Anda di halaman 1dari 6

KOD KURSUS :

BBA1043

KURSUS :
BASIC ARABIC FOR MUAMALAT

NAMA : FARAH DANIA BINTI MOHD ROSLAN

NO. MATRIKS : I21305947

TOPIK : KONSEP ISTILAH-ISTILAH DALAM MUAMALAH


TAWARRUQ

Dari sudut bahasa, tawarruq dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu warq atau
wariq atau waraqa, yang bermaksud wang perak, dirham atau logam perak.
Tawarruq digunapakai oleh generasi terdahulu untuk mendapatkan perak atau
dirham. Perkataan al-wariq telah digunapakai dalam Al-Quran surah Al Kahfi,18:19
yang mana bermaksud " maka utuslah salah seorang daripada kamu pergi ke kota
dengan wang perakmu (wariq) ini ”. Manakala perkataan tawarruq pula bermaksud
meminta wang dan ia bermaksud lebih umum iaitu meminta wang sama ada dari
perak atau emas atau wang kertas. Selain itu, ia dinamakan tawarrug kerana ketika
membeli barang tersebut secara bayaran bertangguh, pembeli tidak berniat
menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya inqin meniadikannva laluan ke
arah memperoleh wang tunai. Kontrak tawarruq ini melibatkan dua urusniaga iaitu
permulaannya melibatkan pembelian secara kredit antara pembeli dengan penjual
terhadap sesuatu asset dan kemudian peringkat kedua dimana pembeli
kemudiannya menjual secara tunai kepada pihak ketiga.

Secara teknikalnya OIC Figh Academy mendefinisikan tawarug sebagai "seseorang


(mustawriq) yang membeli barang secara pembayaran tangguh dengan tujuan
menjual barang tersebut dengan harga yang rendah untuk mendapatkan tunai " .
Manakala Accounting and Auditing Organization Islamic Financial Institution
Shariah Standard (AAOIFI) memberi kesimpulan dengan mendefinisikan tawaruq
adalah kontrak pembelian komoditi secara pembayaran tangguh samada melalui
jualan terus atau kontrak muarabahah. Komoditi tensebut semudianmya dijual
semula secara tunai kepada pihak lain selain penjual asal (original sellers).
Manakala Figh Encyclopaedia of Kuwait turt memberikan maksud yang sama.

Zaharuddin Ab Rahman (2010) menerangkan beberapa objektif konsep tawarruq/


komoditi murabahah diguna pakai dalam perbankan Islam iaitu untuk menyediakan
pembiayaan untuk mendapatkan tunai atau kecairan kepada pelanggan dengan
lebih efektif, menawarkan instrument pendapatan tetap kepada pengguna dan
mempelbagaikan produk pembiayan berteraskan patuh shariah bagi menyaingi
produk perbankan konvensional di pasaran.
MUDHARABAH

Salah satu bentuk kerja sama dalam menggerakkan antara pemilik modal dan
seseorang adalah bagi hasil, yang dilandasi oleh rasa tolong menolong. Sebab ada
orang yang mempunyai modal, tetapi tidak mempunyai keahlian dalam menjalankan
roda perusahaan. Ada juga orang yang mempunyai modal dan keahlian, tetapi tidak
mempunyai waktu. Sebaliknya ada orang yang mempunyai keahlian dan waktu,
tetapi tidak mempunyai modal. Dengan demikian, apabila ada kerja sama dalam
menggerakkan roda perekonomian, maka kedua belah pihak akan mendapatkan
keuntungan modal dan skill (keahlian) dipadukan menjadi satu.

Istilah mudharabah adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk Irak, sedangkan
penduduk Hijaz menyebut mudharabah dengan istilah mudharabah atau qiradh,
sehingga dalam perkembangan lebih lanjut mudharabah dan qiradh juga mengacu
pada makna yang sama. Secara lughowi mudharabah berasal dari kata ad-dharb (
‫رب‬CC‫ )الض‬derivasi dari wazan fi’il ‫رب‬CC‫رب – ض‬CC‫ یض‬- ‫ربا‬CC‫ ض‬berarti memukul dan berjalan.
Selain ad-dharb ada juga qiradh (‫ )القراض‬dari kata (‫ )القرض‬yang berarti pinjaman atau
pemberian modal untuk berdagang dengan memperoleh laba. Muhammad Syafi’I
Antonio dalam bukunya Bank Syariah dari Teori Ke Praktek, menuliskan bahwa
pengertian berjalan lebih tepatnya adalah proses seseorang dalam menjalankan
usaha. Dari sini dapat dipahami bahwa mudharabah secara lughowi adalah proses
seseorang menggerakkan kakinya dalam menjalankan usahanya dengan berdagang
untuk memperoleh laba.

Secara istilahi mudharabah adalah menyerahkan modal kepada orang yang


berniaga sehingga ia mendapatkan prosentase keuntungan. Definisi mudharabah
menurut Sayyid Sabiq adalah :

“Akad antara dua pihak dimana salah satu pihak mengeluarkan sejumlah uang (sebagai
modal) kepada lainnya untuk diperdagangkan. Laba dibagi sesuai dengan kesepakatan”.

Adapun definisi mudharabah menurut Wahbah Az-Zuhaili adalah :

“Akad didalamnya pemilik modal memberikan modal (harta) pada ‘amil (pengelola) untuk
mengelolanya, dan keuntungannya menjadi milik bersama sesuai dengan apa yang mereka
sepakati. Sedangkan, kerugiannya hanya menjadi tanggungan pemilik modal saja, ‘amil tidak
menanggung kerugian apa pun kecuali usaha dan kerjanya saja”.

Sedangkan definisi mudharabah menurut fatwa DSN No. 07/DSN- MUI/IV/2000


adalah :

“Mudharabah adalah pembiayaan yang disalurkan oleh LKS kepada pihak lain untuk suatu
usaha yang produktif. Dalam pembiayaan ini LKS sebagai shahibul maal (pemilik dana)
membiayai 100% kebutuhan suatu proyek (usaha), sedangkan pengusaha (nasabah) bertindak
sebagai mudharib atau pengelola usaha”.
Dari definisi diatas dapat ditarik kesimpulan bahwa pengertian mudharabah yaitu
akad yang dilakukan oleh shahibul mal dengan mudharib untuk usaha tertentu
dengan pembagian keuntungan sesuai kesepakatan. Keuntungan yang dituangkan
dalam kontrak ditentukan dalam bentuk nisbah. Jika usaha yang dijalankan
mengalami kerugian, maka kerugian itu ditanggung oleh shahibul mal sepanjang
kerugian itu bukan akibat kelalaian mudharib. Namun jika kerugian itu diakibatkan
karena kelalaian mudharib, maka mudharib harus bertanggung jawab atas kerugian
tersebut.

AL-BAI’ BITHAMAN AJIL

Al-Bai’ Bithaman Ajil lebih dikenali sebagai jualan harga tertangguh. Urus niaga Al-
Bai’ Bithaman Ajil melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan
penyerahan barang dan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau
tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut kertas seminar BIMB (modul III : Al-Bai’ Bithaman Ajil) di Kuala Lumpur
pada tahun 1980, Al-Ba’ Bithaman Ajil ialah satu kontrak perjanjian oleh pembiaya
untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan. Pembiaya akan menjual
semula harta yang dibelinya itu kepada pelanggan tersebut dengan harga pokok dan
keuntungan. Namun, pelanggan tersebut akan membayarnya secara bertangguh
mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan dibayar dengan jumlah tertentu secara
beransur-ansur. Pembiaya biasanya merupakan pihak bank.

MUSHARAKAH MUTANAQISAH

Musharakah Mutanaqisah adalah satu konsep perkongsian menurun, berkurangan


dan berakhir dengan pemilikan (Anwar 2003). Musharakah dari segi bahasanya
adalah berasal dari bahasa Arab yang kata dasarnya ialah Sharika. Sharika atau
sharikah bermaksud bersekutu ia dengan dia, berkongsi ia, bersama-sama berniaga
ia (Al-Marbawi 1990) atau perkongsian (campuran) antara dua pihak (juga disebut
al-shirkah) (Ibn Manzur 1990). Sharikah juga bererti percampuran atau perkongsian
antara dua pihak atau lebih dalam bentuk harta atau pekerjaan (Rawwas 2000).
Mutanaqisah pula berasal dari kata dasar naqasa. Naqasa bermaksud kurang ia,
mengecil ia atau sedikit ia (Ibn Manzur). Mutanaqisah pula bermaksud terus
berkurangan secara timbal balik (Absul Rashid 1994). Maka Musharakah
Mutanaqisah dari sudut bahasanya bolehlah disebut sebagai perkongsian yang
semakin berkurang (Bank Negara Malaysia 2008) atau mengecil (berakhir dengan
pemilikan tunggal).
Musharakah Mutanaqisah dari segi istilah pula membawa maksud satu konsep akad
pensyarikatan, iaitu antara pihak pembiaya yang merupakan rakan kongsi, memberi
hak kepada rakan kongsinya yang lain memiliki aset dengan sekali atau beberapa
kali bayaran iaitu secara beransur-ansur, berdasarkan syarat-syarat yang
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (Al-Sawi 1990). Musharakah Mutanaqisah
juga adalah suatu kontrak Musharakah yang dibentuk dan ditentukan perpindahan
hak milik dari suatu pihak kepada pihak yang lain hingga berakhir dengan pemilikan
sepenuhnya pihak yang menerima pindahan hak milik (pihak yang dibiayai) secara
tunggal.

Kontrak musharakah mutanaqisah adalah diharuskan walaupun melibatkan


beberapa kontrak dalam satu dokumen (Muhammad Ayub 2007) perjanjian. Dengan
syarat kontrakkontrak tersebut dilakukan (diakad) secara berasingan. Untuk melihat
keharusan dan kesahihan kontrak Musharakah Mutanaqisah ini, kita boleh rujuk
kembali kepada ayat dari Surah alMa‘idah:

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-


perjanjian...

(al-Qur’an, 5: 1)

BAI’ AL-INAH
Konsep Bai Al-Inah atau Bai’ ‘ inah adalah prinsip perbankan Islamik yang
digunakan secara meluas institusi kewangan Islamik. Konsep ini selalunya
digunakan untuk pembiayaan atau pinjaman peribadi.

Bai Al-Inah secara ringkas adalah satu perjanjian atau kontrak yang melibatkan
urusan jual beli semula aset oleh penjual. Penjual menjual aset kepada pembeli
secara tunai dan akan membelinya semula pada harga tangguh yang lebih tinggi
daripada harga jualan. Penjual dalam konteks ini adalah institusi kewangan yang
menawarkan skim pembiayaan Islamik. Sebagai contoh :

1. Anda buat pinjaman peribadi Islamik dengan jumlah RM10,000 daripada Bank
Islamik. Bank sebagai penjual akan menjual aset, dalam situasi ini aset
mungkin merujuk kepada Sijil Saham dan sebagainya. Tetapi, anda akan
dapat wang tunai RM10,000 hasil dari penjualan aset tersebut.
2. Bank kemudiannya akan membeli semula aset tersebut daripada anda pada
harga tertangguh, iaitu harga yang lebih tinggi daripada RM10,000. Harga
tertangguh di sini merujuk kepada tempoh pembiayaan yang anda persetujui
ketika menerima aset tersebut.
3. Perbezaan antara harga jualan (RM10,000) dan harga tertangguh yang bank
beli semula dikenali sebagai kadar keuntungan (profit rate) yang dikenakan
oleh Bank. Jadi anda tidak membayar sebarang caj faedah kepada bank,
tetapibank mengenakan caj keuntungan hasil dari pembelian semula aset
tersebut.
Ini adalah contoh ringkas tentang prinsip ini. Sebenarnya konsep Bai’ Al-Inah adalah
lebih kompleks dan masih menjadi perbalahan antara para Fuqaha’. Ada yang
menyatakan konsep ini sebagai harus untuk meningkatkan ekonomi Islam,
manakala ada yang tidak bersetuju sama sekali dengan aplikasi prinsip ini di dalam
kewangan Islam.

Yang pasti prinsip Syariah ini adalah antara asas yang digunakan untuk institusi
kewangan Islam menawarkan pelan pembiayaan kepada masyarakat.

IJARAH THUMMA AL-BAI’ (AITAB)


Konsep Al- Ijarah Thumma Al Bai’ atau AITAB dalam kewangan Islam adalah
perjanjian sewa beli. Boleh dikatakan hampir kesemua institusi kewangan Islamik di
Malaysia seperti bank menawarkan pembiayaan yang berlandaskan konsep AITAB
pembiayaan kenderaan.

Kaedah yang digunakan adalah sama, iaitu;

1. Pelanggan ingin membeli kereta dan memohon pembiayaan Al-Ijarah


daripada bank.
2. Permohonan diluluskan dan bank kemudiannya membeli kereta tersebut
daripada penjual.
3. Bank memajakkan/memberi sewa kereta tersebut kepada pelanggan dengan
bayaran ansuran  (sewa Ijarah) dan tempoh bayaran semula yang telah
dipersetujui.

Dalam kaedah ini, terdapat dua kontrak yang terlibat, iaitu kontrak Bai’ (jual beli)
dan kontrak Ijarah (pajakan/memberi sewa).

Prinsip sewa beli dalam kewangan Islam ini mematuhi Akta Sewa Beli 1967 yang
telah digariskan untuk semua perjanjian sewa beli di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai