Anda di halaman 1dari 10

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG

RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN

3. BIODATA KANAK-KANAK

4. PERKEMBANGAN FIZIKAL

5. PERKEMBANGAN SOSIAL

6. PERKEMBANGAN EMOSI

7. PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI

8. PERKEMBANGAN KOGNITIF

9. PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU

10. KESIMPULAN SECARA MENYELURUH

11. RUJUKAN

12. LAMPIRAN

1
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala


rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini diselesaikan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan.

Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah subjek Persekitaran
Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ 1033), Cik Siti Nur Aishah
di atas segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah diberikan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada pihak keluarga adik Nur Najwa Zulaikha kerana
membenarkan saya melakukan kajian terhadap tahap perkembangan dan pertumbuhan adik
Nur Najwa Zulaikha. Tidak dilupakan jutaan terima kasih turut saya nyatakan atas segala
maklumat serta bahan-bahan yang diberikan sepanjang saya melakukan kajian ini.

Tidak ketinggalan diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang turut sama
berjuang bersama dalam segenap aspek dalam bersama-sama menyiapkan tugasan berkenaan
individu yang dipilih.

Ditujukan buat yang diingati dan dikasihi, Ayah dan bonda yang sentiasa memberikan
galakan dan dorongan untuk terus berjaya.

Akhir sekali, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh tugasan

ini diselesaikan.

NORYUSMANIA BINTI JUNAIDI


920517-10-5238
E20101000826
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

1.0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus utama kajian psikologi


perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan cuba mengaitkannya dengan factor-faktor yang
mempengaruhinya, iaitu faktor baka dan persekitaran.

Pertumbuhan dianggap sebagai satu proses perubahan stuktur dan fisiologi yang berlaku
di dalam diri seseorang individu. Ia juga simaksudkan sebagai suatu perubahan yang
bersifat kuantitatif (dapat dilihat dan diukur) iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek
saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku sehingga ke satu tahap
perubahan itu akan terhenti. Saiz otak dan organ-organ dalaman turut bertambah.
Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul
dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa
dan persekitaran individu tersebut. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu
kepada individu dan ia berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perkembangan pula merupakan pencapaian kematangan seseorang hasil daripada


interaksi baka dan persekitaran. Ia merupakan satu perubahan kualitatif yang sistematik
meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi dan berlaku akibat tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini
adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Proses perkembangan membawa
perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semulajadi. Perubahan
tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup
hingga ke akhir hayatnya.

Bagi menjayakan kajian terhadap perkembangan kanak-kanak ini, saya telah


menjalankan kajian dan penyelidikan ke atas salah seorang kanak-kanak yang berusia 5
tahun. Kajian kes yang saya jalankan ini lebih berkisar tentang definisi bagi setiap aspek

3
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

perkembangan, perkembangan adik Nur Najwa Zulaikha, dan kaitan atau perbandingan
teori atau konsep perkembangan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang
mengkaji mengenai perkembangan kanak-kanak dengan proses perkembangan yang
dialami oleh adik Nur Najwa Zulaikha.

4
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

2.0 BIODATA KANAK-KANAK

NAMA PENUH : Nur Najwa Zulaikha binti Zulghafar


NAMA PANGGILAN : Zulaikha
TEMPAT LAHIR : Bachok Kelantan
TARIKH LAHIR : 03 Januari 2006
JANTINA : Perempuan
KETURUNAN : Melayu
ANAK KE : Pertama daripada dua orang adik beradik
NAMA IBU : Najmawati binti nawi
NAMA BAPA : Zulghafar bin Haji Nordin
NAMA ADIK YANG LAIN : Muhammad Adam Haikal

5
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL


3.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI
Perkembangan fizikal merujuk kepada kemahiran kanak-kanak untuk
menggunakan anggota badan. Hal ini merujuk kepada kemahiran asas motor.
Terdapat banyak takrifan kemahiran dinyatakan serta dikemuka oleh para
pengkaji, contohnya, menurut Singer (1980), kemahiran motor adalah pergerakan
otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang
diinggini, Maier (1989) pula berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan
mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu
dalam arena sukan seperti permainan yang menggunakan raket, jaring, gelanggang
dan bola. berdasarkan kedua-dua teori ini dapat lah disimpulkan bahawa
kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu.

Tingkah laku pergerakan manusia adalah penting dan merupakan satu keperluan
untuk kehidupan yang sempurna. Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran
motor. Tingkah laku phylogenetic adalah sebahagian daripada warisan biologi dan
mampu pula mempertingkatkan lagi potensi kehidupan manusia. Kanak-kanak
mengenali akan kepentingan pergerakan sejak awal-awal kehidupan mereka lagi
dan sedar bahawa keupayaan bergerak sempurna turut mempengaruhi penerimaan
masyarakat serta persahabatan (Arasoo, 1989). Ini adalah kerana kemahiran motor
yang baik selalunya dapat mendorong seseorang individu kekal aktif dan cergas.

Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran motor asas untuk menghasilkan


pergerakan yang cekap. Kemahiran-kemahiran asas ini perlu untuk cara hidup
yang aktif serta berjaya dalam permainan dan sukan. Dari segi psikososial,
kemahiran asas ini turut mempengaruhi konsep diri yang positif dalam
perhubungan rakan sebaya. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran motor yang
rendah akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran motor
asas (Arasoo, 1989).

Menurut McCarthy (1979), kemahiran motor asas ini dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran
motor kasar ialah pergerakan yang melibatkan otot-otot besar badan seperti otot

6
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

lengan dan kaki serta melibatkan perlakuan berjalan, berlari dan memukul.
Kemahiran motor halus pula ialah perlakuan kecil seperti mengutip objek di
antara celahan jari tangan sertamenguji rangsangan terhadap deria rasa. Kedua-
dua kemahiran motor ini penting di dalam kehidupan seharian kanak-kanak untuk
bergaul dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.

3.2. HASIL PEMERHATI


Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik yang saya jalankan, dapat saya
nyatakan perkembangan asas motor yang dimiliki oleh adik Zulaikha. Jadual
berikut menunjukkan antara kemahiran asas motor yang dimiliki oleh adik
Zulaikha :
PERKARA PERKEMBANGAN ASAS MOTOR
Berjalan  berlari dengan laju tanpa jatuh.
 berjalan di atas “beam balance”.
 berjalan diatas satu garisan yang lurus.
 berlari dan berjalan dengan lancar.
 berlari sambil menendang bola.
Menaiki kenderaan  menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju.
Memanjat dan  boleh naik dan turun tangga.
meloncat.  meloncat dengan sebelah kaki.
 melompat dengan menggunakan kaki secara berselang
seli.
 melompat ke atas dan ke depan dengan terkawal dan
lebih jauh.
Koordinasi tangan  dapat memegang pensil namun cara memegang atau
menggenggam berubah-ubah.
 dapat menggunting mengikut garisan.
 makan tanpa bantuan orang lain.
 Menggunakan sudu ketika makan namun kemahiran itu
masih perlu ditambah.

7
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

Berikut adalah antara contoh yeng menunjukkan kemahiran adik


Zulaikha dalam mengawal pergerakan atau koordinasi tangannya
ketika melukis atau mewarna masih harus diperbaiki.

3.3. KESIMPULAN
Perkembangan pergerakan atau motor adalah erkembangan yang dapat dilihat
dengan jelas. Perkembangan pergerakan kanak-kanak terjadi secara teratur iaitu
bermula dengan pergerakan yang agak kasar dan diikuti dengan kebolehan
berkoordinasi sehingga sempurna. perkembangan pada kanak-kanak akan menjadi
lebih matang dengan cara latihan dan penggunaan angota yang berterusan.

8
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

4.0 PERKEMBANGAN SOSIAL


4.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat
dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang
lain dan perhubungan social. Melalui proses sosialisasi (proses perhubungan
sosial) yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini
dapat membuta penyesuaian social mengikut pengharapan masyarakat apabila
mereka besar.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan


orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan
kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam
dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis &
Brooks-Gunn, 1979)

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang


membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang

9
[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG
RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan
social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari
tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran
atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui
beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan
identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan
perhubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai,


dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari
peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara
mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses
sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang
sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya
lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal
dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh


konsep hubungan persahabatan dalam kalangan kanak-kanak. Robert Selman
mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3
tahap iaitu:
 Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat
dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang
menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah
kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan
perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak
mementingkan nilai persahabatan.
 Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman
mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku
kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun.
Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk
membantu mereka pada bila-bila masa.

10

Anda mungkin juga menyukai