Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1

1. Pemasaran adalah satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang
dan melaksanakan konsepsi,penentuan harga,promosi dan pengedaran produk
untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna
dan pada masa yang sama mencapai objektif organisasi.

2. i) Kepada individu

a.Pemenuhan utiliti

b.Kehidupan yang lebih baik

c.Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran

d.Memperbanyakkan peluang pekerjaan

ii) Kepada Organisasi

a.Mempercepatkan proses pertukaran

b.Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

c.Peluang perniagaan dalam industry berkaitan

3. i) Pasaran

Merupakan individu atau organisasi yang mempunyai minat, kuasa beli dan
kesanggupan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang boleh
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Contohnya kanak-kanak,remaja
dan dewasa.

ii) Pasaran Sasaran

Satu pasaranyang ingin ditumpukan perhatian oleh sesebuah firma yang


mengeluarkan sesuatu produk.Contohnya, penumpuan kepada pasaran
kanak-kanak sahaja.

4. i) Pengguna Akhir

Pengguna akhir adalah individu yang membeli produk atau perkhidmatan


untuk kegunaan peribadi atau ahli keluarga mereka.Keputusan pembelian
dilakukan mereka sendiri ikut cita rasa peribadi.Contohnya,Rahim membeli
syampu untuk kegunaan diri dan keluarga.

ii) Pengguna Industri

Organisasi yang membeli produk untuk tujuan operasi


organisasi,menghasilkan produk lain atau dijual semula kepada pengguna
akhir.Contohnya,Syarikat Ikhwan membeli tepung untuk diproses menjadi roti
dan dijual kepada pengguna akhir.
TUGASAN 2

1. i) Menilai Peluang pemasaran

Cik Mashitah perlu menilai peluang pemasaran yang melibatkan aktiviti


penyelidikan pemasaran untuk mengumpulkan maklumat tentang
persekitaran pemasaran demografi, ekonomi, sosiobudaya,
teknologi,undang-undang dan politikyang akan mempengaruhi jualan atau
saiz pasaran produk dan keuntungan organisasi.

ii) Memilih Sasaran Pasaran

Cik Mashitah juga perlu perlu memilih sasaran pasaran yang melibatkan
aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan
pasaran.Membentuk strategi pemasaran berdasarkan keperluan dan
kehendak pengguna dan membahagikan pasaran kepada beberapa segmen
yang terbaik.Peringkat ini amat penting dan menentukan sejauh mana proses
pemasaran yang dijalankan dapat membantu organisasi mencapai
keseluruhan objektif strategik.

iii) Memilih Campuran /Paduan pemasaran

Cik Mashitah perlu memilih campuran atau paduan pemasaran iaitu


penggabungan aktiviti empat elemen pemasaran iaitu produk, pengedaran,
penetapan harga dan promosi untuk mempengaruhi permintaan
produk.Campuran pemasaran ini perlu untuk membolehkan organisasi
mendapat maklumat penting daripada sasaran pasaran.

iv) Mengurus usaha pemasaran

Cik Mashitah juga perlu mengorganisasi sumber pemasaran, melaksanakan


dan mengawal rancangan pemasaran.Oraganisasi harus membentuk jabatan
pemasaran yang mampu melaksanakan rancangan pemasaran.Cik Mashitah
harus membentuk jabatan pemasaran yang mampu melaksanakan
rancangan pemasaran dengan cekap dan berkesan.

2. i) a) Demografi

Pembahagian pasaran berdasarkan umur, jantina, saiz keluarga, pendidikan,


pendaptan, agama, bangsa, kewarganegaraan, kitaran hayat keluarga dan
pekerjaan.Contohnya,produk makanan segera berasaskan betik dan jagung
ini disukai bukan sahaja oleh golongan dewasa, malahan kanak-kanak dan
golongan remaja.

b) Psikografi

Pembahagian pasaran mengikut kelas sosial, personaliti dan gaya


hidup.Contohnya,Cik Mashitah percaya bahawa produk ini sesuai untuk
semua golongan pengguna terutamanya bagi golongan yang berkerjaya yang
sentiasa sibuk dengan tugas, golongan yang mementingkan kesihatan yang
kurang gemar makanan segera dan golongan pengguna yang sukakan
makanan segera.

ii) a) Pemasaran tertumpu

Cik Mashitah menumpukan kepada satu segmen sahaja daripada


keseluruhan pasaran.Sesuai bagi Cik Mashitah yang baru mula
bertapak.Contohnya,produk makanan segera berasaskan betik dan jagung ini
menumpukan kepada kesihatan.

b) Pemasaran Mikro

Anda mungkin juga menyukai