Anda di halaman 1dari 7

http://www.slideshare.

net/wongma99/contoh-kajian-tindakan-bahasa-inggeris-sekolah-
rendah

http://www.slideshare.net/kiahjanda/presentation-kertas-cadangan-kajian-tindakan

http://www.slideshare.net/Sreedrann/kajian-tindakan-bahasa-inggeris?related=1

http://www.osmanaffan.com/7-petua-pandai-bahasa-inggeris-2/

Cadangan Meningkatkan Kemahiran Bertutur dalam Bahasa Inggeris

Abstrak

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2014 dan penilaian PBS murid-murid Tahun 1
Amanah, Sk Kompleks Uda, Johor Bahru yang merupakan kelas pertama dalam aliran, didapati
33 orang murid telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan bertulis. Namun begitu,
apabila dianalisa pada perekodan Tahap Penguasaan di bahagian lisan, didapati sebahagian
murid tidak dapat menguasai Tahap Penguasaan 6.

Kami mengenal pasti seramai 11 orang daripada murid-murid kelas ini hanya mencapai Tahap
Penguasaan 4 sahaja berbanding dan 8 orang murid yang mencapai TahapPenguasaan 5 dan 14
orang yang mencapai Tahap Penguasaan 6. Mereka dikenalpasti tidak yakin untuk bertutur di
dalam Bahasa Inggeris di hadapan kelas apabila guru meminta setiap murid untuk bercerita
tentang diri masing-masing, di bawah topik „MYSELF‟. Sikap pasif dan malu meningkatkan
kelemahan yang sedia ada. Sikap „Berat mulut‟ dan „rendah diri‟ murid-murid ini mendorong
kami untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti pdp yang sesuai untuk diaplikasikan kepada mereka.

Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya tinggal di kawasan
rumah pangsa berdekatan, mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang
ada. Tempat tinggal tidak kondusif disamping penggunaan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu
lebih banyak dipraktikkan di dalam rumah dan persekitaran berbanding berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris.

Aktiviti yang kami cadangkan ini cuba meningkatkan kemahiran bertutur murid-murid
disamping memberi motivasi kepada murid-murid untuk tidak takut dan tidak berasa rendah diri
lagi apabila diminta bertutur dalam Bahasa Inggeris.
1.Latar Belakang Masalah

Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar yang kedua di Malaysia Ia juga merupakan
bahasa antarabangsa yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Banyak bahan ilmiah yang boleh
diakses menggunakan bahasa ini, Oleh itu, Bahasa Inggeris amat perlu dikuasai dengan baik agar
kita dapat menjadikan bangsa kita tidak ketinggalan di belakang bangsa yang lain.
Sememangnya Bahasa Inggeris sebuah subjek yang dianggap sukar oleh murid terutama kepada
mereka yang tidak berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Bagi murid-murid kelas 1 Amanah yang tidak dapat menguasai Tahap Penguasaan 6 dalam lisan
( Kemahiran Bertutur dan mendengar ) PBS, terdapat banyak punca masalah yang dikenal pasti
dihadapi oleh murid-murid yang terlibat..Antara masalah yang dikenalpasti ialah mereka faham
dengan percakapan yang disampaikan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,
namun begitu mereka sukar untuk menjawab soalan apabila ditanya kerana kekurangan
perbendaharaan kata yang boleh digunakan.

Murid-murid ini juga beranggapan Bahasa Inggeris mempunyai banyak undang-undang nahu
yang mengelirukan. Mereka juga dikenalpasti akan cuba untuk menterjermah sebelum berusaha
menyebut. Mereka memerlukan sedikit masa untuk menterjermah serta menyusun perkataan
yang ingin digunakan sebelum dapat menyebutnya dalam bentuk ayat. Hal ini membuatkan
murid-murid ini dilihat agak lambat untuk memberi maklum balas apabila sesi bersoal-jawab.

Selain itu, masalah ejaan dan sebutan yang tidak mengikut bunyi huruf menyukarkan murid-
murid untuk bertutur dengan baik kerana keliru dengan sebutan yang betul yang harus disebut.
Contohnya penggunaan huruf “U” dalam perkataan but, bull, bury dan mute tidak sama.

Murid-murid yang lemah dari segi kemahiran lisan( mendengar dan bertutur) ini juga kurang
diberi motivasi dan kesedaran tentang kepentingan menguasai Bahasa Inggeris yang sama
pentingnya dengan menguasai Bahasa Melayu. Murid-murid mungkin mempunyai ruang yang
kurang untuk mempraktikkan dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Keyakinan murid-
murid yang rendah merumitkan keadaan. Murid-murid mungkin berasa segan dengan rakan-
rakan yang lain. Mereka bimbang akan ditertawakan apabila mereka bertutur. Tambahan pula,
Bahasa Inggeris bukan bahasa yang menjadi bahasa yang digunakan sebagai bahasa pertuturan di
rumah masing-masing. Mereka dibesarkan dengan persekitaran yang hanya bertutur dalam
Bahasa Melayu sahaja. Hanya di sekolah mereka belajar bahasa Inggeris. Mereka boleh
memahami perkara yang dituturkan kepada mereka. Namun, mereka tidak dapat bertutur dengan
baik untuk membalas perkara yang dibincangkan kerana penguasaan perbendaharaan yang
terhad. Hal ini menyebabkan mereka tiada semangat untuk mencuba dan hanya menjadi penutur
yang pasif sahaja.

2. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan

Majoriti murid di dalam kelas 1 Amanah ini adalah terdiri daripada murid melayu yang
mempunyai bahasa pertuturan di rumah masing-masing ialah bahasa melayu. Bahasa pertuturan
di rumah memainkan peranan penting dalam mencorakkan penguasaan bahasa di kalangan
murid-murid di sekolah rendah. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pertutursan telah mula
dipaerkasakan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan dasar MBMBI dengan
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris bermula pada tahun
2012.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula mengorak langkah bagi memastikan dasar
MBMBI dilaksanakan dengan jayanya apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan pada tahun 2011 bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
serta Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bertitik-tolak daripada itu selaku guru di
sekolah rendah kami terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan bagi memperkukuhkan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Guru harus mengembeling segala usaha dan tenaga berlipat kali
ganda bagi mengubah lanskap pendidikan di sekolah agar mengikut acuan ynag telah ditetapkan.

Perubahan yang dilakukan perlulah bermula dari akar umbinya, dimana peringkat awal murid
menjalani proses pembekajaran disekolah perlu diterap dan disemai dengan mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang lebih efisyen dan kondusif. Matlamat tujuan ini dijalankan adalah
bagi memupuk diri murid agar dapat bertutur dengan Bahasa Inggeris yang betul dan tepat tanpa
ada perasaan kurang yakin, malu mahupun tidak berani mencuba.

Dengan adanya perkongsiaan pengalaman di kalangan pengkaji, diharap sedikit sebanyak


perubahan dapat dilakukan dalam membina keyakinan bertutur dengan Bahasa Inggeris
dikalangan murid tahun 1 di sekolah ini seperti kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Dengan adanya kajian ini diharap dapat membantu guru-guru yang mengajar
Bahasa Inggeris tahun 1 menangani masalah bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu juga, diharap kajian ini dapat memberikan gamabaran yang lebih jelas dalam
merancang aktiviti yang sesuai semasa proses PdP di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Dengan matlamat yang jelas, diharap usaha ini dapat membantu guru-guru baru menyesuaikan
diri dengan iklim sebenar di dalam bilik darjah.Selain itu juga guru-guru baru dan lama dapat
berkolaborasi dalam menangani isu yang amat kritikal secara kooperatif.

3. Objektif

3.1 Objektif Umum :

Pada akhir program ini, murid-murid tahun 1 dapat mengusai kemahiran bertutur dan memahami
dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan kedua seawall peringkat persekolahan, selain
itu juga murid dapat meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa
Inggeris, seterusnya mencapai band 6 dalam PBS , dengan bantuan keluarga, guru-guru dan
rakan-rakan sebaya.

3.2 Objektif Khusus :

 Murid yakin untuk berkomunikasi seterusnya bermotivasi tinggi untuk menguasai kemahiran
bertutur dan mendengar dalam Bahasa Inggeris..
 Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua yang boleh dipraktikkan di
dalam dan di luar bilik darjah.
 Mewujudkan suasana dan iklim pembelajaran yang lebih kondusif, efektif dan kompetitif.
 Membina jaringan hubungan dikalangan murid dengan murid, guru dengan murid serta
membuang perasaan malu untuk bertutur menggunakan Bahasa Inggeris.
 Membantu guru merancang aktiviti yang sesuai untuk proses PdP di dalam bilik darjah.
 Membantu murid mencapai enam ciri utama yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
4. Kumpulan Sasaran

Fokus kajian tertumpu kepada 33 orang murid dalam kelas 1 Amanah yang terdiri
daripada 24 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki tahun 1 Amanah. 8 orang
mendapat Tahap Penguasaan 5, 11 orang mendapat Tahap Penguasaan 4 dalam
penilaian pertuturan PBS Bahasa Inggeris Tahun 1.

Kelemahan (Weakness - W)
Kekuatan (Strength - S)
W1- Bukan bahasa pertuturan di rumah
S1- Guru yang mahir
W2 - Kurang keyakinan diri
S2 - Sokongan dari pihak pentadbir
W3 - Tiada sokongan dari masyarakat
S3 - Murid boleh membaca dan menulis persekitaran
dalam Bahasa Inggeris

Peluang (Opportunities - O)
Cabaran (Threats - T)
O1 - Pelbagai medium pembelajaran
T1 - Memotivasikan pelajar
O2 - Mencungkil bakat murid dalam
pertandingan T2 - Aktiviti yang seuai dan menarik minat
murid
O3 - Peruntukan kewangan bagi panitia
T3 - Kekangan masa
5. Cadangan Tindakan / Intervensi

6. Sorotan Kajian

7. Bahan-bahan yang diperlukan

Anda mungkin juga menyukai