Anda di halaman 1dari 25

Panduan

Keusahawan
an MRSM
Bahagian Pendidikan
Menengah MARA
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA

PENGENALAN

Keusahawanan adalah antara perkara yang penting kepada individu, keluarga, dan pembangunan
masyarakat, negara serta agama. Pembentukan budaya keusahawanan harus dimulai dari peringkat
persekolahan lagi. Justeru itu, penubuhan kementerian bagi membangunkan semangat
keusahawanan di kalangan murid, pelajar IPT dan anggota masyarakat.

Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu strategi jangka panjang ke arah mencapai matlamat
tersebut. Program ini dibentuk berasaskan penyelidikan dan pengalaman bahawa keusahawanan itu
boleh dibangunkan melalui pendidikan dan latihan. Program ini dijangka dapat membantu negara
dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Di Malaysia, budaya keusahawanan amat penting untuk memastikan kejayaan jangka panjang
pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Sesebuah
masyarakat yang mempunyai budaya keusahawanan yang tinggi telah terbukti dapat menghasilkan
ramai usahawan yang berjaya. Proses pembentukan budaya keusahawanan bermula dari peringkat
awal sebelum persekolahan sehinggalah seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan sebenar
dan seterusnya ke peringkat pertumbuhan dan pengembangan.

Walaupun terdapat pelbagai jenis milikan perniagaan, PUM memberi penekanan terhadap perniagaan
berbentuk Sendirian Berhad. Ini kerana pelajar dapat melibatkan diri dalam suatu perniagaan secara
berkumpulan di mana mereka berkeupayaan mengamalkan prinsip pengurusan yang baik, semangat
bekerjasama menubuhkan perniagaan, berkongsi modal, idea, keuntungan, risiko dan sebagainya.
Selain itu PUM juga menekankan kepada penciptaan produk bagi menggalakkan pelajar meneroka
idea baru dan menyemai sifat kreatif dan inovatif dalam diri masing-masing.

Oleh itu, adalah menjadi hasrat PUM untuk membentuk budaya keusahawanan di peringkat
persekolahan. Di samping itu, PUM juga dapat menerapkan nilai-nilai murni etika keusahawanan
dalam pengajaran dan pemelajaran.

Di peringkat sekolah, pembangunan keusahawanan adalah satu daripada aktiviti kokurikulum yang
bertujuan menanam budaya keusahawanan di kalangan pelajar agar menjadi individu yang berjaya
dalam apa jua bidang yang diceburi. Di samping menanam budaya kusawanan, program ini juga
diharap akan memberi pendedahan dan latihan yang boleh mendorong pelajar agar mebihat bidang
keusawanan sebagai satu kerjaya jangka panjang yang boleh diterokai kerana bidang ini mempunyai
potensi yang sangat luas. Akhir sekali, para pelajar akan mempunyai tanggapan yang baik terhadap
kerjaya keusahawanan dan perniagaan secara keseluruhan.

OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk:

 Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan peserta.


 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi memulakan dan melaksanakan perniagaan
dengan berkesan.

1
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

 Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman.


 Menimbulkan minat peserta terhadap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
 Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
 Memupuk nilai etika murni dalam amalan perniagaan.

STRUKTUR DAN STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Strategi Pelaksanaan

 Buku Amalan Keusahawanan yang menghuraikan secara ringkas langkah-langkah yang perlu
diambil oleh seseorang yang ingin menjadi usahawan.
 Sokongan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berbentuk kewangan, infrastruktur,
maklumat dan latihan.
 Kursus khas yang dikelolakan oleh agensi-agensi pendokong program untuk membekalkan
kemahiran-kemahiran khusus kepada bakal usahawan.
 Bimbingan dan kaunseling yang dikendalikan oleh fasilitator program untuk usahawan muda
yang menghadapi masalah pengendalian perniagaan dari semasa ke semasa.
 Sistem pemantauan dan penilaian yang diwujudkan oleh agensi pendokong untuk menjejaki
perjalanan dan keberkesanan program.
 Konvensyen dan pengiktirafan yang dirancang pada akhir tahun untuk memilih usahawan
berpotensi dan memberi pengiktirafan sebagai dorongan.

2
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

JADUAL OPERASI MINGGUAN PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM)

MINGGU PERANAN GURU PENASIHAT PERANAN PELAJAR

Mengiklankan PUM di maktab Mengambil perhatian terhadap iklan


 Melalui papan bulletin
1  Melalui hebahan siaran
 Melalui perhimpunan mingguan
 Melalui saluran komunikasi lain
yang terdapat di maktab

Mengedarkan borang permohonan


keahlian Pelajar yang berminat akan mengisi
 Borang disediakan oleh guru borang permohonan
 Borang diedarkan kepada pelajar
yang berminat

Memberi penerangan kepada pelajar


tentang PUM Mendengar penerangan
 Pelajar diberitahu berkenaan
PUM secara ringkas
 Konsep dan matlamat PUM

Pemilihan pelajar
2  Kriteria pemilihan bergantung Menghadiri sesi pemilihan pelajar
kepada budi bicara guru
 Pemilihan boleh dilakukan melalui
temuduga dengan memilih pelajar
yang benar-benar berminat
sahaja, sanggup bekerja keras,
berprestasi tinggi dalam
akademik, dan tidak mempunyai
masalah disiplin
 Keahlian hanya dibuka kepada
pelajar tingkatan 4 dan 2 sahaja
 Perintis syarikat dipilih (protem)

Penerangan pelaksanaan PUM kepada


pelajar yang telah terpilih
 Penerangan yang lebih terperinci
berkenaan pelaksanaan program
ini diberikan kepada pelajar yang
berjaya dipilih sebagai ahli PUM Mendengar penerangan dengan terperinci
berkenaan pelaksanaan PUM

Sesi suai kenal dan kesepakatan


 Pelajar yang telah dipilih perlu
menyesuaikan diri dengan ahli
kumpulan

Menghadiri sesi suai kenal dan
kesepakatan dengan ahli kumpulan PUM

3 Penerangan perniagaan Pembentukan syarikat


 Pelajar didedahkan kepada jenis  Pengasas syarikat memanggil
dan struktur perniagaan mesyuarat (protem)

3
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

MINGGU PERANAN GURU PENASIHAT PERANAN PELAJAR

 Perniagaan jenis Sendirian  Proses membentuk syarikat


Berhad (Sdn. Bhd.) akan  Melantik pengurus-pengurus:
digunakan dalam PUM a) Pengurus Besar
 Guru memantau perlantikan b) Pengurus Pentadbiran
pengurusan syarikat c) Pengurus Pengeluaran
 Guru menerangkan tugas-tugas, d) Pengurus Pemasaran
peranan dan tanggung jawab e) Pengurus Kewangan
setiap pengurus secara terperinci  Pembahagian tugas
(Guru menerapkan unsur-unsur  Pendokumentasian
kepimpinan, amanah dan kegigihan di
kalangan ahli PUM)

4 Memantau idea dan perancangan Idea dan perancangan syarikat


syarikat  Pengurus-pengurus menjana idea
(Guru boleh mengaturkan lawatan ahli  Mengenal pasti peluang syarikat
PUM ke premis-premis perniagaan  Merancang aktiviti syarikat
dibandar perhampiran, pelajar diberi  Merancang jadual pelaksanaan
tugasan meneliti jenis perniagaan yang
dijalankan, barang-barang yang dijual,
susun atur, siapa pembekal, siapa
pelanggan dan keuntungan yang
diperolehi dan sebagainya)
Menentukan modal dan ganjaran
Memantau modal/saham dan ganjaran  Pengurusan menentukan
keperluan modal syarikat
 Gaji dan ganjaran-ganjaran lain
ditentukan
 Perlu mengikut kesesuaian
syarikat dan projek

Memantau pendaftaran PUM Pendaftaran Syarikat PUM


 Melengkapkan proses
pembentukan syarikat
 Pengurusan syarikat mesti
mendaftar dengan pihak Bahagian
Pendidikan Menengah MARA

5 Memantau rancangan perniagaan Rancangan perniagaan (RP)


 Syarikat mula menjalankan
(Guru boleh mendapatkan khidmat operasi perniagaan
nasihat daripada ahli perniagaan atau  Urusniaga dijalankan mengikut
individu yang boleh memberi tunjuk ajar garis panduan syarikat
membuat rancangan perniagaan)

6 Memantau permulaan operasi Memulakan operasi perniagaan


perniagaan  Syarikat mula menjalankan
(Guru membantu ahli PUM bagaimana operasi perniagaan
untuk memulakan sesuatu perniagaan.  Urusniaga dijalankan mengikut
Guru menerapkan aspek kreativit dalam garis panduan RP syarikat
pemilihan barangan dan perkhidmatan
yang ditawarkan.

4
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

MINGGU PERANAN GURU PENASIHAT PERANAN PELAJAR

Kebolehan berkomunikasi yang baik


sangat penting dalam sesuatu
perniagaan)

Memantau pengurusan operasi Menguruskan operasi perniagaan


7-32 perniagaan  Syarikat menjalankan operasi
(Guru memeriksa kehadiran ahli PUM, perniagaan
memeriksa akaun kewangan, meninjau  Pengurusaan mengawal selia
masalah yang dihadapi dan memberi operasi perniagaan
motivasi kepada semua ahli PUM untuk  Mesyuarat mingguan ALP syarikat
bekerja keras dan patuh kepada jadual o mesyuarat dipengerusikan
kerja yang telah ditetapkan. oleh Pengurus Besar
o semua pengurus mesti
Guru memberi pendedahan membentangkan laporan
keusahawanan sebanyak mungkin unit masing-masing
kepada semua ahli PUM o membincangkan masalah
dan cara mengatasi
Membawa pelajar melawat expo o membincangkan idea baru
keusahawanan, menyertai seminar, untuk mendapatkan
kursus, bengkel, menemuramah ahli keuntungan
perniagaan, dan memanggil ahli
perniagaan berjaya sebagai penceramah
jemputan)

33 Memantau laporan operasi perniagaan Laporan perniagaan


 Dokumentasi dirujuk
 Pengurus menyediakan laporan
 Perhatian kepada system fail dan
dokumentasi perlu di peringkat
awal lagi

Memantau persediaan pembubaran


syarikat Persediaan pembubaran syarikat
 Pengurusan bersedia untuk
proses pembubaran syarikat
 Rujuk proses sebelum
pembubaran syarikat

34 Memantau pengagihan pulangan Pengagihan pulangan


 Pengurusan menentukan
pengagihan bonus dan dividen
kepada pemegang saham
 Pengagihan pada kadar yang
sesuai kepada pemegang saham

35 Memantau pembayaran dividen, bonus Pembayaran dividen, bonus dan saham


dan saham syarikat syarikat
 Pengurusan membayar bonus,
dividen, dan saham kepada
pemegang saham
 Semua pembayaran dibuat dalam
bentuk tunai atau mudah tunai

5
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

MINGGU PERANAN GURU PENASIHAT PERANAN PELAJAR

36 Memantau penyediaan laporan syarikat Penyediaan laporan syarikat


 Pengurusan menyediakan laporan
syarikat
 Satu laporan perlu dihantar ke
Bahagian Pendidikan Menengah

Memantau pembubaran syarikat


Pembubaran syarikat
 Syarikat ditutup melalui proses
pembubaran syarikat

*Catatan: Sila sesuaikan cadangan jadual operasi mingguan ini mengikut keperluan maktab.

PENGERTIAN KEUSAHAWANAN

APA ITU KEUSAHAWANAN

Keusahawanan merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan.

Perincian bagi setiap unsur tersebut adalah seperti di bawah;

Sikap

o Motivasi yang tinggi


o Percaya kepada diri sendiri
o Inisiatif
o Bertanggungjawab
o Kebolehan menangani keadaan tidak menentu (menghadapi risiko)
o Keazaman dan kesungguhan
o Ketahanan mental dan fizikal

Kemahiran

o Membuat keputusan
o Menyelesaikan masalah
o Berunding
o Berkomunikasi
o Minda kreatif
o Kemahiran kerja berkumpulan
o Kemahiran pengurusan
o Kemahiran teknikal

Pengetahuan

o Mencari dan menggunakan maklumat


o Mengenal pasti dan melaksanakan sesuatu projek

6
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

SIAPA USAHAWAN YANG BERJAYA

Usahawan yang berjaya ialah individu yang;

o Menceburkan diri dalam perniagaan.


o Mempunyai ciri-ciri peribadi, kemahiran dan pengetahuan yang tertentu seperti yang
digambarkan di atas.
o Berjaya memanfaatkan ciri-ciri peribadi, kemahiran dan pengetahuan tersebut
mengikut situasi.
o Mendapat pulangan dan kepuasan diri yang tinggi.

MENGAPA KEUSAHAWANAN

Menurut Islam, perniagaan merupakan sumber rezeki yang terbesar. Sembilan daripada sepuluh
punca rezeki adalah melalui perniagaan. Oleh itu, keusahawanan penting kepada individu, masyarakat
dan negara.

 Individu
o Keusahawanan membantu melahirkan individu yang berjaya.
 Masyarkat
o Budaya keusahawanan akan melahirkan anggota masyarakat yang berdikari dan
berjaya.
o Masyarakat yang berbudaya keusahawanan dapat melahirkan lebih ramai usahawan.
 Negara
o Usahawan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
o Memenuhi dasar kerajaan untuk membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian bumiputera yang berdaya tahan, berdaya saing, dan berdaya maju.

DAYA TAHAN, DAYA SAING, DAN DAYA MAJU

Daya Tahan

Seseorang usahawan perlu memiliki daya tahan yang kuat dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual bagi mengharungi pelbagai cabaran dalam perniagaan.

 Daya tahan jasmani ialah keupayaan fizikal seseorang usahawan untuk berusaha
tanpa mengira penat lelah sama ada siang atau malam.
 Daya tahan emosi ialah keupayaan seseorang usahawan untuk bersabar terhadap
sebarang cabaran perniagaan dan pada masa yang sama sentiasa meletakkan
pergantungan kepada tuhan.
 Daya tahan rohani ialah tanggungjawab seseorang usahawan untuk beretika terhadap
tuhan, sesama manusia dan alam dalam setiap aktiviti keusahawanan.
 Daya tahan intelektual ialah seseorang usahawan perlu mempunyai sikap ingin terus
belajar tentang perkara-perkara baru tanpa rasa jemu. Selain daripada memperoleh
ilmu pengetahuan, usahawan juga perlu berkongsi dan menyebarkan ilmu tersebut
kepada organisasi dan masyarakat sekelilingnya.

Justeru itu, seseorang usahawan yang mempunyai daya tahan kendiri yang tinggi akan mampu
memberikan sinergi tersebut (jasmani, emosi, rohani, intelektual) kepada organisasinya (pekerja) bagi
meningkatkan produktiviti, kualiti dan keuntungan kepada syarikat.

7
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

Daya saing

Seseorang usahawan perlu mempunyai daya saing yang tinggi. Daya saing bermaksud
kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu untuk menandingi pesaing.

Daya saing adalah terbentuk daripada sifat daya tahan yang dimiliki oleh usahawan dan
organisasi.

Hasil pembentukan daya tahan yang tinggi akan menggalakkan usahawan dan organisasi
untuk bersaing.

Bagi mempunyai daya saing yang tinggi, seseorang usahawan perlu berusaha menguasai syer
pasaran, menguasai harga pasaran, mengeluarkan produk yang berbeza dan juga menarik
bagi memastikan dia mampu bersaing dengan pesaing yang lain secara seiring atau lebih
agresif.

Persaingan ini bukan sahaja tertumpu diperingkat tempatan tetapi perlu menjangkau
keperingkat global.

Contohnya syarikat proton yang mengeluarkan Lotus Elise untuk bersaing dengan Ferari.

Daya maju

Daya maju bermaksud seseorang individu sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan
tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dicapai. Oleh itu seseorang usahawan perlu
memiliki sikap dan keazaman untuk berdaya maju.

Melalui sikap dan keazaman yang tinggi ini seseorang usahawan akan sentiasa berusaha
untuk memajukan idea perniagaan, membuat perubahan produk, menambah jenis-jenis
produk, meluaskan pasaran, menambah modal, meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan, meningkatkan teknologi serta meningkatkan keuntungan.

Terdapat pelbagai jenis strategi yang boleh digunakan untuk memastikan usahawan dan
organisasi berdaya maju, antaranya;

Strategi integrasi ke belakang – syarikat mengambil alih pembekal atau menghasilkan


sendiri bahan mentah bagi tujuan mengawal stok dan harga produk yang dikeluarkan.

Contoh:

KFC mengambil alih syarikat pembekal Ayamas

Proton mengeluarkan enjin campro yang sebelum ini dibekalkan oleh Mitsubishi

8
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

Strategi integrasi ke hadapan – syarikat mengambil alih syarikat pengedar atau


menubuhkan sendiri rangkaian pengedaran bagi tujuan mengurangkan kos
pengedaran, meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengawal harga.

Contoh:

Syarikat Proton menubuhkan Proton Edar mengambil alih daripada Bank Kwong Ming
yang kemudian ditukar menjadi EON Bank bagi membiayai pinjaman dan sebagainya.

Strategi integrasi mendatar (horizontal) – syarikat mengambil alih pesaing bagi


mengurangkan persaingan dan cuba menguasai pasaran.

Contoh:

Syarikat Telekom Malaysia Bhd. mengambil alih Celcom Bhd.

9
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

PEMBANGUNAN DIRI

Setiap individu yang ingin menjadi usahawan seharusnya melalui program


pembangunan diri sebelum mengorak langkah selanjutnya dalam mencapai cita-cita
tersebut. Program ini mengandungi beberapa aktiviti penilaian dan persediaan diri
seperti berikut:

PENILAIAN DIRI (MUHASABAH)

Latihan ini bertujuan untuk menyedarkan anda tentang kekuatan dan kelemahan diri
anda. Dengan kesedaran tersebut, anda boleh mengambil langkah-langkah yang
sesuai untuk menyediakan diri menjadi usahawan yang berjaya.

a. Latihan mengenal kekuatan dan kelemahan diri


b. Latihan menilai sahsiah diri
c. Latihan menilai sikap
d. Latihan menilai tahap motivasi

PEMBANGUNAN MINDA KREATIF

a. Penilaian kreativiti – merangsang daya pemikiran kreatif kerana kreativiti


merupakan ciri penting dalam keusahawanan.

LATIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

a. Latihan formal
b. Pemerhatian dan lawatan
c. Bekerja dengan orang
d. Pembacaan dan percubaan

LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN

a. Pengurusan pemasaran
b. Pengurusan kewangan
c. Pengurusan kakitangan

PEMBINAAN KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

 Latihan Mental
o Latihan penyelesaian masalah
o Perkongsian pengalaman usahawan
o Sesi pembentangan dan kritikan
 Latihan fizikal
o Kegiatan sukan
o Rekreasi
o Latihan berhalangan
o Kerja berat/lasak
o Seni mempertahankan diri

10
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

PERSEKITARAN KEUSAHAWANAN

Setelah mengetahui potensi diri dari segi fizikal, emosi dan mental serta bertindak mengatasi
sebarang kelemahan yang ada, langkah seterusnya yang perlu anda ambil adalah memahami
persekitaran. Ada dua jenis persekitaran keusahawanan yang perlu anda fahami iaitu
persekitaran perniagaan dan jaringan usahawan.

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Anda perlu memahami persekitaran perniagaan supaya dapat memanfaatkan peluang-peluang


dan mengelakkan perniagaan daripada ancaman dan bahaya.

Anda boleh memahami persekitaran perniagaan dengan mengkaji unsur-unsur yang wujud di
dalam dan di luar organisasi yang mempengaruhi prestasi perniagaan.

Contoh unsur-unsur dalaman dan luaran serta kesan adalah seperti berikut:

a. Unsur persekitaran dalaman;

Pekerja, modal, kewangan, maklumat, peralatan, teknologi, mesin, bahan mentah.

Kesan;

 Keuntungan merosot sekiranya tidak menggunakan teknologi moden


 Prestasi syarikat terjejas sekiranya pekerja tiada kemahiran dan tiada motivasi
 Keuntungan terjejas sekiranya layanan dan produk yang dikeluarkan tidak
berkualiti

b. Unsur persekitaran luaran;


Ekonomi, teknologi, politik, sosiobudaya, undang-undang negara, institusi kewangan,
agensi kerajaan, pelanggan, pesaing, pembekal, agensi swasta, media.

Kesan;

 Pertumbuhan ekonomi negara boleh memberi peluang kepada usahawan


membesarkan perniagaan.
 Kemasukan pesaing-pesaing ke dalam pasaran akan memberi ancaman
kepada perkembangan syarikat.
 Usahawan-usahawan perlu menjalin hubungan dengan pelbagai pihak luar
atau mempunyai networking dengan ramai individu supaya mereka boleh
mendapat maklumat terkini peluang-peluang perniagaan, idea perniagaan,
sumber kewangan dan sebagainya.

JARINGAN USAHAWAN

Anda boleh memahami jaringan usahawan dengan mengkaji hubungan yang wujud antara usahawan
dengan individu-individu di sekelilingnya.

Hubungan ini boleh membantu perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

Contoh ahli jaringan dan faedah jaringan adalah seperti berikut;

Ahli jaringan:

11
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

Ahli keluarga, rakan rapat, guru, pegawai bank, pelanggan, ahli profesional

Faedah;

 Sebagai sumber kewangan


 Sumber maklumat – idea perniagaan, peluang pasaran
 Mendapatkan peluang perniagaan yang lebih baik
 Memperkenalkan barangan yang dikeluarkan
 Mendapatkan klien baru dan mengkalkan klien sedia ada
 Mengurangkan kos dengan pembekal
 Mendapatkan sokongan moral dan motivasi
 Menjadi perantara atau kontek perniagaan
 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
 Mendapat nasihat peribadi atau berkaitan perniagaan

PELUANG DAN IDEA PERNIAGAAN

Proses untuk memulakan sesuatu perniagaan ada empat langkah;

Mengenal pasti peluang perniagaan

Menjana idea perniagaan

Menilai dan memilih idea perniagaan

Melaksanakan idea perniagaan

MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN

Peluang wujud apabila terdapat masalah yang dihadapi oleh pengguna

Anda boleh mengenal pasti masalah pengguna melalui:

Pemerhatian ke atas tingkah laku mereka / gelagat pengguna

Pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain

Perbincangan dan perbualan orang lain

Maklumat dalam program-program tv

Pembacaan

Kajian ringkas

MENJANA IDEA PERNIAGAAN

Idea perniagaan ialah penyelesaian kreatif kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Contoh;

Masalah: pelajar asrama tiada masa mencuci pakaian

Peluang: menyediakan perkhidmatan mencuci pakaian

12
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

Idea: membuka kedai dobi

KREATIVITI DAN INOVASI PERNIAGAAN

Kreativiti dan inovasi produk:

Bagi memastikan syarikat dapat mengukuhkan kedudukan dalam pasaran dan seterusnya
meningkatkan jualan serta keuntungan, setiap usahawan perlulah memikirkan tentang
pembangunan produk baru.
Walau bagaimana pun tidak semestinya setiap produk baru itu akan berjaya dalam pasaran.
Antara faktor yang menyebabkan kejayaan produk baru dalam pasaran adalah seperti berikut:
Produk mempunyai ciri yang unik, unggul dan lebih baik daripada biasa
Produk bersesuaian dengan keperluan pasaran
Inovasi yang berterusan

Definisi produk kreatif

Produk yang inovatif adalah produk yang lain daripada yang sedia ada dalam pasaran.

Kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang usahawan untuk menjana idea baru
yang mempunyai ciri-ciri terbaru dan dapat memberikan faedah tambahan.

Contoh: smartphone

Kepentingan produk baru

Kemasukan produk baru dalam pasaran secara berterusan dapat membantu


mengekalkan jualan dan keuntungan jangka panjang syarikat.

Produk di pasaran cepat menjadi usang, cita rasa pengguna sentiasa berubah.

Proses pembangunan produk baru

Penjanaan idea –→ penapisan idea –→ pembangunan dan pengujian


konsep produk –→ strategi pasaran–→ analisis perniagaan–→
pembangunan produk –→ pengujian pasaran –→ komersialisasi.

Bil. PERINGKAT HURAIAN


1 Penjanan idea Pembangunan produk baru bermula dengan penjanaan idea.
Idea yang berpotensi dan diterima pengguna.
Sumber idea:
 Rakan perniagaan
 Kakitangan atau pekerja
 Pelanggan
 Proses penyelidikan dan pembangunan
 Pesaing
2 Penapisan idea Idea disenaraikan dan dibuat penilaian.
Idea yang menarik dan berdaya saing di pilih.
Kriteria yang boleh diambil kira:
 Peluang atau potensi pasaran
 Kos pelaburan
 Kemahiran pengeluaran dan pemasaran

13
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

 Perundangan, impak kepada syarikat


3 Pembangunan Membentuk produk konsep.
dan pengujian Bentuk yang jelas dan terperinci.
konsep produk Pengujian konsep – secara teknologi dan saintifik atau terus
kepada sampling terhadap sekumpulan pengguna:
 Adakah produk dapat berfungsi
 Faedah dan kelebihan
 Cadangan penambahbaikan
 Harga
 Adakah anda akan membeli produk ini
4 Strategi Merangka strategi asas pemasaran bagi tujuan
pemasaran memperkenalkan produk kepada pengguna.
Pernyataan strategi pemasaran meliputi penjelasan tentang:
Pertama;
 Sasaran pasaran
 Pemposisian imej produk
 Matlamat jualan, perkongsian pasaran dan
keuntungan bagi tempoh setahun

Kedua;
 Strategi harga
 Strategi pengedaran
 Belanjawan pemasaran

Ketiga;
 Jualan
 Keuntungan
 Strategi campuran pemasaran
5 Analisis  Menilai daya tarikan perniagaan untuk produk baru.
perniagaan  Ia melibatkan semakan ke atas unjuran jualan, kos
dan keuntungan bagi produk baru dengan tujuan
untuk melihat sama ada ia memenuhi objektif
syarikat ataupun tidak.

6 Pembangunan  Menghasilkan prototaip produk.


produk (prototaip)  Ujian fizikal ke atas produk akan dilakukan
7 Pengujian Produk diperkenalkan menggunakan strategi pemasaran
pasaran yang telah dirangka dalam suasana pasaran sebenar
8 Komersialisasi Sekiranya produk menunjukkan kesan yang positif daripada
ujian pasaran yang dilakukan, produk baru tersebut akan
dilancarkan ke dalam pasaran secara meluas.

Kreativiti dan inovasi produk

Latihan ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya berfikir secara kreatif dan kemudiannya
menukarkan kepada penghasilan produk sebenar.
Latihan ini dapat membantu pelajar berfikir sebelum menghasilkan sesuatu produk. Produk
yang dihasilkan mestilah unik, boleh berfungsi, ada nilai komersial dan faedah serta kepuasan
kepada pengguna.
Pelajar diberikan bahan mentah dan berbincang dalam kumpulan:
Ketas, gunting, gam, lidi, benang, pen marker dll.

14
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

MENILAI DAN MEMILIH IDEA PERNIAGAAN


Anda perlu menilai dan memilih idea bukan sahaja untuk menentukan idea yang dipilih itu boleh
menyelesaikan masalah tetapi juga mampu dilaksanakan dan memberi keuntungan.

MELAKSANAKAN IDEA PERNIAGAAN


Anda boleh melaksanakan idea selepas syarikat ditubuhkan
Tindakan yang perlu diambil:
Menyediakan rancangan perniagaan (RP)
Mendapatkan tempat operasi dan peralatan
Mendapatkan sumber-sumber seperti tenaga kerja, bahan mentah atau bahan siap
dan sumber kewangan
Memulakan proses pengeluaran
Menjalankan aktiviti pemasaran seperti:
-penjenamaan
-pembungkusan
-pelabelan
-harga
-promosi
-pengedaran
-perkhidmatan pelanggan

RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

APA ITU RP
 Merupakan satu dokumen penting sebagai panduan kepada pengurusan perniagaan
atau projek yang hendak dijalankan.
 Merupakan ringkasan berhubung dengan operasi perniagaan.
 Dikenali juga sebagai satu dokumen yang menerangkan keseluruhan operasi
perniagaan yang dicadangkan.
 Melibatkan cadangan pelaksanaan yang akan dijalankan pada masa akan datang.
 Meliputi matlamat perniagaan, apa yang akan dihasilkan oleh syarikat, pengurusan
organisasi perniagaan, pengeluaran barangan, strategi pemasaran dan maklumat
kewangan.

TUJUAN MENYEDIAKAN RP
Rancangan perniagaan disediakan untuk:
 Menjadi panduan kepada usahawan bagi melihat dan menilai projek secara
objektif, kritikal dan praktikal.
 Menjadi garis panduan bagi merealisasikan idea dan pengurusan perniagaan.
 Menjadi garis panduan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber.

15
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

 Meyakinkan pihak-pihak tertentu seperti usahawan, pemiutang, pelabur dan


pemodal teroka terhadap idea-idea perniagaan sama ada ia berdaya maju
atau tidak.
 Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai
asas cadangan pembiayaan.

PIHAK YANG MEMERLUKAN RP


o Pemilik perniagaan – untuk tujuan menguruskan perniagaan
o Pekerja – supaya pekerja faham tugas masing-masing
o Pelanggan – menilai kualiti produk dan servis yang ditawarkan
o Pembekal – bagi mengetahui kemampuan organisasi
o Pelabur – mengkaji kedudukan kewangan syarikat

KANDUNGAN RP
a. Muka depan
b. Ringkasan eksekutif RP / Sinopsis RP
c. Jadual kandungan
d. Latar belakang perniagaan
e. Kenyataan matlamat
f. Deskripsi perniagaan
g. Situasi industri
h. Rancangan pemasaran
i. Rancangan pengeluaran / operasi
j. Rancangan organsasi / pengurusan
k. Rancangan kewangan
l. Rumusan
m. Lampiran

16
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

JENIS-JENIS BADAN PERNIAGAAN

PROSES PENUBUHAN PERNIAGAAN


Proses sebenar penubuhan semua bentuk milikan perniagaan hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pemilihan pengasas syarikat – Mesyuarat penubuhan – Perlantikan lembaga pengarah –
Pendaftaran – Sijil penubuhan – Penerbitan saham.

PEMILIHAN PENGASAS SYARIKAT


Pengasas syarikat ialah individu yang mempelopori proses penubuhan syarikat tersebut
Pemilihan pengasas dilakukan oleh penasihat
Pengasas terdiri daripada tiga orang peserta
Pengasas boleh dipilih untuk menganggotai lembaga pengarah

MESYUARAT PENUBUHAN
Pengasas yang telah dipilih oleh dikehendaki;
Mengenal pasti dan memilih 15-25 orang bakal pemegang saham syarikat (termasuk
pengasas)
Melantik setiausaha syarikat
Menetapkan tarikh penubuhan dengan bantuan penasihat
Mengarahkan setiausaha memanggil ahli menghadiri mesyuarat penubuhan dan
pelantikan ahli lembaga pengarah
Mengendalikan mesyuarat

PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH


Ahli Lembaga Pengarah dilantik daripada kalangan ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat
penubuhan.
Ahli lembaga pengarah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang ahli

PENDAFTARAN SYARIKAT
Setiausaha syarikat perlu menyediakan dan mengisi dokumen penubuhan yang diperolehi
daripada Pendaftar Syarikat.
Ahli Lembaga Pengarah akan:
o Menentukan nama syarikat dengan memastikan
 Nama yang senang disebut
 Tidak bercanggah dengan undang-undang
 Tidak negatif
o Menentukan alamat berdaftar syarikat menggunakan alamat MRSM
o Menentukan modal syarikat:
 Minimum RM30.00
 Maksimum RM1250.00
o Menandatangani dokumen pendaftaran yang disediakan oleh setiausaha
o Menentukan bilangan saham yang ditawarkan kepada setiap ahli (RM1 seunit)
Setiausaha memajukan dokumen untuk pendaftaran.

PENERBITAN SAHAM
o Lembaga Pengarah menawarkan saham kepada ahli-ahli yang telah dikenal pasti.
o Lembaga Pengarah menerima bayaran harga saham daripada ahli-ahli
o Lembaga Pengarah mengeluarkan sijil saham kepada ahli yang melabur
o Lembaga Pengarah membuka buku daftar dan merekodkan butir-butir pelabur

17
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

PENGURUSAN DAN OPERASI SYARIKAT PERNIAGAAN

PENGURUSAN SYARIKAT
Satu daripada aspek utama dalam pelaksanaan idea perniagaan dan seterusnya pencapaian
objektif syarikat ialah pengurusan. Tugas pengurusan meliputi:
o Perancangan
o Pengelolaan
o Pengawalan
o Pengarahan
Kesemua tugas tersebut perlu dilakukan oleh setiap eksekutif syarikat dalam tugas masing-
masing.
Untuk PUM anda dikehendaki mengetahui dua perkara penting berkaitan dengan pengurusan
syarikat:
 Carta organisasi syarikat
 Tugas pengurusan

CARTA ORGANISASI SYARIKAT


Carta organisasi membantu peserta memahami:
 Fungsi dalaman organisasi
 Aliran autoriti (siapa bertanggungjawab)

Ciri Pengurusan Yang Baik


Membuat perancangan dengan teliti
Perancangan yang teliti mempunyai objektif dan tujuan syarikat yang jelas seterusnya
merangka strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai dan melaksanakan strategi serta
aktiviti tersebut.
Contoh;
Menetapkan matlamat organisasi bagi jangka pendek dan panjang
Berusaha mencapai matlamat organisasi
Membuat perancangan dan melaksanakan strategi dengan sistematik

Membuat pengelolaan dengan baik


Pengelolaan yang baik adalah berkaitan dengan penyelarasan tugas kakitangan,
aktiviti perniagaan, prosedur dan peraturan syarikat, gaji, kebajikan, pampasan,
operasi syarikat dan sebagainya.
Contoh:
 Memberikan jawatan yang sesuai dengan kelayakan pekerja.
 Memberikan bonus atas usaha gigih pekerja.
 Mengenakan tindakan disiplin bagi pekerja yang melanggar peraturan.

Melaksanakan pengarahan dengan berkesan


Pengarahan yang berkesan akan menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur
daan sempurna dalam suasana harmoni
Untuk mencapai matlamat ini, faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem
komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.
Contoh:
 Memastikan motivasi pekerja sentiasa tinggi
 Memberikan latihan atau kursus kepada pekerja
 Memastikan hubungan dua hala antara majikan dan pekerja baik
 Pihak pengurusan mestilah bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran
 Menggalakkan penglibatan pekerja dalam membuat keputusan

18
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

Melaksanakan aktiviti pengawalan dengan baik


Pengawalan yang baik adalah dengan menentukan bahawa prestasi organisasi telah
dicapai mengikut perancangan.
Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil.
Faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan
prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

TUGAS PENGURUSAN

Anda perlu tahu dan memahami tugas yang dipikul oleh Lembaga Pengarah dan para Pengurus
Eksekutif supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam organisasi.

TUGAS LEMBAGA PENGARAH

• Melantik Pengerusi Lembaga Pengarah


• Menentukan jenis perniagaan
• Membuat dasar dan peraturan syarikat
• Melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai eksekutif-esksekutif
• Mengadakan mesyuarat secara berkala
• Meluluskan penyata kewangan
• Mengisytiharkan dividen dan bonus
• Membubarkan syarikat

TUGAS PENGURUS-PENGURUS EKSEKUTIF


PENGARAH URUSAN
• Merancang, mengatur kerja, mengawal dan menilai keseluruhan aktiviti syarikat
• Melaporkan prestasi syarikat kepada ALP
• Menyelia aktiviti Pengurus
• Menjadi penghubung antara syarikat dengan pihak-pihak lain
• Menyelaras proses pembubaran
• Melantik pekerja-pekerja syarikat
• Memastikan para Pengarah menyerahkan laporan pada setiap bulan
• Menjadi penandatangan akaun syarikat

PENGARAH PENGELUARAN/OPERASI
• Menyediakan belanjawan pengeluaran/operasi
– Kuantiti pengeluaran
– Jadual pengeluaran
– Keperluan sumber seperti tenaga kerja, peralatan, kewangan dan bahan mentah
– Anggaran kos pengeluaran
• Menyediakan jadual kerja untuk pengeluaran barang atau menyediakan perkhidmatan
• Memastikan pengeluaran barang perkhidmatan mengikut jadual
• Menyimpan rekod-rekod pengeluaran
– Inventori bahan mentah
– Inventori barang siap
– Inventori barang rosak
– Rekod peralatan pengeluaran
• Menyediakan laporan pengeluaran/operasi kepada Pengarah Urusan pada setiap bulan

19
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

PENGARAH PEMASARAN
• Merancang aktiviti pemasaran
– Meramal jualan dan seterusnya memaklumkan kepada Pengarah Pengeluaran
– Menyusun strategi pemasaran seperti:
• Penjenamaan
• Pembungkusan dan pelabelan
• Penentuan harga
• Pengedaran dan jualan
• promosi
• Mengagihkan tugas dan menyediakan kerja untuk kakitangan bahagian pemasaran
• Mengawasi dan mengesan aktiviti jualan setiap hari
• Menyediakan laporan jualan kepada Pengarah Urusan pada setiap bulan

PENGARAH KEWANGAN
• Menerima wang
• Membuat pembayaran
• Menyimpan wang di bank
• Menganggarkan belanjawan tunai
• Menyimpan rekod-rekod keluar masuk wang
• Menyediakan akaun penamat dan kunci kira-kira
• Menguruskan pinjaman jika perlu
• Melaporkan prestasi kewangan kepada Pengarah Urusan
• Menguruskan pengauditan akaun oleh Juruaudit luar
• Membuat pembayaran bonus yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah (jika ada)

PENGARAH PENTADBIRAN
• Menjadi setiausaha syarikat
• Memanggil mesyuarat, menghantar notis dan minit mesyuarat syarikat selewat-lewatnya tujuh
hari sebelum mesyuarat diadakan
• Mencatat dan menyimpan minit mesyuarat
• Menyiapkan minit mesyuarat sebelum mesyuarat seterusnya
• Menyimpan rekod-rekod mengenai kakitangan dan ahli syarikat
• Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat
• Mengingatkan ahli-ahli yang selalu tidak hadir ke mesyuarat supaya lebih kerap datang
• Menyelaras proses pelantikan pekerja

OPERASI PERNIAGAAN

Setelah tugas-tugas pengurusan di ketahui anda perlu bijak mengoperasikan syarikat. Bidang ini
merangkumi aktiviti-aktiviti berulang atau rutin yang terdiri daripada operasi perniagaan dan penilaian
prestasi.

Aktiviti Operasi Perniagaan


Aktiviti operasi perniagaan adalah seperti berikut:
Mengadakan mesyuarat
Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk membuat dasar dan mengawasi
pelaksanaannya.
 Mesyuarat Eksekutif
 Menentukan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh setiap
bahagian bagi melaksanakan dasar tersebut.
 Mesyuarat Jabatan

20
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

 Membincangkan pelaksanaan bahagian masing-masing dan menilai


prestasi jabatan
 Menyelesaikan masalah jabatan
 Mesyuarat Agong
 Melantik Lembaga Pengarah
 Membentangkan laporan tahunan

Melaksanakan aktiviti operasi bahagian


o Operasi pengeluaran
o Menentukan kuantiti pengeluaran/pembelian berdasarkan ramalan jualan.
o Menyediakan jadual kerja
o Mendapatkan bahan mentah/barang siap
o Melaksanakan proses pengeluaran/memecahkan pukal
o Menyimpan dan mengurus stok bahan mentah dan barang siap
o Melakukan kawalan kualiti barangan perkhidmatan

Operasi pemasaran
 Penentuan jenama
 Pembungkusan dan pelabelan
 Penentuan harga
 Pelaksanaan aktiviti promosi yang telah dirancang
 Melakukan aktiviti pengedaran dan penjualan
 Memberi perkhidmatan pelanggan

Operasi kewangan
 Akaun bank syarikat
 -pengurus kewangan membuka akaun bank untuk keselamatan dan
kemudahan urus niaga
 -antara jenis akaun yang boleh dibuka:
o Akaun Simpanan Bersama
o Akaun Semasa
o Akaun Simpanan Sekolah
 Menyediakan dokumen-dokumen urus niaga yang berkaitan seperti:
 Invois
 Resit
 Baucar Pembayaran
 Menerima dan membuat pembayaran tunai
 Merekod urus niaga dalam buku tunai, buku penghutang, dan buku
pemiutang

Operasi pentadbiran
 Merekodkan kedatangan kakitangan bertugas
 Menyiapkan lembaran gaji para pekerja dan elaun pengarah berdasarkan
kadar:
 Gaji
o Pengarah Urusan
o Pengurus Eksekutif
o Pekerja
 Elaun
o Mesyuarat Lembaga Pengarah
 Bonus

21
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

o Pembayaran bonus kepada semua pemegang saham boleh


dipertimbangkan pada akhir tahun, jika ada.

Memanggil mesyuarat
 Menghantar notis dan minit mesyuarat syarikat selewat-lewatnya
tujuh hari sebelum mesyuarat di adakan.
 Mencatat dan menyimpan minit mesyuarat
 Menyimpan rekod-rekod tentang kakitangan dan ahli syarikat
 Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat
 Mengingatkan ahli-ahli yang selalu tidak hadir
 Menyelaras proses pelantikan pekerja

Penilaian Prestasi
 Penilaian prestasi bertujuan mengukur keberkesanan operasi syarikat.
 Penilaian ini terdiri daripada tugas-tugas berikut:
 Menyediakan laporan bulanan
 Menyediakan Penyata Pendapatan
 Menyediakan Kunci Kira-Kira
 Mengemukakan akaun-akaun kepada auditor
 Menyiapkan laporan tahunan

22
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

ASAS-ASAS PEMASARAN

PRODUK

Produk adalah apa-apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pengguna sama ada untuk dimiliki,
digunakan atau untuk tujuan menarik perhatian pengguna. Oleh itu produk boleh didapati dalam bentuk
barangan fizikal, servis, tempat, orang, idea, ataupun organisasi.
Contoh:
 Barangan fizikal : kasut, baju, cenderamata, penanda buku dll
 Servis : gunting rambut, fotostat, cuci kereta, agensi pelancongan, fotografi, tayangan video
dll.
Bagi membezakan produk yang dihasilkan, usahawan perlu mewujudkan strategi penjenamaan untuk
produknya. Contoh usahawan perlu memikirkan tentang nama jenama, logo, simbol, pembungkusan
dan label bagi memudahkan pengguna untuk mengenal pasti dan membezakan produk usahawan
daripada produk-produk saingan lain yang ada dalam pasaran.
Penjenamaan
 Setiap produk yang dihasilkan perlu diberikan identiti agar dapat membezakan produk
tersebut daripada produk-produk lain yang berada di pasaran. Selain daripada itu ia
juga dapat memudahkan dan menggalakkan pembelian berulang oleh pembeli.
 Pemberian identiti ini dikaitkan dengan usaha (proses) penjenamaan
 Penjenamaan melibatkan penentuan nama jenama, pemilihan simbol, logo reka
bentuk pembungkusan dan juga lagu (iklan).
Contoh:
 Nama jenama : NIKE, BATA, PROTON dll
 Logo simbol: gambar epal bagi produk Apple Computer
 Pembungkusan : bersegi tiga coklat Toblerone
 Setiap elemen jenama ini boleh dilindungi oleh undang-undang hak cipta (copyright),
paten dan tanda dagang (trademark).

Pembungkusan
 Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk konsep, saiz, bentuk, bahan-bahan,
warna, perkataan dan tanda nama.
 Ia dilaksanakan bagi membezakan produk dan juga supaya kelihatan cantik dan dapat
menarik minat pembeli.
 Manakala label pula merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang digunakan
bagi membezakan produk, mutu, penjelasan maklumat produk dan usaha promosi.

HARGA
Usahawan tidak akan dapat memasarkan produknya sekiranya beliau tidak menentukan nilai
jualan produk tersebut. Nilai yang ditentukan untuk memasarkan produk merupakan harga
produk.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penetapan harga produk:
Faktor dalaman:
 Objektif pemasaran syarikat - menghasilkan produk yang berkualiti dan
keuntungan oleh itu harga yang ditetapkan tinggi berbanding pesaing.
 Strategi pemasaran – bagi menembusi pasaran baru, maka harga yang
diletakkan adalah rendah.

Faktor luaran:
 Jenis pasaran dan permintaan
 Keadaan persaingan
 Strategi harga pesaing

23
Buku panduan amalan keusahawanan MRSM

 Keadaan ekonomi semasa

PROMOSI PEMASARAN
Promosi mampu menarik perhatian pengguna untuk membeli sesuatu jenama:
Iklan
Pengiklanan untuk barangan dan perkhidmatan boleh dibuat menerusi pelbagai cara:
o Surat khabar dan majalah
o Risalah dan katalog
o Papan tanda
o Kad perniagaan
o Kain rentang

Galakan jualan
Usaha galakan jualan adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah jualan pada suatu jangka
masa tertentu contohnya:
o Jualan murah sempena pembukaan rasmi syarikat
o Potongan harga atau kupon
o Penawaran hadiah
o Beli satu dapat satu percuma
o Cabutan bertuah
o Jualan murah
o Jualan penghabisan stok

Jualan langsung
 Dibuat oleh wakil jualan sama ada dari rumah ke rumah atau pejabat.

Pengumuman atau publisiti


Promosi sebegini boleh dibuat melalui:
 Liputan akhbar, radio, tv dll
 Pameran ekspo, konvensyen, seminar, kursus dll

PENGEDARAN
 Usahawan perlu memikirkan tentang pengedaran produk iaitu tempat produk akan
dipasarkan, tempat simpanan, dan cara pengedaran.
 Seseorang usahawan perlu bijak mengendalikan pengedaran dengan menggunakan
pengangkutan yang sesuai supaya produk terbabit sampai tepat pada masa
permintaan, tempat permintaan, tidak rosak dan melibatkan kos yang munasabah.
 Kegagalan menguruskan sistem pengedaran dengan berkesan akan menyebabkan
organisasi kehilangan jualan, mengurangkan keuntungan dan menjejaskan nama baik
organisasi.

KAJIAN PASARAN
 Kajian pasaran ialah proses ialah proses pengumpulan data dan maklumat berhubung
pasaran daripada kalangan pengguna dan juga bakal pengguna atau pembeli.
 Tujuan kajian pasaran dilakukan adalah untuk memahami ciri-ciri dan gelagat pasaran
dan merangka strategi pemasaran yang bersesuaian

24

Anda mungkin juga menyukai