Anda di halaman 1dari 2

Hari: Khamis.

Tarikh: 29 disember 2022.

Masa: 10.30 pagi - 11.00 pagi.

Umur: 2 tahun.

Bil Kanak-kanak: 5 orang.

Tema: Lego

Tajuk: Main dan Kemas.

Ruang Aktiviti : Kelas

Senarai Bahan/Alat: Mainan lego, Bekas simpan mainan lego

Bidang Pembelajaran Fokus: Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.

Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah boleh memegang objek dengan baik.

Hasil pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1.Menyimpan mainan lego di dalam bekas yang disediakan selepas bermain.

2.Bermain mainan lego yang sama dalam kumpulan secara berkongsi dan tidak berebut.

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.

2. Pendidik berbual dan bermesra dengan kanak-kanak.

3.Pendidik membawa mainan lego dan memberi kanak-kanak bermain.

4. Pendidik memantau dan membimbing kanak-kanak sepanjang mereka bermain mainan lego
supaya tidak berebut dan berkongsi

5. Setelah hampir waktu rutin makan tengah hari, pendidik meminta kanak-kanak mengemas
mainan lego dengan meminta mereka meletakkan semua lego ke dalam bekas yang disediakan.

6. Pendidik meminta kanak-kanak bersama-sama mengangkat dan menghantar bekas tersebut ke


tempat asal.

7. Pendidik memastikan pergerakan kanak-kanak dalam keadaan selamat.

8. Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak.

9. Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak baik sebelum memulakan aktiviti.

10. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti ialah selamat,
bersih dan sesuai dengan kanak-kanak.

11. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.


12. Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan selamat semasa menjalankan
aktiviti dengan kanak-kanak.

Refleksi:

1. Penilaian: Kanak-kanak dapat bermain lego

2. Kekuatan: Kanak-kanak dapat menjalakan aktiviti dengan baik.

3. Kelemahan:

4. Cadangan

Anda mungkin juga menyukai