Anda di halaman 1dari 3

NURULNAJIHAH BINTI ARMANSHAH

PPISMP PENDIDIKAN KHAS 1 AMBILAN JUN 2019


0145389115
010520110350
TEGURAN SIAPAKAH ITU?

Aku memulakan rutin harian seperti biasa dengan membuat sarapan pagi untuk
keluarga dan makan bersama-sama mereka. Pada hari itu, aku berasa sangat bosan dan
tidak ada perkara yang menarik yang boleh dilakukan. Aku mencapai telefon kemudian
melayari Internet dengan membuka aplikasi “YouTube”. Sedang aku melihat layar skrin,
mataku tertancap pada satu video, iaitu video paranormal yang diacarakan oleh Sara
Wijayanto. Dia merupakan seorang paranormal yang mempunyai satu kelebihan yang
mengatasi manusia biasa. Dalam video tersebut, Sara telah mecabar seorang artis yang
bernama Richis untuk menyertai rancangannya bagi menguji tahap keberaniannya.

Richis menyahut cabaran selama 30 minit tersebut dengan mengatakan “ah


gampang bangat sih, masa perkara segini enggak bisa”. Pada suatu malam yang hening,
Sara dan kru produksinya membawa Richis ke sebuah muzium lama di Indonesia. Sara
mula menceritakan sedikit sebanyak mengenai muzium tersebut kepada Richis. Menurutnya
muzium telah lama ditinggalkan dan dikatakan sering terjadinya pembunuhan pada masa
dulu. Richis dan Sara mula menapak ke dalam muzium. Kemudian Richis duduk di satu
sudut sambil menyandar pada dinding. Setelah itu, Richis ditinggalkan bersendirian
bertemankan cahaya lampu daripada kamera. “Heeee heeee heeee” suara aneh seperti
menangis mula kedengaran menyebabkan bulu roma Richis meremang. Dia mula berasa
takut tetapi tetap utuh bertahan. Setelah 30 minit berlalu, Richis menceritakan
pengalamannya kepada Sara apabila ditinggalkan bersendirian. Bermacam-macam suara
yang didengari oleh Richis seperti mengilai, mengheret sesuatu dan memanggil namanya.
Sara mengatakan itu adalah perkara biasa. Richis mula memberitahu Sara mengenai
rumahnya yang terdapat “sesuatu” di satu sudut setelah sekian lama tetapi “sesuatu”
tersebut tidak menganggu keluarganya dan dia meminta Sara untuk datang ke rumahnya.

Pada suatu malam, Sara memberitahu Richis bahawa dia akan pergi ke rumah
Richis untuk melihat sendiri tentang “sesuatu” yang menghuni seperti yang dikatakan. Sara
dan kru produksinya mula menjalankan tugas dengan mencari “sesuatu” di satu sudut
rumah. Sara mula mengecam “sesuatu” dan mula mengajaknya untuk berbual. “Sesuatu”
merupakan seorang remaja yang berusia belasan tahun bernama Lili. Lili menceritakan
bahawa kapal yang dinaiki oleh keluarganya telah karam ditelan laut dan dia tidak
mempunyai tempat untuk dituju. Dia merasakan bahawa rumah Richis merupakan tempat
yang paling selamat kerana keluarga Richis ialah orang yang baik-baik. Selama ini, dia
menjaga rumah Richis daripada diganggu oleh “sesuatu” yang jahat. Lili berasa tenang dan
meng hela nafas lega setelah meluahkan segalanya kepada Sara kerana dia tidak
mempunyai kawan untuk menceritakan masa silamnya. Kini, Lili pergi meninggalkan
keluarga Richis dengan bantuan Sara dengan secara aman.

Tirai senja mula berlabuh tetapi aku semakin asyik dibuai dengan video-video
paranormal sehingga menonton berpuluh-puluh video yang berkaitan. Pada malam itu,
ketika aku ingin melelapkan mata tiba-tiba terasa diriku bagai ditindih dan ditarik oleh
“sesuatu”. Aku menjadi kelu kerana “sesuatu” tersebut muncul dihadapanku. Aku berlari dan
terus berlari tetapi tidak menjumpai jalan keluar. Aku tidak tahu dimana tempat yang paling
selamat untuk aku bersembuyi kerana semuanya bagaikan lorong yang gelap gelita dan
mempunyai berpuluh-puluh pintu yang lurus. Aku berasa takut dan cemas kerana tidak ada
seorang pun yang dapat menolongku. Mulutku mula berkumat-kamit membacakan ayat-ayat
suci Al-Quran dan meminta bantuan Allah agar menyelamatkanku sambil memerhati
keadaan sekeliling. Suara aneh kedengaran “mana kau nak lari hahahahaha” rupa-rupanya
“sesuatu” tersebut telah mengejarku daripada belakang tanpa henti dan aku terus memecut
meninggalkannya sehingga aku ternampak rumahku. Kemudian aku berlari kearah rumah
dan masuk untuk menyelamatkan diri. Sedang aku ingin menutup pintu, tiba-tiba keluar
tangan dari arah pintu tersebut yang menghalang aku untuk menutupinya dan aku menjerit
meminta pertolongan. “Astaghfirullahalazim” aku tersedar daripada mimpi ngeri tersebut dan
memandang ke arah kakakku yang berada disampingku dengan nafas yang tercungap-
cungap.

Kakakku memandang aneh ke arahku dan aku mula menceritakan perkara yang aku
alami kepada kakakku “adik mimpi hantu kejor adik ”. Pada siang tadi dia telah menasihatiku
supaya tidak menonton video-video tersebut tetapi kerana kedegilan, aku mendapat
akibatnya sendiri. “Tu lah pagi tadi galok sangat tengok video ngarut gitu kan, doh buka ayat
Quran”. Aku membaca ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas dan doa
tidur “dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati” sambal menyelubungi diriku
dengan selimut. Aku mula menyesali perbuatanku yang sepatutnya mendengar nasihat
kakakku. Aku dapat melelapkan mataku setelah 12 minit berjaga.

“Brrrrrrrrrrrrrr” perutku berkeroncong tanda minta diisi. Aku bingkas bangun daripada
katil dan memandang jam pada dinding menunjukkan pukul 12.06 tengah malam. Aku turun
ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh mengisi perutku. “Haaaaa” aku menjumpai mi
segera berjenama Maggi di dalam bekas merah kesayangan mamaku yang dibeli di Kota
Bharu. Aku mula memasak mi tersebut dengan penuh riang kerana dapat makan. Siapa
yang tidak senang jika dapat makan. Sedang aku asyik mengacau mi di dalam periuk,
seseorang berkata “masok apa tu?” dan aku menjawab “masok maggi”. Aku menunggu
suara tersebut untuk turun tetapi setelah 3 minit berlalu. Empunya suara tersebut tidak
muncul-muncul kerana kebiasaannya hanya mamaku yang akan bangun pada waktu
sebegitu untuk solat sunat dan meyambung pekerjaannya. Aku tidak menghiraukan perkara
itu dan meletakkan mi segera ke dalam mangkuk. “Slurppppp” rasa mi segera yang dibuat
sangat menawan hati jiwa raga ini. Ketika aku menikmati mi segera, aku mula berfikir “sape
panggil aku tadi eh bakpe dok turun pun hmmm”. Aku bergegas makan kemudian mencuci
peralatan yang telah digunakan. Sebelum aku masuk ke dalam bilik, aku melewati bilik
mamaku dan “krikkkkkk” pintu bilik dibuka, mamaku sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Aku
dihantui dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur seperti kucing hilang anak. Aku
terus berlari menuju ke bilikku dan menyelubungi badanku dengan selimut sambil mulutku
berkumat-kamit membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Entah bila aku terlena, sedar-sedar “Allaaaaaahuakbar Allaaaaaahuakbar” suara


azan mula berkumandang. Aku bangun daripada katil untuk menunaikan solat Subuh. Pada
pagi tersebut, aku berbual dengan mamaku dan aku menceritakan perkara-perkara yang
berlaku pada malam tadi. “Mama ada bangun ke malam?” tanyaku kepada mama. Mamaku
berkata “takdok la, bakpe dik?”. “Dokla, malam ada orang panggil adik mase adik masok
maggi pastu adik ingatkan mama” balasku. “Ohhh, perasaan adik je tu” kata mamaku.
Kemudian perbualan terhenti disitu, aku tahu bahawa mama tidak ingin memanjangkan ceita
bagi mengelakkan aku berasa takut walaupun sering kali sesuatu kejadian yang aneh
berlaku dirumahku. Persoalannya “siapakah yang menegurku heeeeeeee?”.

Anda mungkin juga menyukai