Anda di halaman 1dari 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/346509454

Aplikasi Kaedah Gabungan Abjad dan Bunyi (GAbBu) dalam Meningkatkan


Kemahiran Membaca Suku Kata KV Murid Pemulihan

Article  in  Journal of ICSAR · January 2016

CITATIONS READS

0 3,256

4 authors, including:

Mazidah Ali
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5 PUBLICATIONS   5 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6 2016 View project

All content following this page was uploaded by Mazidah Ali on 01 December 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION
IN SOUTHEAST ASIA REGION 6TH SERIES 2016
Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

Aplikasi Kaedah Gabungan Abjad dan Bunyi (GAbBu)


dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KV
Murid Pemulihan
Mazidah Alia, Rosadah Abd Majidb, Mohd Hanafi Mohd Yasinc,
Mohd Mokhtar Tahar d
a
SK Sungai Buloh, Alor Gajah, Melaka
b,c&d
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata kv bagi murid pemulihan dengan
menggunakan kaedah gabungan abjad dan bunyi sebagai alat intervensi. Kajian kes eksperimental ini
menggunakan persampelan bertujuan. Subjek kajian kajian adalah seorang murid pemulihan berusia tujuh tahun
yang tidak melepasi Konstruk 2 (kemahiran suku kata kv) Saringan Literasi 2015 Tahun 1 dalam program
Literasi dan Numerasi (LINUS). Data dikumpul dan dianalisis melalui senarai semak bacaan murid, senarai
semak minat murid terhadap bacaan, dokumen dan rekod bacaan ujian pra dan ujian pasca. Data
dipersembahkan dalam bentuk peratusan melalui jadual dan graf supaya keberkesanan rawatan ini dapat dilihat
dengan jelas. Dapatan kajian mendapati subjek kajian keliru bunyi vokal i dan e. Terdapat peningkatan
kemahiran membaca suku kata kv melalui analisis dokumen, iaitu 80%. Minat membaca murid turut meningkat
selepas jalani intervensi. Peningkatan kemahiran juga dilihat melalui ujian, iaitu sebanyak 65%. Kesimpulannya,
kaedah GabBu ini boleh dijadikan alat intervensi yang dapat membantu murid pemulihan meningkatkan
kemahiran membaca suku kata kv.

Kata kunci: Bacaan, kaedah bacaan, suku kata kv, intervensi bacaan, LINUS Literasi

Abstract

This study aims to improve the reading skills of syllables kv for remedial student by using a combination of
letters and sounds as a means of intervention. The experimental case study using purposive sampling. The re-
search subject was a seven year old remedial student who do not pass construct 2 (skills syllables kv) Screening
Literacy 2015 Year 1 in Literacy and Numeracy program (LINUS). Data collected and analyzed through a
checklist of students reading, a checklist of student interest in reading, reading documents and records of the
pre-test and post-test. Results showed that subject of study was only confused the vowels i and e. There was an
increase reading skills syllables kv through analysis of documents, 80 %. Student more interested with reading
skill after the intervention. Skills enhancement is also seen through the test, by 65 %. In conclusion, this method
can be used as a tool GAbBu interventions that can help student improve their reading recovery syllables kv.

Keyword: Reading, reading method, syllable kv, reading intervention, LINUS Literacy

1. Pendahuluan

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diperkenalkan kerana didapati pada tahun 2008, masih
terdapat lebih kurang 13%, 54,000 murid Tahun 1 yang tidak menguasai 2M iaitu Membaca dan
Menulis (KPM, 2009). Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, dan memahami
perkataan dan ayat yang mudah dan komplek dalam bahasa Malaysia dan mengaplikasikan
pengetahuan itu dalam pembelajaran dan komunikasi harian (KPM, 2011). Murid-murid yang tidak
kuasai saringan LINUS Literasi terutama konstruk 1 dan konstruk 2 akan ditempatkan di kelas
646
Tel: +60122881629
e-mail: mazidah1629@gmail.com
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

pemulihan. Konstruk ialah suatu aspek yang ingin dibangunkan dalam diri murid (dikuasai) melalui
kurikulum (Pembelajaran dan pengajaran) dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut (KPM,
2011). Konstruk 1 adalah keupayaan murid dalam membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan
(KPM, 2011). Konstruk 2 pula adalah keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka (KPM,
2011). Suku kata kv adalah gandingan konsonan dan vokal seperti ‘b’ dan ‘u’.
Menurut KPM (2001) dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (2012),
Program Pemulihan Khas merupakan satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, dan di ruang yang khusus.

1.1 Penyataan Masalah dan Objektif Kajian

Berdasarkan Pelaporan Program pemulihan Khas 2014 (KPM, 2015), terdapat 24 608 orang murid
yang tidak menguasai LINUS Bahasa Malaysia konstruk 1 dan konstruk 2, iaitu seramai 17 495 orang
murid Tahun 1 (berusia tujuh tahun), 5812 orang murid Tahun 2 (berusia lapan tahun) dan 1301 orang
murid Tahun 3 (berusia sembilan tahun). Berdasarkan model tahap perkembangan membaca dalam
kalangan kanak-kanak (Chall, 1979), kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun berada di
peringkat mulai fasih membaca, telah mengenali perkataan dan membaca ayat. Hal ini jelas
menunjukkan terdapat perbezaan keupayaan bacaan yang ketara antara tahap perkembangan membaca
kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan dengan ketidakupayaan subjek kajian yang berusia tujuh
tahun yang masih tidak menguasai konstruk 2. Oleh itu, guru perlu mengubah kaedah pengajaran
sedia ada supaya dapat memberi impak positif penguasaan kemahiran membaca.
Objektif kajian adalah: (i) mengenal pasti huruf konsonan, huruf vokal dan bunyi vokal yang
tidak dikuasai murid sebelum intervensi; (ii) sejauhmana intervensi kaedah GAbBu dapat bantu
tingkatkan kemahiran membaca suku kata kv; dan (iii) mengenal pasti peratusan sebelum dan selepas
intervensi kaedah GAbBu melalui ujian.

2. Rekabentuk Kajian

Rekabentuk adalah pelan tindakan yang terperinci tentang bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan
(Cresswell, 2014). Kajian ini dijalankan menerusi kajian kes eksperimen kepada seorang subjek
dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini menggunakan rekabentuk A-B-A, iaitu A
merujuk baseline data dan B merujuk rawatan atau intervensi. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti
keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dalam meningkatkan kemahiran suku kata kv murid
pemulihan.
Berdasarkan saringan yang dijalankan, subjek kajian didapati tidak dapat membaca suku kata
kv dengan betul. Penyelidik merancang untuk menggunakan kaedah gabungan abjad dan bunyi, iaitu
dengan menggabungkan abjad bagi huruf konsonan dan bunyi bagi huruf vokal. Balajthy (2009)
menyatakan dengan mengetahui peraturan asas fonik (bunyi) ianya dapat membantu murid
membunyikan perkataan. Chall (1958) turut menunjukkan terdapat pertalian yang tinggi antara
pengetahuan dalam bidang fonik dengan pencapaian dalam bacaan, iaitu menurut beliau
berdasarkan sembilan penyelidikan yang dibuat dengan membandingkan kaedah fonik (bunyi) dan
kaedah pandang dan sebut, prestasi bacaan murid-murid yang diajar mengikut kaedah fonik
(bunyi) adalah lebih baik. Oleh yang demikian, melalui kaedah yang dimodifikasikan ini, iaitu
kaedah gabungan abjad dan bunyi, penyelidik berharap agar kaedah ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran membaca suku kata kv subjek kajian.
Sehubungan itu, kaedah gabungan abjad dan bunyi ini dijalankan bersama teknik asosiasi
bunyi, iaitu mengaitkan bunyi huruf dengan bunyi alam sekitar (Amat Tarop Sumo, Abu Bakar
Ahmad, Thahir Nuruddin, Patarai Cholen, Azhar Sabil, Hasizan Dahalal dan Anuar Md. Amin, 2013)
dengan menggunakan buku bacaan literasi dan lembaran bacaan yang diadaptasi dan dimodifikasi dari
modul LINUS Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seterusnya, penyelidik menjalankan ujian pra terhadap subjek kajian untuk mengetahui tahap
kemahirannya sebelum intervensi dijalankan. Ujian ini dibina dengan mengadaptasi dan memodifikasi
Saringan LINUS Literasi Membaca. Fasa pertama, penyelidik membuat intervensi terhadap bunyi
647
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

vokal dengan menggunakan teknik asosiasi bunyi untuk kukuhkan kemahiran bunyi vokal subjek
kajian. Contohnya, huruf ‘a’ dibunyikan ‘aaaa’ (bunyi burung gagak) dan huruf ‘i’ dibunyikan ‘iii’
(bunyi geli lihat benda kotor). Fasa kedua, penyelidik menggunakan kaedah abjad dan bunyi.
Penyelidik mengasingkan huruf mengikut warna, iaitu hitam bagi huruf konsonan dan merah bagi
huruf vokal. Murid akan menyebut huruf konsonan dan membunyikan huruf vokal. Kemudian
mencantumkan bunyinya. Contohnya ‘b’ + ‘a’(bunyi) = ba. Setiap aktiviti dilaksanakan dalam kelas.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah latih tubi menyebut suku kata kv melalui nyanyian, menyanyi
bunyi huruf dan suku kata kv, menulis di udara sambil meyebut suku kata kv, cop suku kata kv, sebut
gambar dan bunyikan suku kata kv awalan atau akhiran serta menyebut gambar dan mewarnakan suku
kata kv. Aktiviti ini dijalankan dalam sesi PdP selama 30 minit. Intervensi dilaksanakan 3 kali
seminggu.
Selepas 5 minggu intervensi dijalankan, subjek kajian menduduki ujian pasca yang
mempunyai item yang sama dalam ujian pra. Hasil rekod kedua-dua ujian ini dibanding dan
dianalisis. Penyelidik mengumpulkan segala maklumat dan data yang berkaitan dengan menggunakan
senarai semak minat membaca subjek kajian, rekod bacaan ujian, dan senarai semak bacaan murid.
Data yang diperolehi adalah untuk mengenal pasti kekurangan kajian serta menilai perubahan tahap
penguasaan subjek kajian. Data dipersembahkan dalam bentuk peratusan melalui jadual supaya
keberkesanan intervensi ini dapat dilihat dengan jelas supaya pemantauan lanjut dapat dibuat secara
berterusan.

3. Analisis Data

Bahagian ini memaparkan secara terperinci demografi kajian dan dapatan kajian ke atas subjek kajian
yang telah dijalankan.

3.1 Demografi Kajian

Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini merupakan seorang murid lelaki yang berusia tujuh tahun.
Subjek kajian dipilih kerana tidak menguasai konstruk 2 Saringan 1 LINUS Literasi 2015 Tahun 1.
Subjek kajian telah mengikuti Program Prasekolah selama setahun dan Program Pemulihan dalam
Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Negeri Melaka.

3.2 Analisis Objektif Kajian

3.2.1 Huruf Konsonan, Huruf Vokal, Serta Bunyi Vokal Sebelum Intervensi.

Jadual 1: Menamakan huruf konsonan sebelum intervensi

Huruf b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z
konsonan
Kuasai (/)
Tidak kuasai / / / / / / / / / / / / / / / / / x / x /
(X)

Murid dapat menamakan 19 daripada 21 huruf konsonan dengan betul seperti jadual 1 di atas. Subjek
kajian cuma keliru huruf w dan huruf y. Namun demikian, subjek kajian dapat menamakan huruf-
huruf yang lain dengan tepat dan yakin. Subjek kajian diuji menamakan huruf konsonan ini secara
rawak.

648
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

Jadual 2: Menamakan huruf vokal sebelum intervensi

Huruf vokal a i u o e
Kuasai (/)
Tidak / / / / /
kuasai (X)

Subjek kajian dapat menamakan kesemua huruf vokal yang ditunjukkan seperti jadual 2 dengan tepat
dan yakin.

Jadual 3: Sebutan huruf vokal sebelum intervensi

Bunyi vokal a i u o e e
(taling) (pepet)
Kuasai (/)
Tidak kuasai (X) / X / / X X

Dapatan menunjukkan subjek kajian hanya keliru dengan bunyi huruf i dan e seperti jadual 3 di atas.
Hal ini kerana bunyi huruf i adalah sama dengan nama huruf e. Walaupun begitu, subjek kajian masih
tidak boleh menyebut suku kata kv dengan tepat pada sebutan huruf vokal yang telah dikuasainya
melalui kaedah abjad sepenuhnya. Oleh itu, suatu kaedah perlu dimodifikasi supaya subjek kajian
dapat tingkatkan kemahiran membaca suku kata kv dengan tepat supaya penguasaan terhadap
kemahiran literasi yang lain tidak terganggu. Salinger (2006) menyatakan bahawa guru-guru yang
dapat membezakan pengajaran akan sensitif kepada perbezaan perkembangan murid dan
kebiasaannya akan lebih memantau kemajuan pembelajaran murid. Hal ini dapat membantu guru-guru
berkenaan mengubah suai pengajaran mereka mengikut keperluan dan kesesuaian pembelajaran
murid.

3.2.2 Sejauhmana Intervensi Kaedah GAbBu Dapat Membantu Tingkatkan Kemahiran


Membaca Suku Kata KV.

i. Analisis Dokumen (Lembaran Murid).

Jadual 4: Skor dan peratusan analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi

Intervensi Skor Peratus (%)


Sebelum 2/15 13

Selepas 14/15 93

Tahap peratusan pencapaian subjek kajian seperti jadual 4 sangat memberangsangkan, iaitu terdapat
peningkatan kemahiran membaca suku kata kv sebanyak 80%. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah
GAbBu dapat membantu subjek kajian meningkatkan kemahiran membaca suku kata kv.

649
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

ii. Senarai Semak Terhadap Minat Membaca Murid.

Jadual 5: Senarai semak minat membaca sebelum dan selepas intervensi

Item Sebelum Selepas


Adakah subjek kajian memberi tumpuan menyebut X /
suku kata kv?
Adakah subjek kajian memberi maklum balas atau
respon terhadap pertanyaan guru? / /
Adakah subjek kajian seronok semasa mengikuti
aktiviti membaca suku kata kv? X /
Adakah subjek kajian dapat mengikuti aktiviti
membaca dengan baik? X /
Adakah subjek kajian berminat terhadap aktiviti
bacaan yang dijalankan oleh guru? X /

Penyelidik menandakan X pada item yang subjek kajian tidak minat dan menandakan / pada item
yang subjek kajian minat pada jadual 5. Berdasarkan jadual 5 jelas menunjukkan bahawa selepas
intervensi, subjek kajian semakin berminat terhadap aktiviti membaca. Hal ini juga menunjukkan
bahawa intervensi menggunakan kaedah GAbBu dapat membantu subjek kajian meningkatkan
kemahiran membaca suku kata kv. Fuziati (2012) mendapati suasana pembelajaran yang selesa, ceria
dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu, tabiat meneroka dan keinginan belajar dalam diri
murid. Abdul Rasid (2011) menyatakan suasana pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada
guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus belajar.

3.2.3 Peratusan Sebelum dan Selepas Intervensi Kaedah GAbBu Melalui Ujian.

Jadual 6: Skor dan peratusan ujian sebelum dan selepas intervensi

Ujian Skor Peratus (%)


Pra 7/26 27

Pasca 24/26 92

Subjek kajian tidak dapat menyebut suku kata kv dengan tepat dalam ujian pra seperti jadual 6. Ketika
ini subjek kajian menggunakan kaedah abjad sepenuhnya, iaitu hanya memperoleh 27%. Skor 7/26
yang diperolehi adalah hasil cuba jaya subjek kajian menyebut suku kata yang diuji. Menurut Amat
Tarop et. al. (2013) dalam buku Literasi Bahasa, kaedah abjad menimbulkan rasa bosan kepada murid
kerana memerlukan latih tubi yang banyak dalam mempelajari kemahiran literasi yang sama. Amat
Tarop et. al. (2013) turut menyatakan kaedah abjad menggalakkan murid membaca dengan cara
mengeja dan keadaan ini menyebabkan bacaan murid kurang lancar. Tempoh yang lama diperlukan
dalam menguasai sesuatu kemahiran membaca dan menulis. Selepas intervensi dilaksanakan, subjek
kajian memperoleh 92%. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan yang positif dalam kemahiran
suku kata kv, iaitu 65%. Oleh itu, gabungan teknik abjad dan bunyi dapat membantu subjek kajian
meningkatkan kemahiran membaca suku kata kv dengan tepat. Nasir, Ramlah, Suppiah, Abd. Aziz,
dan Roslinda (2010) menyatakan penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak sangat penting
kerana apabila mereka sudah menguasai kemahiran membaca, mereka dengan mudah boleh
memahami dan membaca setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka.

650
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

4. Perbincangan, Cadangan dan Implikasi

Berdasarkan dapatan kajian, kaedah gabungan abjad dan bunyi dapat membantu subjek kajian
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata kv. Berlaku peningkatan skor melalui
analisis dokumen, iaitu sebanyak 80%. Peningkatan kemahiran membaca suku kata kv juga turut
meningkat apabila penyelidik laksanakan ujian pra dan pasca, iaitu sebanyak 65%. Intervensi yang
diterima oleh subjek kajian turut dapat meningkatkan minat membaca subjek kajian dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan subjek kajian bersaing dengan rakan-rakan yang lain.
Menurut Abdul Rasid dan dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis
menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran Bahasa Melayu adalah akibat
ketidakcekapan mereka menguasainya.
Dalam kajian ini, subjek kajian seorang yang rajin hadir ke sekolah dan sentiasa bersemangat
untuk mencuba. Subjek kajian tidak berputus asa dan berusaha menggunakan kaedah gabungan abjad
dan bunyi dengan jayanya. Menurut Mazni (2007), faktor yang mempengaruhi penguasaan
kemahiran, iaitu sikap pelajar dan kadar kehadiran mereka datang ke sekolah. Menurut Khairi dan
Asmawati (2010), guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang
besar dalam menerapkan nilai-nilai murni. Oleh itu, guru tidak boleh berpersepsi negatif dan berputus
asa terhadap murid lemah yang belajar di kelas aliran perdana. Hal ini memberi impak yang besar
dalam perkembangan kemahiran murid-murid. Guru perlu memberi semangat kepada murid-murid
dan membantu mereka menguasai kemahiran yang dipelajarinya dengan baik.
Selain itu, guru perlu kreatif mempelbagaikan strategi supaya murid dapat menguasai
sesebuah kemahiran membaca dengan berkesan. Menurut Abdul Rasid (2011), pengajaran Bahasa
Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian
bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembangkan
lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Tambahan beliau lagi, kepelbagaian
kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di
dalam bilik darjah. Selain itu, usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya
konsisten menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus
yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi
maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran
membaca dan menulis (Abdul Rasid, 2011) terutama kepada guru-guru perdana yang mengajar
murid-murid berkeperluan khas di aliran perdana.

Kesimpulan

Murid-murid mempunyai kepelbagaian perbezaan. Ini dapat disokong dengan Teori Humanis, Carl
Rogers (1987) dalam McLeod (2007, 2014) yang menyatakan setiap individu mempunyai cara belajar
yang berbeza dengan individu lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses PdP hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid kerana setiap murid
mempunyai potensi dan keinginan untuk berjaya. Oleh yang demikian, kepelbagaian kaedah dan
strategi yang dirancang perlulah mengikut keupayaan murid supaya dapat dilaksanakan dengan
berkesan dalam mencapai keberhasilan murid yang disasarkan.

Rujukan

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen
Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008.
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-
murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1: 1-12.
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf [30 November 2015].
651
Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

Amat Tarop Sumo, Abu Bakar Ahmad, Thahir Nuruddin, Patarai Cholen, Azhar Sabil, Hasizan
Dahalal dan Anuar Md. Amin. 2013. Literasi Bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Balajthy, E. 2009. Research-based vocabulary. eps.schoolspeciality.com/downloads/research.../
wwss_research.pdf [15 Disember 2015].
Chall, J. S. 1958. Readability. An appraisal of research and application. Columbia, OH: Ohio State
University, Bureau of Educational Research.
Chall, J. S. 1979. The great debate: Ten years later with a modest proposal for reading stages. In L. G.
Resnick & P. A. Weaver (Eds.), Theory and practice of early reading. 1:29-56. Hillsdale, NJ:
Erlbaum.
Creswell, J. 2014. Educational research: planning, conducting and evaluating quantitative and
qualitative research. 4th Edition. Pearson New International Edition.
Fuziati Misbah. 2012. Meningkatkan penguasaan membaca murid Tahun Satu (LINUS)
menggunakan kaedah Gabungan Bunyi Kata dengan Teknik Latih. SK Sri Suria 2, Tanah
Merah, Kelantan.
Hasnalee Tubah dan Zulkifley Hamid. 2011. Pengaruh demografi terhadap kemahiran membaca dan
memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Melayu. 6:29-47.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2009. Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan.
http://www.moe.gov.my/v/nkra-pendidikan-view?id=3005& [29 September 2015].
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Buku Panduan dan Pengoperasian Program Literasi dan
Numerasi (LINUS).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Pelaporan program pemulihan khas 2014. Bil. 1. Putrajaya:
Penerbit Bahagian Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya
Mazni bin Othman. 2007. Program Peningkatan Kemahiran Membaca. Sekolah Kebangsaan Kayan,
32030 Sitiawan, Perak.
McLeod. S. 2007, 2014. Carl Rogers. http://www.simplypsychology.org/carl-rogers.html [4
September 2015].
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010). Peranan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: satu sorotan. MALIM-SEA
Journal of General Studies. 11:117-130. http://www.myjurnal.my/filebank/
published_article/23385/Artikel_9.PDF [30 November 2015].
Nasir b Masran, Ramlah Bt. Jantan, Suppiah, Nachiappan, Abd. Aziz B. Shukor, Roslinda Bt.
Mustapha. 2010. Tahap kebolehbacaan dalam kalangan murid orang asli (Program
Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14
Tapah (Perak). http://education.usm.my/images/docs/MEDC/VOL8/md.%20nasir
%20b.%20masran.pdf [2 Oktober 2015].
Rosinah Edinin. 2012. Penyelidikan Tindakan: Teknik dan Penulisan. Kuala Lumpur.
Salinger, T. 2006. Policy decision in early literacy assessment. In K. Dickinson, S. B. Neuman
(Eds.), Handbook of early literacy research pp. 427-444. New York, NY: The Guilford Press.

652

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai