Anda di halaman 1dari 22

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZZAM SHAH

KULIYYAH USULUDDIN DAN SAINS AL-QURAN

TAJUK: Perbezaan Qiraat Asyarah Sughra dan Kubra

SUBJEK:TQK2013 Pengantar Ilmu Qiraat Asyarah Kubra

M184019419 HAFEEZ HAKIME BIN FADZIL HISHAM

PENSYARAH USTAZ ABDUL HAKIM BIN MAHADZIR

0
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ISI KANDUNGAN 1

2 PENDAHULUAN 2

3 PENGHARGAAN 3

4 Apa itu Qiraat Asyarah Sughra dan Kubra 4-5

5 Manhaj Qiraat beserta Imam-Imam 6

6 Ringkasan Imam Qiraat dan Perawi 7-12

7 MATN TAYYIBAH AL-NASYR 13

8 KITAB-KITAB SYARAHAN MATN TAYYIBAH AL-NASYR 14

9 Perbandingan Riwayat Bacaan di Antara Thoriq 15


Syatibi dan Thoyyibah

10 PERBEZAAN BACAAN RIWAYAT HAFS DARIPADA 'ASIM 16-19


PADA DUA TARIQ

11 KESIMPULAN 20

12 RUJUKAN 21

1
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan sekalian alam serta selawat dan salam
ke atas Baginda S.A.W, keluarga, sahabat serta yang mengikut jejak langkahnya
hingga ke hari akhirat.
Sejak al-Quran diturunkan, ianya telah dipelihara dengan begitu rapi. Ramai penghafaz
al-Quran setiap zaman bermula zaman Rasullullah S.A.W lagi hinggalah ke hari ini. Al-
Quran juga dipelihara dalam bentuk tulisan dimana pada peringkat awalnya ramai
penulis al-Quran menghasilkan mushaf. Dan selepas perkembangan teknologi, al-
Quran dihasilkan dalam bentuk percetakan.
Semua penjagaan al-Quran dalam bentuk mushaf dan hafazan menjadi bukti yang
kukuh bahawa al-Quran terpelihara dari segala kesalahan dan kekurangan.
Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan
yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang
mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran
adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT
dengan cara membacanya.
Al - Quran diciptakan dengan bahasanya tersendiri dan menggunakan dialek bahasa
yang tidak sama dengan dialek yang digunakan oleh orang Arab pada ketika
penurunannya.
Orang Arab ketika itu tidak percaya Nabi Muhammad mereka - reka sedangkan
baginda tidak pandai membaca dan menulis. Al - Quran mencabar orang yang tidak
percaya akan kesahihannya agar menciptakan sepotong ayat yang menandingi bahasa
al – Quran.
Kajian ini akan mengupas dari segi khilaf bacaan Qiraat mengikut 10 imam yang
mahsyur dan kaedah mengenal pasti perbezaan dari sudut jalan bacaan thoyyibah ia
itu lebih luas lagi kerana terdapat jalur-jalur bacaan dan wajah-wajah bacaan yang
tersendiri dari perawi-perawi tersebut ini yang dipanggil sebagai Asyarah Kubra.

Oleh itu sama-sama kita terlusuri perbezaan yang terdapat dalam pada Qiraat
Asyarah-Kubra dan Sughra dengan ini saya akhiri pendahuluan saya dengan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek
TQK2013 Pengantar Ilmu Qiraat Asyarah Kubra ini dengan jayanya. Terlebih dahulu ,
saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan kerja
kursus pada masa yang telah ditetapkan .
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada ustaz Abdul Hakim Bin Mahadzir, selaku Pensyarah
Usuluddin dan Sains Al-quran subjek TQK2013 Pengantar Ilmu Qiraat Asyarah Kubra
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus - putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya Ustaz Abdul Hakim Bin Mahadzir atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan . Selain itu , saya turut
berterima kasih kepada rakan - rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulur bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya .
Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
memberikan dorongan dan sokongan kepada saya . Rakan-rakan saya juga telah
menolong saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta mencarikan bahan .
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik .
Hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa budi yang telah kalian hulur. Semoga
sentiasa dalam jagaan dan rahmat allah di dunia akhirat dan dibangkitkan Bersama
insan yang teramat mulia nabi Muahammad S.A.W.

3
Apa itu Qiraat Asyarah Sughra dan Kubra

Asyarah Kubra merupakan sinambungan kepada Qiraat Asyara Sughra kerana dalam
ini Asyarah Kubra ini setiap bacaan dari Imam-imam Qiraat akan diperincikan khusus
kepada perawi-perawi mereka, Istilah yang selalu bermain dibibir pembaca al-Quran
adalah Toriq Syatibiy dan Toriq Jazari atau disebut juga Toriq Toyyibah. Toriq dalam
sudut bahasa bermaksud jalan.

Dalam ilmu tajwid atau qiraat, istilah Toriq biasanya diterang maksudnya selepas
huraian makna Imam dan Rawi.

Bacaan yang dinasabkan kepada Imam di kalangan Sepuluh Imam Qiraat dipanggil
qiraat. Bacaan yang dinasabkan kepada perawi yang mengambil bacaan tersebut
daripada Imam dipanggil riwayat dan setiap yang dinasabkan kepada yang
mengambil dari perawi walaupun di zaman mutakhir dinamakan toriq.

Sebagai contoh al-Quran yang ada pada hari ini ialah mengandungi Riwayat Hafs
mengikut Qiraat Imam Asim melalui Toriq Syatibiy. Antara cara bacaan Toriq
Syatibiy adalah bacaan empat harakat atau disebut tawasut pada hukum mad wajib
muttasil dan juga mad jaiz munfasil

Bagi mereka yang mendalami secara serius ilmu tajwid mereka selalu berjumpa
istilah Toriq Toyyibah atau Toriq Jazari. Antara kaedah bacaan toriq jazari ialah
membaca dua harakat atau disebut Qasar pada hukum mad jaiz munfasil.

Dinamakan Toriq Toyyibah adalah bersumberkan kitab karangan oleh Imam Ibn al-
Jazari (meninggal 833 hijrah) yang bertajuk Toyyibat al-Nasyr. Matn Toyyibah ini
disusun dalam bentuk syair berjumlah 1,015 rangkap. Merangkumi usul Sepuluh
Qiraat bersama Farsy untuk 30 juzuk al-Quran1.

Kealiman Ibn al-Jazari dalam ilmu qiraat yang begitu tinggi menjadi rujukan ulama
sezamannya, menguasai sanad al-Quran daripada guru al-Quran tersohor di
Damsyik, Madinah dan juga Mesir.

Beliau menghasilkan banyak penulisan yang bersifat kreatif dan tidak hanya
mengikut atau menukil tulisan ulama terdahulu.

Beliau mengkaji sanad Qiraat, adakah menepati bahasa Arab dan menepati nas
sebagaimana Mushaf Uthmany.2

Lantas beliau mendapat natijah bahawa Qiraat Abu Jaafar, Ya'kub dan Khalaf al-
Asyir berada dalam kumpulan Qiraat yang mutawatirah sama dengan Tujuh Qiraat

1
TAYYIBAH AL-NASYR
2
Fath al-Wasid fi Syarh al-Qasid

4
yang dipilih Ibn Mujahid (meninggal 324 hijrah).

Ulama menamakan Tujuh Qiraat yang terkandung dalam Mayn Syatibiy bersama
Tiga Qiraat yang terkandung dalam Matn Durrah al-Mudhiah sebagai Asyarah
Sughra. Sementara Matn Toyyibah yang menghimpun sekali gus Sepuluh Qiraat
dinamakan Asyarah Kubra.

Matn Toyyibah sebenarnya ringkasan dalam bentuk syair yang dikarang oleh Imam
Ibn al-Jazari bersumber dari kitabnya al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr.3

Kitab al-Nasyr ini merupakan satu kitab yang lengkap dalam perbahasan ilmu qiraat
merangkumi imam-imam qiraat, perawi dan toriq. Jumlah toriq yang dikumpulkan
dalam al-Nasyr secara tahqiq berjumlah 80 toriq. Daripada 80 toriq ia bercambah
dan berkembang kepada 980 toriq.

Ibn al-Jazari pernah menyatakan barang siapa menyangka ilmu qiraat sudah lupus,
katakanlah kepadanya al-Nasyr menghidupkanya kembali. Kenyataan ini
menunjukkan perbahasanya meliputi seluruh bab dalam ilmu qiraat dan mampu
menghidupkan kembali ilmu qiraat yang lupus dan yang tidak diamalkan lagi.

Namun begitu, bagi yang ingin membaca riwayat Hafs dari Toriq Toyyibah perlu
kepada talaqqi dan musyafahah dengan guru. Ini kerana terdapat beberapa hukum
yang wajib diraikan jika membaca mad jaiz munfasil dengan kadar dua harakat.

Selain itu, Sheikh Abdul Fattah al-Mirsafi menyatakan Toriq Toyyibah diamalkan bagi
mereka yang mahir dalam ilmu tajwid kerana beberapa hukum yang perlu dilakukan.
Kepada orang awam disarankan kepada mereka membaca al-Quran mengikut Toriq
Syatibiy.

Apabila ditanya kepada bekas Mufti Kelantan, allahyarham Tuan Guru Muhammad
Nor yang terkenal alim dalam ilmu qiraat tentang bacaan dua harakat untuk mad
jaiz, beliau menjawab: "Setiap mad jaiz yang ada dalam al-Quran ditandakan dengan
alamat mad yang membawa maksud membacanya dengan empat harakat".4

Justeru al-Quran memang dicetak mengikut Toriq Syatibiy yang perlu membaca mad
jaiz dengan empat harakat.

Jawapan yang ringkas dan tepat ini amat sesuai diaplikasikan oleh umat Islam.
Namun bagi mereka yang mempunyai maklumat berkaitan Toriq Toyyibah dan
mendalami hukum yang wajib dipelihara ketika membacanya daripada kitab tajwid
serta mendapat tunjuk ajar daripada guru yang mahir maka diizinkan kepadanya
mengamalkan Toriq Toyyibah.

3
Al-Hadi
4
Irsyad al-Murid ila Maqsud alQasid

5
Manhaj Qiraat beserta Imam-Imam.

Dalam bahagian ini kita akan cuba memahami manhaj Qiraat dan Imam-iman Qiraat
serta perawi mereka serba sedikit, Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan
pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di
Malaysia membaca Qiraat ‫حفص عن عاصم‬menggunakan Toriq al-Syatibi.

pembahagian Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-
Jazari mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :

1. Qiraat Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari
berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi
dan Toriq al-Jazari.

2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati
kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di
kalangan Imam Qurra' tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan
ada setengahnya tidak.

3. Qiraat Aahad

Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau
bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra'.5

4. Qiraat Syazah

Iaitu Qiraat yang tiada sanadnya.

5. Qiraat Maudhu'

Iaitu Qiraat yang yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu' tidak boleh dibaca kerana ianya
bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi
qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm 'Uthmani.6

5
‫القراءات العشر في النشر‬
6
Irsyad al-Murid ila Maqsud alQasid

6
Ringkasan Imam Qiraat dan Perawi
Ringkasan Imam-Imam Qiraat Dan Perawi-Perawi

Imam Nafi'

Perawi:
1. Qalun
2. Warsy

Imam Ibn Kathir

Perawi:
1. Al-Bazi
2. Qunbul

Imam Abu 'Amru

Perawi:
1. Al-Duri
2. Al-Susi

Imam Ibn Amir

Perawi:
1. Hisyam
2. Ibn Zakwan

7
Imam 'Asim

Perawi:
1. Syu'bah
2. Hafs

Imam Hamzah

Perawi:
1. Khalaf
2. Kallad

Imam Al-Kisaie

Perawi:
1. Abu al-Harith
2. Al-Duri

Imam Abu Jaafar

Perawi:
1. Ibnu Wardan
2. Ibnu Jammaz

Imam Ya’qub Al-Basri


1. Ruwais
2. Rauh

8
Imam Kholaf al-‘Asyir

1. Ishaq
2. Idris

Imam Qiraat 10

Imam Nafi' al-Madani

Beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim. Gelaran mashur beliau ' Abu
Ruaim ', berasal dari Asbahani, dilahir pada sekitar tahun 70H. Wafat di Madinah
pada tahun 169H. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripada mereka menjadi
perawinya yang terkenal iaitu: Qalun( meninggal pd tahun 220H ) dan Warsy(
meninggal pd tahun 197H).

Imam Ibn Kathir al-Makki

Beliau ialah Abdullah bin Kathir al-Makki, Gelaran mashur beliau Abu Ma'bad. Beliau
dilahirkan di Makkah pada tahun 45H. Tergolong dalam zaman tabiin dan pernah
berjumpa Abdullah bin Zubair, Abu Ayub Al-Ansari dan Anas bin Malik. Meninggal
dunia pd tahun 120H di Makkah. Mempunyai ramai murid. Dua orang daripadnya
mereka menjadi perawinya yang terkenal iaitu al-Bazi( meninggal pd tahun 250H )
dan Qunbul( meninggal pd tahun 291H ).

Imam Abu 'Amru al-Bashri

Beliau adalah Zabban bin Al-Alaa' bin Ammar Al-Basri. Dilahirkan di Makkah pada
tahun 70H dan meninggal Dunia diKufah pada tahun 145H. Mempunyai ramai murid,
dua daripada mereka menjadi perawinya dan terkenal iaitu Al-Duri( meninggal
dunia pd tahun 246 )dan al-Susi ( meninggal pd tahun 261H ).

9
Imam Ibn 'Amir al-Dimasyqi

Beliau adalah Abdullah Ibn Amir Al-Syami Al-Yahsobi. Seorang Qadhi di Damsyik
dizaman Khilifah Al-Walid Ibnu Abdul Malik. Beliau merupakan seorang tabiin.
Dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia di Damsyik pada hari ' Asyura '
pada tahun 118H. Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya
terkenal iaitu Hisyam( lahir pd tahun 153H dan meninggal dunia pd tahun 245H
)dan Ibn Zakwan( lahir pd tahun 173H dan meninggal pd tahun 242H ).

Imam 'Asim al-Kufi

Beliau adalah 'Asim bin bin Abdullah (Abi al-Najud) binBahdalah al-Asadi dan digelar
Abu Bakar. Beliau juga dari kalangan tabiin. Meninggal dunia pd tahun 127H.
Mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya yang terkenal
iaitu Syu'bah( lahir pd tahun 95H dan meninggal pd tahun 193H )dan Hafs( lahir pd
tahun 90H dan meninggal dunia pd tahun 180H ).

Imam Hamzah

Beliau adalah Hamzah bin Habib bin Ummarah Al-Ziati. dan mendapat gelaran Abu
Ummarah. Beliau juga seorang ahli perniagaan yang kuat beribadat dan warak.
mempunyai ramai murid dua daripada mereka menjadi perawinya yang mashur iaitu
Khalaf ( meninggal dunia pd tahun 229H )dan Khallad( meninggal dunia pd tahun
220H ).

Al-Kisa'i

Beliau adalah Abu al-Hassan Ali bin Hamzah dan pakar dalam ilmu nahu. Beliau
mendapat gelaran Kisa'i kerana ketika melakukan ihram beliau mengenakan pakaian
kebesaran ( kisa ). Dilahirkan pd tahun 119H dan meninggal dunia di Ranbawaih
pada tahun 189H. mempunyai ramai murid, dua daripada mereka menjadi perawinya
yang terkenal iaitu Abu al-Harith ( meninggal pd yg sama 240H) dan Al-Duri (
meninggal dunia pd tahun 246H ).

10
Imam Abu Ja’far Al-Madani

Nama sebenar beliau ialah Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzumi. Beliau merupakan imam
qiraāt di Madinah yang sangat sempurna thiqah dan dhabitnya. Beliau telah
mempelajari qiraat daripada Abdullah bin ‘Abbas, dan Abu Hurairah. Mereka
mempelajarinya dari Ubay bin Ka’ab. Ubay bin Ka’ab mengambil bacaan daripada
Rasulullah s.a.w.

Ramai yang merawikan qiraāt daripadanya, antaranya ialah Nafi’ bin Abi Naim, Abdul
Rahman bin Zaid bin Aslam, Abu Amru bin al-‘Ala’, dan lain-lain lagi. Terdapat dua
orang perawi yang termasyhur, iaitu ‘Isa bin Wardan dan Sulaiman bin Jammaz.

a. Ibnu Wardan

Nama sebenar beliau ialah ‘Isa bin Wardan al-Madani. Beliau wafat di Madinah
pada tahun 160 Hijrah.

b. Ibnu Jammaz

Nama sebenar beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz.
Beliau wafat di Madinah pada tahun 170 Hijrah.

Imam Ya’qub Al-Basri

Nama sebenar beliau ialah Ya’qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq.
Gelaran beliau ialah Abu Muhammad. Beliau merupakan salah seorang dari qurra’
sepuluh. Beliau mengambil bacaan daripada Abi al-Munzir Salam bin Sulaiman, Abi
al-Asyhab Ja’far bin Hayyan dan lain-lain. Salam mengambil bacaan daripad ‘Asim al-
Kufi dan daripada Abu Amru.7

7
ms.wikipedia

11
Ramai yang merawikan qiraat daripadanya, antaranya ialah Abu Hatim al-Sajastani,
Muslim bin Sufian, Abu Basyar Al-Qitthan, Abu Amru dan lain-lain. Perawi yang
termasyhur ialah Ruwais dan Rauh.

a. Ruwais

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin al-Mutawakkal al-lu’lu’i Al-Basri. Nama
gelaran beliau ialah Abi Abdullah. Beliau wafat di Basrah pada tahun 238 Hijrah.

b. Rauh

Nama sebenar beliau ialah Rauh bin Abdul Mu’min al-Hazli Al-Basri. Beliau digelar
Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 234 Hijrah.

Imam Kholaf al-‘Asyir

Nama sebenar beliau ialah Kholaf bin Hisyam bin Tha’lab. Beliau merupakan seorang
hafiz al-Qur’an ketika berumur sepuluh tahun. Beliau mula mempelajari ilmu ketika
berumur tiga belas tahun. Beliau merupakan seorang yang thiqah, zuhud dan alim.
Beliau mempelajari qiraat daripada Salim bin ‘Isa dan Abd al-Rahman bin Hammad,
dan mereka mengambil bacaan daripada Hamzah.

Ramai yang telah merawikan qiraat daripadanya. Antaranya ialah Wasma’a Ahmad
bin Ibrahim, Ahmad bin Yazid al-Halwani, Idris bin Abdul Karim al-Haddad dan lain-
lain. Terdapat dua orang perawi yang termasyhur, iaitu Ishaq dan Idris.

a. Ishaq
Nama sebenar beliau ialah Ishak bin Ibrahim bin Uthman bin Abdullah. Beliau digelar
Abu Ya’qub. Beliau wafat pada tahun 286 Hijrah.

b. Idris
Nama sebenar beliau ialah Idris bin Abdul Karim al-Haddad al-Baghdadi. Beliau
digelar Abu al-Hasan. Beliau wafat pada tahun 292 Hijrah.

12
MATN TAYYIBAH AL-NASYR

Apabila disebut sahaja Matn Tayyibah al-Nasyr sudah pasti semua pelajar yang
mempelajari Ilmu Qiraat dapat mengetahui apakah kandungan matn itu. Matn
Tayyibah al-Nasyr ialah matn yang menumpukan kepada Qiraat Sepuluh yang
dikarang oleh Imam al-Jazari yang mempunyai sebanyak 1000 bayt. Beliau telah
menyempurnakannya di Rom pada bulan sya’ban tahun 799H. Imam al-Jazari juga
telah mengikuti Imam al-Syatibi di dalam menggunakan istilah-istilah untuk
memudahkan para pelajar menguasai pengajian Qiraat. Kehebatan Tayyibah al-
Nasyr ialah melalui bayt-bayt syairnya yang mudah, senang dan lafaznya yang
sedikit tetapi maknanya mencakupi. Di dalamnya, dimuatkan dengan turuq qurra’
berserta periwayat-periwatnya yang terkenal dengan bersandarkan kepada al-
Syatibiyyah dan Kitab al-Taysir di samping beliau melakukan penambahan qiraat,
riwayat dan turuq. Dinamakan dengan nama tersebut adalah kerana beliau
menyusunnya mengikut kitabnya ‫ النشر في القراءات العشر‬Matn ini telah dimuatkan
di dalamnya jenis-jenis qiraat yang mutawatirah daripada Rasul s.a.w, apa yang
sahih daripada Dr. Ahmad Khalid Syukri, Dr. Ahmad Muhammad Muflih al-Qudah
dan Dr.Muhammad Khalid Mansur (2001), op.cit, h.169. Dr. Nabil bin Muhammad ‘Ali
Isma’il (2002), Al-Imam Ibn al-Jazari wa Juhuduh fi ‘Ilm al-Qira’at, Riyad: Dar Ibn
Hazm, h.56. 39 Ibrahim Muhammad al-Jarmi (2000), op.cit, h.186. 42 qiraat dan
yang diterima daripada kaedah perpindahan yang masyhur dari segi riwayat. Setiap
imam sepuluh akan ada dua orang periwayat . KITAB-KITAB SYARAHAN MATN
TAYYIBAH AL-NASYR Sebuah kitab yang hebat dan diperlukan oleh ramai qari atau
pengkaji di dalam bidang Ilmu Qiraat sudah pasti banyak yang akan
menghuraikannya dengan lebih banyak. Huraian ini termasuklah dalam bentuk
syarahan semula atau ringkasan syarahan. Kehebatan Matn Tayyibah al-Nasyr telah
mendapat tempat di sisi para ulama dan mereka mensyarahkannya dengan
mengikut kadar kemampuan masingmasing. Antaranya kitab syarahan anak beliau
sendiri iaitu Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari (859H), Abu al-Qasim Muhammad
al-Nuwayri (857H). Beliau merupakan anak murid Imam al-Jazari, Muhammad al-
Munir bin Hasan al-Samundi (1199H), Muhammad Mahfuz bin ‘Abd Allah al-Turmisi
(1338H), Riduan alMakhlalati (1311H) dan Muhammad al-Sadiq al-Qamhawi.
Kitabnya al-Kawkab alDurri. Kitab ini merupakan ringkasan syarahan kepada al-
Nuwayri. Sebagai makluman tambahan talaqqi qiraat menurut tariq al-Tayyibah dan
Al Nasyr fi al-Qira’at al-‘Asyrah dikenali dengan nama al-Qira’at al-‘Asyr al-Kubra.
Dinamakan al-‘Asyr al-Kubra dengan sebab banyak turuq di dalamnya.

13
KITAB-KITAB SYARAHAN MATN TAYYIBAH AL-NASYR

Sebuah kitab yang hebat dan diperlukan oleh ramai qari atau pengkaji di dalam
bidang Ilmu Qiraat sudah pasti banyak yang akan menghuraikannya dengan lebih
banyak. Huraian ini termasuklah dalam bentuk syarahan semula atau ringkasan
syarahan. Kehebatan Matn Tayyibah al-Nasyr telah mendapat tempat di sisi para
ulama dan mereka mensyarahkannya dengan mengikut kadar kemampuan masing-
masing. Antaranya kitab syarahan anak beliau sendiri iaitu Ahmad bin Muhammad
bin al-Jazari (859H), Abu al-Qasim Muhammad al-Nuwayri (857H). Beliau merupakan
anak murid Imam al-Jazari, Muhammad al-Munir bin Hasan al-Samundi (1199H),
Muhammad Mahfuz bin ‘Abd Allah al-Turmisi (1338H), Riduan alMakhlalati (1311H)
dan Muhammad al-Sadiq al-Qamhawi. Kitabnya al-Kawkab alDurri. Kitab ini
merupakan ringkasan syarahan kepada al-Nuwayri. Sebagai makluman tambahan
talaqqi qiraat menurut tariq al-Tayyibah dan alNasyr fi al-Qira’at al-‘Asyrah dikenali
dengan nama al-Qira’at al-‘Asyr al-Kubra. Dinamakan al-‘Asyr al-Kubra dengan sebab
banyak turuq di dalamnya

14
Perbandingan Riwayat Bacaan di Antara Thoriq Syatibi dan Thoyyibah

Apabila disebut Tariq al-Syatibi dan Tariq al-Jazari terdapat banyak perkara yang
harus dijaga dan diambil perhatian oleh mana-mana pembaca al-Quran ketika mana
mereka membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim daripada
Tariq Syatibiyyah dan Tariq al-Tayyibah. Perkara-perkara yang akan disenaraikan
nanti seharusnya menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang membaca Kalam
Allah s.w.t. Ini adalah kerana percampuran dan pertindihan turuq adalah merupakan
suatu amalan yang aib di sisi para qurra’. Tariq al-Syatibi adalah merupakan Tariq al-
‘Ammah, yang menjadi pilihan utama para pembaca terutama sekali di negara-
negara sebelah Asia Tenggara. Manakala Tariq al-Jazari adalah tariq yang tinggi
peringkatnya, sukar dan yang tersusun di dalam banyak hukum-hukum teori dan
praktikalnya yang hanya dikuasai oleh ahli-ahlinya sahaja. Di dalam penulisan ini
penulis akan menghuraikan perbandingan di antara kedua tariq ini secara
pengenalan awalan sahaja. Penulis hanya akan menyenarai dan membuat
perbandingan wajah-wajah bacaan Hafs melalui kedua-dua tariq tersebut dengan
ringkas sahaja. Sebagai contoh penulis tidak akan menyenaraikan hukum-hukum
yang perlu dijaga ketika Imam Hafs membaca Mad Jaiz Munfasil dengan dua
harakat. Di sini penulis akan menyenaraikan perkaraperkara tersebut menurut Tariq
al-Syatibi dahulu. Perkara-perkara tersebut ialah : i) Al-Takbir. Takbir di sini
bermaksud ucapan ‫ الإله إال هللا وهللا أكبر‬atau ketika ‫الإله إال هللا وهللا أكبر وهللا الحمد‬
atau ( ‫ هللا أكبر‬kurangnya-sekurang majlis khatam al-Quran. Imam Hafs melalui Tariq
al-Syatibi tidak membaca ucapan takbir42 . 42 Muhammad Abu al-Khayr (2002),
Khasais wa Simat Midar Harakatayn wa Arba’ Harakat, Kaherah: Dar Sahaba, h.7
dan Abu ‘Abd al-Rahman Reda ‘Ali Darwaysy dan Abu Sahal Samih bin Ahmad bin
Muhammad (2000), 0p.cit, h.31. 44 ii) Mad al-Munfasil. Iaitu apabila huruf hamzah
dan huruf mad berada di dalam dua kalimah yang berlainan iaitu huruf mad di akhir
kalimah pertama dan huruf hamzah di awal kalimah yang kedua, seperti ‫قالوا امنا‬.
Kadar bacaan Imam Hafs melalui Tariq al-Syatibi adalah dengan kadar 4 harakat
yang diistilahkan sebagai ‫ ) التوسط‬dan kadar 5 harakat ‫فويق التوسط‬. Akan tetapi
bacaan dengan 4 harakat lebih didahulukan43 . iii) Mad al-Muttasil. Iaitu apabila
huruf mad dan huruf hamzah berada di dalam satu kalimah seperti ‫ساء سىء سوء‬.
Imam Hafs melalui Tariq alSyatibi membacanya dengan 4 dan 5 harakat, samaada
ketika wasl atau waqf. Wajah bacaan dengan 4 harakat adalah lebih didahulukan.
Ada pun apabila huruf mad berada di hujung kalimah dan dibaca dengan waqf
dibolehkan bacaan dengan 6 harakat.

15
PERBEZAAN BACAAN RIWAYAT HAFS DARIPADA 'ASIM PADA DUA TARIQ
( TARIQ AL-SYATIBIYYAH DAN TARIQ JAZARI )

Berikut adalah senarai Farsy al-Huruf yang berbeza padanya turuq bagi riwayat Hafs
daripada ‘Asim:

Tariq al-Syatibi Tariq Ibn al-Jazari


Bil Perkara
Hirz al-Amani Al-Misbah

Mad Munfasil 4 atau 5 harakat 2 harakat

Mad Muttasil 4 atau 5 harakat 4 harakat

Takbir Tiada Takbir Harus Takbir

Nun Sakinah bertemu Lam dan Idgham Bi La Idgham Bila


Ra’ Ghunnah Ghunnah

َ ‫ع‬
‫ون‬ ُ ‫ج‬
َ ‫ه تُر‬ َ ُ‫سط‬
ِ ‫وإِلَي‬ ُ ‫ويَب‬ ُ َّ‫والل‬
ُ ِ‫ـه يَقب‬
َ ‫ض‬ َ Dibaca dengan
1 Dibaca dengan Sin
[Surah al-Baqarah: 245] huruf Sad

‫ق بَسطَة‬
ِ ‫خل‬ ُ ‫د‬
َ ‫كم فِي ال‬ َ ‫و َزا‬
َ Dibaca dengan
2 Dibaca dengan Sin
[Surah al-A’raf: 69] huruf Sad

Dibaca dengan
3 َ ‫م‬
‫صيطِر‬ ِ ‫علَي‬
ُ ِ ‫هم ب‬ َ ‫لَّس‬
َ ‫ت‬ Dibaca dengan Sad
huruf Sad
[Surah al-Ghasyiyah: 22]

ُ ‫ه‬
‫م‬ ُ ‫ك أَم‬ ُ ‫خ َزائ‬
َ ِّ ِ‫ِن َرب‬ ُ ‫أَم عِن َد‬
َ ‫هم‬ Dibaca dengan
َ ‫ط ُر‬
‫ون‬ َ ‫م‬
ِ ‫صي‬ ُ ‫ال‬ Dibaca dengan
4 huruf Sad atau
uruf Sin
[Surah al-Thur: 37] huruf Sin

16
Bab Hamzah Wasal pada:
ُ َ َ ‫ح َّر‬ َّ ‫ُقل َء‬
َ ‫آلذ‬
ِ ‫م اْلن َثيَي‬
‫ن‬ ِ ‫مأ‬ َ ‫ن‬
ِ ‫ك َري‬ Harus 2 wajah
[Surah al-An’am: 143 dan 144] iaitu: Dibaca dengan
ٰ ‫َء‬
َ ‫آلــئ‬
‫ــن‬ 1. Ibdal dengan Ibdal beserta
5 Isyba'
Isyba'
[Surah Yunus: 51 dan 61]
ُ 2. Tashil Hamzah
‫ءآلل‬
kedua
[Ayat 59 dalam surah Yunus dan
surah al-Naml ]

Bab Idgham pada:


Dibaca dengan Dibaca dengan
6 ‫م‬ َ ‫ل ال‬
ِ ‫قو‬ ُ ‫م َث‬
َ ‫ك‬ َّ ٰ ‫هث‬
َ ِ‫ذل‬ ُ ‫أَو تَت ُرك‬
َ ‫ه يَل‬ Idgham Idgham
[Surah al-A’raf: 176]

Bab Idgham pada:


َّ ‫كب‬
َ ‫م‬ َ ‫ي ار‬ ُ ‫أَو تَت ُرك‬ Dibaca dengan Dibaca dengan
7 ‫ع َنا‬ َّ ‫ه يَا ُب َن‬
Idgham Idgham
[Surah Hud: 42]

Huruf Nun dan huruf Wau pada:


‫ِيم‬
ِ ‫حك‬ ِ ‫وال ُقرآ‬
َ ‫ن ال‬ َ ﴾١﴿ ‫يس‬
Dibaca dengan Izhar
8 [Surah Yasin: 1 dan 2]
Izhar
َ ‫ما يَسطُ ُر‬
‫ون‬ َ ‫و‬ ِ َ ‫قل‬
َ ‫م‬ َ ‫وال‬
َ ‫ن‬

[Surah al-Qalam: 1]

Dibaca dengan Dibaca dengan


9 Saktah pada 4 perkataan berikut:
Saktah Saktah
َ ﴾١﴿ ۜ ‫وجا‬
‫قيِ ِّما‬ َ ‫ع‬
ِ

17
[Surah al-Kahf: 1 dan 2]
‫هـٰ َذا‬
َ ۜ ‫دنَا‬ َ ‫مر‬
ِ ‫ق‬ َّ

[Surah Yasin: 52]


‫من ۜ َراق‬
َ ‫ل‬
َ ‫وقِي‬
َ

[Surah al-Qiyamah: 27]


َ ‫ك َّّل بَل ۜ َر‬
‫ان‬ َ

[Surah al-Mutaffifin: 14]

Kadar Mad Huruf ‘Ain pada:


‫كهيعص‬
10 Harus dibaca
[Surah Maryam: 1] dengan 4 harakat 4 harakat sahaja
atau 6 harakat
‫﴾ عسق‬١﴿ ‫حم‬

[Surah al-Syura: 1 dan 2]

Harus 2 wajah
Bab Tarqiq pada: iaitu:
11 ‫ِيم‬
ِ ‫عظ‬َ ‫كالطَّو ِد ال‬ ُ ‫ان‬
َ ‫كل فِرق‬ َ ‫ك‬ َ
َ ‫ف‬ Tafkhim
1. Tarqiq
[Surah al-Syu’ara’: 63]
2. Tafkhim

Waqaf harus 2 Waqaf Harus 2


wajah iaitu: wajah iaitu:
Bab Waqf pada perkataan: 1. Hazaf (Buang) 1. Hazaf (Buang)
12 ُ َّ‫ي الل‬
َ ‫ـه‬
‫خ ير‬ َ ِ‫ما آتَان‬ َ
َ ‫ف‬ huruf Ya’ huruf Ya’

[Surah al-Naml: 36] ِ ٰ‫َءاتَــ‬


‫ـن‬ ِ ٰ‫َءاتَــ‬
‫ـن‬

2. Ithbat (Kekal) 2. Ithbat (Kekal)


huruf Ya’ huruf Ya’
‫َءاتَــٰ ـنِي‬ ‫َءاتَــٰ ـنِي‬

13 Harus 2 wajah Harus 2 wajah


Baris pada perkataan:
iaitu: iaitu:

18
‫ل‬ َ ‫ج‬
َ ‫ع‬ َ ‫م‬َّ ُ‫ضعف ث‬ َ ‫من‬ ِّ ِ ‫كم‬ ُ ‫ق‬ َ ‫ـه الَّذِي‬
َ َ ‫خل‬ ُ َّ‫الل‬ 1. Fathah 1. Fathah
‫د‬ِ ‫ل مِن بَع‬ َ ‫ع‬َ ‫ج‬َ ‫م‬ َّ ُ‫وة ث‬ َّ ‫ضعف ُق‬ َ ‫د‬ِ ‫مِن بَع‬
ُۖ ‫شاء‬َ َ‫ما ي‬ َ ‫ق‬ُ ُ‫شيبَة ۚ يَخل‬ َ ‫و‬َ ‫ضعفا‬ َ ‫وة‬ َّ ‫ُق‬ (baris atas) (baris atas)
‫قدِي ُر‬َ ‫م ال‬ ُ ‫علِي‬َ ‫و ال‬
َ ‫وه‬ُ َ َ - ‫ضعف‬
‫ضعفا‬ َ َ - ‫ضعف‬
‫ضعفا‬ َ
[Surah al-Rum: 54] 2. Dhammah 2. Dhammah
(baris hadapan) (baris hadapan)
ُ - ‫ضعف‬
‫ضعفا‬ ُ ُ - ‫ضعف‬
‫ضعفا‬ ُ

Harus 2 wajah Harus 2 wajah


iaitu: iaitu:
Bab Waqf pada perkataan: 1. Hazaf (Buang) 1. Hazaf (Buang)
14 َ ‫س َّلس‬
‫ِّل‬ َ ‫ين‬ َ ‫إِنَّا أَع َتدنَا لِل‬
َ ِ‫كافِر‬ huruf Alif huruf Alif

َ ‫وأَغ َّلال‬
َ ‫و‬
‫سعِيرا‬ َ ‫ل‬ ِ ‫س َّل‬
َ ‫س‬ َ ‫ل‬ ِ ‫س َّل‬
َ ‫س‬ َ

[Surah al-Insan: 4] 2. Ithbat (Kekal) 2. Ithbat (Kekal)


huruf Alif huruf Alif
َ ‫س َّلس‬
‫ِّل‬ َ َ ‫س َّلس‬
‫ِّل‬ َ

19
Kesimpulan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat
banyak manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari sepanjang proses
menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek TQK2013 Pengantar Ilmu Qiraat Asyarah
Kubra ini Pada peringkat permulaan ketika saya menyiapkan tugasan projek ini, saya
telah berbincang bersama dengan rakan-rakan daripada kuliah yang berlainan
mengenai tugasan yang perlu kami siapkan. Hasilnya saya mudah untuk mendapat
maklumat kerana kami bekerjasama dalam mencari maklumat dan menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul. Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa
proses menyiapkan tugasan ini, antaranya ialah saya mempelajari keistimewaan al-
quran . Kerja kursus ini juga telah mengajar saya tentang nilai-nilai murni seperti
nilai kerjasama dan kesungguhan. Dua nilai ini sangat penting sebagai persediaan
untuk diri saya sebagai seorang pelajar. Di samping itu, saya juga dapat
menambahkan lagi ilmu isi kandungan dan mengenai al-quran dan qiraat. Selain itu,
kerja kursus ini telah membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya tentang
al-quran dan qiraat. Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk mencari bahan serta
sumber dan saya juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan.
Seterusnya, Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada ustaz Muhamad Zahir Bin Othman,
selaku Pensyarah Usuluddin dan Sains Al-quran subjek Pengantar Ilmu Qiraat
Asyarah Kubra kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Hanya allah sahaja yang dapat
membalas jasa budi ustaz. Semoga sentiasa dalam jagaan dan rahmat allah di dunia
akhirat dan dibangkitkan Bersama insan yang teramat mulia nabi Muahammad
S.A.W

20
RUJUKAN

1. ‫النشر في القراءات العشر‬


2. TAYYIBAH AL-NASYR
3. Fath al-Wasid fi Syarh al-Qasid
4. al-Wafi
5. Al-Hadi
6. Irsyad al-Murid ila Maqsud alQasid

21

Anda mungkin juga menyukai