya ia adalah pengalaman rohani setiap salik? Bagaimana
ia boleh menjadi sumber dalil dalam beragama?

Ia kitab tipis 151ms, yang wajar dibaca bagi membantu kita memahami idea
tasawuf secara ringkas. Jujurnya, ia menimbulkan banyak persoalan dalam
benak, tentang tabiat ilmu rohani yang penuh misteri ini.

Isu takhalluq bi akhlaqillah/berakhlak dengan akhlak Allah yang dikemuka-


kan alGhazali, dipersoalkan kepentingannya dan dibantah Ibn Taimiyah da-
lam Risalah Sofadiyah, begitu juga idea-idea lain bahawa manusia boleh
menjadi Nabi (menerima wahyu daripada Allah) dengan melakukan rejim &
mujahadah nafs. Ibn Taimiyah juga mengkritik tauhid yang dipegang ahli sufi
bahawa ia terbatas dalam lingkaran Rububiyah sahaja, sementara tauhid Nabi
sallAllah alaihi wa sallam merentas horizon Rububiyah dan menyekalikan
Tauhid Uluhiyah/Amali, dalam cara pandang sempurna (lihat juga alMakasib
alMuhasibi menyentuh isu ini dengan ringkas, bahawa amal tidak menafikan
tawakal, bahawa kita bertauhid dengan beramal, bukan semata-mata tasdiq)
NAMA BUKU: PENGANTAR KULIAH AKHLAK
Pengarang: Drs. Humaidi Tatapangarsa

Ia bertugas memberikan
pengenalan mengenai disiplin ilmu
akhlak secara umum, dan
perbahasan-perbahasan yang
dibincangkan dalam ilmu akhlak ;
seperti makna akhlak sendiri, makna
baik & buruk, pendidikan
akhlak/tarbiah, menurut Islam.

Ia pada asalnya merupakan bahan


yang disusun penulis buat mahasiswa/siswi IKIP/Institut Keguruan & Ilmu
Pendidikan Malang (kini Universitas Negeri Malang, Jawa Timur). Men-
jelaskan saiz buku ini (68ms), beliau mengatakan bahawa ia kerana keperluan
yang mendesak kepada materi-materi pengajian Kuliah Akhlak ; menurut
silibus yang telah ditetapkan Lembaga Pembina Pendidikan Agama (LEPPA)
IKIP Malang, menjelaskan pula mengapa isinya mendukung visi-visi akhlak
Islam.

Permulaan buku ini membincangkan makna akhlak di sisi ilmuan-ilmuan Is-


lam (Miskawayh, alGhazali, & Ahmad Amin, penulis Fajrul Islam), di mana
Miskawayh mentakrifkannya sebagai disposisi/hal kejiwaan yang mendorong
jiwa itu memperbuat sesuatu tanpa perlu berfikir mendalam, sementara al-
Ghazali mengatakan bahawa ia adalah keadaan jiwa yang rasikh/kuat, yang
menghasilkan perbuatan-perbuatan zahir, tanpa berfikir mendalam terlebih
dahulu. (adakah jiwa memiliki perbuatan awal, sebelum diterjemahkan
dengan perbuatan zahir?) Sementara Ahmad Amin mengatakan bahawa
Akhlak ialah Kehendak yang dibiasakan.

Lalu, penulis melanjutkan perbincangannya melihat kepada sistem-sistem


moral yang ada, yang umumnya dibahagikan 2 oleh penulis ; Moral Keaga-
maan & Moral Non-Agama/Sekular. Moral Keagamaan dibahagikan kepada
3 oleh penulis : Moral Politeistik/Musyrikin, Moral Zuhud/Kaum Sufi, &
Moral Monoteistik (dalam tulisan ini, Islam). Sementara moral non-agama
pula kepada empiricism, intuition-ism, rationalism, traditionalism, hedonism,
utilitarianism. Sistem-sistem moral ini mempengaruhi bagaimana seseorang
itu memaknakan 'Baik' & 'Buruk'. Baik & Buruk non-agama bersifat subjektif
& tidak tetap/relatif, menjadikan yayasannya goyah tak bertapak, dit-
ambahlagi kekeringan 'moral force' yang mendorong manusia itu menjadi
bermoral - yang bersifat absolut pula dalam moral Islam, yang diterajui oleh
iman (akhlak buah iman).

Mengkritik sistem-sistem moral non-Islam, beliau didapati selalu merujuk


penulis sezaman, seperti Dr Ahmad Amin, Sayyid Qutb & Syeikh Abu al-A'la
alMaududi (buku ini diterbitkan tahun 1983), justeru mendekatkan sidang
pembaca kepada hasil-hasil intelek muslim sezaman.
Di akhir buku ini, membahaskan kehebatan akhlak Islam, dan pendapat pem-
uka kaum non-muslim kepada moral Islam, dan cara-cara yang digunakan
Islam untuk menyampaikan ajaran akhlaknya kepada umat : secara langsung,
yakni dengan perintah langsung alQuran & Sunnah, mahupun tidak langsung,
dengan kisah-kisah yang berpengajaran di dalam alQuran atau Sunnah, &
hasil-hasil peribadatan yang dimeritkan dengan perkembangan akhlak. Pen-
didikan akhlak juga disentuh secara ringkas, bahawa akhlak itu boleh diubah,
dengan keazaman, dan kemampuan untuk menolak keinginan untuk kembali
kepada kebiasaan-kebiasaan yang ingin ditinggalkan.

Etika atau motivasi menjadi baik atau jahat, hanya terhasil apabila adanya
pihak kedua (cermin). Samada orang lain, atau Allah. Motivasi berkelakuan
baik di depan orang lain selalunya hilang saat kita tidak lagi berdepan dengan
orang lain. Tapi, Allah yang lebih dekat daripada urat leher kita, bagaimana?
Semoga Allah merahmati sesiapa yang dikasihiNya.
NAMA BUKU: FALSAFAH AKHLAK
Pengarang: Mohd. Nasir Omar (UKM)

Menganalisis sisi akhlak yang bersifat teori


& amali menurut pandangan ilmuan
Islam, dengan retrospektif kepada
dapatan-dapatan daripada ilmu
falsafah akhlak sebelum kedatangan
Islam yang diterokai ilmuan Greek,
yang mencorakkan hasil-hasil penulisan
yang memaknakan Falsafah Akhlak
Islam ; hatta persoalan Kebaikan &
Kejahatan dibincang dengan kritis.

Beliau memulakan buku ini dengan mukadimah berkenaan apa itu Falsafah
(sifat cintakan ilmu/hikmah), dan skop perbincangan Falsafah yang meneliti
setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini secara dapatan/acquired, dan
sikap Islam yang menggalakkan umatnya untuk berfalsafah/mencintai ilmu
pengetahuan yang didalangi visi-visi Islam. Di antaranya ialah ilmu
Akhlak/Ethics. Sementara di zaman kepesatan ilmu di Greek, ilmu Akhlak
tertumpu kepada perbincangan makna Akhlak, di manakah ia di dalam diri
manusia, bagaimanakah ia terhasil yang disempurnakan dengan notion 'satu
hal/disposisi jiwa di antara dua extremes/keadaan yang melampau' seper-
timana sikap marah yang terlalu banyak menjadikan seorang panas baran
tanpa alasan, sementara sikap marah yang terlalu sedikit menjadikan
seseorang penakut, hal yang pertengahan daripada marah itu menjadikan
seseorang bersifat berani demi kebenaran.

Pengetahuan manusia tentang karakter/akhlak yang baik dan yang buruk tid-
ak menjadikan seseorang itu berakhlak mulia ; bahkan yang terpentingnya
ialah aspek amali akhlak tersebut, yang di mana karakter/akhlak dalam men-
zahirkan perbuatan-perbuatan yang baik, yang menjadi dalil/bukti kepada
wujudnya karakter yang baik di balik perbuatan yang baik itu. Maka Islam
datang, untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ; dengan mengesyorkan
pelbagai keindahan peribadi yang dengannya lahirlah perbuatan-perbuatan
amali yang mulia.

Ulama-ulama Islam yang menulis tentang Falsafah Akhlak, seperti


Miskawayh dalam Tahdzib alAkhlaq, alGhazali dalam Ihya' Ulumuddin,
kembali kepada menakrifkan semula Akhlak sesuai dengan ilmu agama,
menilai semula dapatan daripada penulisan Galen dalam Kitab alAkhlak
misalnya dan menyesuaikannya dengan ilmu Syariat agama ; bahawa setiap
suruhan agama merupakan akhlak yang baik, dan larangan merupakan akhlak
yang buruk. Ini kesan yang jelas bagaimana ilmu Falsafah diterjemahkan
sesuai mendukung Islam, yang merupakan pegangan ilmuan yang mengkritik
secara positif ilmu-ilmu dapatan ini, meskipun daripada Falsafah Greek. Nabi
sallAllahu alaihi wa sallam bersabda, "Hikmah itu merupakan barang carian
mukmin."
Akhlak seperti yang ditakrifkan Imam alGhazali rahimahullah bermaksud sa-
tu keadaan jiwa/karakter yang melahirkan perbuatan tanpa perlu berasa su-
sah. Seperti sikap dermawan tidaklah disifatkan kepada orang yang sekali
dua menderma, tetapi kepada orang yang selalu dan sebati dirinya dengan si-
kap menderma. Tetapi perbuatan mulia juga boleh dididik sehingga menjadi
akhlak.

Terdapat 3 fakulti yang menguasai jiwa manusia : Fakulti Akal, Fakulti


Marah, & Fakulti Syahwat. Fakulti Marah & Syahwat merupakan hawa
nafsu, sementara Akal-lah yang harus mengawal kedua-dua fakulti yang lain
ke arah ketaatan/titik tengah.

Maksud Kebaikan & Keburukan juga dibincangkan dalam buku ini ; bahawa
kebaikan & keburukan akhlak hanya muncul apabila seseorang itu berakhlak
dengan manusia lain. Sementara mereka yang enggan bersosial dengan
manusia lain, dikatakan sebagai anti-moral (idea yang disokong kuat
alMiskawayh dalam Tahdzib alAkhlaq apabila beliau mencemuh sikap
setengah manusia yang bertapa dan memisahkan diri daripada manusia, dan
mempersoalkan bagaimana akhlak yang baik seperti adil, berani, dan lainnya
bisa muncul dalam keadaan bersendiri, beliau mempersoalkan, Bukankan
mereka ini sama saja seperti benda tak berakal dan bangkai-bangkai?) Ini
merunsingkan, apabila dibandingkan dengan teori Tawahhud Ibn Bajah yang
mengajak manusia menjauhkan diri mereka daripada orang-orang lain agar
tidak 'terpengaruh' dengan keduniaan manusia.

Tetapi dari satu sisi lain, kita mengakui bahawa perbuatan yang mulia hasil
daripada interaksi satu sama lain, itulah dalil bahawa wujudnya akhlak yang
mulia dalam jiwa si pelaku. Islam juga merupakan agama yang meraikan ke-
hidupan sosial, dan menjamin pahala-pahala yang banyak kepada amalan
yang bersifat sosial, seperti Haji, Solat berjemaah dan lainnya.

Beliau menutup perbincangan buku ini dengan peranan akhlak yang mulia
dalam menjana pembangunan negara. Beliau mengkritik idea-idea pem-
bangunan barat yang tidak mengendahkan sisi rohani, justeru mengundang
seraya dengan pembangunan, kemunduran sistem akhlak & sosial yang mer-
osakkan modal insan. Sementara dengan akhlak yang baik menjamin kema-
juan rohani seraya pembangunan. Buku yang menarik untuk ditelaah ; setipis
188ms, meransang minda kita untuk berfikir dan mengkaji hal kejiwaan kita,
untuk memperbaiki diri kita di masa akan datang.
NAMA BUKU: FALSAFAH UMUM
Pengarang: Dr. Ahmad Rafaai

Sesuai dengan namanya, menjelaskan


maksud falsafah, perbezaan antara
ilmu pengetahuan & falsafah, dan
perbincangan ringkas tentang dua cabang
falsafah : Metafizik & Epistimologi.

Buku ini secara umumnya terbagi kepada


tiga bab, 1-Falsafah
2-Metafizik/Ontologi (perbahasan
tentang ilmu luar indera)
3-Epistimologi (perbahasan tentang makna ilmu/kebenaran & cara men-
capainya). Kemudian di bawah setiap bab, terdapat subtopik yang bercerita
selaku pengenalan kepada perbezaan2 mazhab ahli falsafah dalam cabang2
ilmu tersebut.

Buku ini tidak terhad kepada membawa pendapat-pendapat ahli falsafah


Greek & Barat saja, bahkan beliau mendatangkan juga pendapat ahli falsafah
Islam seperti alFarabi, alKindi, Bin Sina, alGhazali dan lainnya. alGhazali
membahagikan ilmu falsafah kepada 6 cabang (ruj. Munqidz alGhazali) :
ilmu pasti(matematik, kosmologi), ilmu mantik, ilmu alam, politik, akhlak, &
ketuhanan. Sementara kegelinciran para ahli falsafah menurut beliau dalam
ilmu ketuhanan jelas pada 3 isu utama :

1-Jasad tidak akan dihidupkan kembali di Akhirat.


2-Allah hanya mengetahui kulliyat dan jahil akan juz'iyyat.
3-Alam ini bersifat qadim & azali. (menurut pendapat alGhazali, bahawa per-
ipatetics seperti Ibn Rusyd berpegang dengan pendapat ini, yang dijawab
semula Ibn Rusyd dalam Fasl Maqal, bahawa alam wujud antara qidam &
huduts)

Antara yang menarik diulas penulis ialah dalil-dalil ontologi berkenaan adan-
ya Allah. Bagaimana manusia dengan kebijaksanaan akalnya boleh menge-
tahui wujudnya Allah, yang esa.

Ia buku yang menarik dan memberi sedikit sebanyak insight bagaimana yang
dimaksudkan sebagai falsafah sebenarnya, bahawa ia adalah ilmu yang
mengajak kita mengkagumi Allah ta'ala.
NAMA BUKU: 1) TERAPI DIRI 2) ERTI KEINDAHAN &
KEINDAHAN ERTI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
KLASIK 3) PERSURATAN ISLAM 4) MANTIK DAN
ETNOMANTIK
Pengarang: 1) Dr. Fyrol Ikram Othman 2) Prof. Vladimir
Barginsky 3) Dr. Haji Muhammad Bukhari Lubis 4) Dr. Mat
Rofa Ismail

1- Terapi Diri ; karangan Ustaz Dr.


Fyrol Ikram Othman,
merupakan self-help book yang
baik dan Islami pada
sejadinya, mengajak pembaca
untuk menilai dan menimbang
keputusan serta carapandang
mereka menurut pertimbangan
Sunnah, yakni Sunnatullah, yang
dua ; sunnatullah yang
kauni/alami, dan sunnatullah
yang syar'ie (idea yang sama
dikesan pada penulisan para imam seperti Ibn Utsaimin dan lainnya, dan
sangat baik kalau dibincangkan sebagai academic discourse) Nature buku
yang ringkas, bersahaja dan berisi ini menjadikannya mudah sekali
dihadam dan dihabiskan dua-tiga jam pembacaan santai (its a good read,
fyi), dan meninggalkan pembaca menginsafi diri dan kedudukan mereka
sebagai mukallaf di dunia ini.

2-Erti keindahan dan keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik ;


karangan Prof Vladimir Braginsky, sarjana Rusia pengkhususan Sastera Me-
layu, cuba menyorot kembali pentakrifan keindahan, dalam usaha revival-
isme martabat sastera Melayu, dengan mengkaji ciri-ciri keindahan dalam
sastera klasik, guna adaptasi dan inspirasi sastera kini dan selamanya yang
merupakan produk budaya beridentiti tradisi. Kepakaran beliau dalam bidang
kesufian Melayu yang merakam bagian daripada era sastera klasik turut di-
manfaatkan dalam karya ini ; pembuktian bahawa Islam dan Melayu itu si-
nonim secara sinkronik & diakronik.

3-Persuratan Islam ; himpunan esei-esei UKM (Jabatan Pengajian Arab &


Tamadun Islam) mengupas isu bahasa Arab selaku bahasa Islam, dan isu
kesusasteraan Islam Melayu dan Turki dalam dua artikel terakhir, diselangga-
ra oleh pakar Bahasa Arab dan Penterjemahan Malaysia, Dr. Haji Muhammad
Bukhari Lubis. Antara yang menarik dikupas ialah isu Nahu Basriyyin &
alQuran sebagai rujukan nahu ulung, wacana yang jarang-jarang
diketemukan dalam penulisan tentang kebahasaan Arab dalam bahasa Malay-
sia.

4-Mantik dan Etnomantik ; tidak keterlaluan dikatakan bahawa ia merupakan


magnum opus Dr Mat Rofa Ismail, hasil pengalaman dan pengamatan beliau
terhadap keluasan cakupan ilmu mantik sepanjang kehidupan akademik be-
liau (dinyatakan sendiri di mukadimah), beliau cuba membawa kita mengem-
bara bersamanya menjejak salasilah kemantikan, seawal kewujudan manusia,
yang bermula dengan bapa kita Adam alaihissalam, kemudian disambung
oleh tamadun-tamadun yang menyusun mantik sehingga menjadi disiplin
ilmu yang bisa dimanfaatkan dalam bidan pengetahuan lain seperti matemat-
ik (dijelaskan panjang lebar dalam buku birunya Mantik, Matematik dan Bu-
daya Ilmu, turut diterbitkan DBP, dan telah ditulis sebuah resensi khas bu-
atnya oleh penulis), falak, perubatan, sejarah dan pelbagai lagi. Keis-
timewaan buku ini ialah pembincangan Etnomantik; satu cabang ilmu
mengkaji bagaimana satu-satu etnik menanggapi mantik, cabang ilmu yang
diakui sendiri beliau bahawa ia belum mendapat perhatian sewajarnya oleh
pengkaji-pengkaji rantau ini.

Semoga Allah menerima jasa baik seluruh penulis-penulis yang berkhidmat


demiNya dan keilmuan.
NAMA BUKU: KITAB AL-HAYAWAN
Pengarang: ABU UTSMAN & AMRU BIN BAHR

berkenaan zoology (ilmu perihal


binatang) secara umumnya, dan
turut memuatkan faedah-faedah
daripada disiplin ilmu yang lain
seperti Wahyu & Sabda, syair-syair,
bidalan & peribahasa arab serta
perbahasan ilmu kemanusiaan menurut
pandangan beliau & akidah Muktazilah
yang diimani & diimami alJahiz.

Beliau hidup pada zaman keilmuan


Islam berkembang pesat ; para pemimpin Abbasiah selaku patron melihatkan
kepada seninya ilmu-ilmu falsafah yunani dalam membahaskan tamadun ke-
manusiaan, menjana segenap usaha penyatuan ilmu-ilmu ukhrawi & duniawi
(Islam & Falsafah) kerana kedua-duanya baik dan saling melengkapkan ; dan
beliau alJahiz merupakan kesan kepada pertembungan dua aliran ini,
fikirannya kritis terhadap hipotesis-hipotesis yang sediaada dan segenap ku-
dratnya cuba memahami/mempelajari segala hakikat yang ada (untuk
melengkapkan kemanusiaannya).
Cara penulisan beliau terkenal dengan taqsimatnya yang 'sedap' dan menjaga
'train-of-thought', yakni dengan point utama kemudian dipecah-pecahkan
kepada topik-topik kecil di bawahnya, tanpa memerlukan tajuk (meskipun
nuskhah yang dimiliki penulis pentahqiqnya meletakkan tajuk-tajuk topikal
yang membantu), dan hal ini sukar sekiranya penulis memilih untuk terlalu
menjaga rima antara ayat ; untuk menyeimbangkan ayat dan makna merupa-
kan kehebatan sebenar alJahiz dalam penulisannya ini dan penulisannya yang
lain (yang diteladani Abu Hayyan atTauhidi dalam kitabnya alImta' wa al-
Muanasah)

Di samping menceritakan secara terperinci tentang sifat semulajadi haiwan-


haiwan, bagaimana membiak, makan, jantina dsb dalam bahasa Arab, beliau
juga mengaitkan sikap masyarakat zamannya yang berkaitan dengan haiwan-
haiwan tersebut, samada nama-nama haiwan tersebut mewakili makna-makna
tertentu dalam syair-syair atau bidalan mereka, atau sifat perbuatan hakiki
manusia terhadapnya seperti sains penternakan ayam dan sebagainya bi-
natang ternakan, yang cukup menarik kerana dengannya kita bisa menilai
keadaan sosio-budaya masyarakat zamannya (148H-250H) 90 tahun, kurun
ke-2 hingga pertengahan kurun ke-3 Hijri.

Pena lebih tajam daripada mata pedang. alJahiz rahimahullah di permulaan


kitab ini membantah sesiapa saja yang mempersoalkan kredibiliti tulisan-
tulisannya, dan dalam masa yang sama, memperkenalkan & memuji isi kan-
dungan tulisan-tulisannya. Kebijaksanaan begini bukti ketinggian ilmu
pengarangnya, yang melakukan dua kerja pada satu masa yang sama. Beliau
juga terkenal sebagai seorang yang sinis, menjelaskan niat menulis kitab ini
dengan membantah/radd sesiapa yang cuba atau telah mempersoalkannya,
bahawa buku adalah buku meskipun isinya bercampur-campur, sehingga be-
liau menulis satu perenggan khas mengenai kelebihan buku.

Benarlah kata-kata beliau, sesiapa saja yang mau mencari apa saja ilmu da-
lam kitab ini pasti akan menemuinya. Walalupun kitab ini menerima kritikan,
bahawa ia merupakan plagiat kitab Aristotle dengan tajuk yang sama, tetapi
ia adalah dakwaan yang dangkal kerana kitab ini adalah kitab arab dan bu-
daya arab, bukan kitab celupan yunani 100%. Bukan baru kita melihat karya-
karya ulama Islam khususnya dalam bidang falsafah mengadaptasi karya-
karya yunani, bukan menciplaknya, tetapi mengadaptasinya agar sesuai
dengan agama; dan membantah -pada hakikatnya- idea-idea 'asing' yang di-
ajarkan kitab-kitab yunani agar yang muslim kekal muslim dengan falsa-
fahnya.

Rahimahullah alJahiz, semoga Allah mengampuninya kerana manusia tid-


aklah maksum melainkan Nabi sallAllahu alaihi wa sallam, Allah berfirman
dalam surah alQariah, "Barangsiapa yang berat timbangannya (dengan amal
baik), maka dia berada dalam kehidupan yang menyenangkan (Syurga). Ba-
rangsiapa yang ringan timbangannya, maka ibunya (tempat pulangnya) ialah
neraka Hawiah." Beliau dikatakan meninggal dunia kerana dihempap buku-
buku bacaannya.
NAMA BUKU: HAYY BIN YAQZAN
Pengarang: Abu Bakar Ibn Tufail

Kisah yang diinspirasikan daripada karya


Ibn Sina dengan nama yang sama,
digarap Abu Bakar Ibn Tufail
(w581H) dengan plot yang baru ;
kisah seorang bayi yang terbuang di
sebuah pulau, dibesarkan oleh seekor
kijang, sehinggalah dia menjadi besar
dan mula mengenali keistimewaan
dirinya ; bahawa dia berbeza daripada
binatang-binatang lain yang berada di
pulau tersebut. Dia adalah manusia yang dikurniakan akal.

Setelah kematian ibunya kijang, dia menjalani hidup sendiri dan menghabis-
kan masanya berfikir dan merenung hikmah. Namun berpandukan kepada
akal fikirannya, dia mampu menimbang baik buruk sesuatu pekerti dan per-
buatan, dan menelaah keadaan sekelilingnya sehinggalah dia mula berfikir-
kan tentang siapakah yang menciptakan alam semesta. Dia dengan akal
fikirannya, disandarkan dengan burhan/silogisma, mengetahui bahawa Allah
itu satu, dan Maha berkuasa menciptakan mukjizat yang terancang dan
menyatu (wahdah).
Adaptasi Syihab Sultan ini sedikit berlainan daripada buku asal Ibn Tufail,
bahawa Hayy pergi berakit mencari kelompok manusia yang lain dan
meninggalkan pulau asalnya membesar. Dalam kisah Ibn Tufail, Hayy dikis-
ahkan bertemu dengan Absal, yang membantunya mendalami dengan lebih
lagi berkenaan keadaan semulajadi agama, Tuhan dan semesta alam.

Kisah Hayy ibn Yaqzan ini diadaptasikan dalam pelbagai kisah-kisah popular
moden ; seperti The Jungle Book oleh Kipling, dengan Mowgli sebagai Hayy,
dalam kisah Robinson Crusoe dengan Friday sebagai Hayy, dan Tarzan.
Kesemua karakter ini berkongsi satu persamaan ; bahawa mereka membesar
bersendiri tanpa didikan manusia, namun bersifat manusiawi secara tabi'ie-
nya (lihat Nature vs Nurture)

Ia juga mirip kepada idea Ibn Sina yang mengatakan bahawa manusia boleh
secara iktisab/perolehan untuk menjadi nabi, manusia yang mengenal
Tuhannya dengan burhan-burhan akliah. Di samping itu, isu pertentangan an-
tara Akal & Hawa Nafsu yang mewakili jiwa malaikat dan jiwa syaitani turut
disentuh (menandakan penafian mereka terhadap wujudnya malaikat dan
syaitan yang hakiki dan terpisah daripada jasad manusia)

Sekalimbas, ia adalah buku kanak-kanak biasa. Namun setelah diteliti, ia


membawa lebih banyak persoalan yang mengajak sesiapa yang berakal untuk
berfikir mengenai rahsia kejadian.
NAMA BUKU: KITAB AL-MANAZIR (BOOK OF OPTIC)
Pengarang: Al-Hasan Bin Al-Haitsam

Magnum opus alHasan bin alHaitsam


rahimahullah (w432H, dikenali sebagai
alHazen), berkenaan cahaya, mata &
deria penglihatan.
Saintis kelahiran Basrah ini dalam
kitabnya alManazir ini mengumpulkan
hasil-hasil kajiannya berkenaan
tabiat/nature penglihatan, dan
menyokong pendapat bahawa cahaya itu
dari luar masuk ke mata
(intromission theory), dan mengkritik pendapat Euclid yang mengatakan ba-
hawa untuk melihat, mata mengeluarkan cahaya seperti lampu suluh (emis-
sion theory). Beliau membuktikannya dengan ekperimen ringkas; apabila ma-
ta melihat ke arah matahari, justeri mata itu kesakitan kerana cahaya yang
masuk ke dalam mata terlalu terang. Demikian juga beliau menceritakan ba-
hawa ada sesetengah jisim yang bersinar, seperti matahari, bulan & api akan
menyebarkan cahayanya secara sekata.

Beliau menggabungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mengkaji dan membuk-


tikan teori-teorinya, beliau mengkaji kitab-kitab pembedahan untuk mer-
ungkai bagaimana cahaya & imej boleh masuk ke dalam mata, bagaimana
cahaya bergerak lurus, kerana apabila ada benda yang menghalang di tengah
maka cahaya tak sampai ke titik kedua, bagaimana motion/pergerakan
mempengaruhi penglihatan dan apa yang berlaku antara imej awal dan imej
kedua dalam fikiran ketika ia berubah, bagaimana cahaya berinteraksi dengan
permukaan yang sekata & tak sekata, dan lain-lain lagi teori berkaitan optik ;
semuanya dibuktikan beliau dengan kaedah-kaedah saintifik yang bersistem,
menjadikan beliau pelopor kepada penulisan-penulisan saintifik yang
berhipotesis, berinferens, berpembolehubah. (lihat juga Bantahan ke atas
Ptolemy, karangan beliau)

Ibn Bajah dalam Rasailnya membantah teori alHaitsam ini, dan gagasan
alHaitsam secara umumnya, dan mendakwa bahawa alHaitsam tidak
mengerti dan memahami secara sesungguhnya idea Ptolemy. Bantahan umum
begitu tanpa pembuktian membuat kita berasa ringan untuk tidak menerima
bantahannya.

Beliau turut bercerita tentang Ilmu Estetika/Falsafah Keindahan, bagaimana


mata menilai keindahan berdasarkan penerimaan inderanya akan makna2
juz'iy benda yang dilihatnya. Beliau mengatakan bahawa keseimbangan da-
lam kepelbagaian bentuk (ada yang kecil, ada yang besar), adalah indah di
mata.
Ia ditulis beliau dalam 7 maqalat (risalah-risalah kecil), yang dihimpun-
kan/compile oleh Abd Hamid Sabrah, pentahqiq kitab ini, kepada dua baha-
gian ; 1-Cahaya bergerak lurus (maqalat 1,2,3 - spt dalam gambar) dan per-
bahasan2 yang berkaitan dengannya, 2-Pemantulan & Pembiasan (maqalat
4,5,6,7), begitu juga.

Ia kitab yang menarik untuk ditelaah, bukti bahawa penemuan-penemuan


saintifik kita hari ini semuanya secara langsung mahupun tidak berhutang
budi kepada beliau yang telah membuka jalan kepada sains optik moden.
Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa latin pada kurun 13 Masihi.

Beliau mendapat idea untuk buku ini ketika berada dalam house-arrest di
rumahnya di Mesir. Kecintaan beliau akan ilmu wajar dicontohi setiap orang,
bahawa tak ada yang mampu menghalang manusia daripada ilmu penge-
tahuan melainkan dirinya sendiri.
NAMA BUKU: HIMPUNAN SOALAN-SOALAN DARIPADA
ABU HAYYAN AT-TAUHIDI KEPADA ABU ALI
MISKAWAYH
Pengarang: Abu Hayyan At-Tauhidi & Abu Ali Miskawayh

Hiwar dua insan intelek yang hidup pada


zaman keemasan kemajuan ilmu-ilmu Islam,
di mana ilmu qudama/orang-orang terawal
disesuaikan dengan landasan Islam,
memberikan perspektif baru dalam melihat
dunia.

Islam datang bukan untuk menghapuskan


fitrah & hakikat, bukan untuk menghapuskan
kebaikan-kebaikan yang telah mampu
dicapai akal manusia sebelum kedatangan agama suci ini, tetapi untuk
menetapkannya dan mengakui kebenarannya, dan mendorong lagi umat
manusia untuk mencari hakikat kejadian di muka bumi ini agar kita sentiasa
mensyukuriNya & menggunakan segala apa yang ada di dunia ini selaku ban-
tu untuk mengabdi, persiapan untuk Negeri Akhirat. "Dialah yang telah men-
jadikan bumi itu merendah rata buat kamu, maka berjalanlah kalian ke sege-
nap ceruk rantaunya, dan makanlah segala rezeki kurniaanNya, (dan ingatlah)
sesungguhnya kepadaNya tempat kembali." alMulk, 15.
Kitab ini merupakan jawapan kepada soalan-soalan Abu Hayyan atTauhidi,
seorang pemikir Islam, membincangkan soalan-soalan di luar kotak dan tern-
yata jujur (bukan untuk menguji atau mempersenda) dan ilmiah, terutamanya
persoalan-persoalan yang berkaitan tentang akhlak/peribadi manusia, in-
teraksi manusia dengan unsur-unsur dirinya dan unsur-unsur asing yang
sememangnya menjelmakan kepakaran Abu Ali Miskawayh (Miskawayh ju-
ga penulis kitab besar Tahdzib alAkhlaq), seperti mengapa seluruh agama
mengajak kepada zuhudkan dunia, mengapa orang zindiq &
atheis/dahriy/non-agama masih mahu berbuat baik, mengapa manusia marah,
mengapa manusia cintakan ilmu, mengapa hawanafsu selalu menewaskan ra-
sional dll;

Begitu juga soalan-soalan tentang hakikat nyawa, hakikat malaikat, mengapa


tiada tumbuhan yang berasal dari binatang sedangkan tumbuhan merupakan
asal binatang (teori evolusi dalam kacamata neo-platonisme), kenapa orang
tua tidak kembali kepada asalnya seorang bayi, hakikat guruh mengapa bunyi
lambat daripada panahan, dan permasalahan-permasalahan bahasa Arab ; soa-
lan-soalan Abu Hayyan bersifat rambang tak tersusun (tak mengumpul per-
masalahan bahasa pada satu bab contohnya), memandangkan soalannya cuma
175 dan jawapan Abu Ali Miskawayh juga bersifat maudhu'iy/topikal dan ja-
rang keluar tajuk tanpa keperluan, dan beliau sekiranya merasakan jawapan
berulang, hanya cukup mengisyaratkan kepada jawapan-jawapan awal yang
telah beliau ujarkan.
Kitab ini dimulakan Miskawayh dengan menjawab permintaan Abu Hayyan
akan nasihat-nasihat yang berguna buatnya, di antaranya beliau menasihatkan
agar Abu Hayyan memohon perlindungan Allah daripada syaitan & kejahilan,
berakhlak dengan akhlak yang mulia, dan berhemah ketika berinteraksi
dengan manusia bahawa manusia apabila selalu ditegur bakal lali dan tak ma-
suk ajar, berbanding nasihat yang diberikan sekali-sekali lagi kena pada tem-
patnya.

Ia kitab yang menarik untuk dikaji & dijadikan bahan telaah, membiasakan
diri dengan uslub orang-orang bijakpandai, dan bagaimana mereka menghar-
gai akal. Imam Syafi'ie rahimahullah kata, "Tuntutlah ilmu, tiadalah manusia
itu lahir terus menjadi orang yang tahu. Dan bukan pula mereka yang selalu
berdamping dengan ilmu sama seperti mereka yang jahil."
NAMA BUKU: AL-IMTA WA AL-MUANASAH
Pengarang: Abu Hayyan At-Tauhidi

Antara karya terulungnya yang


sampai kepada kita hari ini, merupakan
himpunan musamarah/perbincangan
santai di waktu malam dengan Menteri
Kerajaan Buwaihi, Abu Abdillah
al'Aridh, sebanyak 40 malam,
mengupas pelbagai isu yang menarik,
daripada agama, akhlak dan idea-idea
falsafah, melambang ketinggian
tahap pemikiran para pemimpin dan
pemikir pada zamannya.

Harus kita fahami terlebih dahulu, tabiat musamarah itu apa, bahawa ia ada-
lah seumpama lepak-lepak kosong pada zaman kita, bercerita hal sehari-hari,
waktu berkongsi masalah dan buah fikiran. Kemudian bila mengalih pan-
dangan ke arah buku ini, mata kita terbuka lebih luas, melihatkan ufuk
pemikiran para pemimpinnya yang dalam kesibukannya masih memiliki ma-
sa untuk bercerita hal-hal yang mendalam seperti tabiat anNafs (diri sendiri),
karakteristik Falsafah Islami & Arab yang dibentuk ilmu Nahu, perihal Takdir
(ketentuan Ilahi), hatta perbincangan sifat-sifat haiwan yang dibandingkan
dengan manusia yang meupakan haiwan juga (haiwan : memiliki sifat
hayat/hidup).

Topik-topik inilah yang menjadi perbincangan santai mereka. Dalam bentuk


soal-jawab, Menteri tersebut bertenyakan pendapat Abu Hayyan dan beliau
menjawabnya, dan kesinambungan daripada itu berlaku interaksi dua hala,
seperti cermin yang memantul semula cahaya pemikiran, justeru semakin
bersinar dan bersinar hingga ke akhirnya. Disampaikan dengan uslub/laras
bahasa yang indah, Abu Hayyan terkenal meneladani alJahiz dalam cara
penulisannya yang bersifat mantiqi/menjaga makna dan 'train-of-thoughts'.

Antara yang menarik perhatian penulis ialah apabila mereka menceritakan


tentang debat yang berlaku antara Matthew & asSairafi berkenaan ilmu Man-
tiq/Logika, Matthew membela bahawa Mantiq merupakan asas kepada segala
kebenaran, sementara asSairafi membangkang dan mengatakan bahawa se-
tiap bahasa memiliki cara kefahamannya yang tersendiri, dan mengajukan
idea bahawa Mantiq Aristotle merupakan cara memahami makna-makna ayat
bahasa yunani, dan tak layak menghukum bahasa-bahasa lain dengan Mantiq.
Debat yang mencecah 30ms+- begitu mencerahkan.

Abu Hayyan atTauhidi digelar Yaqut alHamawi dalam Mu'jam alUdaba' se-
bagai, "Sasterawan ahli falsafah, dan Ahli falsafah para sasterawan.", lantaran
kemurnian idea-idea yang dilontarkan Abu Hayyan, peribadi genius yang su-
kar ditukarganti.
Justeru, bagi yang berminat mengkaji sosio-budaya dan idea-idea yang di-
pegang para pemikir abad ke-4 Hijri, buku ini haruslah dimiliki dan ditelaah
dengan tekun. Bahawa ia adalah himpunan pemikiran Islami yang luas ufu-
knya, yang terlepas daripada kejumudan taqlid buta, dan dengan mempelajari
sejarah, manusia boleh memperbaiki kehidupannya untuk masa depan yang
lebih baik.

Kitab ini dihadiahkan beliau kepada Jurutera Abu alWafa', yang telah mem-
perkenalkan beliau dengan Menteri Abu Abdillah al'Aridh, dan di akhir kitab
ini terselit dua pucuk surat yang pernah ditujukan beliau untuk sang Menteri.

Beliau bukan antara ilmuwan yang bernasib baik, kerana para pemimpin (ke-
banyakannya) menolak beliau daripada hadrat mereka, kerana merasa celaka
akan hidupnya, beliau membakar habis khazanah kitabnya yang bernilai di
akhir umurnya. Rahimahullah.
NAMA BUKU: AL-ADIB WAL MUFAKKIR
Pengarang: Abu Hayyan At-Tauhidi

"Kasihku...tidakkah engkau
melihat kesesatanku saat aku mengikut
petunjuk?" - al-Isyarat al-Ilahiyat,
atTauhidi.

Ali bin Muhammad, Abu Hayyan


atTauhidi, sosok ganjil yang hidup
pada kurun ke-4 Hijrah, menyaksikan
pertempuran hebat antara intelektual
dan politikus, masyarakat awam dan
borjuis, agamawan dan penunggang
agama, seniman dan saintis, masing-masing dalam usaha mencari keabadian,
dengan nama pangkat dan apa saja, yang dianggap bisa menyelamatkan. At-
Tauhidi tidak ketinggalan, bahkan sepanjang hidupnya yang penuh cerita dan
ranjau, dia sendiri mengalami perubahan-perubahan, dan menempuh ujian-
ujian, yang menjadikannya sangat 'manusia'.

Cakrawala misteri yang belum dijejaki, mengenali atTauhidi bukanlah tugas


yang mudah, justeru kita memaafkan mereka yang menamakan beliau se-
bagai seorang yang 'sesat lagi mulhid/ateistik' - 'zindiq/ringan agamanya',
sementara menerima tazkiah-tazkiah ulama lain yang memuji beliau seperti
anNawawi yang menyifatkan atTauhidi sebagai 'min ashabina/daripada go-
longan kami yang bermazhab Syafi'e', diikuti asSubki dalam atTabaqat, dan
Yaqut alHamawi dalam Mu'jam alUdaba' yang menyifatkan atTauhidi se-
bagai "Sasterawan golongan falsafah, dan ahli falsafah golongan sasterawan".

Ali Dab, pengkaji daripada Tunisia, mengarangkan buku ini selaku lanjutan
kepada kajian-kajian yang telah dibuat oleh pemikir yang lain, seperti Dr.
Abd arRahman alBadawi dalam mukadimah Isyarat, Ahmad Amin dalam
mukadimah al-Imta' wal Mu'anasah, Ihsan Abbas dalam buku khas mengkaji
atTauhidi, kajian yang ringkas dalam 170ms tetapi sarat dengan pengenalan-
pengenalan yang membuat kita berfikir mendalam mengenai syakhsiat at-
Tauhidi selaku seorang intelek sufi yang dekat kepada aliran Muktazilah dan
memiliki kemahiran berbahasa yang halus, di samping keterlibatannya dalam
pergolakan dalaman dunia Islam dan rakamannya yang berseni dan tepat
yang jarang-jarang ditemukan dalam penulisan seniman-seniman sezamannya
yang cenderung menulis untuk men'jilat' duli-duli para khalifah.

Membaca sirah atTauhidi, seorang pemikir yang begitu berahsia tentang masa
mudanya, menyibukkan diri dengan ilmu agama dan falsafah, mengutip dan
menguasai bahasa arab sehingga kemuncak, di samping ilmu khat yang gun-
anya sebagai jalan rezeki, menadah-nadah tangan di pintu-pintu khalifah dan
para wazir dengan menjadikan ilmu tadi sebagai lesennya berbicara yang
muluk-mulu. Kemudian di pertengahan jalan, beliau diuji dengan dua orang
wazir yang menolak kewujudan beliau, asSahib ibn Abbad dan alMuhallabi,
kerana kelantangan beliau dan ketidakpatuhan beliau kepada setengah-
setengah polisi yang menguntungkan wazir-wazir ini (hingga be-
liau/atTauhidi didakwa oleh Ibn Faris -yang merupakan sahabat rapat asSahib
ibn Abbad- sebagai 'orang yang tidak baik' dalam alKharidah alFaridah) Mal-
apetaka ini berterusan hinggalah beliau bertemu dengan Abu alWafa' alMu-
handis, yang memperkenalkan beliau kepada wazir Ibn Sa'dan al'Arid,
seorang berbangsa parsi yang tidak mahir berbahasa arab. Lalu apakah
faedahnya pertemuan dengan pakar seni berbahasa seperti atTauhidi? Ali Dab
menimbulkan persoalan ini dan menjawab bahawa, setiap wazir akan men-
cipta intellectual circle dalam kawasannya dan akan menjadi patron kepada
circle tersebut dengan tujuan untuk ;1-Mengawal pergerakan subversif. 2-
Menjadikan kawasannya popular dengan suasana ilmiah. 3-Menjadikan
dirinya dihormati kawan dan lawan. atTauhidi, yang sememangnya mahu
menjadi bahan gunaan, akhirnya merasa dirinya terbuang, apabila tersepit di
celah-celah pergelutan kuasa politikus yang menggunakan intelektual seperti
beliau, sebagai boneka.

Akhir hidupnya menyaksikan pengakhiran yang sengsara, di mana beliau


kembali hidup sebagai seorang sufi yang miskin, kehilangan teman, kepu-
tusan bekal, dan kehilangan harapan. Beliau membakar buku-buku tu-
lisannya, kerana tidak mahu buku-bukunya dijadikan bahan lelucon dan je-
naka buat sesiapa yang membencinya dan tidak pula mau mengambil manfaat
daripada ilmu yang terdapat didalamnya. Insecurities yang diperolehi da-
ripada penolakan demi penolakan yang dialami beliau, rasa putus asa dengan
dunia, menjadikan beliau seorang sufi yang 'real' dan menulis pengalamann-
ya, mengkhabarkan dirinya sebagai seorang 'asing', yang asing dalam keas-
ingannya.

atTauhidi, seorang pakar prosa arab, pernah menyatakan dalam alMuqabasat,


"Puisi merupakan makanan jiwa, prosa merupakan makanan akal." Membaca
karya-karya atTauhidi, mengkayakan jiwa kita dengan makna-makna yang
kita belum pernah boleh bahasakan dan terkunang-kunang dalam impian.
Membaca laras bahasa beliau bererti membaca peribadi beliau ; kita dapati,
beliau dalam pelbagai isu yang cuba diutarakan, memiliki kontradiksi yang
selalu, menjadikan ulasan beliau tidak konsisten (maka ini yang menjadi-
kannya sangat 'manusia'). Ali Dab cenderung untuk mengatakan bahawa
karakter dalam penulisan-penulisan atTauhidi bukanlah karakter hakiki, sep-
erti dialog2 yang disandarkan atTauhidi kepada guru-gurunya seperti Abu Ali
alMarwazi faqih Syafi'ie, Abu Sulaiman alMantiqi, ia bahkan merupakan
buah fikiran atTauhidi sendiri yang didialogkan oleh gurunya (seperti yang
dibuat Plato terhadap Socrates dalam Dialognya). Dakwaan ini boleh dikira
kuat, sekiranya kita mengambilkira keberanian atTauhidi menyandarkan kata-
kata fiksi (bahasa kasarnya, kata-kata dusta) kepada para sahabat radiAllahu
anhum dalam Risalah asSaqifah yang dikarang atTauhidi dengan niat untuk
membela para sahabat di depan para wazir yang syiah. Namun terlalu susah,
kerana seperti kita katakan, atTauhidi merupakan cakrawala indah yang be-
lum habis diteroka, dan bakal jadi teka-teki kepada sesiapa yang mendala-
minya.

Usaha Ali Dab untuk mengaitkan sufisme atTauhidi dengan Eksistentialisme


Soren, memberitahu kita akan kesejagatan/universality perasaan, yang meru-
pakan paduan-paduan daripada idea yang membentuk peta emosi. Serta dek-
atnya Eksistentialisme dengan Muktazilah khususnya dalam masalah alQadr,
di mana kedua-dua aliran ini percaya bahawa manusia mencipta takdirnya
sendiri, maka kesedihannya, kemurungannya, adalah daripada perbuatannya
sendiri dan tidak boleh disandarkan secara mutlaq kepada Allah. (idea yang
penulis dan teman baik penulis pernah bincangkan di Madinah satu masa du-
lu, dan masih menanti keluangan untuk kajian penuh.)

Pemilihan warna buku ini ; ungu indigo dan jingga emas, merupakan sim-
bolik kepada nilai spiritual yang diungguli atTauhidi. Ia warna yang
digunakan secara tradisi oleh gereja rom, sebagai warna rasmi watikah-
watikah gereja. Warna indigo sinonim dengan misteri, warna emas sinonim
dengan kemegahan. Contrast yang menenangkan ini, mewakili atTauhidi dan
pemikirannya yang meskipun penuh ranjau, tapi menghasilkan nilai murni
yang tinggi. Seharusnya non-conformists masa kini mempelajari keluhuran
idea atTauhidi dan sosok beliau, bagaimana menghasilkan idea dan benar-
benar berusaha mencari keseimbangan berbanding sekadar mempersoalkan
dan rebel tak sudah.
Jujur, penulis katakan, menterjemah karya atTauhidi, adalah usaha yang
teramat payah, kerana akan terdapat kelonggaran-kelonggaran yang terpaksa
dilanggar dan digunakan untuk menyampaikan makna. Kesedapan dan ke-
manisan karya-karya atTauhidi selayaknya dibaca dan dinikmati dalam baha-
sa Arab juga, tidak lain. Sementara adaptasi dibolehkan, kata Vonnegut,
dengan syarat, karya yang mengadaptasi haruslah lebih baik daripada karya
asal. Ia kriteria hampir mustahil.

Cinta penulis kepada atTauhidi, terbungkam selamanya oleh kata-kata yang


takutkan penolakan. Semoga kita berjumpa di Sana, atTauhidi. Semoga Allah
memilih kita sebagai teman di taman-taman saling berdepan-depan.

Bagaimanakah engkau berada di neraka, sekiranya engkau berada di dalam


hatiku?
Projek Zine | 2017

Anda mungkin juga menyukai