Anda di halaman 1dari 24

CIRI KHUSUS AGAMA ISLAM

SYUMULIYYAH
(MENYELURUH)
AISYATUL | MAISARAH | NAJIHAH | YASMIN
PENGERTIAN
Syumul membawa maksud Menyeluruh

Ibadah Akhlak Ekonomi


Akidah

Politik Kemasyarakatan Kesihatan Bahasa

- Agama yang sempurna yang merangkumi segala aspek


kehidupan daripada sekecil-kecil perkara meliputi dunia dan
akhirat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am (6:38) :

“Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada di bumi dan
burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya,
melainkan semuanya merupakan umat-umat (juga) seperti kamu.
Tidak ada sesuatu pun yang Kami luputkan di dalam kitab,
Kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan.”
UNDANG-UNDANG
KONSEP
Perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang
meliputi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan
undang-undang yang ditetapkan oleh manusia
(mujtahid).

Tertumpu kepada aspek amaliyyah (amalan dan aktiviti


zahir manusia) yang meliputi bidang ibadat, muamalat,
munakahat dan jinayat.
EMPAT UNSUR UTAMA :
- Aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah.
IBADAT - Pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan
pengakuan hati yang ikhlas semata-mata kepadaNya yang
berlandaskan syariat Allah SWT.
Pembahagian Ibadat :

Fardu Ain : solat fardu, mengeluarkan zakat


IBADAT KHUSUS
Fardu Kifayah : solat jenazah, mengurus
Semua amalan khusus yang
jenazah
disyariatkan oleh Allah SWT sama ada
Sunat : solat sunat, puasa sunat
fardu atau sunat

IBADAT UMUM
Semua amalan kebaikan yang Fardu Ain : bekerja, belajar
disyariatkan oleh Allah SWT bagi Fardu Kifayah : membuat penyelidikan, bekerja
menghubungkan manusia dalam sebagai doktor
sesebuah masyarakat demi Sunat : membuang benda yang bahaya di jalan
kebaikan dan keharmonian hidup
bersama
EMPAT UNSUR UTAMA :
- Aspek yang mengatur urusan kekeluargaan
MUNAKAHAT - Contoh : hukum nikah, rukun nikah, syarat-syarat wali, talaq, ruju’
dan sebagainya

- Aspek yang mengatur tentang kesalahan (jenayah dan kaedah


JINAYAT perbicaraan)
- Hukuman berbentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir
1. Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah
yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai
atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini.

KESALAHAN BAGI HUKUMAN HUDUD :


- BERZINA (100x sebat)
- MENUDUH ORANG BERZINA
- MINUM ARAK
- MENCURI
……. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah - MURTAD
kamu melanggarnya. Barangsiapa melanggar - MEROMPAK
hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang
zalim. (Surah Al Baqarah : 229) - PENDERHAKA
2. Hukuman qisas adalah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Contoh : bunuh dibalas bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa)

KESALAHAN BAGI HUKUMAN QISAS :


- Membunuh orang lain dengan
sengaja
- Menghilangkan atau
mencederakan anggota orang
lain dengan sengaja
- Melukakan orang lain dengan
sengaja
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu
(melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang
dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka dan
hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan
dengan perempuan….. (Surah Al-Baqarah : 178)
3. Hukuman diat adalah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah
kepada wali atau waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang
dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

KESALAHAN BAGI HUKUMAN DIAT :


- Pembunuhan yang serupa
sengaja
- Pembunuhan yang tersalah
(tidak sengaja)
- Pembunuhan yang sengaja dan
….. Tetapi barangsiapa yang memperoleh maaf dari dimaafkan oleh wali atau waris
saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik orang yang dibunuh
dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik.
Yang demikian itu adalah keringanan dan rahmat dari
Tuhanmu. Barangsiapa melampaui batas setelah itu,
maka ia akan mendapat azab yang sangat pedih (Surah
Al-Baqarah : 178)
4. Hukuman ta’zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah
sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan
hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak
termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud
atau qisas.

- Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan
hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas
penjenayah-penjenayah.
- Contoh : berjudi, berkhalwat, ajaran sesat
- Hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang
penjenayah-penjenayah daripada mengulang kembali kejahatan yang
mereka lakukan dan bukan untuk menyiksa mereka.
EMPAT UNSUR UTAMA :
- Aspek yang mengatur aktiviti kehidupan manusia dan hubungan
MUAMALAT sesama manusia dan alam sekitar
- Contoh : jual beli, sewa menyewa, hutang piutang

Jual beli : Bai’ Murabahah


- Jual beli sesuatu barangan pada
harga kos bersama tambahan margin
keuntungan,
- Menjual sesuatu barangan berharga
RM100 dengan harga kos dan
ditambah margin keuntungan
sebanyak RM10. Bayaran adalah
sebanyak RM110
- Dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
KEADILAN
- Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa
sebarang kekurangan
- Keadilan adalah wajib diberikan sama ada muslim, bukan muslim, ahli keluarga
atau bukan ahli keluarga.

Wahai orang-orang yang beriman ! jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika)
menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu
untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah
kepada Allah, sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Maidah : 8)
Adil kepada orang lain :
Adil kepada diri sendiri : - Menyempurnakan hak
- Melakukan aktiviti mengikut mereka dan melaksanakan
masa seperti ibadat. hukum secara saksama
- Mengekalkan keadaan - Membela orang yang
badan yang sihat teraniaya dan menghukum
orang yang salah

Adil kepada makhluk lain :


- Adil kepada binatang
(menempatkannya pada
tempat yang layak)
KEHAKIMAN
Istilah syarak ‘al-qadha’
- suatu keputusan daripada pemerintahan/badan
kehakiman dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah atau
menyampaikan hukum syarak secara penepatan.

Matlamat Utama
- Menegakkan keadilan kepada semua rakyat.
- Menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman ke aras penjenayah.
- Membela orang yang dizalimi.

Sumber Utama
- Al-Quran
- As-Sunnah
- Al- Ijmak
- Al- Qias
PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM
● Bersifat Rabbani iaitu
ETIKA KEHAKIMAN ISLAM
bersumberkan wahyu Allah S.W.T ● Hakim tidak boleh menyebelahi
dan hadis rasulullah S.A.W dalam mana-mana pihak. Hakim
menentukan sebarang hendaklah jujur dan amanah.
keputusan.
● Hakim tidak boleh menghakimi
● Menegakkan keadilan dan mana-mana orang yang beliau
menghapuskan kezaliman. mempunyai kepentingan.
Menyeru kepada kebaikan dan
mencegah daripada melakukan ● Sebarang kesalahan tidak
kejahatan.
boleh disabitkan jika terdapat
keraguan.
● Mengamalkan akhlak yang mulia
serta menjaga hubungan yang
baik.
TANGGUNGJAWAB HAKIM

SYARAT-SYARAT KEISTIMEWAAN SISTEM


PERLANTIKAN HAKIM KEHAKIMAN ISLAM
Menjatuhkan hukuman dengan adil dan
Seorang yang berilmu dan saksama. Dasar kehakiman dan
bertakwa kepada Allah S.W.T.
perundangannya adalah ciptaan
Seorang yang berfikiran waras Menjatuhkan hukuman ketika dalam Allah S.W.T.
dan sentiasa tenang. keadaan emosi yang tenang.
Pelaksanaan sistem kehakiman
islam dapat mendidik jiwa
Seorang yang berwibawa dan Menjatuhkan hukuman tanpa ragu. manusia.
dihormati oleh orang ramai.

Seorang yang bijaksana dan


Membebaskan tertuduh jika terdapat Kehakiman islam menyediakan
sebarang keraguan hukuman dan ganjaran di dunia
berpandangan jauh.
dan di akhirat.
Seorang yang berani dan
Undang-undang dan hukuman
tegas dalam menjalankan
Islam tidak berubah.
tugas.
BERNEGARA
Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara. Islam juga
menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jemaah dengan
jemaah yang lain. Ketua negara dipilih dalam kalangan orang islam sesuai dengan
syariat-syariat seperti sifat tegas dan amanah.

51. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan
Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi.
Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka
sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang zalim
TANGGUNGJAWAB RAKYAT MUSLIM

Patuh kepada Allah Patuh kepada Rasul Patuh kepada


SWT pemerintah

Melaksanakan Berhak membantah Bertanggungjawab


hukum Allah SWT pemerintah yang zalim menjawab keselamatan
berlandaskan Al-Quran negara dan menghadapi
& As-Sunnah ancaman
AKHLAK
Syumul dalam akhlak juga merangkumi semua aspek kehidupan. Al-Quran
telah mengariskan akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang menjadi sifat
orang mukmin. Firman Allah SWT dalam Surah An Nahl (16:90) :

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan,


memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan Dia melarang (melakukan)
perbuatamn keji, kemungkaran, dan permusuhan, Dia memberi pengajaran
kepadamu agar kamu mengambil pengajaran.” (Surah An Nahl ayat 90)
Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Qalam : 4

Al-Quran juga menyebut


akhlak yang baik melalui
cara memuji, menyukai
dalam menyeru manusia.
Buktinya melalui pujian “Dan sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi-pekerti
kepada Rasulullah SAW. yang agung”
ILMU
Ilmu bermaksud mengenali hakikat sesuatu
dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang
diturunkan oleh Allah seperti tujuan manusia
diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat.
Menurut Al-Zuhaili (2016), manusia yang
berilmu ialah manusia yang mengambil
manfaat dan beramal dengan ilmunya.
Sesungguhnya ilmu yang paling tinggi ialah
ilmu yang membawa manusia mengenal
serta taat dengan perintah dan larangan
Allah SWT.
KATEGORI ILMU
ILMU FARDU AIN ILMU FARDU KIFAYAH
Sebahagian masyarakat wajib
Semua individu wajib
mempelajari.
mempelajari.
Contoh: Perubatan, ekonomi,
Contoh : Rukun Iman & Rukun
pendidikan, pentadbiran &
Islam, Ilmu Tauhid & Ibadah.
ketenteraan.

ILMU HARUS ILMU TIDAK HARUS/


DIPELAJARI HARAM DIPELAJARI
Contoh: Sastera, seni Contoh: Ajaran atau
bina, seni jahit dan teori-teori sesat, ilmu
fotografi. sihir, ilmu nujum.
KESIMPULAN
Islam merupakan agama
yang merangkumi
kesemua aspek kehidupan
manusia. Kesemua aspek
ini membolehkan umat
Islam mencapai
kesejahteraan dan
menjalani kehidupan
dengan cara yang terbaik
dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai