Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA

JALAN HOSPITAL
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-467790

KERTAS KERJA PROGRAM GERAK GEMPUR BANTU BACA TAHUN 1

1.0 PENGENALAN

Dalam usaha untuk mencapai sasaran sifar linus murid tahun 2 dan 3 yang gagal dalam
saringan linus ataupun murid pemulihan, pelbagai program dan aktiviti telahdijalankan
oleh pihak sekolah. Untuk tujuan mendapatkan hasil yang optimumdisamping tidak
terlalu membebankan guru di luar waktu PDP, aktiviti kelas bimbingan perlu dirancang
dengan teliti. Program sokongan ini perlu fokus kepadakumpulan sasaran iaitu murid
pemulihan ataupun murid linus yang masih beradadibawah TP3 dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) untuk setengah tahun sesi persekolahan 2022/2023. Sehubungan dengan
itu, Kelas Gerak Gempur Cepat Membaca ini dirancangdengan harapan pencapaian
murid yang terlibat akan meningkat dari segi literasi dannumerasi dalam Pentaksiran
Bilik Darjah untuk akhir sesi persekolahan 2022/2023. Gerak Gempur Cepat Membaca
ini dijalankan bertujuan menggalakkan sertameningkatkan penguasaan kemahiran
literasi dan numerasi murid-murid yang terlibat. Melalui program ini juga diharapkan
murid yang terlibat akan dapat menambahpengetahuan serta pemahaman dalam
mengaplikasikan kemahiran yang ada sepanjangprogram ini dilaksanakan. Penglibatan
murid-murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkanmotivasi dalam
kalangan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan strategi yangmampu menarik
minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajarandanpembelajaran literasi dan
numerasi kepada murid yang terlibat.

2.0 OBJEKTIF

Diharapkan agar diakhir program peserta akan mendapat;


2.1 Meningkatkan kemahiran membaca dan minat membaca dalamkalangan murid
yang belum menguasai TP3 dalam subjek Bahasa Melayu.
2.2 Memberi peluang kepada murid yang belum menguasai TP3 untuk menunjukan
kelebihannya yang sebelum ini tidak dapat ditunjukkan kepada guru
2.2 Memberikan keyakinan kepada murid yang belum mencapai TP3 dalamsubjek
Bahasa Melayu untuk bercakap atau aktif dalam aktiviti PDPC

3.0 TARIKH PERLAKSANAAN


Program akan dilaksanakan bermula 5 Oktober 2022 hingga 14 Oktober
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JAYA
JALAN HOSPITAL
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-467790

4.0 MASA PERLAKSANAAN


Melalui program ini, murid yang masih belum dapat meningkatkan kemahiran bacaan
setelah Program Mentor Menter dilaksanakan selama 2 minggu, mereka
akandikumpulkan dalam satu kelas. Mereka akan diajar oleh para guru yang
berlainandalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik sepanjang waktu mereka berada
semasasesi persekolahan untuk tahap 1.

5.0 LOKASI PROGRAM

Murid yang telah dikenal pasti akan dikumpulkan dan ditempat di dalamkelas 1 UKM.
Mereka akan mengikut jadual waktu kelas 1 UKM. Guru yang masuk mengikut jadual
peribadi guru masing-masing. Cuma guru subjek selain Subjek Bahasa Melayu dan
Matematik akan membimbing murid yang berada di dalamkelas tersebut dengan
mengajar atau bimbingan membaca mengikut kaedah dan kreativiti guru berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai