Anda di halaman 1dari 4

1.

2 Pengenalan Islam

Islam berasal dari bahasa Arab: (Aslama’, Yuslimu, Islaman)


 Ketulenan dan kesucian
 Aman, taat yakni menyerah dengan rasa sedar, tunduk serta patuh dengan
penuh kerelaan serta taat setulusnya kepada kehendak Allah dan perintahNya dalam
masa yang sama mengamalkan seluruh hukum dan peraturanNya
 Damai, sejahtera atau penyerahan

Islam berasal dari Istilah:


 Pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah dan pengakuan Muhammad adalah
Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan, zakat, berpuasa di bulan Ramdhan &
mengerjakan haji di Baitullah.

 Berdasarkan jawapan Nabi Muhammad kepada Jibril tentang Islam;


kepatuhan, ketundukan, ketaatan & penyerahan diri dengan ikhlas (tiada paksaan)
kepada Allah-merangkumi seluruh kehidupan (Ali Imran (3):83)

Istilah Syarak:
 Rukun Islam:
 Kepatuhan, ketundukan, ketaatan serta penyerahan diri dengan penuh keikhlasan
dan sukarela kepada Allah dalam seluruh aspek kehidupan (Surah Luqman: 22)

 Sabda Rasulullah (SAW):

Islam itu ialah kamu bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah dan kamu bersaksi
sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
Ramadhan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.

 Islam ialah peraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna serta
menyeluruh

 Islam adalah panduan dan petunjuk hidup yang sebenar (Asy-Syura: 52) dan (Al-
Isra’:82)

 Islam adalah system hidup manusia yang praktikal dalam semua aspek kehidupan
manusia (Syed Quthb)
 Islam ialah ad-Din yang mengandungi aqidah, ibadah, syariah dan akhlak
-Ad-Din yang diredhai oleh Allah (Ali Imran:19)
-Ad-Din yang diterima oleh Allah (Ali Imran: 85)
-Ad-Din yang sempurna (Al-Maidah: 3)

 Abdul Karim Zaidan (1987)

Rangkuman jawapan terhadap tigapersoalan yang berkaitan dengankehidupan


untuk mengetahui hakikatmanusia iaitu:
- Dari mana kita datang?
- Mengapa?
- Bagaimana kesudahan hidup ini?
Jawapannya:

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya


kejadian manusia berasal daritanah.Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itudari
sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikitdipandang orang. Kemudian ia
menyempurnakankejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya.dan ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya kamubersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
 
Surah al-Sajdah:7-9

 Roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi didalam kehidupan, ubat yang paling


mujarabbagi penyakit dan jalan lurus yang selamat darikesesatan.

 Melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t danmeninggalkan segala laranganNya.

 Mengerjakan dengan sempurna semua rukun-rukun Islam yang difardhukan dan ajaran
NabiMuhammah s.a.w
SUMBER ASASI ISLAM

AL QURAN SUNNAH

Sumber Asasi: Al Quran


 Kitab suci yang terakhir
 Mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhmmad
 Wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan
malaikat Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun dalam Bahasa Arab sebagai
panduan kepada seluruh umat manusia dan membacanya adalah satu ibadah
 Mengandungi 30 juzuk, 114 surah, 6236 ayat
 Pelengkap kepada semua kitab suci yang sebelumnya
 Kitab sempurna diturunkan oleh Allah – merangkumi keseluruhan aspek kehidupan yang
diperlukan oleh kehidupan manusia

Sumber Asasi: Al Sunnah


 Sumber sokongan kepada Al-Quran
 BAHASA: cara atau jalan
 ISTILAH: segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dalam bentuk
perkataan (qauliyah), perbuatan (fi’liyah), & pengakuan (taqririyah)
 Sunnah perbuatan Nabi Muhammad yang teragung ialah penubuhan negara Islam
pertama, Madinah yang menjadi platform kepada pelaksanaan syariat Islam
Sumber Ijtihadi: Al Ijma’
 BAHASA: 2 pengertian

I. Keazaman
II. Persepakatan

 ISTILAH: Persepakatan para mujtahid di atas satu-satu hukum syarak


 SYARAT IJMA’:

I. Persepakatan berlaku di kalangan para mujtahid


II. Persepakatan berlaku di kalangan semua mujtahid
III. Persepakatan berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
IV. Persepakatan hanya mengenai hokum syara’
V. Persepakatan mesti dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW
VI. Persepakatan mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman
itu

Sumber Ijtihadi: Al Qiyas


 BAHASA: menyamakan
 ISTILAH: menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah
yang sudah ada nas hukumnya kerana ada persamaan illah antara keduanya
 RUKUN QIYAS:

I. Asal (al-asl) - Perkara yang sudah ada hukum yang telah ditetapkan syarak
II. Furu’(al-Far’u) – Perkara baru yang tidak terdapat nas mengenainya

Anda mungkin juga menyukai