Anda di halaman 1dari 7

Perbuatan Khusus untuk Nabi Muhammad SAW

Perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW secara khusus bagi dirinya dan tidak
menjadi keperluan untuk dilakukan oleh umatnya.Menurut para ulama’,riwayat yang sahih
tentang perbuatan Nabi Muhammad SAW yang khusus baginya maka ia menjadi
pengkhususannya dan hukumnya tidak wajib bagi tiap orang lain.Terdapat tiga bentuk
kategori pengkhususan perbuatan Nabi Muhammad SAW:
1.Berdasarkan kepada siapa saja kekhususan tersebut berlaku
i.Perkara yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya yang tidak diberikan
kepada para Nabi dan umat yang terdahulu.Sebagai contoh,kebolehan untuk membayar diyat
bagi pembunuhan yang disengaja,di mana tidak dibolehkan oleh Allah untuk umat
sebelumnya.
ii.Seterusnya,perintah yang khusus bagi diri Nabi Muhammad SAW dan tidak wajib
dilaksanakan oleh umatnya.Tetapi juga berlaku untuk semua para nabi,atau sebahagian dari
mereka.Contohnya,dikhususkan bagi Rasulullah SAW untuk menjalankan ibadah puasa wisol
dan diberikan wahyu kepada para Nabi.
iii.Perkara khusus yang hanya diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan
bukan untuk orang lain,baik dari golongan manusia,mahupun para Nabi lain.Sebagai
contohnya,kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi penutup,pemimpin untuk seluruh
umat serta Nabi Muhammad SAW diutus untuk seluruh alam sama ada untuk golongan
manusia dan jin dan kemampuan memberi syafaat di hari akhirat.
2.Berdasarkan waktu pengkhususan tersebut terjadi
i.Perkara yang terjadi di dunia seperti peristiwa Isra’ Nabi Muhammad SAW yang
dibolehkan untuk menikahi lebih daripada empat orang isteri.
ii.Perkara yang berlaku di akhirat,seperti kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia
yang pertama sekali dibangkitkan oleh Allah SWT,kemudian orang pertama yang mengetuk
pintu syurga,serta umat Nabi Muhammad SAW merupakan yang paling ramai pada hari
kiamat kelak.
3.Berdasarkan bentuk sebuah pengkhususan
i.Perkara yang tidak berkaitan dengan hukum syarak.Seperti contoh,apabila dikatakan sebagai
penutup segala Nabi maka dikuatkan dengan mukjizat,wahyu dan pertolongan kepada Nabi
Muhammad SAW ketika berperang.
ii.Perkara yang berkaitan dengan hukum syarak dan ia terbahagi kepada dua:
-Hukum syarak yang berlaku berlaku bagi umat sebagai bentuk penghormatan bagi Nabi
Muhammad SAW.Contohnya,haram menikahi para isteri Nabi Muhammad SAW,kewajiban
menutup aurat bagi para isteri Rasulullah SAW,diharamkan mengambil zakat dari
keluarganya dan berbohong dengan sengaja kepadanya merupakan dosa besar serta
diharamkan menguatkan suara melebihi suara Nabi Muhammad SAW.
-Hukum syarak yang hanya berlaku bagi Nabi Muhammad SAW.Seperti kewajiban solat
malam bagi Rasulullah SAW,diharamkan bersedekah untuknya serta kebolehan menikahi
lebih daripada empat orang isteri.
Contoh pengkhususan hukum untuk Nabi Muhammad SAW
1.Puasa Al-Wisol
Menurut Imam al-Qadhi Iyadh Rahimahullah, Al-Wisol adalah puasa secara berterusan tanpa
berbuka pada waktu malam.Kemudian,Imam al-Mawardi mendefinisikan al-Wisol dalam
berpuasa apabila seorang lelaki itu berpuasa dalam sehari dan apabila masuk sahaja waktu
malam dia enggan untuk makan dan juga minum.Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan
berpuasa dan dia dikira menyambung selama dua hari dalam keadaan tidak makan dan
minum.
Berdasarkan kepada beberapa takrifan di atas, dapat kita simpulkan bahawa
puasa wisol bermaksud: Seseorang itu berpuasa selama dua hari atau lebih tanpa
berbuka dalam keadaan sengaja. Ini bererti dia menyambungkan puasanya pada
waktu malam dalam keadaan tidak makan dan tidak minum .
Pendapat Ulama’:
Terdapat beberapa para fuqaha yang memberikan pendapat mengenai hukum puasa wisol
bagi umat manusia selain Rasulullah SAW.Contohnya,Imam al-Nawawi berkata hukum
puasa wisol adalah makruh tanpa sebarang khilaf.Persoalan adakah hukumya makruh tahrim
atau makruh tanzih dan ada dua pendapat mengenainya.Pendapat yang paling sahih di sisi
ashab dan ia merupakan zahir kenyataan Imam al-Syafie adalah hukumnya makruh tahrim.
Selain itu,Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini Rahimahullah dalam kenyataan beliau
mengatakan bahawasanya puasa secara bersambung atau wisol itu hukumnya adalah
haram.Beliau berkata puasa wisol atau bersambung adalah merupakan satu bentuk
qurbah(ibadah) yang menjadi hak kepada Rasulullah SAW manakala ia merupakan suatu
perkara yang diharamkan ke atas umat Baginda SAW.Antara ulama’ lain yang turut
mengharamkan al-wisol ini ialah Imam al-Rafi’e,Imam al-Khattabi dan Imam al-Baghawi.
Berdasarkan pendapat ulama’ berikut bahawa puasa wisol adalah tidak wajib bagi umat Nabi
Muhammad SAW kerana ia adalah khusus untuk Nabi Muhammad SAW dan tidak mampu
dilakukan oleh umatnya.

‫ال َل ُه َر ُج ٌل ِم َن‬ َ ‫ص ْو ِم َف َق‬


َّ ‫فِ ي ال‬ ‫ال‬ِ ‫ص‬ َ ‫ول هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم َع ِن ْال ِو‬ ُ ‫َن َه ى َر ُس‬
ْ ُ ‫ِم ْث لِي ِإ ِّن ي ِب‬
‫يت ُي ط ِع ُم ِن ي َر ِّب ي‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ َ ‫ول هَّللا ِ َق‬
‫ال " َو ُّي ُك ْم‬ ِ ‫ك ُت َو‬
َ ‫اص ُل َي ا َر ُس‬ َ ‫ْال ُم سْ لِ ِم‬
َ ‫ين ِإ َّن‬
ِ ِ‫َو َي سْ ق‬
‫ين‬
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang perbuatan al-wisol di dalam puasa. Maka
seorang lelaki pun bertanya kepada Rasulullah: “Sesungguhnya kamu sendiri
melakukan al-wisol wahai Rasulullah”. Maka jawab Nabi S.A.W: “Siapa dari kalian
yang sama sepertiku ? Sesungguhnya aku diberi makan dan minuman oleh
Tuhanku semasa aku tidur”.

Riwayat al-Bukhari (1965)


Berdasarkan hadis tersebut Rasulullah SAW melarang umatnya untuk melakukan puasa wisol
kerana dia mengetahui kemampuan umatnya yang tidak sama dengan dirinya yang telah
diberikan kelebihan oleh Allah.Sebagai contoh,seorang sahabat bertanya kepada Nabi
Muhammad SAW mengapa mereka tidak dibolehkan berpuasa wisol maka Nabi Muhammad
SAW menjawab bahawa mereka tidak sama sepertinya yang diberi makan dan minum oleh
Tuhan semasa tidur.

ِ ‫َف ْل ُي َو‬
‫اص ْل َح َّت ى ال َّس َح ر‬
Maksudnya: Maka hendaklah dia sambungkan berpuasa sehingga waktu sahur .

Berikut merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW untuk umatnya jika
ingin meneruskan berpuasa lebih daripada waktunya.Para ulama usul fiqh
membahaskan isu ayat perintah yang datang selepas larangan bahawa golongan
Hanabilah,Imam Malik dan ashab beliau serta zahir pendapat Imam al-Syafie
berpendapat setiap perintah yang datang selepas dari larangan menunjukkan
kepada hukum mubah iaitu harus.

Maka,perintah daripada Rasulullah SAW untuk menyambungkan puasa sehingga


waktu sahur hanyalah untuk menyatakan keharusan sahaja dan bukanlah ia
merupakan satu tuntutan yang membawa kepada hukum wajib.Sebagai
contoh,dikatakan Imam al-Nawawi sendiri banyak melakukan puasa sunat dan
berbuka pada waktu sahur.Ini kerana,beliau begitu cakna dan prihatin dalam
pemeliharaan masa.Begitulah cara ulama’ menghargai masa yang ada.

ٍ ‫يت لِي ُم ْط ِع ٌم ُي ْط ِع ُم ِن ي َو َس‬


ِ ِ‫اق َي سْ ق‬
‫ين‬ ُ ‫ِإ ِّن ي َأ ِب‬

Maksudnya: Sesungguhnya aku tidur dalam keadaan ada Tuhan yang memberi


makan dan minum kepadaku .

Ucapan yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis ini ditafsirkan
oleh ulama’ dengan beberapa tafsiran.Di antaranya ialah kata-kata Imam al-
Mawardi iaitu

 Allah S.W.T memberi makan dan minum kepada baginda S.A.W secara
hakiki.
 Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada Rasulullah S.A.W dengan kadar
yang sama seperti baginda makan dan juga minum.
Hikmah Larangan Berpuasa Al-Wisol

i.Sebagai tanda rahmat kepada umat Islam

Amalan berpuasa yang bersambung dan tidak berbuka akan menyebabkan


keletihan untuk membuat suatu aktiviti dan memudaratkan diri serta kesihatan
manusia.Disebabkan itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW supaya
melarang umatnya untuk berpuasa wisol kerana mengetahui kemampuan umatnya
yang tidak mungkin akan menahan laparnya puasa wisol.Aisyah R.A menyatakan:

‫ َر حْ َم ًة لَ ُه ْم‬، ‫ال‬
ِ ‫ص‬َ ‫ول هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم َع ِن ْال ِو‬
ُ ‫َن َه ى َر ُس‬
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang berpuasa secara bersambung sebagai
suatu tanda rahmat (kasih sayang) kepada umat Islam .

Riwayat Al-Bukhari (1964)

ii. Mengelakkan perasaan jemu dan bosan dalam berpuasa

Manusia merupakan insan yang mudah bosan untuk sesuatu perkara dengan
jangka masa yang panjang maka disebabkan itu dilarang untuk berpuasa
wisol.Kemudian,ia juga bertujuan untuk mengelakkan rasa bosan dalam
beribadah.Islam mahukan setiap penganutnya dapat merasai kemanisan dalam
beribadah tanpa merasakan ia adalah suatu beban malahan menganggap bahawa
ia adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Di
dalam sebuah riwayat Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ ‫ون ِم َن ا َأل عْ َم‬


‫ َف ِإ َّن هَّللا َ الَ َي َم ُّل َح َّت ى َت َم لُّ وا‬، ‫ال‬ َ ُ‫َم هْ َع لَ ْي ُك ْم َم ا ُت ِط يق‬
Maksudnya:Lakukanlah amalan sekadar kemampuan kamu sahaja.Sesungguhnya
Allah tidak akan merasa jemu melainkan kamu sendirilah yang akan merasa jemu
dan bosan.

Di sini jelaslah bahawa Rasulullah SAW menyarankan umatnya untuk beribadah


dengan sekadarnya tanpa menyeksa diri mereka sendiri.

iii.Menyebabkan pengabaian hak terhadap manusia

Hal ini disebabkan jika seorang manusia berpuasa secara berterusan akan
menyebabkan dia mengabaikan hak yang sepatutnya dimiliki olehnya seperti
makan dan minum,hak isteri untuk berhubungan dan lain-lain lagi.Ini juga akan
menyebabkan banyak permasalahan yang akan berlaku dalam kehidupan seorang
manusia.Sebuah riwayat daripada Salman R.A yang berkata kepada Abu Darda’
R.A:

‫ َف َأ عْ ِط ُك َّل ِذ ي َح ٍّق‬،‫ك َح ًّق ا‬ َ ‫ َو َأل هْ ل‬،‫ك َح ًّق ا‬


َ ‫ِك َع لَ ْي‬ َ ِ‫ َو ل َِن ْف س‬،‫ك َح ًّق ا‬
َ ‫ك َع لَ ْي‬ َ ‫ك َع لَ ْي‬
َ ‫ ِإ َّن ل َِر ِّب‬  ُ‫َح َّق ه‬
Maksudnya:Sesungguhnya Tuhan kamu ada hak ke atas kamu,demikian juga diri
kamu turut mempunyai hak ke atas kamu,dan ahli keluarga kamu juga
mempunyai hak ke atas kamu.Maka berikanlah setiap seorang itu haknya.
Dapat dinyatakan bahawa puasa wisol ini merupakan perbuatan yang disebut
sebagai ibadah yang dikhususkan kepada Nabi Muhammad SAW sahaja.Ini
menunjukkan bahawa kita tidak wajib mengikut perbuatan tersebut kerana
saranan daripada Rasulullah SAW.Menurut mazhab Imam al-Syafie,jika ingin
berpuasa secara wisol maka hukumnya adalah makruh tahrim.

2. Solat Malam

Nabi Muhammad SAW juga melakukan solat malam iaitu dua per tiga malam.Waktu
kebiasaannya untuk manusia namun Baginda bangun untuk menunaikan solat
sunat.Kemudian,terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan ciri-ciri solat malam yang
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW. Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya
Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan?
Maka Aisyah RA berkata:

‫ان َو الَ فِ ي غَ ْي ِر ِه عَ لَ ى ِإ ْح دَ ى عَ ْش رَ َة رَ ْك عَ ًة ُي صَ لِّ ي‬ َ َ‫ول هَّللا ِ صَ لَّ ى هللاُ عَ لَ ْي ِه َو سَ لَّ َم َي ِز ي ُد فِ ي رَ َم ض‬ُ ‫ان َر ُس‬ َ ‫َم ا َك‬
ً‫ ُث َّم ُي صَ لِّ ي َث الَ ث ا‬، ‫ط ولِ ِه َّن‬
ُ ‫ َف الَ َت سَ ْل عَ ْن ُح ْس ِن ِه َّن َو‬،‫ ُث َّم ُي صَ لِّ ي َأ ْر َب ًع ا‬، ‫ط ولِ ِه َّن‬
ُ ‫ َف الَ َت سَ ْل عَ ْن ُح سْ ِن ِه َّن َو‬،‫َأ ْر َب ًع ا‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat sama ada pada Ramadan atau
selain daripadanya (Ramadan). Baginda SAW solat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya
akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW.Kemudian,Baginda SAW solat lagi 4
rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda
SAW.Setelah itu,Baginda SAW solat 3 rakaat”.
Kemudian,Aisyah RA menggambarkan bahawa kadar sujud Nabi SAW adalah seperti
membaca 50 ayat al-Quran sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya.Ini menunjukkan
bahawa Nabi Muhammad SAW memanjangkan sujudnya ketika baginda menunaikan solat
malam.(Mushfique,2016)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW membaca bacaan
berikut ketika rukuk dan sujud baginda:

ْ ‫ان كَ اللَّ ُه َّم َر َّب َن ا َو ِب حَ مْ ِد كَ اللَّ ُه َّم‬


‫اغ فِ ْر لِ ي‬ َ ‫ُس ْب َح‬

Maksudnya: “Maha suci Engkau,segala puji bagi-Mu,wahai Tuhan,ampunilah


aku”.
َ ‫ان كَ اَل ِإ لَ َه ِإ اَّل َأ ْن‬
‫ت‬ َ ‫ُس ْب َح‬

Maksudnya: “Segala puji bagimu,tiada Tuhan melainkan Engkau”.

Nabi Muhammad SAW juga turut menunaikan solat sunat fajar kerana ia
memiliki kelebihan yang lebih besar.Daripada Aisyah RA,bahawa Nabi
Muhammad SAW bersabda:
‫رَ ْك عَ َت ا ْال َف ْج ِر َخ ْي ٌر ِم َن ال ُّد ْن َي ا َو َم ا فِ ي َه ا‬

Maksudnya: “(Solat)Dua rakaat (sebelum) al-Fajar lebih baik daripada dunia dan
seisinya” [Riwayat Muslim(725)]

Imam al-Nawawi berkata bahawa yang dimaksudkan dengan “ ‫ َ”و َم ا فِ ي َه ا‬adalah


kesenangan dunia.Contohnya,kemewahan harta,pangkat,dan aset yang
dimiliki.Semua perkara ini jika dibandingkan dengan kelebihan solat sunat fajar
adalah sangat kecil nilainya.

3. Kelebihan berkahwin melebihi empat orang isteri


Nabi Muhammad SAW diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menikahi isteri
yang ramai tetapi terdapat hikmah dan sebab di sebalik setiap pernikahan
tersebut.Hal ini dapat dibuktikan jika diteliti status setiap isteri baginda,kita
akan sedar bahawa mulianya Nabi Muhammad SAW dalam menikahi wanita
terpilih tersebut.(2020)
Al-Syeikh Dr.Yusri bin Rushdi al-Hasaniyy membuat kesimpulan mudah dalam
isu ini dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang
diutuskan oleh Allah.Maka setiap perbuatan dan perkataan baginda adalah utusan
dan keizinan daripada Allah SWT kerana baginda dan seluruh para rasul yang
lain mempunyai sifat ‘ismah iaitu dipelihara oleh Allah SWT daripada jatuh ke
lembah dosa.Disebabkan itu,pertikaian yang berlaku ke atas perbuatan Rasulullah
SAW adalah sama sahaja mempertikaikan arahan Allah yang mengizinkan
baginda berkahwin melebihi emapat orang isteri.
Menurut Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir,perkahwinan Nabi Muhammad SAW
adalah disebabkan dua factor iaitu kemasyarakatan dan pensyariatan.
i.Faktor Kemasyarakatan
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah binti Khuwaylid adalah
bertunjangkan faktor kemasyarakatan kerana masyarakat mengharapkan pasangan suami
isteri adalah mereka yang matang dari sudut pemikiran dan pengurusan rumah tangga.

Baginda SAW semasa berkahwin dengan Saidatina Khadijah berusia 25 tahun. Baginda
melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta ini tanpa berpoligami selama 25 tahun
iaitu sehingga kewafatan Saidatina Khadijah.

Selepas kewafatan Saidatina Khadijah, Nabi SAW mengahwini Saidatina Sawdah bin
Zam’ah yang merupakan seorang janda. Ini kerana Rasulullah SAW selepas kemangkatan
Saidatina Khadijah memerlukan isteri yang baharu untuk menjadi ibu bagi menjaga empat
puteri baginda yang masih kecil hasil perkongsian hidup baginda dengan Saidatina Khadijah.

Seterusnya pada tahun 3 Hijriah, baginda mengahwini Saidatina Hafsah puteri Saidina Umar
bin al-Khattab yang baru sahaja kematian suaminya. Perkahwinan ini bertujuan memuliakan
dan menggembirakan hati Saidina Umar yang berusaha mencari suami baru terbaik buat
puteri beliau. Maka jelaslah bahawa perkahwinan-perkahwinan di atas antara tujuannya
adalah untuk menjaga para isteri sahabat baginda yang telah gugur di medan perang agar para
isteri yang ditinggalkan dan anak-anak yang menjadi yatim dapat dibela nasibnya oleh
Rasulullah SAW.

ii.Faktor Pensyariatan
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah puteri Saidina Abu Bakr al-Siddiq
adalah berasaskan faktor pensyariatan kerana baginda telah bermimpi bahawa baginda
mengahwini Saidatina Aisyah. Mimpi para Rasul adalah merupakan wahyu daripada Allah
SWT.

Maka menerusi mimpi ini, tahulah kita bahawa Allah memerintahkan Nabi SAW
mengahwini puteri Saidina Abu Bakr al-Siddiq sekalipun jarak usia antara baginda dan
Saidatina Aisyah adalah jauh. Ini sekali gus menjawab kritikan segelintir pihak yang
mempertikaikan perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah.

Seterusnya perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Zaynab binti Jahsy pada tahun 5
Hijriah yang telah diceraikan oleh bekas suaminya Saidina Zayd bin Harithah yang
merupakan anak angkat Rasulullah SAW juga atas faktor pensyariatan

Ini kerana Allah ingin menyatakan kepada umat Islam bahawa tidak berdosa sekiranya ayah
angkat mengahwini isteri anak angkatnya setelah berlaku perceraian. Maka Allah
memerintahkan Nabi Muhammad SAW menjelaskan perkara ini secara praktikal.

Anda mungkin juga menyukai