Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Refleksi

Semasa menyediakan tugasan untuk subjek Tamadun Islam dan Asia (TITAS) ini saya dapati
tugasan ini membolehkan saya untuk menilai dan membincangkan Tamadun China dan
sumbangannya terhadap peradaban dunia. Selain itu, proses untuk menyiapkan tugasan ataupun
kerja kursus ini , saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat yang berfaedah dengan membaca
banyak rujukan untuk menyiapkan tugasan ini untuk mendapat pengetahuan yang lebih
mendalam terhadap pencapaian tamadun China. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari daripada
Tamadun ini. Tamadun China bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami jika tidak
mengetahui erti dan maksud tamadun itu. Oleh itu, dengan melengkapkan tugasan yang telah
diberikan sedikit sebanyak memberi saya ilmu pengetahuan dalam memahami maksud Tamadun
China.

Dari segi emosi, saya berasa sangat terpersona akan kemahiran dan kecerdikan orang cina.
Kerana tanpa kemahiran dan akal yang cerdik maka tidak akan terhasillah satu seni bina yang
sangat hebat seperti penghasilan Tembok Besar China yang kita dapat lihat masih kekal hingga
kini, masih dijaga seni binanya dan sejarahnya. Sedangkan ia dihasilkan pada sekitar 200 SM
dan di antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Tembok
besar China ini juga dihasilkan untuk menghalang serangan dari pihak musuh. Semangat rakyat
China pada zaman dahulu juga sangat berdaya saing ini menyebabkan saya untuk terus
bersemangat dalam menyelesaikan tugasan saya ini. Selain itu, saya juga amat kagum dalam
pelbagai aspek akan sumbangan yang telah diberikan pada Tamadun China seperti pemerintahan,
pentadbiran, kententeraan, ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan perayaaann. Dengan
berpandukan filem “The Great Wall 2016” ini saya dapat lihat bahawa perjuangan mereka yang
hebat dan merekaa juga mempunyai jiwa ketenteraan dan peralatan perang mereka yang amat
lengkap dan kuat. Ini membukitkan mereka adalah orang yang bijak dalam mencipta sesuatu
benda. Hal ini mengingatkan saya untuk mempunyai jiwa yang bijak dan kuat dalam menghadapi
segala cabaran yang akan datang pada zaman kini. Kerana zaman kini media sosial lebih bahaya
dari pada peperangan kerana apabila jiwa tidak bijak dan kuat maka kita akan jatuh tersungkur
tanpa sesiapa dapat membantu.

Dari segi kognitif, saya lebih mengetahui dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan
Tamadun China dengan lebih terperinci. Tugasan ini memberikan saya untuk berfikir bagaimana
tamadun China boleh menjadi tamadun yang paling kukuh hingga kini. Ini menunjukkan bahawa
sistem pentadbiran pada zaman tamadun China sangatlah hebat bukan saja hebat tapi setiap apa
sumbangan yang diberikan masih dijaga dengan baik. Itu menjadikan ia sebagai negara tumpuan
pelancong. Selain itu, saya juga berfikir bahawa apa yang mereka cipta adalah sesuatu yang
sangatlah hebat dibandingkan pada zaman sekarang yang mempunyai segala teknologi tapi tanpa
penghasilan yang mereka lakukan pasti tidak akan terhasil semua penaikan taraf sesuatu
teknologi dari pelbagai bidang seperti seni bina, reka cipta, dan peralatan elektrik dan
sebagainya. Itu membuktikan mereka rakyat mereka sangatlah mempunyai ‘IQ’ yang tinggi.
Sehingga kini kajian telah dilakukan yang menunjukkan betapa tingginya tahap ‘IQ’ rakyat
berbangsa cina kemungkinan kerana mereka juga mempunyai sifat daya saing disebabkan itu
mereka masih tetap menjadi orang yang hebat dalam mencipta sesuatu teknologi selepas rakyat
Jepun.

Semasa didalam proses melakukan tugasan ini saya banyak membaca rujukan dari jurnal dan ada
juga dari PDF yang disediakan oleh pihak tenaga pengajar. Oleh itu, saya cuba sedaya upaya
memahami bagi menyelesaikannya dengan baik tanpa melakukan kesilapan dalam sejarah
Tamadun China ini kerana konsep tamadun China ini terlalu susah dan sukar saya fahami jika
tidak sebetulnya menghayati setiap apa yang diperkatakan dan di tulis dalam rujukan. Akan
tetapi tanpa bantuan daripada tenaga pengajar dan rakan-rakan mana tidaknya saya akan dapat
menyelesaikan tugasan ini.

Setelah saya mengkaji serta mencari sumber rujukan tentang tamadun China ini, saya dapat
memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama saya juga mempelajari
sesuatu perkara yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Dalam mengaji sesuatu perkara
tidaklah ia buruk kerana di dalam mana mana tamadun juga menerapkan kita bahawa belajarlah
sehingga kita berjaya teruskan berusaha dan berangan kerana dengan angan-angan maka akan
tercipta sesuatu yang kita tidak jangka seperti didalam diam kita terus mengejar impian hingga
akhirnya impian itu tercapai. Selain itu, dengan sejarah maka terwujudlah segala yang kita guna
pakai sekarang kerana sejarah adalah hasil daripada pembentukan tamadun yang membolehkan
kita mengenali kewujudan sesuatu itu dicipta. Oleh hal demikian, saya juga berharap kita semua
untuk terus mengkaji tentang sejarah dan menghargai sejarah dengan menjaga harta dunia itu
dengan baik dan mengambil iktibar dari masa silam untuk terus bersemangat dalam melakukan
sesuatu dan terus memikirkan idea yang baik. Mana tahu suatu hari nanti kita pulak menjadi
pencipta sesuatu teknologi yang hebat. Akhir sekali, saya berharap agar apa yang kita pelajari
tentang tamadun ini diserapkan di dalam hati agar ia terus menguatkan semangat kita akan untuk
lebih cintakan negara.

Anda mungkin juga menyukai