Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN A : PENULISAN ESEI I (25%)

Mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah wujud dengan matlamat untuk
melahirkan murid yang lengkap dengan keterampilan berbahasa dan mampu berkomunikasi
untuk pembelajaran hidup dan perhubungan sosial, serta menghargai dan menghayati
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Oleh
itu, guru Bahasa Melayu seharusnya memahami dengan jelas pendekatan, teknik dan
kaedah pengajaran kemahiran berbahasa,tatabahasa dan seni bahasa berdasarkan
kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.

Objektif tugasan ini ialah untuk menghuraikan dengan jelas konsep kemahiran berbahasa
dan seterusnya dapat membina rancangan pengajaran serta bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan kemahiran berbahasa yang ingin diajarkan. Selain itu tugasan ini akan
membincangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan salah
satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membaca.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu dijadikan sebagai
petunjuk kepada guru dalam merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai
berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Secara
umumnya, pendekatan modular membahagikan kemahiran kepada unit-unit kecil yang
meliputi empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mambaca dan
menulis. Kemahiran tersebut disokong oleh modul seni bahasa dan tatabahasa bagi
memperkukuhkah keterampilan berbahasa murid. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)

Modul seni bahasa berfokuskan kepada keindahan, kehalusan serta kebahasaan dalam
menginteprestasikan bahasa Melayu untuk memastikan penguasaan murid-murid. (Faridah
Nazir et al., 2018) Selanjutnya, modul tersebut menekankan pembelajaran didik hibur bagi
menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui modul ini, murid dapat
mencipta dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis
melalui teknik yang menyeronokkan. (Shamsudin Othman, 2014) Secara umumnya,
Standard Kandungan modul seni bahasa mengutamakan aktiviti nyanyian iaitu 4.1
menyebut dan memahami perkataan seni dalam lagu menerusi persembahan nyanyian dan
gerak laku. (rujuk Lampiran Jadual 1)

Secara amnya, Standard Pembelajaran 4.1.2 Tahun 2 iaitu telah dipilih untuk
membuktikan pengukuhan kecekapan kemahiran bahasa. Aizenmen (2013) berpendapat
bahawa kemahiran mendengar murid dapat dipertingkatkan melalui aktiviti nyanyian.
Misalnya, apabila murid mendengar lagu “Burung Kakak Tua”, secara tidak langsung dia
akan menumpukan dari segi pendengaran terhadap lirik lagu. (Benn Beckham, 2014)

1
Seterusnya, pembacaan lirik lagu secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang tepat
dapat mengukuhkan kecekapan kemahiran membaca. (Colwel, 1994) Kemudian, murid
menyanyikan lagu melalui irama sambil melakukan pergerakan “burung sedang terbang”.
Seterusnya, murid dikehendaki menulis mesej yang disampaikan oleh lirik lagu bagi
meluaskan perkembangan kosa kata supaya dapat digunakan dalam penulisan yang dapat
memperkukuh kemahiran menulis. Melalui aktiviti ini, murid dapat mencapai objektif yang
ditetapkan iaitu memahami dan menjelaskan makna perkataan dalam lirik lagu “Burung
Kakak Tua” melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur serta membuktikan bahawa
modul seni bahasa melalui nyanyian mampu mengukuhkan kecekapan kemahiran
mendengar, membaca, dan menulis murid-murid.

Selain itu, Standard Kandungan Modul Seni Bahasa yang seterusnya iaitu 4.4 Melafazkan
dan memahami puisi dengan intonasi yang betul serta penggunaan bahasa indah secara
didik hibur yang menekankan terhadap aspek puisi moden dan tradisional. (rujuk Lampiran
Jadual 2) Tidak dapat dinafikan bahawa puisi dapat meningkatkan kecekapan kemahiran
bahasa murid. Ini dapat dibuktikan melalui perancangan aktiviti yang dijalankan oleh murid
Tahun 4 iaitu aktiviti mendeklamasikan sajak. Standard Pembelajaran yang dipilih adalah
4.4.1 memahami makna sajak serta mendeklamasinya dengan sebutan dan intonasi yang
tepat dan jelas secara didik hibur. Pada mulanya, murid-murid diminta untuk membaca teks
sajak “Ingat Pesan” secara mentalis untuk memperkukuh kecekapan kemahiran membaca.
Menurut Daing Noor Ashikin Bahnan (2017), sajak dapat menyerlah kosa kata baharu yang
dipelajari serta membantu dalam kecekapan kemahiran mambaca. Kemudian, murid
mendengar penerangan guru terhadap makna sajak dengan teliti (kemahiran mendengar)
untuk memahami makna sajak.

Seterusnya, murid aktif menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru yang dapat
mewujudkan kemahiran bertutur secara berkesan iaitu kebolehan murid untuk
mengemukakan idea dan pendapat dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Fatimah,
2010) Kemudian, murid mendeklamasikan sajak “Ingat Pesan” dengan sebutan dan intonasi
yang tepat dan jelas dengan bimbingan guru. Ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan
kecekapan kemahiran membaca murid. Dari segi kemahiran menulis pula, sajak mendorong
murid dalam menghasilkan idea yang kreatif ke dalam bentuk penulisan yang lebih mantap
dan berkualiti. Daing Noor Ashikin Bahnan (2017) berpendapat bahawa sajak dapat
memperkembangkan kemahiran menulis murid-murid menerusi penulisan rumusan dan
refleksi tentang mesej yang disampaikan. Tuntasnya, dapat dibuktikan bahawa modul seni
bahasa melalui aktiviti puisi mampu mengukuhkan kecekapan kemahiran bahasa.

2
Secara umumnya, modul tatabahasa menumpukan terhadap aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu yang memerlukan kefahaman dan penguasaan murid. Aspek ini
diterapkan melalui pengajaran yang terancang dengan gaya yang sesuai dan berkesan agar
murid dapat memahami dan menguasai tatabahasa dengan tepat dan betul secara lisan
atau tulisan dalam pelbagai konteks. Modul Tatabahasa berperanan penting dalam
mengukuhkan berbahasa dalam kalangan murid. Secara amnya, Standard Kandungan
Modul Tatabahasa yang pertama menumpukan terhadap aspek golongan kata iaitu iaitu 5.1
Memahami dan menggunakan golongan kata dengan tepat berasaskan konteks. (rujuk
Lampiran Jadual 3)

Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa modul seni bahasa dan modul tatabahasa
menyokong kepada tiga modul bagi mengukuhkan kecekapan mendengar, bertutur,
membaca dan menulis murid. Standard Kurikulum Bahasa Melayu dibentuk menggunakan
pendekatan modular bagi memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang mantap.
Secara umumnya, pendidikan di Malaysia merupakan usaha berterusan untuk
memantapkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepada bagi melahirkan
insan yang seimbang, harmonis serta menyumbang terhadap kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. (Stephanie Unsil, 2013)

3
RUJUKAN

Abdul Lattif Bin Poli. (2009). Kesan Penggunaan Muzik Popular Terhadap Pencapaian
Kemahiran Mendengar Pelajar Dalam Pembelajaran Melodi. Diakses daripada

https://www.yumpu.com/id/document/read/29635675/kesan-penggunaan-muzik-popular-
terhadap-pencapaian-kemahiran-mendengar-pelajar-dalam-pembelajaran-melodi

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, Sufiza Ishak. (2013). Interaksi Lisan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 3(1) :42-51. Diakses daripada

https://www.slideshare.net/azualhamdan/rph-kssr-thn-2-tatabahasa

Benn Beckman. (1 Januari 2014). RPH Seni Bahasa Tahun 3. Diakses daripada

https://www.scribd.com/doc/194957070/RPH-Seni-Bahasa-TAHUN-3

Dahlia Abdullah. (12 November 2018). Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Diakses daripada

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Didik-hibur.pdf

Faridah Nazir, Faridah Shamsudin, Amran Bakar. (2018). Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi Sdn. Bhd.

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,
Hartini Kana, Sunizah Ali. (2015). Seni Dalam Pendidikan. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai