Anda di halaman 1dari 2

SINGAPURA

Ini cara bagaimana 90,000 kamera polis merata negara bantu selesaikan kes jenayah

SPF sasar 200,000 PolCam merata negara jelang 2030.

Anggaran Waktu Membaca: 3 min


Play Video
02:40 Min
SPF sasar 200,000 PolCam merata negara jelang 2030.
Diterbitkan : 10 Oct 2021 05:29PMDikemas Kini : 10 Oct 2021 09:30PM
SINGAPURA: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertopeng dengan
pakaian gelap melintasi jalan yang kosong. Dia kemudian hilang dari liputan rakaman, sebelum dilihat
semula sedang lari menuju ke arah lorong yang sempit. Apa yang tidak diketahui lelaki itu ialah dalam
kurang 17 jam, polis akan menangkapnya kerana menyerang seorang lelaki 92 tahun dan merompak
S$1,200 daripada mangsa pada awal pagi itu. Rakaman dari kamera polis menunjukkan lelaki itu ulang
alik ke Jalan Enam, iaitu tempat rompakan itu berlaku.

"Berdasarkan itu, kami meneliti kamera di sekitar estet sehingga mengesan suspek," kata Inspektor
Zaidi Salim, seorang pegawai penyiasat dari Divisyen Polis Bedok, semasa menceritakan semula
kejadian pada Mac 2020 itu. Suspek berusia 51 tahun itu akhirnya ditangkap dan dihukum penjara
enam tahun.

LEBIH 5,000 KES DIHURAIKAN SEJAK 2012

Kes itu adalah antara lebih 5,000 yang berjaya diselesaikan dengan bantuan kamera polis sejak ia
diperkenalkan di seluruh negara pada 2012, kata polis dalam kenyataan media pada Ahad (10 Okt).
Hingga kini, lebih 90,000 kamera polis atau "PolCam" dipasang di blok-blok perumahan awam, tempat
meletak kereta bertingkat, pusat kejiranan dan pusat bandar. Polis menyatakan alat itu "terbukti
menjadi sumber petunjuk penyelidikan yang tidak ternilai keberkesanannya". SPF menyasarkan untuk
memasang lebih 200,000 kamera seperti itu menjelang 2030. Inspektor Zaidi, yang merupakan
pegawai penyiasat selama lebih satu dekad, berkata: "Sebelum ini, semasa kami lakukan siasatan,
kami hanya boleh bergantung pada mangsa dan saksi, jadi agak sukar bagi kami.

"Sekarang, kami ada rakaman untuk mencari orang itu, untuk mengenal pasti orang itu dan juga
mengesahkan kalau dia ada di tempat kejadian. Bahkan kelakuan dan tindakannya dapat membantu
dalam siasatan kami,” katanya.

Rakan sekerjanya Inspektor Tan Wan Ting, menambah dengan kemajuan teknologi, liputan lebih
meluas serta gambar menjadi lebih jelas, telah membantu mengenal pasti suspek. Teknologi analitik
video, yang memudahkan pegawai untuk meneliti rakaman, juga "terus diperhalusi", menurut pihak
berkuasa.

Namun kedua-dua inspektor itu menekankan bahawa walaupun kamera dapat membantu
menghuraikan kes, ia hanyalah "salah satu daripada pelbagai" alat siasatan yang digunakan.
CEGAH JENAYAH, BANTU CARI ORANG HILANG

Selain menyelesaikan kes, kamera juga mencegah jenayah daripada berlaku, kata polis. Contohnya,
kes gangguan berkaitan pinjaman wang tanpa lesen (UML) yang melibatkan kerosakan harta benda,
pecah rumah dan kecurian kenderaan bermotor. Tahun lalu, terdapat 561 kes gangguan berkaitan
UML yang melibatkan kerosakan harta benda di estet HDB - penurunan 67.9 peratus berbanding
1,745 kes yang dilaporkan pada 2015. Bagi kes pecah rumah di estet HDB, jumlahnya menjunam
sebanyak lebih separuh - kepada 32 pada 2020 berbanding 74 pada 2015. Kes pencurian kenderaan
di tempat meletak kenderaan juga turun 82.1 peratus daripada 251 menjadi 45 dalam tempoh yang
sama. Bagi kes merompak kenderaan bermotor di tempat meletak kenderaan, jumlahnya jatuh 65.4
peratus, kepada 239 berbanding 690. Kamera polis juga membantu mencari orang yang dilaporkan
hilang. Misalnya pada April 2020, seorang wanita yang mengalami dimensia dilaporkan hilang pada
sekitar 10.50 malam di kawasan timur laut.Hasil bantuan kamera polis, dia ditemui sekitar tiga jam
setelah laporan dibuat, di kawasan timur negara ini.

KEBIMBANGAN TENTANG PRIVASI

Menjawab pertanyaan mengenai isu privasi, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Polis Kenneth
Nge dari divisyen sistem operasi berkata dalam menggunakan kamera, pihak polis "sentiasa
(berusaha) menangani kepentingan keselamatan umum yang lebih meluas, sambil menghormati
privasi ruang privet". Oleh itu, kamera dipasang di tempat-tempat "yang hanya meliputi ruang awam
dalam sudut pandangan alat itu", jelasnya. Beliau menambah bahawa terdapat kawalan dan langkah
perlindungan data yang ketat berhubung rakaman disimpan, diakses dan digunakan. "Rakaman itu
disimpan dengan selamat, dan hanya orang yang diberi izin dibolehkan untuk menyemak rakaman
atas tujuan rasmi. Mana-mana orang yang melihatnya untuk tujuan yang tidak dibenarkan akan
ditangani dengan tegas. "

Anda mungkin juga menyukai