Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor sukar untuk memaafkan kesalahan sesama manusia menurut Islam

Terdapat beberapa faktor- faktor yang sukar untuk kita tidak memaafkan kesalahan sesama
manusia menurut Islam iaitu cara percakapan mereka terhadap kita. Sesetengah manusia
selalu bercakap kasar dengan orang tanpa sebab ataupun bersebab ianya akan terguris hati
seseorang manusia yang berhati lembut. Pada zaman sekarang, sesetengah manusia sering
bercakap mengeluarkan kata-kata kesat tidak kisah yang muda ataupun yang sudah tua.
Remaja pada zaman sekarang ini mudah terpengaruh ataupun ibubapa mereka tidak mendidik
mereka dari kecil. Oleh itu, percakapan secara kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat boleh
menjadi salah satu faktor kenapa kita sukar memaakan kesalahan sesama manusia menurut
Islam.

Seterusnya, faktor yang kedua yang sukar untuk kita memaafkan kesalahan sesama manusia
menurut Islam ialah mementingkan imej diri. Hal ini kerana gambaran sikap dan sifat
peribadi seseorang sehingga ada orang yang memiliki imej diri yang tinggi dan rendah.
Kebiasaannya orang yang memiliki imej diri yang tinggi ini sukar untuk meminta maaf ianya
kerana dengan meminta maaf akan menjatuhkan imej diri mereka. Imej diri ini terbentuk
kerana cara didikan ibubapa yang merasa dirinya lebih besar daripada orang lain. Sebagai
pengajaran, kita perlulah meminta maaf tidak kisah la menjaga imej diri ataupun tidak supaya
manusia akan tenang di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda: "Harta tidak akan
berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba
dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada
merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat
Muslim)

Selain itu, faktor yang ketiga yang sukar untuk kita memaafkan kesalahan sesama manusia
menurut Islam adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh seseorang. Contoh, kesalahan
yang besar dilakukan oleh manusia amatlah susah untuk dimaafkan hal ini kerana kesalahan
tersebut akan selalu terngiang-ngiang di dalam fikiran manusia. Oleh itu, kita janganlah
membuat salah yang besar kerana jika salah kita terlampau besar ia akan mengakibatkan
orang tersebut mahu maafkan kita atau pun tidak.
Disamping itu, faktor yang keempat yang sukar untuk kita memaafkan kesalahan sesama
manusia menurut Islam ialah percaya bahawa orang yang buat silap itu layak mendapatkan
balasan. Hal ini kerana manusia yang menyimpan dendam sebagai keupayaan untuk
menghukum orang yang telah menyakitinya. Contohnya, boleh menjadi keinginan untuk
tidak memaafkan seseorang itu membuatnya merasa mendapat kekuatan setelah sakit yang
seseorang itu alami. Oleh itu, kita sebagai umat Islam tidak baik untuk simpan dendam
kepada seseorang kerana takut dendam itu termakan diri sendiri dan tidak layak dapat
mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai