Adoc - Pub - Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
Adoc - Pub - Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 Baju
1.2 Seluar
2.2 Blaus
2.2.1 Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus jarang tidak
dibenarkan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
2.2.2 Butang blaus perlulah dikancing sehingga butang kedua dari atas dan
tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.
2.3.1 Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna ’turquoise’.
2.3.2 Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung Johor. Labuh mesti
ke paras lutut.
2.3.3 Baju kurung yang berkain jarang, nipis atau berkilat tidak dibenarkan.
2.3.4 Baju kurung perlulah sentiasa dikancing dengan butang putih.
2.3.5 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan bengkel.
2.3.6 Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit
(skin colour) dan perlu dipakai.
2.5 Lencana
2.5.1 Lencana perlulah dilekatkan di sebelah kiri dada pada poket baju.
2.5.2 Lencana perlulah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kawasan
sekolah dan semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di mana
juga berada.
2.5.3 Lencana yang telah pudar warna, tertanggal atau hilang hendaklah
diganti baru.
2.5.4 Bagi murid perempuan yang berbaju kurung, lencana perlulah
dilekatkan pada bahagian dada kiri. Sekiranya bertudung, lencana
perlulah dilekatkan di bahagian kiri tudung. Jika memakai ’pinafore’,
lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri ’pinafore’ itu.
2.6.1 Tag nama perlulah dipakai di bahagian kiri dada dan di atas poket baju.
2.6.2 Nama timangan atau nama singkat tidak dibenarkan.
2.8.1 Kasut kanvas atau dari bahan sintetik lain berwarna putih sahaja
dibenarkan.
2.8.2 Kasut-kasut berfesyen, berlambang dan berjalur selain putih serta kasut
sukan tidak dibenarkan.
2.8.3 Murid-murid hendaklah memakai stoking/sarung kaki putih. Sarung
kaki putih yang berjalur dan berlogo tidak dibenarkan.
1.0 Rambut
3.0 Kuku
Murid perlulah berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.
5.0 Subang
5.1 Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja.
5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5 cm, berwarna putih/emas. Batu
permata pada subang tidak dibenarkan.
5.3 Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di
bahagian bawah cuping telinga.
5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
6.0 Barang Kemas/Perhiasan
Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang kemas atau perhiasan ke
sekolah.