Anda di halaman 1dari 6

Masa Perkara

7.30 pg  Murid Berkumpul di tapak perhimpunan.


 Bacaan Doa
 Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas
 Ucapan Perasmian Guru Besar
 Gimik Perasmian
 Bicara Ilmu “ ASK ABOUT AUTISME” .
 Persembahan murid AUTISME
 Bersurai

(Aktiviti dalam Kelas PPKI)


8.30-12.15 tghari  Pertandingan Puzzle in The World.
 Kraf Tangan

AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : En Md Rosidi b. Saad
Guru Besar SK Kota Kuala Muda
Pengerusi : Pn Noraida bt Ahmad
GPK Pendidikan Khas
Setiausaha : Pn. Norhafizah bt Abidin
Penyelaras Program
Juruacara
Pn Faizah bt Abu Kassim

AJK Hadiah & Brosur


Pn Norhafizah bt Abidin
Pn. Nazrah bt Ahmad

AJK Gimik & Banner


En. Mohd Hanis b. Aminuddin
En Yudhas Dulliyah b. Abdullah

AJK Persembahan
Pn. Juraida bt Shamsuddin
Pn. Wardatul Aini bt Ridzuan

Jurugambar & Dokumentasi


Pn. Shapinah bt Zainal Abidin
Pn. Sharifah bt Mohamad
Apa itu Autisme?
Secara ringkasnya, gangguan pada perkembangan dan fungsi otak.
BUKAN terencat akal.
Biasa dikesan sekitar umur 2-3 tahun.
Sekarang, sudah boleh dikesan seawal usia setahun-2 tahun.
Kebanyakan hanya mula 'nampak' simptom autisme pada anak-anak sekitar umur 4-6 tahun (bila anak mula masuk sekolah).
Ciri-ciri Autisme?
(pada bayi dan kanak-kanak)
Tak respon bila dipanggil nama. Tidak menoleh.
Tiada eye contact (tidak pandang ke mata bila berkomunikasi).
Sangat obses atau terlalu attach pada sesuatu (biasanya objek).
Lambat bercakap (speech delay).
Suka atur objek/mainan secara selari (horizontal).
Suka/selesa dengan rutin/perkara yang sama.
Kurang selesa/rasa tak selamat dengan sebarang perubahan.
(terutama yang mengejut/mendadak)
Tak suka bersosial, lebih suka menyendiri, seperti dalam dunia sendiri.
Insan Autisme ada masalah sensori.
Sensori? Apa tu?
Contoh, masalah dengan imbangan (balance),
sentuhan, bunyi, cahaya, ataupun bau.
Organ sensori (mata, telinga, kulit, hidung, lidah) terlalu sensitif (hiper)
atau TAK sensitif langsung (hipo).
Mood yang tak menentu.
Kadang-kadang menangis atau ketawa tanpa sebab yang jelas.
Mood juga boleh bertukar sekelip mata.
Skizofrenia? Gila? Sakit mental? BUKAN.
Autisme = Tantrum
Masalah mengawal emosi.
Bila 'marah', ekspresinya kadangkala 'melampau'.
Autisme ada spektrum.
Apa tu?
Aras yang menunjukkan samada ianya autisme 'kronik' (severe autism)
atau
autisme 'ringan' (mild autism).
Apa beza mild dan severe?
Individu yang punya bilangan ciri-ciri minima dikatakan sebagai mild autistic.
Individu yang ada banyak atau hampir kesemua ciri-ciri autisme adalah severe autistic.
Yang disebut di atas, adalah ciri-ciri AM seorang autistik.
Setiap individu autisme berbeza-beza.
Ada yang bercakap seperti individu normal
TAPI
sangat sensitif pada cahaya atau bunyi yang kuat.
Ada yang bercakap hanya sepatah dua,
ada yang tak bercakap langsung (tapi bukan bisu).
Ada yang lincah (hiper), ada yang senyap dan pasif.
Ada yang agak emosi, ada yang sentiasa happy.
Ada yang suka dan berbakat melukis, ada yang tidak.
Ada yang sering diserang sawan (fit), ada yang tidak.
Kebanyakan mereka nampak 'blur' tapi bukan bermakna tiada perasaan.
Mereka umpamanya berada dalam 'bilik kaca'.
Mereka 'feel' macam kita tapi mereka tidak tahu dan tidak boleh meluahkan/menyampaikan

Anda mungkin juga menyukai