Anda di halaman 1dari 22

Tajuk: Manhaj

Akidah Di Sisi
al-Qaradhawi
Mohd Faizul bin Azmi
Kitab-kitab al-Qaradhawi Dalam Akidah
Antara karya-karya Sheikh yang menfokuskan kepada bidang akidah adalah seperti berikut:

• Al-Iman wa al-Hayah

• Wujud Allah

• Haqiqah al-Tawhid

• al-Iman bi al-Qadr

• al-Syafa’ah

• Mawqif al-Islam Min al-Ilham wa al-Kasfh wa al-Ru’ya

• Fusul fi al-Akidah Bayna al-Salaf wa al-Khalaf

20XX Contoso business plan 2


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Pertama:

Berpegang kepada manhaj ahli sunnah waljamaah, tidak terkeluar


daripada kerangka ahli sunnah waljamaah dan menggantikan dengan
aliran lain.

20XX Contoso business plan 3


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Kedua:
Merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah dan bersandarkan kepada kedua-duanya,
dan berlegar antara dua sumber utama ini, al-Qardhawi berpendapat bahawa kaedah
dan khitab kepada akal oleh al-Quran adalah istidlal paling kuat, paling bermanfaat,
dan bersesuaian serta mudah difahami sama ada kepada orang awam ataupun khusus,
malah kajian-kajian sains moden selari dengan al-Quran membawa kepada akal untuk
beriman.

20XX Contoso business plan 4


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Ketiga:
Sheikh berpegang bahawa akal adalah ciptaan Allah, manakala syariah adalah wahyu
Allah, maka tidak ada pertembungan antara perkara yang diciptakan dengan perkara
yang disyarakkan oleh Allah SWT. Tidak ada pertembungan antara akal sarih dengan
naqal sahih, tidak tepat jika berasingan antara satu sama lain, kerana akal adalah alat

untuk memahami naqal, naqal ada tempat akal berfungsi.

20XX Contoso business plan 5


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Keempat:
Al-Qaradhawi menggalakkan pengajaran akidah mestilah merangkumi akal dan ruh,
khitab akal adalah bertujuan untuk menghilangkan keraguan dan waham manakala
khitab ruh adalah untuk tidak menjadikan ilmu akidah sebagai ilmu berdebat (jadal)
semata-mata, iman melalui berdebat tidak menggerakkan jiwa, penghayatan dan
makna keimanan.

20XX Contoso business plan 6


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI
Kelima:
Shaykh menegaskan bahawa ilmu akidah mestilah menjadi ejen penyatuan ummah,
dan bukanlah pedang yang memutuskan dan memecahbelahkan umat, dalam pada
itu, sheikh juga melarang bermudah-mudah dalam takfir, tidak mengkafir seseorang
kecuali apabila telah sabit dengan yakin kekafirannya, dan sheikh menegaskan
bahawa asal seseorang yang mengucap dua kalimah shahadah adalah muslim, maka
perlu untuk kita bersangka baik dengan muslim dan meletakkan seseorang itu pada
kebaikan. Manakala kekufuran orang bukan islam atas mana-mana agama mereka
tidak ada perbezaan antara ahli kitab, namun ahli kitab adalah golongan yang hampir
dengan kita daripada golongan atheis.

20XX Contoso business plan 7


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Keenam:
Mementingkan taqrir usul akidah dan mengukuhkannya beserta dengan furu’ masail
akidah dengan sewajarnya tanpa sebarang mubalaghah, malah ini juga adalah manhaj
sheikh dalam semua bidang ilmu, iaitu dengan mementingkan usul sebelum furu’, al-
kulliyyat sebelum al-juz’iyyat.

20XX Contoso business plan 8


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Ketujuh:
Shaykh al-Qaradhawi dikenali sebagai seorang yang kuat pegangan dalam berpegang
dengan akidah Islam. Beliau adalah gunung yang kukuh, tidak mudah mengalah dan
bermuka-muka dalam hal yang berkaitan dengan akidah.

20XX Contoso business plan 9


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Kelapan:
Berusaha menutup pintu kefasadan dalam akidah, dan menutup ruang-ruang syubhat,
maka Shaykh cenderung kepada mencegah ataupun menggesa supaya meninggalkan
perkara yang membawa seseorang menjadi pelampau atau ektrimis.

20XX Contoso business plan 10


METODE AKIDAH SHAYKH AL-QARADHAWI

Kesembilan:
Berusaha dalam menyatukan umat Islam, disini sheikh menyatakan bahawa khianah
terhadap umat boleh berlaku apabila kita tengelam dalam perdebatan dalam perkara
furu, dan cabang akidah dan fikh, yang mana telah berlaku perselisihan dalam
kalangan umat terdahulu, tidak ada keperluan untuk menjadikan kita bersepakat
dalam perkara tersebut pada masa ini. Hal ini akan menyebabkan kita melupakan
masalah-masalah, kesusahan,dan musibah yang menimpa masyarakat, dan boleh jadi
kita adalah penyebab dan penyumbang berlakunya isu tersebut.

20XX Contoso business plan 11


SIAPAKAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH MENURUT AL-QARADHAWI

Menurut al-Qaradhawi Ahli Sunnah Waljamaah adalah Ahli hadith, al-Ash’airah dan al-Maturidiyyah.

v Perubahan pada sebahagian kaedah muta’khirin daripada mutaqadimin tidak mengeluarkan


mereka daripada ahli sunnah waljamaah, seperti berlaku perubahan dalam fikh dan usul, tafsir,
kerana perubahan tersebut adalah berdasarkan kepada keperluan dan tuntutan zaman. Semua
bidang ilmu bermula dengan ringkas kemudian menjadi tersusun dan rumit, dan seterusnya
dikembangkan dan diperincikan dan menjadi semakin luas.

v Tidak menjadi pelik apabila manhaj salaf berbeza dengan manhaj salaf, kerana perubahan
tersebut adalah disebabkan keperluan agama Islam dalam mendepani pelbagai kaum dan bangsa
ke dalam agama Islam, percampuran umat Islam dengan pelbagai agama dan kepercayaan,
penterjemahan karya-karya falsafah Yunani.

20XX Contoso business plan 12


KEDUDUKAN IMAN DAN AKIDAH MENURUT AL-QARADHAWI

-Iman menurut al-Qaradhawi adalah perkara utama dalam kehidupan manusia

-Iman juga adalah penggerak dan benteng yang kepada membawa kepada pengorbanan, kecintaan
dan persaudaraan.

-Menurut Sheikh al-Qaradhawi tidak dipertikaikan bahawa iman, ibadat, taqwa dan mujahadahh
nafs mempunyai kesan kepada menghidupkan akal, petunjuk kepada hati, pertolongan dalam
mencari kebenaran, mengeluarkan daripada kesempitan keraguan kepada keluasan yang jelas,
membawa dari syak kepada yakin.

-Iman menurut al-Qaradhawi juga memelihara jiwa daripada khurafat, was-was syaitan.

-Iman yang bukan hanya perdebatan mantik, bukan peristiwa sejarah bahkan iman yang
menghidupkan dan mengaktifkan

-Iman adalah asas peribadi dan karakter kita, rahsia kekuatan, rahsia kemulian kita pada masa lalu
dan pemangkin kepada kebangkitan pada masa akan depan.
20XX Contoso business plan 13
CIRI-CIRI AKIDAH ISLAM MENURUT AL-QARADHAWI

-Satu akidah yang jelas, dibuktikan bahawa disebalik ciptaan alam yang hebat ini
ada tuhan yang esa yang mencipta, dan mengaturnya
-Akidah yang selari dengan fitrah dan bersesuaian dengannya
-Akidah yang tetap dan kukuh tidak menerima penambahan dan pengurangan,
tidak ada penyelewangan dan penukaran, tidak ada haq untuk seseorang untuk
mengubah dan menukar
-Akidah yang berdiri diatas bukti yang jelas, hujah yang kuat, tidak berdiri diatas
emosi, dan khitabi
-Akidah yang menyelesaikan persoalan-persoalan besar manusia, memberikan
penjelasan kepada manusia mengenai rahsia kehidupan, kematian dan menjawab
soalan-soalan besar manusia, daripada mana kita datang, kepada mana kita akan
pergi, dan kenapa kita wujud.
20XX Contoso business plan 14
KEWUJUDAN ALLAH SWT
Menurut al-Qaradhawi kewujudan Allah SWT adalah hakikat terbesar bagi kewujudan,
dalil kewujudan Allah adalah tidak terkira, setiap ciptaan (makhluk) adalah dalil
kewujudan penciptanya, setiap fenomena yang hebat, bijaksana adalah menunjukkan
Allah SWT bersifat dengan ilmu, qudrat dll.

-Shaykh tidak terlalu bergantung kepada dalil-dalil kalam yang dipelopari oleh cerdik
pandai, tetapi sukar bagi awam, namun sheikh bergantung kepada al-Quran iaitu
mendorong akal untuk melihat al-kawn yang menunjukkan kepada kewujudan Allah
SWT

-Akidah dalam islam tidak seperti mana akidah dalam agama-agama lain yang
menjadikan akidah perkara yang luar daripada akal dan boleh difikirkan, mesti
diterima secara bulat-bulat walaupun bercanggah dengan akal, tidak disandarkan
kepada bukti.

20XX Contoso business plan 15


KESEMPURNAAN ALLAH SWT
• Menurut shaykh tidak terdapaat khilaf dalam kalangan umat islam mengenai usul
al-tanzih, tetapi berlaku khilaf pada perkara lain “mereka tidak berselisih pendapat
bahawa Allah SWT bersifat dengan segala kesempurnaan yang layak bagi zatnya,
dan bahawasanya Allah suci daripada sebarang kekurangan yang tidak layak bagi
kemulian dan keagungan Allah SWT, serta Allah suci daripada sebarang bentuk
persamaan dengan ciptannya. (Fusul Fi al-Akidah)

• Sheikh mentarjih pandangan salaf mengenai zat Allah SWT iaitu dengan
mentafwidhkan dan tidak mendalaminya golongan salaf mereka mengisbatkan
tanpa kayf dan ada daripada kalangan mereka yang mentakwilkan.

20XX Contoso business plan 16


SIFAT ALLAH SWT
§ Shaykh mengelak daripada membicara perkara ini dalam kebanyakkan kitab-kitabnya, ini
kerana selari dengan manhaj yang diikuti iaitu menekankan aspek al-kulliyat, mengutamakan
perkara usul, memberi penekanan kepada perkara-perkara yang disepakati, menjauhkan
daripada berlakunya pertelingkahan. Namun pada masa yang sama sheikh menyedari
bahawa perkara ini masih lagi menjadi titik perselihan pada hari ini seperti mana telah
berlaku pada masa dahulu.

§ Sheikh menjelaskan bahawa terdapat tiga mazhab utama dalam isu sifat iaitu al-tafwidh,
tafsir dengan zahir dan takwil, syeikh mentarjihkan mazhab tafwidh kerana mazhab ini lebih
dekat dengan salaf:

§ Golongan salaf dalam isu sifat mereka lebih banyak mendiamkan diri, mereka mengelak
daripada berbicara mengenainya ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan ayat-ayat sifat.

§ manakala pendirian takwil dinisbahkan kepada golongan khalaf

20XX Contoso business plan 17


MANHAJ TAFWIDH
Antara sebab sheikh cenderung kepada tafwidh (16):

§ Akal manusia terhad untuk mengetahui hakikat sifat Allah SWT seperti mana akal tidak
mampu untuk mengetahui hakikat zat Allah SWT, antara perkara mustahil adalah makluk
mengetahui zat pencipta (Khaliq),

§ apabila kita mengambil pendirian takwil, kita memalingkan nusus daripada zahirnya kepada
makna yang kita fikirkan dengan akal kita yang layak bagi Allah SWT, maka kita telah
menisbahkan sesuatu sifat-sifat yang tidak diberitahu malah menafikan sifat-sifat yang tidak
diberitahu penafiannya,

§ golongan salaf mereka takut untuk membuka pintu takwil, menghalang daripada masuknya
unsur zindiq, ateis dan musuh Islam yang hendak meruntuhkan Islam daripada dalam,
seperti mana Batiniyyah, dan golongan ahli falsafah, ahli tasawuf yang sesat, serta golongan
ekstrem dalam mazhab dan aliran,dalam memesongkan ayat al-Quran daripada madlul
zahirnya.

20XX Contoso business plan 18


MANHAJ TAFWIDH
Antara sebab sheikh cenderung kepada tafwidh (16):

Ø Mazhab salaf adalah mazhab yang lebih selamat (aslam) secara ijmak, kerana
mazhab ini mengisbatkan apa yang diisbatkan oleh Allah, menafikan apa yang
dinafikan dalam kitab dan lidah rasul beserta dengan menafikan al-takyif dan al-
tashbih daripada Allah SWT.

Ø Dalam akidah adalah terlebih utama berpegang kepada mazhab salaf kerana telah
disepakati oleh sebahagian ulama

Ø Terdapat ulama khalaf yang telah Kembali berpegang kepada mazhab salaf

20XX Contoso business plan 19


KESIMPULA
Kitab
Wujud
Allah
N Dalil
Dalil Khalq
Sejarah

Syaikh
adalah
Dalil Dalil
imam yang
Wahyu cenderung Taswiyyah
kepada

Dalil Dalil
Akhlak Taqdir

Dalil
Hidayah

20XX Contoso business plan 20


HIJAB ANTARA MANUSIA DAN TUHAN

Sekiranya dalil kewujudan Allah SWT adalah jelas dan banyak, mengapakan masih terdapaat
manusia yang masih mengengkari kewujudan Allah dan tidak beriman?

Hal ini kerana terdapat halangan diantara manusia dengan mengenal Allah, hijab ini adalah
disebabkan oleh usaha manusia:

1- Hanya terhad kepada pancaindera

Keadaan ini seperti mana akal kanak-kanak kecil yang hanya terhad kepada perkara yang boleh
dicapai melalui pancaindera, mereka bertanya sekiranya Allah wujud nescaya kita akan melihatnya ,
bahkan manusia boleh mengetahui melalui jalan al-badahah dan fitrah, serta akal dan pemikiran.

2- Lalai (ghaflah)

Kelalaian yang melumpuhkan akal mereka, kehidupan sekadar memenuhi perut dan shahwat

3- Taqlid

4- Mukabarah (in denial)


20XX Contoso business plan 21
TERIMA
KASIH

20XX Contoso business plan 22

Anda mungkin juga menyukai