Anda di halaman 1dari 3

Dikeluarkan Oleh :

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH


ARAS 3, BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH & JABATAN MUFTI
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
BANDAR MUADZAM SHAH ANAK BUKIT
06550 ALOR SETAR KEDAH

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

Tarikh : 8 November 2022 / 13 Rabiulakhir 1444 ( Selasa )


Masa : 6.54 Petang hingga 7.41 Malam

Hukumnya : Sunat Muakkad atau sunnah yang digalakkan sebagaimana


difahami daripada hadith yang diriwayatkkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda daripada tanda-tanda
(kebesaran) Allah, tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang
dan tidak pula pada kelahirannya.

KAIFIAT / CARA MENUNAIKAN SOLAT GERHANA BULAN

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat Imam / Makmum
kerana Allah Taala.”

A. Rakaat Pertama

 Takbiratul Ihram.
 Membaca doa iftitah.
 Membaca Ta’awudz.
 Membaca surah al-Fatihah.
 Membaca surah mengikut pilihan Imam.
 Ruku’ dan membaca tasbih. .
 Berdiri kembali serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah
mengikut pilihan Imam.
 Ruku’ dengan membaca tasbih.

 Iktidal.

 Sujud dan membaca tasbih.

 Duduk antara dua sujud.

 Sujud kedua dan membaca tasbih

B. Berdiri rakaat kedua.

 Membaca surah al-Fatihah.


 Membaca surah mengikut pilihan Imam.
 Ruku’ dan membaca tasbih.
 Berdiri kembali serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah
mengikut pilihan Imam.
 Ruku’ dengan membaca tasbih.

 Iktidal.

 Sujud dan membaca tasbih.

 Duduk antara dua sujud.


 Sujud kedua dan membaca tasbih.
 Membaca tasyahud akhir.
 Memberi salam.

PERKARA SUNAT DALAM MELAKUKAN SOLAT GERHANA

 Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan:


 Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat
sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana
matahari.
 Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
 Khutbah : Disunatkan membaca dua khutbah sebagaimana khutbah
jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Intipati Khutbah Gerhana di
dalamnya menyentuh permasalahan taubat, melakukan kebaikan dan
juga memberi amaran kepada umat manusia menjauhkan diri
daripada alpa dan leka kepada Allah SWT. Selain itu perlu disentuh
bab keperluan infaq dan memberi sedekah.

Anda mungkin juga menyukai