Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA dapat kami dapat

menyiapkan laporan lawatan ke Pusat Pendidikan Autisme, Klang (Nasom) yang terletak di Taman Bertek, Teluk Pulai, Klang ini. Laporan ini adalah bagi memenuhi keperluan di dalam kursus Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (KBK3073). Terlebih dahulu kami satu kumpulan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dalam kursus Kanak-Kanak Berkeperluan Khas iaitu Encik Sarib bin Selamat atas segala bantuan dan cadangan untuk melakukan lawatan sambil belajar ke Pusat Pendidikan Autisme ini. Kami amat berbesar hati dan bertuah kerana Encik Sarib bin Selamat sendiri yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama kami bagi menjayakan lawatan ke Pusat Pendidikan Autisme,Klang (Nasom) ini. Jasa Encik Sarib amatlah kami hargai. Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Pusat Pendidikan Autisme, Klang (Nasom) ini iaitu Puan Rajeswary yang banyak memberi kebenaran untuk kami melakukan lawatan ke pusat tersebut dan membantu kami dalam memberi maklumat berguna bagi menyiapkan laporan lawatan ini. Malah jutaan terima kasih juga didedikasikan kepada 18 orang guru yang terlatih yang membantu kami semasa lawatan ini. Tanpa bantuan daripada pihak mereka tentu kami tidak dapat melakukan lawatan ke sana dan mengenali kanak-kanak istimewa autisme ini secara lebih dekat. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan seperjuangan atas kerjasama yang diberikan secara langsung dan juga tidak langsung yang telah diberikan sepanjang lawatan tersebut dijalankan. Semoga segala pengalaman dan pengetahuan yang telah kita perolehi daripada lawatan tersebut akan dapat dijadikan panduan dalam meneruskan sesi pengajian dalam bidang Pendidikan Khas ini.

2.

PENDAHULUAN

Lawatan ini diadakan untuk membuat pemerhatian aktiviti harian serta pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh kanak-kanak austisme dan guru di dalam mahupun di luar bilik darjah. Selain itu, lawatan ini untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada mahasiswa/i mengenai kanak-kanak austisme . Di samping itu, mahasiswa/i akan didedahkan pembelajaran dengan yang pengetahuan digunakan terkini mengenai kaedah-kaedah yang pengajaran disediakan dan untuk dan kemudahan-kemudahan

membantu kanak-kanak austisme . Lawatan ke Pusat Program Intervensi Autisme NASOM ini melibatkan 34 orang mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas), 10 orang mahasiswa/i Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) daripada Acheh dan seorang pensyarah sebagai pengiring iaitu Encik Sarib Bin Selamat.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut: 3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang sindrom autisme.
3.2 Mengenal pasti tahap pengetahuan guru tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid

autistik dalam program inklusif.


3.3 Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak

autisme. 3.4 Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme.
3.5 Faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme berupaya menguasai dan tidak

menguasai kemahiran-kemahiran asas sosial mengikut pandangan guru. 3.6 Melihat kaedah dan pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

4.

TENTATIF PROGRAM 25 APRIL 2012

7.00 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 1.00 petang 1.30 petang 2.00 petang

: : : : : : : : :

Berkumpul di depan Foyer Kolej Aminuddin Baki. Sarapan pagi Bertolak ke Pusat Program Intervensi Autisme NASOM Tiba di Pusat Program Intervensi Autisme NASOM Kata-kata aluan Pensyarah Pengiring, Pengarah Program dan wakil dari Pusat Program Intervensi Autisme NASOM. Memulakan lawatan ilmiah dan sesi temubual di Pusat Program Intervensi Autisme NASOM. Sesi penyampaian cenderahati kepada Pihak Pusat Program Intervensi Autisme NASOM Makan tengahari. Lawatan tamat dan bertolak pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5.

LATAR BELAKANG PUSAT AUTISME

Pusat Pendidikan Autisme, Klang (Nasom) yang terletak di Taman Bertek, Teluk Pulai, Klang merupakan salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi pendidikan kepada kanakkanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Diantara program yang disediakan seperti Intervensi Awal Kanak-kanak (Early Intervention Programmes), Latihan Vokasional (Vocational Training), Rancangan Pengajaran (Educational Planning), dan Pertuturan Terapi bahasa (Speech-Language) (Motor Skill therapy). Psikomotor

Pada 25 April 2011, kami telah menjalankan lawatan ilmiah di Pusat Pendidikan Autisme Klang (NASOM- National Autistic Society Of Malaysia),. Pentadbiran utama adalah bertempat di Damansara. Pengetua pusat ini ialah Puan Rajeswary dan dibantu oleh 18 orang guru yang terlatih. Kebanyakan guru di sini adalah majoriti berbangsa India. Bilangan muri-murid adalah seramai 46 orang. Sesi pembelajan pusat ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi bermula jam 7.30 pagi -12.30 tengahari dan sesi petang bermula jam 12.30 tengahari -5 petang.Yuran yang dikenakan kepada murid-murid adalah RM 300 seorang untuk sebulan.

Gambar pengetua Pn Rajeswary menerima cenderamata daripada Encik Sarib dan bersama peserta-peserta lawatan.

6.

SEJARAH PERKEMBANGAN AUTISME Sejarah autisme dikaitkan dengan Victor iaitu seorang kanak-kanak yang dikenali

sebagai Wild Boy of Aveyron. Dia telah ditangkap di dalam hutan selatan Perancis pada tahun 1799 ketika berusia lebih kurang 10-11 tahun. Selepas ditangkap, dia telah dibawa ke Paris untuk ditempatkan bersama kumpulan orang pekak. Jean March Gaspard Itard telah mencuba untuk mengajar Victor. Beliau telah menyediakan alat bantu mengajar yang khusus dan seterusnya menjadi pelopor dalam pendidikan khas. Setelah membuat pemerhatian terhadap Victor, Itard mendapati terdapat beberapa ciri yang ditunjukkan oleh Victor seperti tidak bercakap, menghayunkan badan ke depan dan ke belakang, tidak menujukkan perasaan dan hubungan dengan sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian terhadap sesuatu. Victor juga tidak memandang objek atau orang dan tidak memberi reaksi walaupun tembakan dilepaskan di belakang kepalanya tetapi memberi reaksi terhadap bunyi kulit kacang yang dilepaskan walaupun bunyi itu perlahan. Jadi istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bermakna aliran. Jadi autisma bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun. Kanak-kanak autisme biasanya mempunyai gangguan dalam komunikasi, masalah dalam interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung. Nasom (National Autistic Society Of Malaysia) pula mendefinisikan autisme Sebago satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada seorang bayi dalam masa 30 bulan yang petama. Komunikasi sesama mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas seperti dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal, seni muzik, daya ingatan dan lain-lain.

7.

KELAS-KELAS DI PUSAT PENDIDIKAN AUTISMA KLANG

Kelas pertama: 10.55 pagi --- Early Intervention Program (EIP). Kelas ini mempunyai 3 orang murid yang terdiri daripada Aiman (5 tahun), Vashan (6 tahun) dan Afiq (6 tahun). Setiap daripada mereka mempunyai masalah pembelajaran dan tahap kecergasan dan kemampuan yang berbeza-beza. Aiman (5 tahun) mempunyai masalah ADHD (Attention Deficit Hyperaktif Disorder) iaitu tidak boleh duduk dan mempunyai daya fokus yang sedikit, tetapi bijak dalam aplikasi barang mainan. Selain itu, Aiman mempunyai kelebihan lain seperi pandai berbahasa Inggeris berbanding rakannya yang lain walaupun bahasanya agak teruk. ( Gambar menunjukkan Aiman dan Vashan sambil diperhatikan oleh Cikgu Nor Shahida dan Cikgu Lukman ) Vashan (6 tahun) mempunyai masalah tingkah laku di dalam pergaulan, tindak balas yang lambat dan juga kurang komunikasi dengan individu-individu yang berada disekelilingnya. Vashan juga mempunyai masalah dalam eye contact. Contohnya dia bercakap tetapi tidak memandang mata orang yang bercakap dengannya. Afiq (6 tahun) adalah pelajar yang paling lama berada di dalam kelas ini daripada rakannya yang lain. Jika ingin dibandingkan dengan rakannya dia lebih baik namun terdapat juga masalah komunikasi di dalam pergaulan dan juga penggunaan bahasa tidak jelas dalam percakapan. Semasa pemerhatian kami, Afiq sentiasa tunduk dan tersenyum sendirian sambil melakukan aktiviti yang diberikan oleh gurunya. ( Gambar menunjukkan Cikgu Afiza memerhatikan aktiviti Afiq)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan di dalam kelas ini adalah pertuturan bahasa. Guru mereka menggunakan teknik pengajaran dengan muzik dan nyanyian. Melalui muzik dan nyayian mereka lebih tertarik dan berminat untuk meyebut lirik-lirik lagu akhirnya mereka boleh sedikit sebanyak mengusai bahasa untuk berinteraksi. Selain itu, semasa dalam kelas ini juga guru menggunakan alat bantu mengajar sepeti penggunaan bongkah kayu dan alat permainan plastik yang pelbagai saiz. Penggunaan alat bantu mengajar ini adalah bertujuan untuk mengajar mereka menggunakan kemahiran motor halus. Murid-murid dalam kelas ini juga di ajar dengan menggunakan kad bergambar dan kad imbasan yang berwarna terang, becorak dan pelbagai bentuk. Ini bertujuan melatih mereka menggunakan deria penglihatan secara optimum.

Bergambar bersama ahli kumpulan guru dan murid-murid kelas EIP.

Kelas kedua: 11.20 pagi --- No communication and behaviour problem. Mempunyai 4 orang murid iaitu Nurdini(8 tahun) Praveen(4 tahun),Samantha (12 tahun) dan Nordin (8 tahun) yang mempunyai masalah pembelajaran, komunikasi dan juga tingkah laku yang berbeza-beza. Ada diantara mereka yang mengalami Sindrom down, ADHD dan hiperaktif. Menurut laporan daripada guru kelas mereka iaitu Puan Kamala, Nurdini mempunyai masalah pembelajaran sindrom down dan autistik. Diantara tingkah laku murid ini yang sentiasa di pamerkan semasa berada di dalam kelas ialah menepuk-nepuk meja dan suka mencubit orang. Nurdini tidak boleh bercakap hanya mampu tersenyum dan membalasnya dengan sentuhan tangannya jika kita berkomunikasikannya. Contohnya semasa saya berada bersebelahan dengannya dia sempat mencubit lengan saya. Saya menerimanya secara positif dan bagi saya mungkin itu adalah cara untuk murid ini berinteraksi dengan orang di sekeliling. Selain itu apa yang menarik apabila Nurdini ingin membuang air dia akan memegang dan menarik-narik bajunya. Jadi gurunya akan segera membawanya ke tandas. Murid kedua iaitu Praveen pula seorang yang hiperaktif. Namun semasa kami berada di dalam kelas ini tidak banyak masa untuk memperhatikan pergerakannya. Lagi pula, gurunya mengawal pergerakannya agar tidak terlalu aktif. Praveen sempat juga menunjukkan sifatnya seorang yang hiperaktif apabila dia cuba berkali-kali untuk menarik kamera yang berada di tangan saya. Samantha pula seorang yang suka menghentak-hentakkan badan dan kepalanya pada orang. Menurut Puan Kamala keadaan itu memberitahu kita bahawa dia sekarang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang yang berada di sampingnya pada kertika itu. Lagi pula Samantha juga tidak mampu untuk bercakap bagi menyatakan segala kemahuan dan keiginan yang dia perlukan. Hanya berupaya menggunakan isyarat bahasa badan dan mimik muka untuk berinteraksi dengan orang lain. Manakala Nordin pula mempunyai masalah yang sama dengan Nurdini dan Samantha iaitu tidak boleh bercakap. Namun Nordin seorang yang mempunyai tingkah laku yang baik dan agak tidak banyak melakukan pergerakkan yang pelik dan mudah mendengar arahan guru. Terdapat beberapa pendekatan yang berbeza-beza mengikut masalah pembelajaran digunakan oleh Puan Kamala untuk mendidik murid-murid kelas ini.

Kelas ketiga: 11.35 pagi --- Mainstream Class Murid-murid di dalam kelas ini sudah boleh mengawal tingkah laku dan juga boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka disekeliling. Selain itu juga mereka sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran perdana pada sesi petang di sekolah berhampiran. Dalam kelas ini terdapat 5 orang murid iaitu Farisha Zafarai (9 tahun), Aizam (8 tahun), Sivanesh (8 tahun), Zheng (8 tahun) dan Shawn (9tahun). Semua murid ini berada dalam darjah 1 di sekolah aliran perdana. Semasa kajian ini kami sempat memerhatikan adik Shawn kerana adik Shawn menurut laporan guru kelas mereka iaitu Puan Sulokshana dan Puan Norafikah, Shawn adalah sedikit berbeza berbanding murid-muird lain dalam kelas ini. Shawn akan ke sekolah biasa pada waktu petang bersama dengan 4 orang rakannya itu. Dia dimasukkan ke kelas mainstream ini kerana lambat dalam memahami pembelajaran. Tahap pembelajaran Shawn adalah lemah kerana masih belajar sebutan dan mempunyai masalah bahasa dan kurang berkomunikasi. Guru kelas akan pergi menemani Shawn semasa berada di dalam kelas arus perdana kerana Shawn mempunyai sedikit masalah emosi. Emosi Shawn kadangkala akan berubah disebabkan oleh rasa panas dan keadaan tidak selesa. Jadi guru perlu ada sentiasa di sampingnya memastikan Shawn dalam keadaan stabil dan selamat Dalam kelas ini mereka telah di ajar kemahiran asas 3M seperti di sekolah arus perdana. Pada waktu pagi, guru akan mengulangkaji apa pelajaran yang mereka pelajari di sekolah arus perdana pada sebelah petang. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang di gunakan berdasarkan tahap pekembangan otak, kecergasan dan kecerdasan mereka. Dibawah adalah gambar kumpulan kami bersama murid-murid kelas ini.

Kelas Keempat:12.00 pagi --- Occupational Therapy (OT) Di dalam kelas ini terdapat 2 orang murid iaitu Maisarah (9 tahun) dan Chong Han (6 tahun). Kelas ini menjalankan Occupational Therapy atau lebih dikenali dengan terapi cara kerja iaitu latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan kefungsian dan mengoptimumkan lagi keupayaan mereka dalam menjalankan aktiviti seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan dengan mengajar mereka cara mengurus diri sendiri dengan betul. Selain itu, mereka juga diajar untuk mengawal dan mengendalikan emosi dan tingkah laku yang negatif dengan cara yang sepatutnya. Menurut laporan Cikgu Yash iaitu guru kelas mereka Chong Hwa adalah seorang pelajar yang tidak banyak karenah dan mudah mendengar arahan guru. Hal ini kerana Chong Hwa mempuyai tahap perkembangan otak yang agak normal sesuai dengan usianya. Lagi pula Chong tidak mempunyai kecacatan yang agak serius. Semasa awal-awal Chong masuk kelas ini, dia tidak tahu membaca, menulis dan mempunyai masalah dalam kemahiran motor. Setelah lebih kurang 4 bulan berada disini Chong telah pandai menulis ABC, membaca suku kata yang mudah dan pandai menyanyi. Kemahirannya dalam menggunakan anggota tangan juga sudah dapat diperbaiki. Maisara (9 tahun) pula mempunyai masalah autisme. Berdasarkan laporan gurunya, ibu Maisara adalah seorang doktor perubatan. Namun, anak doktor juga boleh menghidapi kecacatan seperti ini biarpun doktor dikatakan seorang yang pakar dalam penjagaan dan rawatan kesihatan. Setelah mengetahui ibunya seorang doktor, kami akur bahawa itu semua adalah anugerah dan ujian Allah. Semasa mula-mula Maisara masuk ke kelas ini dia selalu menangis dan mempunyai simptom tantrum iaitu suka menyondol-nyondolkan kepalanya. Tetapi gurunya telah menyimbah air setiap kali dia berkelakuan demikian akhirnya setelah 4 bulan berada di sini Maisara tidak lagi berkelakuan sedemikian. Dari segi komunikasi Maisara, dia tidak dapat berkomunikasi. Hanya tangisan dan teriakan sahaja yang dia mampu gunakan sebagai bahasa komunikasinya. Contohnya, berdasarkan penceritaan guru kelasnya Maisara pernah menangis jika dia disuruh menulis atau mewarna. Tangisan tersebut adalah sebagai memberitahu bahawa dia tidak mahu utuk menulis atau mewarna.

10

Maisara juga tidak faham apa yang kita perkatakan ini dapat dilihat apabila ahli kumpulan kami bertanya dia hanya memandang kami dan dalam matanya menunjukkan dia ingin memberitahu sesuatu tetapi tidak mampu untuk diucapakannya.Selain itu, Maisara juga tidak suka di sentuh atau dipegang. Aspek pengurusan diri Maisara adalah ditahap yang rendah. Maisara perlu di ajar cara mengurus diri dia tidak pandai untuk menguruskannya dirinya. Contohnya, gurunya mengajar toilet training kepada Maisara dengan menentukan dalam berapa jam sekali Maisara akan di bawa ke tandas. Dibawah adalah gambar ahli kumpulan kami dan pensyarah kami Encik Sarib bersama murid dan guru kelas ini.

11

8.

PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan.

Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang. Kanakkanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih di Pusat Pendidikan Autisme Nasom. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanakkanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di Pusat Pendidikan Autisme Nasom diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa. Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.
12

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

9.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

13

Melalui lawatan ilmiah ini banyak yang kumpulan kami perolehi pengetahuan tentang kanakkanak autime. Antara ciri-ciri autisme yang kami dapat jelaskan di sini ialah Komunikasi dan Bahasa Penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut. Kognitif Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. Interaksi Sosial Penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

Ganguan Emosi

14

Kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif. Perangai dan Sikap Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguhsungguh terhadap sesuatu perkara. Kesan Sentuhan Fizikal Kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut. Selain itu juga perkara-perkara berikut kami dapat perhatikan semasa lawatan kami : Tidak suka bersosial. Pendengaran tidak normal. Mengelak daripada bertentang mata. Gangguan pertuturan. Corak kelakuan yang berulang .KESIMPULAN

10.

15

Kesimpulannya, perkembangan fizikal, emosi, dan sosial kanak-kanak amat penting bermula dari sejak lahir sehingga mereka meningkat dewasa. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah akan timbul akibat perkembangan yang terbantut sejak kecil dan memberi impak yang negatif pada masa akan datang. Justeru itu, strategi atau intervensi awal harus dilakukan kepada kanakkanak yang dikenalpasti menghadapi masalah tersebut. Ibu bapa dan guru haruslah prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak agar masalah yang dihadapi dapat diatasi pada peringkat awal. Oleh yang demikian, pelbagai cara atau kaedah dapat digunakan bagi mengenalpasti masalah kanak-kanak seperti senarai semak tingkahlaku kanak-kanak, pemerhatian yang khusus, dan sebagainya. Seterusnya, mengaplikasikan teori atau model dalam usaha membantu mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak agar tidak disia-siakan begitu sahaja. Secara keseluruhanya, program ini telah berlangsung dengan jayanya tanpa dicemari sebarang perkara yang tidak diingini.Selain itu,daripada lawatan ini kami telah berjaya mendapat pendedahan secara lebih dekat bagaimana kaedah dan pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mendidik kanak-kanak autisme. Malah, kami juga turut melihat sendiri tingkah laku dan mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme ini. Selain itu,kami juga telah mengenal pasti kemahirankemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme di pusat autisme ini. Secara keseluruhanya, apa yang dapat kami simpulkan dari lawatan kami ini adalah perkembangan fizikal, emosi, dan sosial kanak-kanak amat penting bermula dari sejak lahir sehingga mereka meningkat dewasa. Hal ini penting kerana pelbagai masalah akan timbul akibat perkembangan yang terbantut sejak kecil dan memberi impak yang negatif kepada kanak-kanak tersebut pada masa akan datang. Akhir kata, suka kami nyatakan bahawa lawatan ini banyak memberi kami pendedahan baru tentang kanak-kanak autisme yang dulu hanya kami belajar melalui teori. Malah, lawatan ini juga turut membakar semangat kami untuk mendidik kanak-kanak istimewa ini apabila menjadi seorang pendidik kelak. Kami sangat berharap agak satu hari nanti, kami masih berpeluang untuk melakukan lawatan seperti ini lagi pada masa akan datang. RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak- kanak
16

Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Jaafar, J. L. (2002). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov. (2006). Does Television Cause Autism? Psycology , 1-44. http://faqihufiddin.blogspot.com

LAMPIRAN

17

18

19

20

Anda mungkin juga menyukai