Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Buku : Teroka Sains 1

Penulis : Dr Wan Fahmi Dato’ Wan Mohamad Nazarie dan Dr Nur Annies
Abd Hadi
Penerbit : Teroka Sains Resources
Sinopsis :

Buku bertajuk Teroka Sains 1 merupakan buku yang mengandungi fakta


sains bergambar. Terdapat banyak fakta sains yang boleh diperolehi contohnya
Komet Halley yang mengambil masa antara 75 hingga 76 tahun untuk mengorbit
bumi dan fenomena supermoon. Selain itu, fakta menarik berkaitan mikrob di
dalam badan manusia ialah beratnya melebihi 3 kilogram iaitu hampir sama
dengan berat otak manusia. Dianggarkan juga sekurang-kurangnya terdapat
lebih 700 spesies bakteria hidup di dalam mulut manusia.

Seterusnya fakta menarik tentang haiwan antaranya sumbu badak sumbu


sebenarnya adalah rambut yang sangat keras, berat gigi gajah sekurang-
kurangnya 4 kilogram dan tahi wombat berbentuk segi empat kerana wombat
tidak mahu najisnya bergolek. Selain itu terdapat fakta sains tentang tumbuh-
tumbuhan contohnya buah pisang mempunyai bahan kimia semulajadi iaitu
serotonin yang membuatkan orang yang memakannya menjadi riang dan
gembira. 25 peratus kandungan epal adalah udara menyebabkannya terapung
apabila di dalam air dan banyak lagi fakta menarik.

Anda mungkin juga menyukai