Anda di halaman 1dari 51

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

NOTA TARGET ULANGAN SEJARAH SEMESTER 2

 Nota ini berdasarkan nota stpm semester 2


 Nota ini hanyalah isi-isi penting sahaja
 Diutamakan penggunaanya dalam rujukan semasa menghafal
 Disyorkan melihat nota lengkap stpm untuk rujukan sampingan

TEMA 1
TAJUK:KONSEP DAN CIRI-CIRI UMMAH ZAMAN NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN -Perkataan Ummah Bermaksud Seluruh Warga Madinah Iaitu


Masyarakat Islam Daripada Golongan Muhajirin Dan Golongan
Ansar Serta Masyarakat Bukan Islam.
-Konsep Ummah Dalam Konteks Piagam Madinah Ialah
Masyarakat Yang Mematuhi Undang-Undang Negara
ISI 1 ISI PENTING; - UMMAH YANG BERILMU
Huraian;
> Islam Meletakkan Ilmu Sebagai Asas Keimanan Dan Ibadah
> Nabi Muhammad Saw Menerapkan Kepentingan Berilmu Sejak
Permulaan Dakwah
Contoh;
Menjadikan Rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam Sebagai Markas
Untuk Menyampaikan Ilmu Dan Akidah Islam

> Mengutuskan Mus`Ab Bin Umair Untuk Menjadi Guru Al-Quran


Kepada Penduduk Madinah Selepas Perjanjian Aqabah PERTAMA

ISI 2 ISI PENTING;UMMAH WASATIYYAH


Huraian;
Ummah Yang Mengamalkan Kesederhanaan Dalam Semua
Perkara Yang Berlandaskan Kehidupan

Bersikap Sederhana Dalam Menjalani Aktiviti Kehidupan Dari


Aspek Politik, Ekonomi Dan Sosia
Contoh;
Nabi Muhammad Saw Melarang Seorang Sahabat Baginda Yang
Terlalu Gemar Membaca Al-Quran Sehingga Mengabaikan
Tanggungjawab Kepada Isteri Dan Kesihatan Diri

> Baginda Menasihatinya Dengan Menyatakan Bahawa Setiap


Sesuatu Ada Hak Yang Dipenuhi Iaitu Hak Kepada Allah, Hak
Kepada Isteri, Hak Kepada Tubuh Badan Dan SebagainYA

ISI 3 ISI PENTING; UMMAH YANG BERJIHAD


Huraian;
Nabi Muhammad Saw Mendidik Generasi Sahabat Agar Sanggup
Berkorban Untuk Mempertahankan Dan Mendaulatkan Islam
> Islam Merupakan Agama Keamanan Yang Menghormati Agama
LaiN
Contoh;Peperangan Badar, Uhud Dan Khandak
ISI 4 ISI PENTING; UMMAH UKHUWWAH
Huraian;

> Bermaksud Umat Islam Adalah Saling Bersaudara Antara Satu


Sama Lain
> Semangat Bersaudara Yang Sanggup Berkorban Jiwa, Tenaga
Dan Harta Untuk Saling Membela Dan Mempertahankan Antara
Satu Sama Lain
Contoh;

Golongan Wanita Bersatu Padu Melakukan Kerja Rumah Seperti


Memasak Dan Menguruskan Rumah Sementara Golongan Lelaki
Keluar Berjihad Semasa Peperangan Khandak

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN

PENDAHULUAN -Nabi Muhammad Saw Diputerakan Pada 12 Rabiulawal


-Berketurunan Quraisy Dan Dilantik Sebagai Nabi Ketika
-Berusia 40 Tahun
-Menerima Wahyu Yang Pertama Pada 601m
-Baginda Menjalankan Dakwah Secara Sulit Selama 3 Tahun
Dan Secara Terbuka Selama 10 Tahun Di Kota Makkah
ISI 1 ISI PENTING; KEPIMPINAN BAGINDA DAPAT DILIHAT
SEBAGAI PEMIMPIN MASYARAKAT
Huraian;

Pelbagai Langkah Yang Diambil Oleh Baginda Untuk


Menyatukan Semula Masyarakat Di Madinah Melalui Konsep
Penyatuan Ummah.

Baginda Juga Telah Mengeratkan Lagi Hubungan Dalam


Kalangan Masyarakat Islam Sendiri Menerusi Usaha Gigih
Mempersaudarakan Ansar Dan Muhajirin

Tambahan Lagi, Nabi Muhammad Telah Memperkenalkan


Piagam Madinah Yang Mementingkan Perpaduan Kaum
Ansar Dan Muhajirin
Contoh; . Puak Aus Dan Khazraj Telah Lama Bergaduh
Disebabkan Oleh Hasutan Orang Yahudi.

Selepas , Orang Ansar Dan Muhajirin Telah Bersatu Iaitu


Kaum Ansar Membantu Kaum Muhajirin Dengan Memberi
Tempat Tinggal, Harta Dan Sebagainya.

ISI 2 ISI PENTING; NABI MUHAMMAD JUGA MERUPAKAN


PEMIMPIN POLITIK
Huraian;
Baginda Telah Meletakkan Islam Sebagai Asas Dalam
Pemerintahan Baginda

Kebijaksanaan Baginda Terserlah Apabila Berjaya Menggubal


Satu Perlembagaan Negara Iaitu Piagam Madinah Dan
Seterusnya Membentuk Negara Islam Yang Pertama Di Dunia
Iaitu Madinah

Selain Itu, Konsep Musyawarah Melalui Majlis Syura Juga


Turut Diamalkan Untuk Nabi Berbincang Bersama Pemimpin
Lain
Contoh;

Para Sahabat Seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab,


Bersama Rasulullah Mentadbir Negara Dan Sentiasa Memberi
Idea Dalam Pentadbiran, Ekonomi, Ketenteraan

Diperingkat Antarabangsa Pula, Baginda Dianggap Diplomat


Yang Berjaya Kerana Menghantar Perwakilan Ke Habsyah,
Mesir Dan Parsi Seperti Amru Al-As Ke Syam

ISI 3 ISI PENTING; KEPIMPINAN BAGINDA TERSERLAH SEBAGAI


PERANCANG EKONOMI YANG BERJAYA.
Huraian;

Baginda Telah Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru


Berlandaskan Syariat Islam Menggantikan Dasar Ekonomi
Jahiliyah

Penipuan, Riba Dan Penindasan Dihapuskan Bagi Membentuk


Ekonomi Yang Adil

Malahan Penjualan Patung Berhala Turut Dihapuskan Kerana


Bercanggah Dengan Islam.

Pasar-Pasar Berdekatan Masjid Dan Tanah-Tanah Terbiar


Kembali Diusahakan
Contoh;
Telaga-Telaga Air Milik Orang Yahudi Yang Asalnya Dimiliki
Orang Islam Telah Dibeli Dan Dikuasai Semula

Tanah-Tanah Orang Islam Sebelum Ini Digadaikan Kepada


Yahudi Di Tebus Semula Dan Diusahakan

Baginda Turut Memperkenalkan Cukai Perniagaan Yang


Dikenali Sebagai Usyur

ISI 4 ISI PENTING; BAGINDA MERUPAKAN SEORANG PANGLIMA


TENTERA .
Huraian;
Baginda Menjadi Pemimpin Bagi 27 Ekspedisi Ketenteraan
Baginda Juga Telah Menerapkan Etika Peperangan Yang Mana
Tentera Islam Tidak Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dan
Wanita Kecuali Memberi Ancaman Kepada Islam Dan Tidak
Boleh Memusnahkan Harta Benda, Alam Sekitar.

Baginda Juga Telah Menyediakan Beberapa Latihan


Ketenteraan Seperti Kemahiran Memanah Dan Berkuda

Contoh;
Baginda Berjaya Merangka Strategi Ketenteraan Yang
Membawa Kejayaan Kepada Pasukan Islam Seperti Dalam
Perang Badar Walaupun Ketika Itu Tentera Islam Mempunyai
313 Orang Manakala Tentera Musyrikin Mekah 1000 Orang
STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN MASYARAKAT ISLAM MADINAH SEMASA ZAMAN
NABI MUHAMMAD

PENDAHULUAN Berpandukan Piagam Madinah , Rasulullah Saw Mengemudi Negara Dan


Meletakkan Asas-Asas Sebuah Ummah Yang Berdaulat

Negara Madinah Mempunyai Dua Golongan Besar Iaitu Arab (Ansar Dan
Muhajirin) Dan Yahudi (Bani Qunaiqah, Quraizah Dan Bani Nadir)

Golongan Ansar -Penduduk Asal Madinah Yang Terdiri Daripada Suku Aus Dan
Khazraj Manakala Golongan Muhajirin Merupakan Penduduk Asal Makkah Yang
Berhijrah Ke Madinah
ISI 1 ISI PENTING; NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI KETUA NEGARA
Huraian;
> Nabi Muhammad Memegang Pelbagai Jawatan Yang Tertinggi
> Jawatan Seperti Ketua Hakim, Ketua Agama, Ketua Panglima Perang Dan Ketua
Ekonomi > Sebagai Ketua Negara Baginda Telah Mewujudkan Piagam
Madinah(Sahifah Madinah)

Nabi Muhammad Mementingkan Konsep Kesamarataan


Pemerintahan Berpandukan Al-Quran Dan Assunnah

Contoh; Piagam Madinah Yang Telah Digubal


Digunakan Sebagai Garis Panduan Dalam Pemerintahan Dan Pentadbiran >
Terdapat 47 Fasal Yang Terbahagi Kepada Dua Iaitu 23 Fasal Bagi Orang Islam
Dan 24 Fasal Untuk Kafir

ISI 2 ISI PENTING; MASJID NABAWI SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN


Huraian;
Peranan Masjid : Tempat Beribadah, Pusat Perbincangan, Pusat Perniagaan Dan
Pusat Rujukan

> Nabi Muhammad Menerima Wakil-Wakil Dari Kerajaan Asing Di Masjid

> Dalam Masjid Tersebut, Terdapat Suatu Tempat Yang Dikenali Sebagai
Raudhah (Tempat Nabi Dan Para Sahabat Melakukan Ibadah)
>Merupakan Institusi Kerajaan Pertama Yang Dibina Oleh Nabi Muhammad
Sebaik Sahaja Tiba Di Madinah
Contoh; Contohnya, Semasa Zaman Pemerintahan Nabi, Terdapat Sebuah
Ruang Di Sudut Masjid Nabawi Yang Disediakan Untuk Memberikan Bantuan
Kepada Fakir Miskin Dan Muhajirin Yang Tidak Berkeluarga

ISI 3 ISI PENTING; MENUBUHKAN MAJLIS SYURA


Huraian;
Merupakan Badan Penasihat Tertinggi Yang Dianggotai Oleh Nabi Muhammad
Dan Sahabat Terkanan

> Merupakan Konsep Perbincangan Dan Rundingan Dalam Islam > Untuk
Menyatakan Pendapat Untuk Dibincangkan Bagi Membuat Sesuatu Keputusan
> Nabi Muhammad Bersama Dengan Para Sahabat Dan Ketua Kabilah
Mengadakan Rundingan Dan Perbincangan Mengenai Strategi Perang Di Majlis
Syura

Contoh; Baginda Mengadakan Musyawarah Dengan Para Sahabat Semasa


Menghadapi Tentera Musyrikin Makkah Tentang Cara-Cara Umat Islam
Menghadapi Dan Berhadapan Dengan Serangan Orang Quraisy

ISI 4 ISI PENTING; TERDAPATNYA PEGAWAI-PEGAWAI KHAS YANG DILANTIK


Huraian;

Melantik Pembantu Khulafa Rasulullah, Mushir, Khatib, Wakil Rasul, Pegawai


Tugasan Am Dan Pesuruhjaya > Pelantikan Pasukan Penasihat (Mushir) Seramai
14 Orang Sahabat Setia Nabi Muhammad Yang Bersedia Melaksanakan Perintah

> Setiausaha (Khatib), Menulis Perjanjian Rasmi Dengan Puak Yahudi, Dan
Nasrani Serta Penulisan Surat Itqa’ (Penganugerahan Tanah) Kepada Umum >

Contoh; Contoh Khatib, Shurahbil Bin Hasanah Al-Kindi, Yang Berperanan


Menyampaikan Khutbah Dan Menjadi Imam Semasa Ketiadaan Nabi Dan
Sahabat Utama.
ISI 5 ISI PENTING; KEWUJUDAN GOLONGAN TENTERA
Huraian;
Pembentukan Angkatan Tentera Islam Adalah Untuk Mempertahankan Kesucian
Agama Islam Daripada Ancaman Musuh Islam Terutamanya Daripada Kaum
Musyrikin. Pembentukan Angkatan Tentera Ini Membolehkan Umat Islam
Madinah Menghadapi Beberapa Siri Serangan Orang Musyrikin Makkah.
Contoh;

Perang Badar, Khandak Dan Uhud.

Ekspedisi Ketenteraan Pada Zaman Nabi Muhammad Saw Terbahagi Kepada


Dua, Iaitu. Ekspedisi Yang Disertai Oleh Nabi Muhammad Saw Yang Dipanggil
‘Ghazwah’. Ekspedisi Ketenteraan Yang Tidak Disertai Oleh Nabi Muhammad
Yang Dikenali Sebagai ‘Sariyah
NILAIKAN SUMBANGAN SAIDINA ABU BAKAR PADA ZAMAN KHALIFAH ARRASYIDIN

PENDAHULUAN Khalifah Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abu Quhafah al-Tamini
DIGELAR AS SIDDIQ (KERANA MEMBENARKAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ)

terkenal dengan sifat lemah-lembut, pemurah dan banyak mengorbankan harta


benda demi agama apabila umat Islam menghadapi permulauan kaun Quraisy
Makkah

Beliau melantik khalifah pertama kerajaan Islam Madinah pada tahun 11H dan
hanya memegang teraju pemerintahan negara selama dua tahun.

ISI 1 ISI PENTING; MENYELESAIKAN ISU BERKAITAN KEWAFATAN NABI


MUHAMMAD
Huraian;
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Telah Memainkan Peranan Penting Di Saat Umat
Islam Kehilangan Pemimpin Agung Iaitu Rasulullah Saw.

Khalifah Abu Bakar Berjaya Meyelesaikan Isu Berkaitan Kewafatan Nabi Sama Ada
Isu Keimanan Dan Isu Lokasi Pemakaman Jasad Rasulullah Saw.

Abu Bakar Telah Membaca Nas-Nas Al-Quran Dan Al-Hadis Untuk Menyelesaikan
Isu Ini.

Contoh;
Beliau Telah Membaca Petikan Surah Ali Imran Ayat 144

Isu Lokasi Pemakaman Dapat Diselesaikan Apabila Beliau Menyatakan Nabi Dan
Rasul Terdahulu Dimakamkan Di Tempat Mereka Wafat. Sehubungan Itu, Jasad
Nabi Disemadikan Di Madinah.

ISI 2 ISI PENTING; MENYELESAIKAN MASALAH GOLONGAN AL-RIDDAH


Huraian;
Khalifah Abu Bakar Berjaya Menyelesaikan Masalah Al-Riddah Melibatkan
Pelbagai Suku Arab, Termasuk Paling Berpengaruh Dari Suku Hanifah Di Yamamah
Iaitu Musailamah Al-Kazzab.

Setelah Usaha Diplomasi Gagal, Khalifah Abu Bakar Terpaksa Menggunakan


Kekerasan Dengan Membentuk 11 Pasukan Tentera Yang Akhirnya Berjaya
Menundukkan Golongan Nabi-Nabi Palsu, Golongan Yang Enggan Membayar
Zakat Dan Golongan Murtad.

Contoh;

Panglima Khalid Al-Walid Telah Dihantar Oleh Saidina Abu Bakar Ke Najd Untuk
Menghapuskan Gerakan Nabi Palsu Pimpinan Tulaihah Bin Khuwailid

Panglima Akramah Dan Syurabil Hasanah Berjaya Membunuh Musailamah Al-


Kazzab Yang Mengaku Nabi Manakala Panglima Al-Muhajir Berjaya Mengalahkan
Al-Aswad Al-Anasi Di Yaman Yang Mengaku Dirinya Nabi.
ISI 3 ISI PENTING; MENANGANI ANCAMAN MUSUH LUAR
HURAIAN;
SETELAH MENCAPAIKAN KEJAYAAN DALAM MENGHAPUSKAN GOLONGAN AL-
RIDDAH, KEPADA KHALIFAH ABU BAKAR MENGALIHKAN USAHANYA
MENGHADAPI ANCAMAN KUASA ROM DAN PARSI.

KEDUA-DUANYA KUASA BESAR INI MENJADI MUSUH ISLAM SECARA


BERTERUSAN SEJAK ZAMAN NABI.

KHALIFAH ABU BAKAR BERTINDAK MENGGERAKKAN SEMULA TENTERA YANG


DIBENTUK OLEH NABI SEBELUM KEWAFATAN BAGINDA.

CONTOH; TENTERA ISLAM PIMPINAN USAMAH BIN ZAID (WALAUPUN USIANYA


MUDA KETIKA ITU) BERJAYA MENGATASI ANCAMAN KUASA ROM (BYZANTINE) DI
UTARA TANAH ARAB.

ISI 4 ISI PENTING; MENGUMPUL AYAT-AYAT AL-QURAN


Huraian;
Ayat-Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Pada Zaman Nabi Dikumpulkan Dengan
Cara Ditulis Pada Kulit Kayu, Kulit Binatang, Dan Dihafal Oleh Para Sahabat.

Mengelakkan Ayat-Ayat Al-Quran Hilang Disebabkan Kerosakan Dan Kematian


Para Hafiz Al-Quran, Perang Al-Riddah Menyebabkan Ramai Hafiz Terkorban.

Khalifah Abu Bakar Ini Kemudiannya Menjadikan Asas Kepada Usaha Khalifah
Uthman Bin Affan Untuk Membukukan Al-Quran Yang Dikenali Sebagai Mushaf
Uthmani
Contoh;
Khalifah Abu Bakar Telah Mengarahkan Zaid Bin Thabit Untuk Mengumpulkan
Ayat-Ayat Al-Quran Tersebut Untuk Disimpan Sebagai Khazanah Negara.
ISI 5 ISI PENTING; MEMPERKUKUHKAN BIDANG KETENTERAAN DAN DASAR
PELUASAN KUASA
Huraian;

Khalifah Abu Bakar Melaksanakan Dasar Ketenteraan Dengan Melantik Khalid Al-
Walid Sebagai Panglima Agung Dan Menggerakkan Tentera Untuk Menghadapi
Ancaman Musuh Luar Negara, Khasnya Byzantine (Rom) Dan Parsi.

Beberapa Pasukan Tentera Telah Dibentuk Dengan Setiap Pasukan Dipimpin Oleh
Panglima-Panglima Handal Dan Berwibawa.

Contoh;
Panglima Khalid Al-Walid Dihantar Bagi Menawan Wilayah Di Sungai Furat Dan
Merancang Menyerang Wilayah Hirah Di Bawah Pimpinan Hurmuz, Kematian
Hurmuz Membolehkan Hirah Dikuasai Oleh Tentera Islam.
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATAB DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM MADINAH

PENDAHULUAN Nama sebenar beliau ialah Umar bin al Khattab bin Naufal daripada keturunan
Bani Adi.

Dlahirkan pada 584 M dan meninggal dunia pada 644M.

Beliau menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar dengan
persetujuan para sahabat

BELIAU MENJADI KHALIFAH SELAMA 10 TAHUN


ISI 1 ISI PENTING; MEMBAHAGIKAN PENTADBIRAN WILAYAH ISLAM
HURAIAN;

Wilayah islam dibahagikan kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai


yang bertugas, iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan.

Pegawai yang dilantik diperiksa harta dan keperibadiannya untuk mengelakkan


berlaku korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Setiap tahun, pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.

CONTOH;
KHALIFAH UMAR MELANTIK MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN, AMRU BIN AL-ASH,
MUGHIRAH BIN SYU’BAH DAN ZAID BIN SUMYAH.
ISI 2 ISI PENTING; Membentuk Majlis Syura
HURAIAN;
Tanggungjawab Majlis Syura ialah menentukan polisi negara yang berkaitan
dengan hubungan luar dan pemerintahan negara.

Majlis Syura membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.


Majlis Syura terbahagi kepada dua bahagian iaitu majlis Syura Tertinggi dan
Majlis Syura am.

KHALIFAH UMAR DAPAT MENGETAHUI SEMASA PERMASALAHAN YANG


BERLAKU DAN MEMBERI KEBEBASAN SEPENUHNYA KEPADA SEMUA ORANG
UNTUK MEMBERIKAN IDEA DAN MELONTARKAN PERMASALAHAN
CONTOH;
Majlis Syura Tertinggi YANG MEMBINCANGKAN dianggotai oleh Uthman bin
Affan, Abdul Rahman Auf, Ali Abi Talib, SAAD BIN ABI WAQAS, MUADZ BIN JABAL

ISI 3 ISI PENTING; Memperbaharui taraf dan kedudukan golongan hamba


HURAIAN;
Dalam hal-hal tertentu, taraf golongan hamba akan disamakan dengan tuannya.
Bagi menjaga kepentingan sosial, iaitu taraf dan kedudukan golongn hamba
dalam masyarakat, satu perubahaan telah diadakan.

Hamba tidak boleh ditindas manakala hamba yang mempunyai keluarga dilarang
daripada dipisah-pisahkan.
CONTOH; SAIDINA UMAR PERNAH MELUCUTKAN JAWATAN SEORANG
PEGAWAINYA YANG TIDAK MENZIARAHI HAMBANYA YANG SAKIT

ISI 4 ISI PENTING; MEMPERKUKUHKAN PENTADBIRAN KETENTERAAN


HURAIAN;
MEMPERKENALKAN PASUKAN TETAP DAN SUKARELA

PASUKAN TENTERA TETAP DIBERIKAN GAJI DAN TIDAK DIBENARKAN

MENJALANKAN KEGIATAN SAMPINGAN SEPERTI PERTANIAN UNTUK ELAKKAN


LARI FOKUS.

TENTERA DIBERI LATIHAN INTENSIF DAN TAMBAHAN

MEMBINA KUBU PERTAHANAN DAN PUSAT KETENTERAAN SEBAGAI LANGKAH


BERJAGA-JAGA
CONTOH;

CONTOH LATIHAN INTENSIF-BERJALAN TANPA PENGALAS KAKI,

MENUNGGANG KUDA DAN MEMANAH

CONTOH PUSAT KETENTERAAN-DITUBUHKAN DI BANDAR UTAMA


SEPERTI MADINAH, KUFAH, BASRAH, FUSTAT DAN HIMS.

ISI 5 ISI PENTING;MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN


HURAIAN;
Menyediakan guru-guru untuk mengajarkan al quran.

Guru-guru dihantar ke merata-rata tempat dengan ganjaran gaji lumayan.

Di peringkat wilayah, sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk


mengajarkan pelajaran al quran.

Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al qurAn akan diberi ganjaran.


Umat islam juga diwajibkan menghafaz surah-surah yang tertentu.

CONTOH; SURAH-SURAH YANG DIGALAKKAN UNTUK DIHAFAL OLEH SAIDINA


UMAR ADALAH SURAH ALBAQARAH, AN NISA’ DAN AL-MAIDAH
SUMBANGAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID SEPANJANG PERKHIDMATANNYA SEMASA ZAMAN
ABBASIYAH

Pendahuluan Harun Al-Rasyid Dilantik Menjadi Khalifah Abbasiyah Pada Tahun 170h

Bersamaan 786m Ketika Berusia 25 Tahun

Sebelum Menjadi Khalifah, Harun Al-Rasyid Pernah Menyandang Jawatan


Gabenor Di Saifah Pada Tahun 779m Dan Setahun Kemudian Dilantik Menjadi
Gabenor Magribi.

Mempunyai Keperibadian Yang Mulia Dan Mempunyai Pengalaman Luas Dalam


Bidang Pentadbiran, Ketenteraan, Kemasyarakatan Dan Ilmu Pengetahuan.
Isi 1 ISI PENTING; DASAR PENTADBIRAN YANG CEKAP
Huraian;

Harun Al-Rasyid Menggunakan Pengalaman Pentadbiran Sejak Zaman Mudanya


Dalam Kerajaan Abbasiyah Untuk Menyusun Dan Memperkemaskan Semula
Sistem Pentadbiran Negara.

Contoh;
Beliau Melantik Wazir Yang Bijak Daripada Keluarga Al-Barmaki Iaitu Yahya Bin
Khalid.

Isi 2 ISI PENTING; MEMPERKASAKAN PASUKAN TENTERA ISLAM


Huraian;
Harun Al-Rasyid Telah Menyusun Semula Pasukan Tentera Abbasiyah.

Beliau Sendiri Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Perang Beberapa Kali


Mengetuai Pasukan Tenteranya Dalam Peperangan
Contoh; Contohnya Ketika Menyerang Tentera Byzantine Pimpinan Maharaja
Nicephoras 1. Peperangan Ini Berakhir Dengan Kemenangan Di Pihak Tentera
Islam.

Isi 3 ISI PENTING; PERKEMBANGAN EKONOMI

Huraian;
Dasar Liberal Harun Al-Rasyid Terhadap Semua Penduduk Abbasiyah Termasuk
Golongan Zimmi Dan Mawali Membawa Pertumbuhan Pesat Di Bidang Ekonomi,
Khasnya Kegiatan Pertanian, Perdagangan Dan Perusahaan.

Harun Al-Rasyid Menggalakkan Pembukaan Tanah-Tanah Baharu Serta


Membekalkan Biji Benih Secara Percuma Kepada Para Petani.

Kemudahan Tali Air Turut Disediakan Untuk Menyuburkan Kawasan Pertanian.


Terdapat Banyak Kota Di Wilayah Islam Muncul Sebagai Pusat Perdagangan
Contoh;
Banyak Jalan Darat Dibuka Untuk Tujuan Perdagangan, Contohnya Jalan Dari Iraq
Ke Utara Mengikut Pesisir Laut Merah Menuju Ke Laut Mediterranean, Tunisia
Dan Maghribi. Laluan Laut Yang Terkenal Adalah Laut Parsi, Laut Merah Dan Laut
Mediterranean
Isi 4 ISI PENTING; PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL DAN KEILMUAN
Huraian;
Kedudukan Kewangan Yang Kukuh Dan Sikap Khalifah Yang Mencintai Ilmu
Pengetahuan Membolehkan Bidang Keilmuan Dan Kegiatan Intelektual
Berkembang Pesat

Harun Al-Rasyid Mendirikan Banyak Kuttab, Sekolah Rendah Dan Menengah,


Kolej Serta Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Ilmu.

Harun Al-Rasyid Juga Telah Menubuhkan Baitul Hikmah Sebagai Pusat


Perkembangan Kegiatan Intelektual Terbesar Di Baghdad.
Contoh; Dalam Pelbagai Bidang Muncul Pada Zaman Harun AlRasyid Seperti Jabir
Ibn Hayyan, Jibrail Ibn Bakhtisyu, Yuhana Ibn Musawaih, Imam Malik, Imam As-
Syafie Dan Sebagainya
Isi 5 ISI PENTING; PEMBANGUNAN BANDAR DAN PRASARANA
Huraian;
Keadaan Negara Yang Aman Dan Sistem Pentadbirannya Yang Cekap Dan Licin
Membolehkan Negara Membangun Dengan Pesat.

Pada Masa Yang Sama, Kemudahan Prasarana Seperti Perigi, Jalan Raya, Terusan
Dan Lain-Lain Telah Dibina Di Seluruh Negara

Contoh; Beberapa Buah Kota Seperti Baghdad, Basrah, Mausul, Damsyik Dan
Alleppo Muncul Sebagai Kota Yang Maju Dan Terkenal.

STRUKTUR PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH PADA ZAMAN KHALIFAH AR-RASYIDIN ABAD
KE-7 MASIHI.

Pendahuluan Kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin Terbentuk Secara Rasmi Pada Tahun 632 Masihi
Apabila Abu Bakar Al-Siddiq Dipilih Oleh Umat Islam Sebagai Khalifah Yang
Pertama.

Kerajaan Yang Diperintah Oleh Empat Orang Sahabat Nabi Muhammad Iaitu
Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Uthman Bin
Affan Dan Khalifah Ali Bin Abi Talib.

Gelaran ‘Khulafa Al-Rasyidin’ Digunakan Kerana Mereka Meneruskan Dasar


Kepimpinan Nabi Muhammad Saw.
Isi 1 ISI PENTING; PEMBENTUKAN INSTITUSI KHILAFAH.
Huraian;
Institusi Khalifah Bermula Dengan Pelantikan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq
Menggantikan Nabi Muhammad Saw Sebagai Ketua Negara Islam Madinah Yang
Baharu Yang Mana Pelantikannya Melalui Proses Musyawarah Dan Baiah Serta
Tidak Berdasarkan Kepada Keturunan.

Walaupun Bebas Dari Sebarang Kawalan Dalam Bentuk Perlembagaan Atau


Badan Politik, Namun Kekuasaannya Tidak Bersifat Mutlak Dan Autokrasi Kerana
Al-Quran Dan As-Sunnah Merupakan Panduan Yang Membimbing Dan
Mengawal Segala Tindakannya.
Contoh;
Buktinya, Khalifah Boleh Membuat ‘Ijtihad’ Sekiranya Terdapat Perkara Penting
Yang Tidak Terkandung Di Dalam Al-Quran Dan Hadis.

Semasa Zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Majlis Syura


Ditubuhkan Secara Rasmi Dan Berfungsi Sebagai Badan Penentu Dasar-Dasar
Negara.
Isi 2 ISI PENTING; MAJLIS SYURA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SEGALA
BENTUK PENTADBIRAN.
Huraian;
Majlis Syura Merupakan Badan Perundangan Yang Dianggotai Oleh Sahabat-
Sahabat Nabi Muhammad Saw Dan Mereka Yang Berpengalaman Dilantik
Sebagai Badan Penasihat Khalifah.

Menjadi Tempat Rujukan Kepada Khulafa Al-Rasyidin Dalam Urusan Pentadbiran


Negara

Contoh; Antara Keputusan Diputuskan Melalui Majlis Syura Seperti Pemilihan


Gabenor, Panglima-Panglima Tentera, Serangan-Serangan, Menjaga Keamanan,
Perbelanjaan Negara Dan Lain-Lain

ISI 3 ISI PENTING; STRUKTUR PEMERINTAHAN DI PERINGKAT WILAYAH DIKETUAI


OLEH GABENOR.
Huraian;
Gabenor Yang Mengetuai Wilayah Akan Melaksanakan Tugas-Tugas Seperti Yang
Dilakukan Oleh Khalifah Di Peringkat Pusat.

Gabenor Dibantu Oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Yang Dilantik Dibawah


Penyeliaan Gabenor. Mereka Akan Diberi Senarai Tugasan Dan Tanggungjawab
Serta Batas-Batas Kuasa Masing-Masing. Harta Mereka Akan Disenaraikan Oleh
Gabenor Untuk Mengelakkan Kekeliruan, Pertindihan Dan Penyelewengan Kuasa
Serta Rasuah Dan Sebagainya.

Huraian Tambahan;
Antara Jawatan Pegawai-Pegawai Yang Dilantik Ialah Amil Yang Membantu
Mengutip Hasil Negara, Kadi Sebagai Hakim, Pengurus Pentadbiran Kehakiman
Serta Menguruskan Wakaf Disamping Jawatan Kitab Al-Diwan (Setiausaha),
Sahib Baitulmal (Pegawai Perbendaharaan Negara), Sahib Al-Syurtah (Pegawai
Polis) Dan Sebagainya.
Contoh;
Pada Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Wilayah Islam Telah Dibahagikan
Kepada 10 Wilayah Antaranya Makkah, Taif, Yaman, Bahrain Dan Lain-Lain Yang
Mana Setiap Wilayah Ditadbir Oleh Seorang Gabenor.

ISI 4 ISI PENTING; STRUKTUR PEMERINTAHAN DIPERINGKAT WILAYAH IALAH


MENGIKUTI STRUKTUR PEMERINTAHAN DI PERINGKAT PUSAT.
Huraian;
Kerajaan Wilayah Tidak Boleh Bertindak Sendiri Tanpa Kebenaran Kerajaan
Pusat. Hal Ini Kerana Kerajaan Wilayah Adalah Tertakluk Di Bawah Kerajaan
Pusat Sepenuhnya Dan Perlu Mematuhi Segala Arahan Kerajaan Pusat.
Kegagalan Kerajaan Wilayah Untuk Mematuhi Arahan Pusat Biasanya Akan
Dikenakan Tindakan Iaitu Pemecatan Gabenor Atau Pegawai Kerajaan.

Contoh; Tanggungjawab Kerajaan Wilayah Ialah Membantu Kerajaan Pusat Ialah


Memungut Cukai, Bantuan Ketenteraan Untuk Menentang Musuh, Menjaga
Keselamatan Dan Sebagainya.
PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH YANG DIPRAKTIKKAN KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD
KE 16 DAN 17

PENDAHULUAN Kerajaan Uthmaniyah Memerintah Dari Tahun 1281 Hingga Tahun 1924.

Pada Tahun 1453, Pentadbiran Kerajaan Ini Berpusat Di Istanbul.

Kerajaan Uthmaniyah Ditubuhkan Selepas Orang2 Mongol Berjaya Menakluki


Kerajaan Abbasiyah Di Baghdad.

Kerajaan Ini Diasaskan Oleh Uthman Bin Ertughrul Dan Diteruskan Oleh 38 Orang
Khalifah Yang Lain. Antara Khalifah Yang Terkenal Ialah Muhammad Ii Dan
Sulaiman Ii
ISI 1 ISI PENTING; PENTADBIRAN PUSAT
Huraian;
Kerajaan Uthmaniyah Menjalankan Sistem Pemerintahan Monarki Yang
Bermaksud Sultan/Khalifah Adalah Pemerintah Tertinggi.

Pentadbiran Pusat Juga Berbentuk Autokrasi Di Mana Khalifah/Sultan


Mempunyai Kuasa Mutlak Dalam Politik, Ekonomi Dan Sosial.

Wazir Besar/ Perdana Menteri Adalah Ketua Pentadbir Dan Penasihat Utama
Sultan Dan Diamanahkan Memegang Cop Mohor Kerajaan Atau Sebagai Wakil
Sultan.

Contoh;
Wazir Besar Dibantu Oleh 6 Kumpulan Yang Terdiri Daripada 3 Orang Hakim
Tentera Dan 2 Orang Pegawai Tentera Berpangkat Beylerbey, 2 Orang Defterdar
(Uruskan Hal Kewangan), Seorang Agha, Seorang Panglima Tentera Darat
(Janissari) Dan Seorang Laksamana Tentera Laut (Nishanji)

ISI 2 ISI PENTING; PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN KEADILAN


Huraian;
Khalifah Uthmaniyah Turut Mengetuai Bidang Kehakiman. Sultan Sulaiman I
Turut Memodenkan Sistem Perundangan Negara Pada Masa Pemerintahannya
Sehingga Digelar Sebagai Sulaiman Al-Qanuni.

Jawatan Mufti Turut Diwujudkan Pada Masa Pemerintahan Sultan Salim I Dan
Bertanggungjawab Sebagai Ketua Pegawai Pentadbiran Kehakiman Dan
Perundangan Dan Berpejabat Di Istanbul.

Golongan Kristian Dan Yahudi Juga Diberi Kebebasan Beragama Dan


Menjalankan Ibadat Tanpa Sebarang Sekatan
Contoh;
Pada Abad Ke-16 M Dan 1816, Orang-Orang Yahudi Telah Diberi Perlindungan
Oleh Kerajaan Pusat Apabila Mereka Dihalau Oleh OrangOrang Kristian Sepanyol
Dan Portugal.

Golongan Paderi Di Istanbul Juga Diberikan Lebih Banyak Kuasa Berbanding


Pada Zaman Pemerintahan Byzantine.
ISI 3 ISI PENTING; PENTADBIRAN KETENTERAAN
Huraian;
Struktur Ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah Adalah Sistematik Dan Tersusun
Beylerbey Merupakan Pegawai Tentera Berpangkat Paling Tinggi Dan Digelar
Pasha.

Anggota Bey Ialah Tentera Yang Dikenali Sebagai Fief (Tanah Kurniaan). Fief
Dikurniakan Tanah Oleh Kerajaan Pusat Atas Jasa Mempertahankan Negara.
Sultan Berperanan Sebagai Ketua Tentera Dan Biasanya Bertanggungjawab
Memimpin Sendiri Ekspedisi Ketenteraan.

Contoh;
Sultan Sulaiman I Pernah Memimpin Pasukan Tentera Uthmaniyah Untuk
Menakluki Wilayah Kristian Di Belgrade, Rhodes Dan Hungary Sebelumnya
Penaklukannya Dipatahkan Dalam Perang Vienna 1529.

ISI 4 ISI PENTING; PENTADBIRAN PERCUKAIAN


Huraian;
Kerajaan Uthmaniyah Telah Mewujudkan Cukai Khas Dana Perang Untuk
Perbelanjaan Peperangan Tanpa Melakukan Rampasan Harta Atau Mengenakan
Cukai Yang Tinggi Kepada Rakyat.

Sistem Cukai Yang Lebih Adil Dan Mampu Dibayar Oleh Semua Orang Turut
Diperkenalkan Ke Seluruh Empayar. Elakkan Timbulnya Perasaan Tidak Puas Hati
Rakyat.
Contoh; Penduduk Kristian Dikenakan Cukai Perlindungan Sebanyak 2 Dolar
Setahun Dan Diberi Perlindungan.

Kadar Ini Ternyata Amat Rendah Dibandingkan Kadar Cukai Yang Dikenakan
Oleh Kerajaan Byzantine Sebelum Ini.
ISI 5 ISI PENTING; PENTADBIRAN WILAYAH
Huraian; Wilayah-Wilayah Islam Yang Berada Di Bawah Penguasaan Kerajaan
Pusat Sentiasa Diberikan Perlindungan.

Gabenor Bertanggungjawab Mentadbir Wilayah Jajahan Seperti Di Mesir Dan


Mekah.

Gabenor Wilayah Akan Mentadbir Tanah Di Wilayah Mereka Manakala Petani


Akan Mengusahakan Tanah Tersebut.

Pentadbiran Gabenor Di Setiap Wilayah Juga Turut Dibantu Oleh Pegawai-


Pegawai Lain.

Contoh; Multezim Yang Bertanggungjawab Mengutip Cukai Dari Kawasan


Tertentu Dan Mnyerahkan Sebahagian Hasil Cukai Kepada Kerajaan Pusat.
DASAR PEMERINTAHAN AURANGZEB

PENDAHULUAN Aurengzeb Menaiki Takhta Setelah Berjaya Menyingkirkan Bapanya Daripada


Tampuk Pemerintahan.

Aurengzeb Telah Berjaya Mengambil Alih Kedudukan Bapanya Iaitu Shah Jehan

Memerintah Sehingga Tahun 1707

Baginda Dikenali Sebagai Alamgir. Alamgir Bermaksud Pemegang


ISI 1 ISI PENTING; DASAR PERLUASAN WILAYAH
Huraian;
Dasar Perluasan Wilayah Yang Paling Luas

Berjaya Mengalahkan Semua Pemberontakan Kaum Hindu Dan Sind

> Antara Pemberontakan Yang Pernah Berlaku Seperti Pemberontakan Kaum


Pathan, Kaum Satnawi Dan Jat

> Setiap Pentadbiran Wilayah Tersebut Diselaraskan Di Bawah Pentadbiran Pusat


Dan Wilayah
Contoh;
> Meliputi 14 Wilayah Di Utara India, 6 Wilayah Di Deccan Dan 1 Wilayah Di
Kabul
ISI 2 ISI PENTING; PENTADBIRAN ISLAM
Huraian;

Aurangzeb Masih Masih Lagi Mengekalkan Sistem Pentadbiran Moyangnya,


Maharaja Akbar Iaitu Undang-Undang Islam

Para Ulama Dilantik Sebagai Penasihat Dalam Pentadbirannya Dan Lembaga


Penapis Ditubuhkan Untuk Memastikan Masyarakat Mematuhi Undang Islam
Melantik Para Kadi Dan Mufti

Contoh;
Untuk Mendapat Pengiktirafan Islam, Aurangzeb Telah Menghantar Utusan
Diplomatik Ke Mekah Pada Tahun 1659 Dan 1662, Beserta Wang Hadiah Untuk
Sharif Mekah (Penjaga Mekah)
ISI 3 ISI PENTING; DASAR EKONOMI
Huraian;
-Aurangzeb Menaikkan Hasil Pendapatan Negara Sebanyak 100 Juta Pound
Dalam Hasil Tahunan Melalui Pelbagai Sumber Seperti Cukai, Kastam Dan Hasil
Tanah Dari 24 Wilayah.
- Baginda Mempunyai Pendapatan Tahunan Sebanyak 450 Juta, Lebih Daripada
Sepuluh Kali Ganda Daripada Louis Xiv, Maharaja Perancis.
4. Aurangzeb Merasakan Ayat-Ayat Dari Al-Quran Tidak Boleh Dicap Pada Duit
Syiling Kerana Sentiasa Disentuh Oleh Tangan Dan Kaki Manusia.
5. Oleh Itu, Baginda Telah Membuat Duit Syiling Sendiri Dengan Menggunakan
Nama Bandar, Tahun, Nama Baginda Dan Bulan Penuh.

Contoh;
Aurangzeb Menerima Penghormatan Dari Seluruh Benua Kecil India,
Menggunakan Dan Menubuhkan Kubu Di India, Terutamanya Di Carnatic,
Deccan, Bengal Dan Lahore.

ISI 4 ISI PENTING; ASPEK SOSIAL


Huraian;
- Aurangzeb Ingin Mengurangkan Patung-Patung Hiasan Dalam Kerajaan Moghul
Kerana Itu Dilarang Dalam Islam.
- Aurangzeb Menghargai Karya-Karya Seni Khat Islam; Permintaan Terhadap
Manuskrip Al-Quran Dalam Gaya Naskh Memuncak Semasa Pemerintahannya.
-Baginda Kemudiannya Mengarahkan Pembinaan Masjid Badshahi Di Lahore,
Yang Hari Ini Merupakan Salah Satu Masjid Terbesar Di Benua Kecil India.

Contoh; Baginda Menggalakkan Seni Khat Islam, Pembinaan Bangunan Masjid


Lahore Badshahi Dan Bibi Ka Maqbara Di Aurangabad Untuk Isterinya Rabia-Ud-
Daurani Bagi Menarik Perhatian Masyarakat Daripada Patung Hiasan.

Baginda Membina Masjid Moti (Masjid Pearl), Yang Dibina Untuk Kegunaan
Peribadinya.
JELASKAN JENIS JIHAD YANG DITERAPKAN DALAM ISLAM SEJAK ZAMAN RASULULLAH SAW

PENDAHULUAN -Konsep Jihad Dapat Ditakrifkan Dari Perkataan Arab Iaitu ‘Jahada’.

-Perkataan Ini Membawa Maksud Penyerahan Seluruh Tenaga Manusia


Untuk Mendapat Sesuatu Yang Diingini Atau Menolak Sesuatu Yang Dibenci
Di Sisi Islam.

-Jihad Telah Muncul Sejak Zaman Rasulullah S.A.W Untuk Menyebarkan Dan
Mempertahankan Islam.

ISI 1 ISI PENTING; JIHAD NYAWA DAN TENAGA


Huraian;
Kebiasaannya, Jihad Ini Dikhususkan Kepada Lelaki Yang Memiliki Tubuh
Yang Sihat, Tegap Dan Kuat Yang Mana Ianya Tertumpu Di Medan
Peperangan

Allah Swt Telah Menjanjikan Syurga Bagi Mereka Yang Syahid Yang Gugur Di
Medan Peperangan

Contoh;

Antara Peristiwa Yang Boleh Dijadikan Contoh Ialah Peristiwa Saidina


Hamzah Yang Gugur Di Medan Pertempuran Di Mana Beliau Sanggup
Berjuang Bermati-Matian Tanpa Rasa Takut Dalam Peperangan Uhud
Semata-Mata Untuk Memperjuangkan Islam Daripada Pihak Musyrikin
Mekah.

ISI 2 ISI PENTING; JIHAD HARTA


Huraian;
-Jihad Ini Akan Dilakukan Oleh Golongan Bangsawan Atau Golongan Kaya
Yang Mampu Dari Segi Harta Untuk Mempertahankan Islam.

-Golongan Yang Seperti Ini Akan Menginfakkan Harta Dan Wang Mereka
Kepada Baitulmal, Membebaskan Hamba Yang Dizalimi Dan Membantu
Ketenteraan Islam Seperti Membeli Kelengkapan Perang Antaranya Senjata,
Kuda, Ubat-Ubatan.

Contoh;
-Seperti Contoh, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Yang Sanggup Menyumbangkan
seluruh Hartanya Demi Menegakkan Syiar Islam Pada Awal Dakwah
Rasulullah S.A.W , Beliau Sanggup Membeli Hamba-Hamba Dengan
Menggunakan Wang Beliau Sendiri Ketika Itu Lalu Memerdekakan Mereka
Apabila Kaum Musyrikin Mekah Sanggup Bertindak Zalim Terhadap Mereka.

-Malahan Dalam Perang Tabuk, Beliau Juga Turut Menginfakkan Segala


Harta Untuk Kegunaan Dimedan Perang Melawan Musuh.

ISI 3 ISI PENTING; JIHAD ILMU


Huraian;
-Umat Islam Perlu Mendalami Ilmu Agama Dan Juga Ilmu Duniawi Seperti
Ilmu Sains, Matematik, Perubatan Dan Sebagainya.
-Umat Islam Digalakkan Untuk Mempelajari Ilmu Yang Membawa Manfaat
Antaranya Ialah Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Yang Merangkumi
Semua Aspek Kehidupan.

-Islam Juga Mensyariatkan Umatnya Berjihad Dalam Bidang Keilmuan


Supaya Agama Islam Tidak Dianggap Ketinggalan, ‘Kuno’

Contoh;

Munculnya Tokoh-Tokoh Ilmuwan Islam Yang Tersohor Dan Termasyhur


Pada Suatu Ketika Dahulu Antaranya,
Tokoh Ilmuwan Dalam Bidang Matematik Ialah Al-Khawarizmi,
Tokoh Ilmuwan Dalam Bidang Sains Ialah Ibnu Sina,

ISI 4 ISI PENTING; JIHAD AKAL FIKIRAN


Huraian;
-Bagi Mereka Yang Tidak Mampu Atau Tidak Berpeluang Untuk Menyertai
Ekspedisi Peperangan Akan Tetapi Dapat Memberikan Idea-Idea Yang
Bernas Dalam Semua Perkara Sama Ada Dalam Aspek Pentadbiran, Ekonomi,
Ketenteraan Dan Sebagainya.
-Setiap Orang Diberikan Hak Untuk Mengeluarkan Idea Dan Pandangan
Melalui Konsep Musyawarah Yang Diamalkan

Contoh; Nabi Telah Meminta Idea Daripada Para Sahabat Untuk Mengalahkan
Musyrikin Mekah.Salman Al-Farisi Telah Memberi Cadangan Untuk Menggali
Parit Dalam Peperangan Khandak. Idea Ini Diterima Oleh Nabi.

SUMBANGAN KHALIFAH SALAHUDIN AL- AYUBI

PENDAHULUAN Nama sebenar Khalifah Salehuddin al-Ayyubi ialah Salehuddin Yusof bin
Najmuddin Ayub.

Beliau digelarkan sebagai Saladin.

Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara


yang berbakat dan masyhur

ISI 1 ISI PENTING; MENENTANG TENTERA SALIB


HURAIAN;

> Mula berkhidmat dengan Nur al-Din > Nur al-Din melantik Salehuddin sebagai
panglima angkatan tentera Syria Merupakan seorang panglima tentera,
pemimpin dan pentadbir negara

> membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan mesir, palestin dan
syria> berjaya mengusir amaury dari mesir

CONTOH;
> Menyertai ekspedisi bersama-sama PANGLIMA Shirkuh untuk menentang
tentera salib > Berjaya mengusir Amaury dari Mesir
> Selepas Shirkuh telah meninggal dunia, Salehuddin telah menggantikan
tempatnya
ISI 2 ISI PENTING; MEMULIH DAN MEMBANGUNKAN NEGARA
HURAIAN;

> Memberi tumpuan kepada pemulihan fasiliti, kemudahan awam dan


pertahanan negara

beliau mengarah untuk membina benteng kota katherah > benteng tersebut
merangkumi 4 buah bandar yang membentuk kota katherah
> tujuan pembinaan adalah untuk mengawal negara daripada pencerobohan
musuh > mengarahkan pembinaan kubu qalah al-jabal
> bertujuan untuk membendung pencerobohan musuh> membina hospital >
menyediakan bangunan gedung ubat-ubatan supaya ubat-ubatan senang untuk
diagihkan

CONTOH;
> Menubuhkan Diwan armada > dewan tersebut bertanggungjawab menyelia
urusan pembinaan kapal perang

ISI 3 ISI PENTING; MEMAJUKAN BIDANG PENDIDIKAN


HURAIAN;
> Membina sekolah > Menjemput para ulama ke negaranya

> memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah > sistem tesebut juga dikenali
sebagai sistem katib > kanak-kanak diajar mempelajari al-quran, menghafal
hadis, kemahiran seni khat, matematik dan sebagainya

> masjid dijadikan sebagai tempat pembelajaran terutamanya ilmu keagamaan

CONTOH; Antara contoh masjidnya seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar

ISI 4 ISI PENTING; MEMAJUKAN EKONOMI


HURAIAN;
> Memperoleh sumber pendapatan yang pelbagai
> Jizyah dikenakan kepada golongan orang bukan Islam
> Fidyah dibayar oleh orang tawanan perang untuk menebus diri
> Memberi tumpuan kepada sektor pertanian
> Memberi tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan
dan teknik pertanian

CONTOH; memperkenalkan dasar pertanian dan membuka tanah-tanah


baharu supaya penduduk boleh memajukan tanah terbiar
SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

PENDAHULUAN Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin
Bayazid.

lahir pada 29 Mac 1432M.

menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya iaitu


Sultan Murad II.

Dikenali sebagai Muhammad al-Fatih kerana berjaya membebaskan kota


Konstantinople.

Baginda memerintah empayar yang luas selama 30 TAHUN

ISI 1 ISI PENTING; MENAWAN KOTA KONSTANTINOPEL


HURAIAN;
> Menjadikan tarikh pembukaan Konstantinople pada 29 Mei 1453M

> Sultan Muhammad al-Fatih mengisytiharkan bahawa dunia kuno telah


terhapus dan dunia moden telah datang

> kota konstantinople kemudiannya telah ditukarkan kepada istanbul > istanbul
dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan kerajaan turki uthmaniyah

beliau menggunakan kebijaksanaan yang tidak pernah dilakukan anggota tentera


sebelum ini

CONTOH;
beliau mengarahkan anggota tentera meratakan tanah daripada besiktas ke
tanduk emas dan melicirkan tapak kapal dengan minyak dan lemak untuk
menggerakkan kapal-kapal perang di atas tanah merentasi bukit
ISI 2 ISI PENTING; KEBEBASAN BERAGAMA
HURAIAN;
> Orang Yahudi dan Arab ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Konstantinople

> Baginda membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan


gereja dan pengamalan mazhab Ortodoks >

> sultan mengarahkan supaya gereja dan sinagog dikekalkan


CONTOH;
SEUSAI MEMBUKA KOTA konstantinopel, baginda terus ke gereja hagia sophia,
beginda tidak membunuh pendeta dan orang kristian di situ, tetapi baginda
mengarahkan mereka memilih ketua pendeta dan beransur pulang. orang
kristian memilih anadius sebagai ketua kristian.

ISI 3 ISI PENTING; MENGEMBANGKAN KERAJAAN DAN MELAKUKAN


PEMBANGUNAN
HURAIAN;
> Menyempurnakan penyusunan negara
> melicinkan jentera pentadbiran
> menundukkan serbia, bosnia
> matlamatnya untuk menembusi eropah dan menyelamatkan umat Islam di
Andalus daripada cengkaman Kristian

CONTOH; > Meluaskan sempadan negara dari hanya sekitar 600 km persegi
kepada keluasan 2214000 KM PERSEGI

ISI 4 ISI PENTING; MENDIRIKAN MASJID DAN KEAGUNGAN AGAMA ISLAM


HURAIAN;
> Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam
> Wujud banyak masjid, sekolah dan hospital
> baginda mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan
> menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan , baginda
menukar gereja kepada masjid.

CONTOH; > Membina 11 buah masjid termasuk MENUKAR Gereja Besar St.
Sophies DAN GEREJA HAGIA SOPHIA KEPADA MASJID.
ISI 5 ISI PENTING; MENAMBAH DAN MENJAGA KEBAJIKAN PENDUDUK
KONSTATINOPEL
HURAIAN;
> Baginda mengarahkan negeri di bawah kekuasaannya menghantar wakil untuk
memakmurkannya
> Sifat baik dan pemurah baginda merupakan faktor utama kepada
pertambahan penduduk dari luar
> Penduduk luar juga berkenan dengan keamanan di negara kekuasaan baginda
CONTOH; > Mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka
SEBELUM PERANG UNTUK kembali semula ke kota Konstantinople

PERKEMBANGAN DIPLOMATIK ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

PENDAHULUAN Negara Islam Madinah terbentuk sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah.

Berikutan penubuhan negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha


menjalinkan hubungan dengan negara lain untuk menjalankan hubungan
diplomatik dan dakwah

ISI 1 ISI PENTING; MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK SEJAK BERADA DI


MEKAH
HURAIAN;
> Merupakan hubungan diplomatik terawal berlaku sejak baginda berada di
Makkah > BERTUJUAN MENCARI PERLINDUNGAN DARIPADA PEMIMPIN YANG
ADIL
mengarahkan agar orang islam berhijrah ke habsyah kerana mendapati raja
najasyi merupakan pemerintah yang berperikemanusiaan
CONTOH;
Merealisasikan hasrat tersebut dengan menghantar jaafar bin abi talib
mengetuai perutusan surat, raja najasyi menerima surat dan bersetuju

ISI 2 ISI PENTING; MENGHANTAR UTUSAN SEKITAR SEMENANJUNG TANAH


ARAB
HURAIAN;

> Selepas berhijrah, baginda menjadi pemimpin tertinggi negara Islam


> Menghantar utusan sama ada di dalam atau di luar semenanjung tanah Arab
> Memperkenalkan dan menyebarkan agama Islam
> Mengirim utusan ke pelbagai negara
CONTOH;
> Antara negaranya seperti Bahrain, Oman, Yaman, Mesir dan Byzantin

ISI 3 ISI PENTING; MENGUTUS SURAT KEPADA RAJA DAN KETUA NEGARA
HURAIAN;
> Mengutuskan surat kepada raja dan ketua negara asing
> Bertujuan untuk menyeru mereka memeluk Islam
> Surat dibawa oleh wakil baginda ke negara yang bersikap pro-Islam atau anti-
Islam
> Para utusan dihantar telah diberi layanan yang baik oleh ketua negara dan raja
berkenaan
> Membuktikan utusan yang dihantar menggunakan cara diplomasi yang sangat
halus dan berkesan
> Menghantar utusan ke luar adalah untuk menunjukkan bahawa orang Islam
pada ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dan dihorm

CONTOH;
Antara utusan yang dihantar seperti amru bin umayyah al-damri ke habsyah
dan utusan ke maharaja rom

ISI 4 ISI PENTING; KEJAYAAN MEMBUKA KOTA MEKAH


HURAIAN;
> Kemuncak wujudnya hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 hijrah, selepas
Nabi Muhammad berjaya membuka kota Makkah

> Tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Perutusan


> Tahun Perutusan tersebut juga dikenali sebagai Am al-Wufud
> Pada tahun tersebut, terdapat suku Arab yang menghantar utusan kepada
baginda untuk memeluk Islam
CONTOH; rasulullah telah menghantar uthman al-affan untuk berunding,
tetapi beliau ditahan menyebabkan umat islam ingin membuka kota mekah
PELAKSANAAN NAUNGAN JIZYAH ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH

PENDAHULUAN Jizyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau cukai
perlindungan.

Jizyah dianggap sebagai satu pemberian ufti oleh seseorang individu atau
kerajaan bukan islam kepada kerajaan islam

. jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan
kafir zimmi yang menerima perlindungan daripada pemerintah islam
ISI 1 ISI PENTING; JENIS JIZYAH YANG DIPERKENALKAN
HURAIAN;
dibahagikan kepada dua kategori
> Terdiri daripada jizyah secara rela dan jizyah secara paksaan
> Jizyah secara rela ialah pembayaran atas dasar kerelaan atau persetujuan
bersama antara orang bukan islam dengan pemerintah islam
> Jizyah secara paksaan ialah kadar pembayaran yang ditentukan oleh
pemerintah Islam apabila ada hubungan antara golongan zimmi dengan kerajaan
Islam
CONTOH;
> Jizyah BERLAKU pada zaman pemerintahan khalifah Muawiyyah dan al-Walid
ISI 2 ISI PENTING; GOLONGAN YANG DIKENAKAN JIZYAH
HURAIAN;
> Hanya golongan kafir zimmi yang memenuhi syarat sahaja yang dikenakan
jizyah
> Antara syaratnya seperti lelaki, sihat fizikal dan mental, akil baligh, dan
berkemampuan
> Mereka bukan terdiri daripada ahli agama seperti paderi dan pendeta

CONTOH;
> TERDAPAT kerajaan bukan islam yang sanggup tunduk di bawah pemerintahan
kerajaan umayyah ingin bayar jizyah
> contohnya seperti di wilayah kashghar bersempadanan negara China

ISI 3 ISI PENTING; KADAR JIZYAH DAN KEWUJUDAN DEWAN AL-KHARAJ


HURAIAN;
Kadar jizyah dikenakan bergantung kepada keperluan semasa perbendaharaan
negara
> Jizyah dibayar setiap awal tahun > Kadar paling minimum ialah satu dinar >
Jizyah sebanyak satu dinar kebanyakannya dikenakan terhadap golongan rahib

> Jizyah dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk barangan

> pentadbiran jizyah diuruskan oleh sebebuah jabatan

CONTOH;
khalifah muawiyyah telah menubuhkan diwan al-kharaj
> diwan al-kharaj bermaksud jabatan kewangan
bertujuan untuk menguruskan hal ehwal percukaian termasuk
ISI 4 ISI PENTING; PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH ABDUL
MALIK BIN MARWAN
HURAIAN;
Terdapat perubahan pelaksanaan jizyah pada zaman khalifah Umayyah
berbanding dengan zaman Khalifah al-Rasyidin
> Mengenakan jizyah kepada golongan zimmi dan golongan mawali
> Pelaksanaan tersebut atas nasihat gabenornya
> Alasannya kerana ramai golongan bukan arab memeluk islam (mawali) untuk
mengelakkan daripada membayar jizyah
> Kesannya, telah mengurangkan punca pendapatan negara
CONTOH; > Khalifah Abdul Malik telah menghentikan kaedah pembayaran jizyah
dalam bentuk hasil pertanian
> Mereka perlu bayar secara Tunai
Ini dapat mengembangkan pendapatan negara
ISI 5 ISI PENTING; PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL
AZIZ
HURAIAN;
> Cuba melaksanakan pelaksanakan jizyah dengan kaedah Islam yang sebenar
> Menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan goLONGAN ARAB
> Beliau telah membezakan antara jizyah dan kharaj
> Jizyah dikenakan kepada golongan bukan Islam
> Kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira sama ada ianya seorang
Islam atau tidak
> Kadar jizyah dikurangkan kepada kadar yang mampu dibayar oleh golongan
bukan Islam
CONTOH;
khalifah umar abd aziz telah memansuhkan jizyah ke atas golongan mawali
asalkan mereka beragama islam
perkara ini menarik balik sokongan golongan zimmi dan mawali walaupun
banyak gabenor menentang

TEMA 2

CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH PADA ZAMAN


NABI MUHAMMAD
PENDAHULUAN Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat manusia agar
membimbing manusia ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah bukan sahaja membawa


kepada pelantikan diri baginda sebagai ketua negara, bahkan juga telah
mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.

ISI 1 ISI PENTING; PERLAKSANAAN DASAR EKONOMI BERDASARKAN SUMBER


WAHYU
HURAIAN;
Asas kepada ekonomi Islam ketika itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah
SWT melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW.
konsep asas seperti Rububiyah, Tazkiyah, Ubudiyah dan Uluhiyyah menjadi
pegangan masyarakat Madinah ketika menjalan semua nkegiatan ekonomi
mereka.
CONTOH;
Sebagai contoh konsep tazkiyah yang menekankan penyucian jiwa melalui
amalan zakat dan sedekah.
ISI 2 ISI PENTING; MENGHARAMKAN SEGALA AKTIVITI/AMALAN
BERUNSURKAN PENINDASAN
HURAIAN;
Fakta ini amat jelas apabila terdapat nas-nas di dalam Al- Quran yang
mengharamkan amalan riba.

Amalan ini dilihat akan mendatangkan kemudaratan kepada segelintir


masyarakat dan akan memundurkan ekonomi masyarakat tersebuT

CONTOH;
Sebagai contoh dapat dilihat ekonomi zaman jahiliyah keluarga yang kaya sangat
kaya dan yang miskin hidup merempat sehingga terpaksa menjual anak
permpuan untuk pelacuran.
ISI 3 ISI PENTING; PENGAGIHAN HASIL EKONOMI SECARA SAMA RATA
HURAIAN;
Dalam amalan ekonomi, Islam amat menekankan perkongsian kekayaan.
Sekiranya seseorang itu dilimpahkan dengan kekayaan maka dia diwajibkan
berkongsi kekayaannya dengan orang lain melalui zakat dan sedekah.

CONTOH;
Zakat diwajibkan kepada setiap umat Islam dan menjadi rukun Islam yang ke-4.
Sedekah pula sentiasa diwar-warkan kepada umat Islam sebagai satu amalan
yang sangat dipuji dan mendapat pahala yang besar.
ISI 4 ISI PENTING; PRINSIP UTAMA BERASASKAN KEADILAN DAN
MEMENTINGKAN KEBAJIKAN
HURAIAN;
Golongan Muhajirin yang telah berpindah ke Madinah telah dibantu oleh
golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah
yang sama
CONTOH;
Golongan Ansar telah banyak bekorban dan membantu golongan Muhajirin dari
segi sosioekonomi iaitu harta benda, tenaga dan persaudaraan sewaktu
golongan Muhajirin mula berpindah ke Madinah bersama-sama Nabi
Muhammad SAW.
KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH (JIKA SOALAN TANYAKAN KEGIATAN
EKONOMI, MASUKKAN ISI INI)
ISI 5 ISI PENTING; PERTANIAN
HURAIAN;
Pertanian merupakan punca ekonomi yang utama di Madinah. Golongan
Muhajirin dan Ansar menjadikan pertanian dan mengusaha tanah sebagai aktiviti
utama.
CONTOH;
Golongan Muhajirin dan Ansar ini dikenali dengan gelaran Ahl-Zar` iaitu
pengusaha pertanian. Tanaman utama di Madinah ialah penanaman kurma. Ini
dibantu pula oleh kesesuaian tanah untuk penanaman ini.
ISI 6 ISI PENTING; PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN
HURAIAN;
Aktiviti perniagaan dan perdagangan adalah merupakan aktiviti ekonomi tradisi
masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi.

Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan di


Madinah berteraskan hukum syarak dan mengharamkan riba dan penindasan.

CONTOH;
Buktinya muncul usahawan berjaya dan hebat, iaitu Abdul Rahman bin Auf.
Pernigaannya dimulakan dengan bantuan golongan Ansar akhirnya menjadikan
beliau seorang peniaga yang berjaya.
KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH PADA ABAD
KE 11 HINGGA 12 MASIHI
PENDAHULUAN Kerajaan Abbasiyah diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah
bin Abas bin Abdul Mutalib pada hari Jumaat, 28 Oktober 750 Masihi.

Kerajaan Abbasiyah (750 – 1258 M) ditubuhkan melalui revolusi yang


dilancarkan terhadap pemerintahan Kerajaan Umayyah

Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Abbasiyah adalah meliputi aktiviti
pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Walaupun abad ke-11 M dan abad ke-12 M menyaksikan era kemerosotan


kerajaan Abbasiyah di bawah kekuasaan Bani Saljuk, namun kerajaan Abbasiyah
dapat bertahan hasil kemampuan pemerintahnya yang sentiasa berusaha
memajukan aktiviti pertanian

ISI 1 ISI PENTING; PERTANIAN


HURAIAN;
Aktiviti pertanian berkembang pesat kerana kawasan tanah yang subur
khususnya berhampiran Sungai Furat dan Dajlah.
Kesuburan tanah tersebut sangat sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman
.

Antara tanaman utama yang diusahakan ialah tamar, anggur, epal, buah limau,
buah tin, buah zaitun, tembikai, gandum, jagung dan ubi.

wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq,
Yaman, Maghribi dan Khurasan
CONTOH;
Terdapat beberapa langkah yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk
memajukan sektor pertanian.
Sebagai contoh, pemerintah menyediakan kemudahan sistem saliran iaitu ‘Ain
Zubaiddah’ bagi mengairi kawasan pertanian, menggalakkan pembukaan tanah-
tanah baharu, membina empangan serta melebarkan sungai dan terusan.

ISI 2 ISI PENTING; PERDAGANGAN


HURAIAN;
Kegiatan perdagangan tertumpu di Baghdad yang merupakan pusat ekonomi
komersial kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi laluan perdagangan
Timur dan Barat.

Aktiviti perdagangan yang berkembang pesat di Kota Baghdad telah menjadikan


Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan dunia bertaraf antarabangsa.

Di Baghdad terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq Baghdad’ yang
menjadi tumpuan para pedagang seluruh pelusuk dunia. Para pedagang dari
China, India, Turki dan Asia Tengah serta Afrika Timur telah datang berdagang ke
Kota Baghdad.
CONTOH;
Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan para pedagang selain Kota Baghdad
ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.

ISI 3 ISI PENTING; PERINDUSTRIAN


HURAIAN;
Hal ini menunjukkan yang Kerajaan Abbasiyah berkemampuan menjana ekonomi
menerusi hasil pengeluaran yang pelbagai dalam bidang perindustrian.

Antara industri utama yang diusahakan ialah industri tekstil, tenunan, hamparan
dan permaidani.

banyak kilang telah didirikan di Baghdad, Syiraz dan Isfahan di Parsi.

berjaya menghasilkan pengeluaran lain yang amat bermutu untuk dipasarkan ke


luar negara.
CONTOH;
Antara industri lain yang turut dimajukan ialah industri pinggan mangkuk,
barangan kaca, tembikar serta mozek dari kawasan perkilangan di Baghdad,
Mesir dan Syam.
ISI 4 ISI PENTING; PENTERNAKAN
HURAIAN;
Para petani juga menternak binatang ternakan seperti kambing, lembu dan unta.
Antara kawasan penternakan utama ialah Mesir, Barqah dan Najd.

Kesemua hasil penternakan ini dikenakan zakat dan ini menambahkan


pendapatan Kerajaan AbbasiyaH

CONTOH; hasil tenusu unta dan kambing dipasarkan di kota baghdad untuk
dibeli oleh pedagang dan orang awam

-SUMBER-SUMBER PENDAPATAN BAITULMAL DARI ZAMAN NABI MUHAMMAD


SAW HINGGA ZAMAN BANI ABBASIYAH
-PERKEMBANGAN BAITULMAL PADA ZAMAN.....
PENDAHULUAN Baitulmal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab
menyelenggarakan harta-harta umum atau menyimpan barangan yang berharga
dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara.

Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Nabi
Muhammad SAW lagi.

ditubuhkan secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab


berikutan bertambahnya kawasan jajahan negara Islam.

ISI 1 ISI PENTING; SUMBER DARIPADA ZAKAT


HURAIAN;
Zakat merupakan sumber baitulmal pertama iaitu pada tahun 2H, diwajibkan
ke atas orang Islam.
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

(TERANGKAN KONSEP ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA)


Zakat fitrah dilakukan sewaktu bulan Ramadhan dengan kadar yang ditetapkan
untuk diberi kepada golongan asnaf.

zakat harta perlu apabila sampai nisabnya dan genap setahun ke atas
pendapatan seperti emas, perak, hasil pertanian, hasil ternakan dan sebagainya

CONTOH;
Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh seperti
yang berlaku semasa zaman pemerintahan Abu Bakar.

Beliau bertindak memerangi golongan Ar-Riddah iaitu mereka yang enggan


membayar zakat selepas kewafatan Rasulullah saw.

ISI 2 ISI PENTING; SUMBER DARIPADA CUKAI KHARAJ


HURAIAN;
Kharaj merupakan cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan, sama ada
secara berperang atau berdamai.

Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah tersebut sama ada orang Islam
atau bukan Islam.

tanah-tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang
yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam.

Kharaj dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj al-wazifah/masahah dan


kharaj al-muqasamah
CONTOH;
Tanah-tanah hasil daripada perluasan kuasa oleh khalifah-khalifah Islam seperti
Mesir, Syam, Syria, Iraq.

ISI 3 ISI PENTING; SUMBER DARIPADA CUKAI USYUR


HURAIAN;
Usyur merupakan satu lagi sumber baitulmal yang mana ia merupakan cukai
perniagaan di negara Islam iaitu dikenakan ke atas semua peniaga Islam dan
bukan Islam tetapi kadar yang dikenakan adalah berbeza.

Semasa zaman Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar, cukai ini tidak diperkenalkan
lagi.

Khalifah Umar al-Khattab memperkenalkan cukai ini untuk menegakkan


keadilan terhadap situasi perdagangan yang berkembang pesat pada ketika itu
CONTOH;
Orang Islam dikenakan kadar bayaran 2.5% apabila cukup nisabnya, iaitu 200
dirham. Golongan kafir zimmi-kadar 5% manakala kafir harbi -kadar 10%.

ISI 4 ISI PENTING; SUMBER DARIPADA JIZYAH


HURAIAN;
Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dibayar oleh golongan kafir zimmi
yang bernaung dan berlindung di bawah pemerintahan Islam
Sebagai balasan pembayaran jizyah, kerajaan Islam wajib memberikan
perlindungan dan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda

Golongan yang wajib membayar jizyah ialah kafir yang sihat dan bukan ahli
agama.

Kadar jizyah ditentukan oleh kerajaan Islam selepas rundingan dan hanya
golongan yang cukup syarat sahaja perlu membayar cukai jizyah iaitu orang
lelaki yang cukup sifat rohani dan jasmaninya

CONTOH; Antara kadar bayaran tahunan yang dikenakan seperti berikut iaitu 48
dirham golongan kaya, 24 dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk
yang miskin.
ISI 5 ISI PENTING; SUMBER DARI DERMA DAN SEDEKAH
HURAIAN;
Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya dan berharta.

Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan,
wang, dan harta tanah.

Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan
saudara mereka golongan Muhajirin

CONTOH;
Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan
kedudukan tentera Islam.

Contohnya, dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma


kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah
menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk .

PERLAKSANAAN ZAKAT PADA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN


PENDAHULUAN Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan untuk
menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.
 Kefardhuan zakat telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah
Rasulullah SAW ke Kota Madinah sebagai satu daripada rukun Islam
kelima.
 Kengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman
bunuh atau mereka juga dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.
 Zakat wajib dikeluarkan sekiranya seseorang itu Islam, cukup
nisab/kadar dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.

ISI 1 ISI PENTING; ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR


HURAIAN;
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, timbul kontroversi dengan
pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yang enggan
membayar zakat.
 Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman,
Yamamah dan Oman kerana menganggap zakat sebagai cukai paksaan.
 Ada yang tersalah tafsir bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang
berhak mengutip zakat seperti Malik bin Nuwairiah.
 Khalifah Abu Bakar bersikap tegas ke atas orang yang cuba
memisahkan kewajipan solat dengan kewajipan zakat kerana keduanya
adalah tiang dan jambatan agama.

CONTOH;
 Berdasarkan al-Quran dan hadis, Khalifah Abu Bakar menggempur
golongan ini melalui pembentukan 11 buah pasukan tentera.

ISI 2 ISI PENTING; ZAMAN SAIDINA UMAR


HURAIAN;
 Meneruskan pelaksanaan zakat melalui Baitulmal dan harta zakat
yang diperolehi dikenali sebagai harta masyarakat.
 Zakat diperoleh daripada golongan berada dan kaya untuk diagihkan
kepada golongan yang layak menerimanya.
 Harta zakat atau harta masyarakat terdiri daripada zakat fitrah, zakat
harta, sedekah dan wakaf.
 Kutipan zakat pada masa ini telah bertambah kerana banyak ekspedisi
ketenteraan dan penyebaran Islam dilakukan
CONTOH;
Baitulmal telah menyalurkan hasil pembayaran kepada 8 asnaf iaitu fakir miskin,
musafir, amil, muallaf, hamba yang ingin merdeka, berhutang, berjihad dan ibnu
sabil
ISI 3 ISI PENTING; ZAMAN SAIDINA UTHMAN
HURAIAN;
 Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik
kuda dan tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad
SAW.
 Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang
dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda.
 Timbul masalah apabila Khalifah Uthman dituduh
menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana Baitulmal
merosot.
 Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil
sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.

CONTOH;
 perlaksanaan Kadar zakat kuda sejajar dengan zakat yang dikenakan
ke atas unta dan semua sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal.

ISI 4 ISI PENTING; ZAMAN SAIDINA ALI


HURAIAN;
 Pada zaman Khalifah Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman,
namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.
 Khalifah Ali merupakan salah seorang yang arif dalam institusi zakat
dan pernah menjawat jawatan sebagai pegawai zakat pada zaman Nabi
Muhammad SAW.
 Khalifah Ali telah menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah
diperkenalkan oleh Khalifah Umar.
CONTOH;
 Khalifah Ali turut memperkenalkan kadar zakat setiap lima ekor unta
dewasa boleh digantikan dengan unta yang lebih muda atau tua.
 Kadar zakat ini dengan syarat dibayarkan ganti rugi kepada tuannya
dua ekor kambing biri-biri atau 10 dirham.
-PERKEMBANGAN CUKAI JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH ABAD KE
9 HINGGA ABAD KE 11
-PERLAKSANAAN CUKAI JIZYAH PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH
PENDAHULUAN Jizyah ialah cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir
dhimmi sebagai balasan tehadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa
dan harta benda.

Mereka yang dikenakan jizyah mestilah sihat fizikal, mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama.

ISI 1 ISI PENTING; ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH HARUN AL-RASYID


HURAIAN;
> Memimpin angkatan tentera memerangi tentera Rom
> Berlaku peperangan antara Baghdad dengan Constantinople
> Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom
> Khalifah Harun mengemukakan tiga pilihan
> Antaranya seperti memeluk agama Islam, membayar jizyah atau terus
berperang
CONTOH;
> Wakil utusan pemerintah Byzantine telah bersetuju membayar jizyah > Selepas
kematian wakil utusan pemerintah iaitu Maharani Irene Leo IV, Raja Nicephorus I
menunjukkan sikap biadab > Beliau enggan meneruskan perjanjian dalam
pembayaran jizyaH
khalifah marah dan menghantar tentera, akhirnya pemerintah byzantine akur.

ISI 2 ISI PENTING; ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-MUQTADIR


HURAIAN;
> Pendapatan jizyah sebagai pendapatan ekonomi utama Wilayah tersebut
membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak dan emas
> Hasil cukai akan disimpan di dalam Baitulmal
> Hasil tersebut dapat menampung perbelanjaan negara

Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol, cukai pasir dari Iraq
sahaja berjumlah 1 547 734 dinar. Hasil dari wilayah Adzerbaijan dan Armenia
pula sebanyak 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1 768 015 dinar.
CONTOH;
> ANTARA DAERAH YANG DIKUTIP CUKAI JIZYAH IALAH wilayah seperti Iraq,
Parsi, Syria dan Mesir
ISI 3 ISI PENTING; ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-QADIR (991-1074M)
HURAIAN;
> Berjaya memenangi peperangan Turki, Wasit dan Basrah
> Kemenangan tersebut membolehkan banyak harta rampasan perang diraih
> Serangan ke atas Batihah dan Bazrah juga mencapai kejayaan
> Mereka yang tewas bersetuju membayar cukai jizyah mengikut tahunan
CONTOH;
Negara-negara ini bersetuju membayar jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun.
PERLAKSANAAN CUKAI JIZYAH (GUNAKAN ISI INI JIKA DITANYA)
ISI 4 ISI PENTING; AGIHAN JIZYAH
HURAIAN;
Semua kutipan jizyah akan dimasukkan ke dalam Baitulmal dan Diwan al-Kharaj
(Jabatan Kewangan) bertugas menguruskan cukai termasuk jizyah.

Ia digunakan untuk kepentingan tentera Islam dan pemerintah dalam memberi


pelayanan/BANTUAN terhadap masyarakat.

Jizyah juga digunakan untuk menutupi perbelanjaan kepentingan umum

CONTOH; Pada zaman Khalifah Nizam al-Mulk telah membina sekolah-sekolah


tinggi(madrasah) di beberapa kota Islam seperti Baghdad, Tabaristan, Hara,
Asfahan, Basrah dan lain-lain.
ISI 5 ISI PENTING; SUMBER JIZYAH
HURAIAN;

Sumber jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu jizyah yang kadarnya
ditetapkan oleh secara baik atas dasar persetujuan dan kerelaan bersama dan
keduanya secara paksa iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan
Islam.

Berdasarkan keterangan al-Quran surah at-Taubah ayat 29 bahawa mereka yang


menjadi sasaran dikenakan jizyah ialah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), termasuk
orang Majusi.
Beberapa golongan dzimmah( orang kafir yang terikat dengan perjanjian) bebas
dari membayar jizyah

CONTOH;
Antara yang wajib bayar jizyah ialah lelaki kerana memiliki kewajiban berperang,
baligh dan sihat akal, sihat fizikal dan boleh berperang, mampu secara ekonomi,
merdeka dan terikat dengan perjanjian. Golongan mawali tidak perlu lagi bayar
jizyah.
-SISTEM PENDIDIKAN DI MESIR PADA ABAD KE-8 MASIHI
-INSTITUSI PENDIDIKAN DI MESIR
PENDAHULUAN Pendidikan Islam di Mesir telahpun bermula sejak pertapakan Islam pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Pembinaan Masjid Amru bin Al-As di kota Fustat telah menjadikannya sebagai
pusat ibadat dan pendidikan bagi Masyarakat Mesir.

Dengan terbinanya Masjid Al-Azhar di Kaherah pada zaman Kerajaan Fatimiyyah


, pusat keilmuan telah berpindah ke sana.

ISI 1 ISI PENTING; DASAR PENDIDIKAN


HURAIAN;
Pendidikan diberi secara percuma.
Peringkat pertama pendidikan berlangsung di masjid, rumah-rumah ulama dan
kuttab.
Pada peringkat kedua, pendidikan dijalankan menerusi sistem persekolahan
yang lebih Huraian 60 sistematik, teratur dan bersifat formal.
Pengasingan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dilakukan, seperti di
kuttab.

CONTOH;
Sebagai contoh, ilmu pengetahuan diberi secara percuma di kuttab dan tenaga
pengajar di masjid di Mesir juga berkhidmat secara sukarela(tanpa upah)

ISI 2 ISI PENTING; KURIKULUM PENGAJIAN


HURAIAN;
Kurikulum pendidikan di Mesir terbahagi kepada dua iaitu pendidikan fardu Ain
dan fardu Kifayah.

Pendidikan fardu Ain tertumpu pada ilmu asas ajaran Islam seperti akidah,
syariat, dan akhlak.

Pendidikan ilmu kifayah pula ialah ilmu pengetahuan yang wajib dituntut oleh
sebahagian umat Islam. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang bersumberkan
akal, pancaindera, pengkajian, eksperimen
CONTOH;
Contoh ilmu fardu ain ialah tafsir al-Quran, Hadis, tauhid, dan fiqah manakala
ilmu fardu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu kaji bintang dan perubatan.
ISI 3 ISI PENTING; KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
HURAIAN;
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah lisan iaitu imlak, ceramah, qira’ah, asi’lah (mengajukan pertanyaan),
munazharah(berdebat) dan sebagainya.
Kaedah kedua ialah menghafal. Kaedah ini penting khasnya untuk menghafaz al-
Quran, hadis dan syair.

Kaedah yang ketiga ialah mencatat dan menulis dan kaedah yang keempat ialah
rihlah iaitu kaedah yang digunakan oleh ahli hadis dan bahasa.

CONTOH;
Pengajaran dan pembelajaran di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah
serta kuliah. Para guru akan membaca, menghurai dan menjelaskan isi
kandungan sesuatu kitab.
ISI 4 ISI PENTING; TENAGA PENGAJAR
HURAIAN;
Tenaga pengajar terdiri daripada para ulama yang berpengetahuan luas dan
mampu menyelesaikan pelbagai isu yang diutarakan pelajar.

Tenaga pengajar terdiri daripada mazhab yang berbeza dan pengetahuan serta
kemahiran yang berbeza mengikut tahap pendidikan.

Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada ahli fiqah dan ulama-ulama


terkenal dan silih berganti.

Kerajaan berperanan melantik guru-guru


CONTOH;
Di masjid, kelompok Imam Syafie yang dikenali sebagai zawiyah, merupakan
kumpulan tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli fiqah dan ulama terkenal.
Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah yang dibentuk oleh
seorang wazir bernama Majduddin Abu al-Asybal.

INSTITUSI PENDIDIKAN DI MESIR


ISI 5 ISI PENTING; MASJID
HURAIAN;
> Peranan masjid sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan dan institusi
pendidikan
> Pengajian sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan
membuat kajian
> Pengajian tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain dan fardu kifayah
> Antara ilmu fardu ain seperti al-Quran, hadis, tauhid dan fiqah
> Antara ilmu fardu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu bintang dan perubatan
CONTOH;
> Masjid terawal dibina ialah Masjid Amru al-As
ISI 6 ISI PENTING; KUTTAB
HURAIAN;
> Merupakan tempat belajar yang berasingan daripada bangunan masjid
> Tempat bagi kanak-kanak belajar pada peringkat permulaan
> Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak
dihafaz
> Ilmu pengetahuan diberi percuma
> Diajar secara berasingan antara kanak-kanak perempuan dan lelaki
CONTOH;
> Turut mempelajari tatabahasa Arab, sastera dan sejarah
ISI 7 ISI PENTING; SEKOLAH
HURAIAN;
> Guru-guru terdiri daripada para sahabat
> Menggunakan buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat
> Mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali
hadis
CONTOH;
antara para sahabat yang menjadi tenaga pengajar adalah amru al-ash

PERKEMBANGAN ILMU NAQLI DAN ILMU AQLI ZAMAN ABBASIYAH


PENDAHULUAN Ilmu naqli bersumberkan daripada Allah iaitu al-Quran dan sunnah.
Ilmu ini merupakan ilmu fardu ain iaitu wajib dipelajari oleh setiap umat Islam
kerana mengandungi ajaran asas Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak

Ilmu aqli pula merupakan ilmu yang bersumberkan akal dan dibahagikan kepada
ilmu sains tabii, ilmu sains sosial, dan sains kemanusiaan.
Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini
bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah
ISI 1 ISI PENTING; ILMU TAFSIR AL-QURAN
HURAIAN;
> Menekankan teks dan kontekstual
> Teks telah melahirkan tafsir bil matsur
> Kontekstual telah melahirkan tafsir birrayi
> Contoh tafsir birrayi seperti tafsir maudhui(merupakan perkara memisahkan
ilmu ke dalam perkara tertentu mengikut mata pelajaran) , tafsir
adaby(merupakan tafsir berkaitan kesusasteraan), tafsir nuzuli (berkaitan sebab
turunnya ayat al-Quran),

CONTOH;
Antara tokoh tafsir seperti Zamakjsyari > Antara karyanya seperti al-Khasaf
ISI 2 ISI PENTING; ILMU KALAM
HURAIAN;
> Ilmu yang membicarakan mengenai kewujudan Allah
> Belajar mengenai sifat-sifat Allah, para rasul-Nya dan alam akhirat
> Menggunakan dalil-dalil yang sah
> Menggunakan pemikiran teologi yang berkaitan akidah
> Pemikiran teologi merangkumi sistem, metodologi, dan pokok kajian
CONTOH;
> Contoh, karya Iqtishad fi al-Itiqad yang ditulis oleh Imam al-Ghazali
ISI 3 ISI PENTING; ILMU FIQAH
HURAIAN;
> Merupakan bidang yang berkaitan dengan perundangan dan hukum-hakam
> Dikenali sebagai IJTIHAD
> Ijtihad memang telah digunakan oleh umat Islam sejak zaman Nabi
Muhammad SAW
> Walaupun Islam telah mempunyai hukum yang jelas berdasarkan al-Quran,
tetapi masih perlukan

CONTOH;
Antara tokoh ilmu ini seperti imam al nawawi dengan kitab hadis 40
ISI 4 ISI PENTING; SEJARAH
HURAIAN;
> Kajian terhadap al-Quran dan Sunnah telah mengilhamkan beberapa ulama
untuk menerokai bidang ilmu sejarah
CONTOH; > Tokoh sejarawan terkenal seperti Miskawayh melalui karya Tarajib
al-Umam > Beliau menulis peristiwa yang dilihatnya sendirI
ISI 5 ISI PENTING; MATEMATIK
HURAIAN;
> Tokoh matematik terkenal ialah Umar Khayyam
> Sumbangannya adalah dalam bidang algebra
> Beliau menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra
termasuk geometrik bagi persamaan kiub
> Umar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub

> Nasirudin al-Thursi merupakan tokoh matematik pertama mengolahkan


trigonometri sebagai satu bidang matematik yang berasingan

CONTOH;
> Kitab Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila merupakan karya algebra teragung
> kitab tersebut menjadi rujukan penting dalam perkembangan bidang algebra

PERKEMBANGAN ILMU NAQLI DAN ILMU NAQLI ZAMAN UMAIYAH


PENDAHULUAN Ilmu naqli bersumberkan daripada Allah iaitu al-Quran dan sunnah. Ilmu ini
merupakan ilmu fardu ain iaitu wajib dipelajari oleh setiap umat Islam kerana
mengandungi ajaran asas Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak

Ilmu aqli pula merupakan ilmu yang bersumberkan akal dan dibahagikan kepada
ilmu sains tabii, ilmu sains sosial, dan sains kemanusiaan. Ilmu aqli menduduki
taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini bersumberkan pemikiran yang ada
kalanya benar dan ada kalanya salah

. Pada zaman kerajaan Umayyah, berlaku perkembangan dalam perbahasan dan


penulisan ilmu naqli dan aqli dalam kalangan sarjana Islam.

ISI 1 ISI PENTING; ILMU TAFSIR AL-QURAN


HURAIAN;
> Merupakan satu komponen disiplin ilmu yang tersusun
> Mendorong para sarjana Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu secara
menyeluruh
> Pengajian Islam telah diserap masuk ke dalam sistEM PENDIDIKAN
CONTOH;
> Antara tokohnya seperti Muhy al-Din Ibn Arabi melalui karyanya Tafsir al-
Quran al-Karim dengan memuatkan aliran Tafsir al-Sufi

ISI 2 ISI PENTING; ILMU KALAM


HURAIAN;
> Membicarakan tentang wujudnya Allah, cara bermakrifat tentang sifat-sifat
Allah, para Rasul dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah
CONTOH;
> Wujud kemasukan aliran sufi, zahiri dan ahli kalam

ISI 3 ISI PENTING; ILMU FIQH


HURAIAN;
> Pengaruh ulama maliki (mazhab digunapakai pada zaman umaiyah) mulai
berkurangan
> Muncul Imam al-Qurtubi mencerminkan fenomena keterbukaan mazhab
> Beliau tidak bergantung kepada mazhab Maliki semata tetapi juga melihat
pandangan mazhAB LAIN

CONTOH;
> Ibn Hazm dianggap imam dalam ilmu fiqah telah menghasilkan karya al-Fasl fi
al-Milal wa I-Ahwa wa I-Nithal
ISI 4 ISI PENTING; SEJARAH
HURAIAN;
> Tokoh sejarah seperti Marwan Ibn Hayyan Ibn Khalaf telah menulis tidak
kurang 50 buah karya sejarah
> Antara karyanya seperti al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus
> Kitab tersebut menceritakan sejarah tokoh ilmuwan, para pemerintah dan
umat IslaM
CONTOH;
> Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad merupakan ahli sejarah terkenal
> Karyanya seperti Tabaqat al-Umam
> Kitab tersebut menyentuh mengenai perihal cendekiawan IslaM

ISI 5 ISI PENTING; ILMU MATEMATIK


HURAIAN;
> Ilmu yang berkait rapat dengan astronomi
> Ahli matematik termasyhur seperti al-Kirmani > Beliau memperkenalkan
matematik Ikhwan al-safA
> Memperkenalkan sistem angka berasal daripada angka hindi yang membantu
mempermudahkan sistem penulisan angka
CONTOH;
> Antara ahli matematik seperti Abu Habbah bin Ubaidah
> Beliau merupakan ahli geometri dan matematik
SUMBANGAN AL-MAS’UDI (TOKOH PENEROKAAN ISLAM)
PENDAHULUAN Nama sebenar Ibn Masudi ialah Abu Hassan Ali bin Husayn bin ali al-masudi

Beliau merupakan tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam terawal. Beliau
juga banyak berjasa dalam bidang pelayaran Dan intelektual.

ISI 1 ISI PENTING; PENGHASILAN PELBAGAI KARYA DAN KITAB


HURAIAN;
> Menghasilkan kitab Muruj ad-Dhahab wa Maadin al-Jawahir
> Kitab tersebut mengenai kisah pengalamannya menjelajah ke banyak negara
> Menjelaskan tentang perubahan iklim dan gempa bumi
> Memberi sumbangan besar dalam bidang geografi
> Menghasilkan kitab Muruj al-Zaman
> Kitab tersebut mempunyai 30 jilid
> Kitab tersebut mengisahkan sejarah politik dan georafi
CONTOH;
antara negara yang diterokai untuk menghasilkan kitab ialah negara china dan
india
ISI 2 ISI PENTING; SUMBANGAN DALAM BIDANG PELAYARAN
HURAIAN;
> Membahagikan bumi kepada dua garisan
> Dua garisan tersebut ialah garisan bujur dan garisan lintanG
> Penentuan garis tersebut dapat menentukan waktu, sifat iklim dan lokasi
tempat
> Memberi dan menyusun nama-nama lautan secara kronologi
berjaya melukis peta dunia islam dengan tepat
CONTOH;
> Antara laut yang ditafsirkan semula seperti Bahr al-Fars kepada lautan Parsi
> Beranggapan setiap laut bersambungan
ISI 3 ISI PENTING; SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI
HURAIAN;
> Menghasilkan sebuah ensiklopedia geografi terawal
> Menyokong teori Determinisme Alam Sekitar
> Merupakan satu teori di mana faktor persekitaran dan iklim yang dipengaruhi
oleh kitaran planet
> Membahagikan dunia kepada dua iaitu barat dan timUR
CONTOH;
> Mengkaji tentang tanah fay, flora dan fauna yang wujud di negara india
ISI 4 ISI PENTING; SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
HURAIAN;
> Menceritakan tentang kincir angin di dalam kitabnya
> Merupakan seorang pengarang terawal yang berani mengutarakan aspek takrif
evolusi
CONTOH; penciptaan kincir angin disebut di dalam kitab muruj ad-dhahab wa
maadin al-jawahir
CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM MOGHUL INDIA
PENDAHULUAN Seni bina bermaksud keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam
binaan, reka bentuk binaan dan pertukangan.

Seni bina Islam merupakan salah satu cabang kebudayaan dan ketamadunan
Islam yang dihasilkan oleh manusia.

Zaman kerajaan Moghul di India mempunyai perkembangan seni bina yang


mengagumkan hasil gabungan seni bina Arab dengan tempatan dan Parsi.
ISI 1 ISI PENTING; PENGARUH LUARAN DALAM SENI BINA TEMPATAN
HURAIAN;
> Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca
> Dipengaruhi oleh seni bina arab, turki dan parsi
antara pereka cipta arkitek terkenal ialah akbar
CONTOH;
contoh masjid yang dicipta mengikut seni bina ini ialah masjid lapan mutiara
(dilengkapi dengan kubah berbentuk bunga teratai)
binaan istana di fathpur sikri
ISI 2 ISI PENTING; MOTIF CORAK HIASAN
huraian;
> corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat al-quran
> corak tersebut terdapat di istana dan masjid
> ukiran tersebut juga bermotifkan dakwah
> corak hiasan dihiasi dengan ukiran geometri dan berasaskan alam
CONTOH;
antara contoh unsur alam yang digunakan ialah bunga dan tumbuhan
ISI 3 ISI PENTING; BAHAN BINAAN
HURAIAN;
> Terdiri daripada batu dan kayu > Bahan binaan adalah mahal dan berkualiti
> Susunan bangunan selari mengikut grid tertentu
> Wujud pembinaan jalan utama yang memudahkan
CONTOH;
antara bahan brkualiti yang digunakan ialah batu marmar dan batu-batuan
merah
ISI 4 ISI PENTING; KOMPLEKS PELBAGAI GUNA
HURAIAN;
> Merangkumi istana, bahagian makan diraja, dewan, taman rekreasi dan masjid
CONTOH;
> Contoh, istana Taj Mahal yang dibina oleh Maharaja Shah Jehan
> Istana tersebut merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi dan
masjid
> Dibina di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk
lengkuk awan
> Binaan terdiri daripada batu marmar merah, biru dan putih
> Terdapat Masjid Lapan Mutiara di dalam sebuah kompleks taj mahal
TEMA 3
REAKSI MASYARAKAT MESIR TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT PADA
ABAD KE 19 HINGGA ABD KE-20
PENDAHULUAN Pada abad ke-18M, Mesir masih sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah.

Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik
akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.

Suasana politik yang tidak stabil inilah yang membawa kepada kekacauan dan
menjejaskan ekonomi Mesir pada keika itu

ISI 1 ISI PENTING; PENAKLUKAN PERANCIS KE ATAS MESIR 17M-18M


HURAIAN;
Pada akhir abad ke-18, Perancis telah berjaya menawan Mesir, setelah
menewaskan tentera kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir pada ketika itu.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798.

Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan


tercetusnya Revolusi Perancis.

Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu


hanya sekitar tiga tahun sahaja
CONTOH;
Contohnya, konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran
rakyat.

Maksud modenisme ialah gerakan yang menekankan kuasa manusia mencipta,


membaiki, dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan ilmu
sains, teknologi dan uji kaji praktikal manakala,

sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara
terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.

ISI 2 ISI PENTING; PEMBERONTAKAN SYEIKH MUHAMMAD AL-SADAT


HURAIAN;
Pada 21 Oktober 1798, 3 bulan selepas penaklukan tentera Perancis ke atas
Mesir, pemberontakan di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Sadat meletus

Pemberontakan ini berlaku apabila Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan


melancarkan jihad menentang Perancis.

Perbezaan agama adalah faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya


pemberontakan. Rakyat Mesir menganggap kerajaan Turki Uthmaniah sebagai
saudara seagama yang mesti dibantu dan dipertahankan bermati-matian.
CONTOH;
Kekalahan tentera Perancis di Port Abu Khir Iskandariah menyakinkan mereka
bahawa Perancis berada dalam keadaan yang terlalu lemah.
Keruntuhan sosial yang berleluasa seperti pengembangan perniagaan arak ,
tarian-tarian gelek, rasuah dan lain-lain lagi.
ISI 3 ISI PENTING; PENENTANGAN GOLONGAN AWAM DAN FELLAHIN
HURAIAN;
Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir telah muncul dua
golongan penentangan sebagai reaksi terhadap penguasaan asing.

Pertama, penentang yang terdiri daripada golongan awam, golongan bangsawan


(pasha), ulama, dan tuan tanah.

Kedua, ialah pegawai tentera Mesir (yang berketurunan Mesir asli yang dikenali
sebagai Fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan
Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan Turki-
Circassia.
CONTOH;
Sebagai contoh, apabila ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir, maka
ramai daripada pegawai berketurunan Fellahin telah diberhentikan
perkhidmatan, berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan Turki-
Circassia yang dikekalkan jawatan mereka.

ISI 4 ISI PENTING; GERAKAN ISLAH (PEMULIHAN ISLAM)


HURAIAN;
para ulama bangkit untuk menentang ketiadak-adilan yang berlaku.

Kesedaran untuk menghalang kemaraan penjajah Eropah dan boneka mereka


serta mengembalikan maruah umat nampak ketara terutama melalui idea dan
praktis para pelopor gerakan ‘Islah’,

seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

CONTOH;
Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang
baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk
menyalurkan idea-idea Islahnya seperti dalam pembelajaran, media massa dan
menggunakan pengaruh jawatan yg dipegangnya.

ISI 5 ISI PENTING; PEMBERONTAKAN ROSETTA


HURAIAN;
British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan Uthmaniyah bagi
mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan.

Setelah berjaya mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi
Mesir pada tahun 1802 melalui Perjanjian Amein.

Namun British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki


Mesir dan ini terbukti dengan cubaan untuk menguasainya pada tahun 1807
melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan pimpinan Mamluk
Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806.
Hasil hubungan tersebut, British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasi
Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai
Mesir,

Meskipun British mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada tahun 1807,
namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebu
CONTOH;
seramai 2,000 tentera British tiba di bandar Rosetta pada bulan Mac 1807M dan
berhasrat menjadikan bandar pesisisr pantai itu sebagai pusat gerakan mereka.

FAKTOR KEMUNCULAN SEMANGAT NASIONALISME DI MESIR SEHINGGA AWAL


ABAD KE 20
PENDAHULUAN Pentadbiran ala Barat yang diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin
Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Lebih membimbangkan ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan ideologi


sekularisasi dan modenisasi Barat yang mengancam syiar Islam.

Pengaruh luar telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Mesir akibat dari


pada kesan gerakan nasionalisme yang melanda Eropah iaitu selepas tercetusnya
Revolusi Peranchis (1789 -1799) dan Revolusi Amerika (1775-1783)

ISI 1 ISI PENTING; PENGARUH LUAR


HURAIAN;
Selepas berlakunya penjajahan Peranchis dan British terhadap Mesir, rakyat
tempatan mula terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi
keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan semangat nasionalisme.

Gerakan nasionalisme juga muncul akibat daripada tercetusnya Perang Dunia


Pertama 1914-1918.

CONTOH;
Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah oleh British meninggalkan
pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan
hamba kepada tentera British di Palestin , Gallipoli dan Peranchis.

Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban.


ini telah menaikkan semangat penduduk mesir

ISI 2 ISI PENTING; PENGARUH AGAMA


HURAIAN;
Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara pentadbiran dan
budaya Barat di negara itu.

Demi menjaga kedudukan Islam yang terancam, muncul Gerakan Pemulihan


Islam (Gerakan Islah) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850 .
Gerakan ini dipimpin oleh Syeikh Jamaluddin Al Afghani dan Syeikh Muhammad
Abduh.
CONTOH;
Beliau (PEMIMPIN GERAKAN INI) menekan pendidikan dakwah melalui
pengintergrasian pendidikan agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah
al Dakwah al Irshad di Kaherah pada 1912.
ISI 3 ISI PENTING; BAHASA DAN KESUSATERAAN
HURAIAN;
Kemunculan penulis-penulis dalam membangkitkan semangat nasionalisme
dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan ramai
penulis

seperti Taha Husayn , Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahim. Mereka telah
menghasilkan karya yang mengkritik penjajah

CONTOH;
Ahmad Shawqi , seorang penyair neoklasik Arab telah menulis sebuah sajak yang
menceritakan tentang Boutros Ghali (Bangsa Qibti) yang telah dibunuh

Rasyid Rida memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan
kerajaan bagi menggantikan bahasa INggeris dan bahasa Peranchis.

ISI 4 ISI PENTING; PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL


HURAIAN;
Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat
nasionalisme terbahagi kepada tiga golongan iaitu
golongan berpendidikan Barat ,
golongan agama dan
golongan elit tentera.

CONTOH;
Tokoh intelektual berpendidikan Barat ialah Mustapha Kamil Pasha yang pakar
undang-undang menyokong gerakan nasionalis sekular cuba meraih sokongaan
golongan intelektual daripada keturunan Qibti.

Tujuan beliau adalah untuk menuntut kemerdekanan daripada British dan


menubuhkan sebuah kerajanan berparlimen ala Barat di Mesir.

ISI 5 ISI PENTING; PERANAN PENDIDIKAN


HURAIAN;
Melalui pendidikan lahir golongan cerdik pandai yang menjadi penggerak kepada
kesedaran nasionalisme di Mesir.

Penjajah British sangat berhati-hati dalam memberi peluang pendidikan kepada


penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi
pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan

CONTOH;
Golongan bijak pandai berhujah yang merupakan graduan daripada sekolah
undang-undang telah terdedah kepada nilai politik dan kebudayaan Barat.
Mereka telah disuntik dengan sentimen anti British melalui didikan guru-guru
mereka yang berbangsa Peranchis yang masih berkhidmat di Mesir dan
berdendam dengan British( kerana british yg mengusir perancis drpd mesir pada
awalnya)

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN ALGERIA TERHADAP IMPERALISME LUAR


PENDAHULUAN Algeria merupakan sebahagian wilayah Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul.
Algeria merupakan negara terbesar di benua Afrika dan dunia Arab.

Kekayaan sumber alam seperti minyak dan gas menyebabkan kuasa


imperialisme berusaha menguasai negara berkenaan.

Pada tahun 1827, tentera Perancis seramai 37 000 orang tentera telah
menceroboh Algeria.

Setelah 3 tahun berperang, keseluruhan negara tersebut telah dikuasai oleh


Perancis.
ISI 1 ISI PENTING; GERAKAN HUSAIN DEY (1818-1830)
HURAIAN;
> Merupakan pemerintah terakhir yang dilantik oleh kerajaan Uthmaniyah
> Berhasrat menuntut hutang tertunggak dari Perancis dalam pembelian
gandum > Pihak perancis enggan membayar

> Tindakan Husain Dey tidak mahu memberi penghormatan kepada bendera
Perancis telah menimbulkan krisis politik > Menyebabkan Perancis semakin
menggiatkan usaha menguasai Algeria

> Ketua tentera Perancis membawa masuk ramai peneroka Eropah > Mereka
menduduki kota Algeria dan membuka ladang dengan merampas tanah subur
penduduk tempata
CONTOH;
antara contoh tindakan balas perancis ialah menceroboh masjid dan tanah
perkuburan umat islam

ISI 2 ISI PENTING; GERAKAN AHMAD DEY


HURAIAN;
> Ahmed Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan Perancis
> Ahmed Bey terpaksa menyerah kalah selepas angkatan laut Perancis berjaya
menyekat angkatan Uthmaniyah yang cuba membantu Ahmed Bey
> Ahmed Bey masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis
> Hal ini kerana beliau menjangkakan Perancis akan membiarkan pemerintah
tempatan memerintah di algeria
CONTOH;
ahmed dey telah melancarkan serangan terhadap perancis di sempadan
konstantine sehingga mengorbankan hampir seribu tentera perancis

ISI 3 ISI PENTING; GERAKAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAZAIRI


HURAIAN;
> Bertujuan untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan jihad menentang
penjajah Perancis
> Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidi
> Beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara daripada
penjajahan Perancis dan mengisytiharkan negara Islam Algeria
> Syeikh Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan gerakan
penentangan terhadap Perancis
> Menggunakan taktik perang gerila sehingga berjaya mengalahkan Perancis
dalam beberapa pertempuran
> Syeikh Abdul Qadir gagal menangkis serangan Perancis di pangkalannya di al-
Asnam
> Beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah dirI

CONTOH;
antara pangkalan gerakan ini ialah masjid maskar

ISI 4 ISI PENTING; GERAKAN ABU MAZI


HURAIAN;
> Seorang tokoh berpengaruh dalam gerakan penentangan di Algeria
> Berjaya menggerakkan rakyat tempatan
> Memindahkan gerakan di Zawawah dan bergabung dengan Syeikh Abdul Qadir
> Syeikh Abdul Qadir melantik Abu Mazi sebagai gabenor wilayah berkenaan
CONTOH;
gerakan ini berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuran di Sidi Ibrahim
> Situasi tersebut membimbangkan Perancis
> Gabenor jeneral Perancis telah merekrut 10 000 tentera
> Tentera Perancis tersebut berjaya menewaskan pasukan Abu Mazi dan Syeikh
Abdul QADIR

ISI 5 ISI PENTING; GERAKAN MODERAT ISLAM


HURAIAN;
> Satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu masyarakat,
pendidikan, politik dan perekonomian
> Bertujuan untuk memohon bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik
perwakilan rakyat tempatan dalam pentadbiran Algeria
> Menumpukan perhatian kepada menghubungkan budaya Perancis dengan
Islam
> Namun pergerakan tersebut GAGAL
CONTOH;
Antara contoh usaha gerakan ini adalah dengan menghantar memorandum
kepada kerajaan perancis di paris
PERANAN AHMAD URABI DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MESIR
PENDAHULUAN Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh kuasa asing telah
dimulakan oleh golongan tentera pimpinan kolonel Ahmad URABI

Pada awal perjuangan, Gerakan Ahmad Urabi merupakan gerakan anti kuasa
asing iaitu Perancis, British, dan Turki. Namun, akhirnya gerakan ini menuntut
perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan MesiR

ISI 1 ISI PENTING; MEMIMPIN GERAKAN PEMBERONTAKAN DALAM


KALANGAN TENTERA TEMPATAN MESIR
HURAIAN;
Dipimpin oleh pemimpin berketurunan Mesir asli
> Berjuang mempertahankan kepentingan Mesir di bawah pengaruh tempatan
> Wujud golongan Turki-Circassia > Golongan tersebut rapat dengan pihak
istana dan memiliki taraf istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan
> Dominasi golongan tersebut telah menimbulkan ketegangan dengan golongan
tentera fellahin
> Golongan tentera fellahin mendapati diri mereka tidak diberikan peluang yang
sama dalam urusan kenaikan pangkat
CONTOH;
> Ramai tentera fellahin diberhentikan manakala tentera Turki-Circassia
dikekalkan
> Tentera Mesir juga telah kalah dalam pertempuran di Ethiopia
> Kesannya, para anggota tentera Mesir yang majoritinya golongan fellahin telah
bergabung dengan tiga kolonel

> Tiga kolonel tersebut ialah Ahmad Urabi, Ali Fahmi dan Sami al-BarudI

ISI 2 ISI PENTING; MEMIMPIN GERAKAN PENENTANGAN GOLONGAN AWAM


FELLAHIN
HURAIAN;
> Muncul dua golongan penentang terhadap penguasaan asing

> Pertama, penentang golongan awam > Terdiri daripada para bangsawan,
pegawai kerajaan, ulama dan tuari tanah

> Kedua, kumpulan pegawai tentera Mesir berketurunan fellahin

> Golongan tuan tanah menerima tekanan daripada peminjam wang


berketurunan Lebanon Kristian
> Kadar pinjaman riba yang tinggi menyebabkan golongan tersebut gagal
membayar hutang

CONTOH;
> Ahmad Urabi berjanji untuk mengurangkan bebanan cukai yang ditanggung
oleh golongan fellahin > Ahmad Urabi juga akan menghukum peminjam wang
tersebut
> Kesannya, golongan fellahin menyokong pemberontakan Ahmad Urabi
ISI 3 ISI PENTING; MENUBUHKAN PAKATAN SULIT DALAM TENTERA MESIR
HURAIAN;
> Kolonel Ahmad Urabi menubuhkan pakatan sulit dalam tentera tempatan
Mesir
> Pakatan tersebut ditubuhkan bersama kolonel Ali Fahmi dan kolonel Sami al-
BarudI

CONTOH;
> Objektif pakatan tersebut adalah untuk berjuang menentang kepimpinan
Turki-Circassia yang membolot semua jawatan tinggi dalam ketenteraan
> Bertujuan untuk mengatasi keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat
Mesir
ISI 4 ISI PENTING; MENUBUHKAN PARTI KEBANGSAAN
HURAIAN;
> Kolonel Ahmad Urabi telah menubuhkan al-Hizb al-Watani
> Al-Hizb al-Watani bermaksud Parti Kebangsaan
> Parti tersebut ditubuhkan bersama Khedif Ismail
> Bertujuan untuk menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir
> usaha parti tersebut gagal

CONTOH;
> Pihak Perancis dan British telah mengenakan tekanan balas hingga
menyebabkan Khalifah Uthmaniyah bersetuju untuk melucutkan jawatan Khedif
Ismail

Anda mungkin juga menyukai