Anda di halaman 1dari 17

Falsafah dan Isu Semasa (CTU552)

Kertas Kerja

(Tugasan berkumpulan)

TEORI MATERIALISME BARAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN


MANUSIA KINI

AHLI KUMPULAN:

NAMA NOMBOR MATRIKS


MOHAMMAD DANIAL HAIKAL 2023759531

MUHAMMAD HAKIMI BIN RIDZUAN 2023523503

ABDUL QAIYUM HAMID 2023780145

MUHAMMAD NOOR HAKIMI BIN ABDUL 2023582335


HALIM

PENSYARAH: DR MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMID

Tarikh Serahan:
09 DISEMBER 2020

ISI KANDUNGAN

0
PERKARA MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
2.0 DEFINISI DAN TEORI MATERIALISME
3.0 SEJARAH KEWUJUDAN DAN PERKEMBANGAN
PENGARUH MATERIALISME BARAT
4.0 IMPAK MATERIALISME BARAT DALAM KEHIDUPAN
MASA KINI
2.0 ANALISA & PERBINCANGAN
5.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN
6.0 RUJUKAN

1
1.0 PENDAHULUAN

PENDING FROM HAKIMI

KESEIMBANGAN AKAL DAN WAHYU

Walau sehebat mana pun akal yang dianugerahkan, manusia seharusnya sedar bahawa
akal bukan segala-galanya. Dalam ertikata yang lain, keterbatasan akal harus diakui
terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia seperti
hikmah-hikmah dalam sesetengah perintah dan larangan Allah kepada umat manusia,
persoalan hari akhirat dan seumpama dengannya. Justeru, kekurangan akal ditampung oleh
kesempurnaan wahyu.

Sebagai kesimpulan, akal dan wahyu adalah dua anugerah yang teragung yang
diberikan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Dengan dua anugerah ini, terjadinya taklif
Ilahi terhadap manusia kerana wahyu adalah pemisah mutlak antara haq dan batil tanpa
sebarang prejudis kerana ia adalah dari padaAllah S.W.T dan tidak terpengaruh dengan
apaapa perkara seperti suasana, tempat dan budaya.

Akal mempunyai batasan dan tertakluk kepada tahap perubahan manusia dan
ketepatan sistem berfikir yang dibangunkan. Sekiranya sistem pemikiran itu salah maka
semestinya dilihat bercanggah dengan wahyu begitu juga sebaliknya.

2.0 ANALISA & PERBINCANGAN

Tinjauan literatur ini adalah berdasarkan kenyataan dan pendapat daripada pelbagai
pihak mengenai hubungan akal dan hati sebagai panduan hidup manusia sepanjang zaman.
Maklumat tersebut adalah berdasarkan fakta yang sahih yang dibukukan atau diterbitkan
dalam artikel yang boleh dipercayai termasuk juga laman web yang berautoriti.
Kandungannya terdiri daripada pelbagai sumber primer dan sekunder.

2.1 Akal dan Wahyu Menurut Imam Al-Ghazali

Berdasarkan huraian Imam al-Ghazali mengenai akal didalam salah satu kitabnya iaitu
Ihyli’ Ulum al-Din, akal membolehkan manusia menerima ilmu-ilmu untuk pemikiran yang

2
waras dan rasional. Perkara tersebut adalah salah satu sifat yang membezakan antara manusia
dan makhluk lain. Akal juga memberi maksud ilmu-ilmu dharuri yang membolehkan
kanakkanak berfikir tentang sesuatu perkara yang akan datang. Selain itu, pengalaman lalu
juga memberi ilmu kepada akal. Akal juga membolehkan seseorang itu mampu berfikir akan
akibat daripada sesuatu situasi sekaligus dapat mengawal hawa nafsunya yang membawa
kepada nikmat duniawi yang bersifat sementara. Menurut Imam Al-Ghazali juga, orang yang
tidak yang tidak menerima wahyu Allah, bermakna hatinya tidak berakal atau mata hatinya
buta terhadap realiti ayat-ayat Allah. Namun begitu, berbeza pula dengan pandangan Ibn
Rusyd yang mendahulukan akal daripada wahyu. Berdasarkan kajian dan pemerhatian Ibn
Rusyd, melalui metode induksi, akal boleh membaca tanda-tanda alam dan menemui
kebenaran di dalam Al-Quran. Mengikut Ibn Rusyd, banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran
menyuruh manusia supaya menggunakan akal (nadzar) untuk mengetahui kebenaran sesuatu
yang wujud. Hujahan beliau mengenai akal dan wahyu sangat jelas dan sistematik, namun
beliau telah mendahulukan akal daripada wahyu dan ini boleh mengurangkan kemutlakan
wahyu iaitu Al-Quran dan Sunnah. Pandangan Al-Razi pula, akal tidak dapat menjadi asas
bagi wahyu, tapi justru wahyu adalah asas bagi akal.

Imam Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ilmu yang membawa manfaat kepada
seseorang individu itu akan menghasilkan amal soleh yang mendorong kepada kehidupan
insan sejahtera. Menurut beliau juga, objektif akal dan hati manusia hanya mempunyai satu
arah tuju fitrah manusia iaitu mengenal Allah sehingga timbullah iman. Huraian Imam Al-
Ghazali berkenaan akal dan wahyu adalah bersikap adil dan tidak bersifat berat sebelah.
Berdasarkan pembahagian mengenai akal yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam
kitabnya iaitu Ihyli’ Ulum al-Din yang diperjelaskan di atas, selepas terjadinya pengalaman
atau penerimaan ilmu pengetahuan, akal boleh bertindak sebagai raja yang mampu
mengawasi dan mengawal seseorang individu atau masyarakat daripada segala perkara yang
boleh membawa kepada kebinasaan seperti menjadi hamba kepada hawa nafsu sendiri. Dalam
mempertimbangkan ilmu-ilmu yang didapati melalui pengalaman, Imam al-Ghazali juga
ingin menegaskan bahawa Islam tidak memisahkan secara dualisme antara ilmu rasional dan
ilmu yang berasaskan pengalaman. Perbahasan ini juga mendapat sokongan daripada ahli-ahli
falsafah moral Islam yang mengaitkan sifat-sifat utama seperti kebijaksanaan, keberanian,
kesucian diri, keadilan dengan psikologi insan seperti jiwa natiqah, jiwa haiwaniyyah atau
kehaiwanan dan jiwa nabatiyyah yang membawa maksud tumbuh-tumbuhan. Di dalam tiga
jiwa ini wujud beberapa kekuatan seperti kekuatan akal, marah dan shahwat.

3
2.2 Kedudukan Akal Menurut Mu’tazilah dan Hashawiyyah

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa aliran pemikiran islam berkaitan dengan


kedudukan akal dalam membahaskan tentang akidah. Aliran-aliran pemikiran tersebut muncul
berdasarkan penggunaan metodologi akal. Antara aliran-aliran tersebut adalah seperti antara
aliran-aliran pemikiran tersebut seperti Asha’irah, Maturidiyyah, Mu’atazilah dan ahli
Falsafah. Aliran Mu’tazilah dikatakan terlalu bergantung kepada akal dalam persoalan akidah
sehingga menafikan peranan naqli. Bagi Mu’tazilah segala pengetahuan dapat diperoleh
dengan perantara akal, dan kewajiban-kewajiban dapat diketahui dengan pemikiran yang
mendalam. Dengan demikian berterima kasih kepada Tuhan sebelum turunnya wahyu adalah
wajib. Baik dan jahat wajib diketahui melalui akal dan demikian pula mengerjakan yang baik
dan menjauhi yang jahat juga wajib. (Harun Nasution). Namun sebaliknya pula pada
Hashawiyyah. Aliran ini bersifat berat sebelah kerana mereka menolak fungsi akal secara
menyeluruh dalam memahami dan mendalami wahyu (al-Shafi’i, 1998: 118). Berdasarkan
pemerhatian, penekanan kedua-dua ini iaitu Hashawiyyah dan Mu’tazilah terlalu ekstrem
sehingga mengabaikan salah satu sama ada akal dan wahyu sedangkan seharusnya kedua-dua
sumber tersebut memerlukan keseimbangan kerana saling memerlukan antara satu sama lain
sebagai panduan manusia dalam kehidupan seharian. Menurut Hasan Muhammad al-Shafi’I
(1991) Hasyawiyyah berpendapat dan menyeru bahawa nas-nas Al-Quran dan hadis tidak
perlu diteliti, dikaji dan disahkan kerana terlalu taksub dan memahami Al-Quran dan hadis
secara literal.

2.3 Kemampuan dan Keterbatasan Akal

Akal dan wahyu bersifat symbiosis yang membawa maksud saling memerlukan dari
sifat bertentangan. Akal manusialah yang memahami, meneliti dan memproses segala isi
maklumat yang ada di dalam Al-quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T (Walisongo, Asaku,
2012). Menurut Abd al-Halim Mahmud, Al-quran adalah sebuah kitab suci yang mendorong
manusia kepada pembebasan akal daripada pemikiran sempit dengan membawakan pelbagai
pendekatan dan pengajaran dalam menjadikan akal sebagai neraca penilaian bagi setiap
perkara. Fungsi akal adalah untuk menghuraikan isi di dalam Al-quran dan Sunnah sebagai
khalifah Allah untuk memakmurkan dan membina insan sejahtera di bumi dan seisinya.
Kemampuan akal mendorong manusia berkereasi dan berinovasi dalam menciptakan
kebudayaan serta peradaban. Pandangan ini selari dengan Syeikh Muhammad Abduh tentang

4
kepentingan akal kepada wahyu. Tambahan lagi, pengetahuan akal tidak cukup untuk
mendorong kemampuan hati manusia dalam mendalami ilmu alam metafizik dan tidak lari
dari membuat kesilapan kecuali dengan pengetahuan agama melalui ajaran para nabi iaitu
wahyu yang diturunkan sebagai rujukan dalam pelbagai aspek ilmu di dunia mahupun
akhirat. Akal membolehkan manusia berfikir sekaligus membezakan mereka dengan makhluk
lain seperti haiwan yang tidak mempunyai akal untuk menguruskan kehidupan dengan
sempurna. . Kelebihan tersebut mendapat dokongan jumhur ulama Ahl al-Sunnah wa al-
Jama’ah dengan bersepakat menerima akal sebagai salah satu sumber pendalilan dalam
akidah yang membolehkan manusia mencapai keimanan kepada Allah S.W.T. berdasarkan
syarat-syarat tertentu (Mahmud Shaltut, 2001).

Manusia dengan kemampuan akalnya mampu menguasai ilmu pengetahuan dan


teknologi, mengubah serta merekayasa lingkungannya, menuju situasi kehidupan yang lebih
baik, aman dan nyaman (Jalaluddin, 2001). Walaubagaimanapun kemampuan akal juga
terhad. Ianya hanya mampu mengkaji dan memahami alam nyata yang boleh diteliti atau
dibuat takwil sahaja. Akal tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang tidak dapat diukur
oleh pacaindera (Abd.Latif & Rosmawati 1997). Oleh sebab itu, wahyu mempunyai peranan
penting dalam mendidik akal manusia dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai insan
yang berpegang teguh dengan agama Allah agar dapat membina masyarakat yang sejahtera.
Menurut Anwar Mujahidin (2013), wahyu merupakan sumber yang tidak ternilai
kebenarannya dan diperlukan oleh setiap individu dan masyarakat di segenap pelusuk dunia.
Maka, sejauhmana kepandaian dan kecekapan seseorang itu pada masa yang sama
bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah dianggap salah dan wajib diperbetulkan. Menurut
Ibn Taimiyyah, akal dan wahyu tidak bertentangan dengan satu sama lain. Malah akal yang
lurus mengikut wahyu yang benar secara automatik akan benar. Demi membina insan
sejahtera di dunia dan akhirat, wahyu diturunkan untuk menyempurnakan akal manusia dan
tidak akan dapat dipisahkan dari akal bagi mendorong kepada kehidupan yang lebih baik.
Oleh itu, keseimbangan akal dan wahyu dalam kehidupan individu dan masyarakat adalah
perkara yang amat dituntut dalam perspekif islam. Penguasaan ilmu wahyu dikatakan penting
bagi membentuk insan yang membangun dan juga menjaga hubungan dengan Pencipta.
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002) seseorang individu yang menjaga hubungan
dengan Allah S.W.T dapat meningkatkan keyakinan diri. Dalam membentuk sifat kehambaan
seperti taat, sabar, patuh, redha, qanaah, pemurah, pemaaf dan sebagainya, wahyu amatlah
penting bagi mendorong manusia melakukan perkara yang disenangi masyarakat. Masyarakat
sejahtera dan bersatu padu, bebas daripada penyakit sosial seperti zina, arak, judi, dadah dan

5
lain-lain adalah masyarakat yang menghayati dan mengamalkan keseimbangan akal dan
wahyu. Selain penguatkuasaan undang-undang, keseimbangan akal dan wahyu juga menjadi
penghalang bagi kejahatan dari dalam diri manusia.

Objektif ilmu wahyu adalah bagi membentuk keharmonian, kesatuan, dan kasih
sayang dalam kehidupan dalam kehidupan setiap manusia. Untuk itu, wahyu mendorong
individu supaya bersikap positif, dan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Keseimbangan wahyu dan akal mampu membina kehidupan insan yang sejahtera. Seterusnya,
mengikut Aini Jaafar (2006) pembangunan modal insan yang menyeluruh dari perspektif
Islam perlu mengambil kira aspek-aspek berikut iaitu memastikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diajar, digabungkan juga dengan aspek kepertanggungjawaban dan
keamanahan, atau umat yang seimbang. Permasalahan kehidupan akan terungkai dengan
berpandukan Al-Quran, kerana kitab itu adalah manual yang menepati fitrah kehidupan
manusia. menurut Sahilun A. Nasir, akal didorong oleh wahyu dalam membentuk masyarakat
sejahtera atas dasar prinsipprinsip umum yang dibawanya, juga berfungsi untuk mendidik
manusia hidup aman dan tenteram dalam masyarakat.

2.4 Keseimbangan Akal dan Wahyu Dalam Kehidupan.

Di dalam Al-quran telah dinyatakan bahawa terdapat tiga nafsu dalam diri manusia iaitu al-
ghadabiyyah, al-syahwaniyyah dan nathiqah. Nathiqah satu nafsu yang dimiliki oleh manusia
yang membolehkan manusia berfikir dengan waras, berzikir, berhikmah dan memahami
fenomena alam. Dengan nafsu ini juga manusia mampu membezakan antara baik dan buruk
sesuatu perkara. Sebaliknya pula ada pada al-ghadabiyyah dan al-syahwaniyyah.
Alghadabiyyah adalah nafsu yang cenderung kepada kepuasan jasmani seperti nafsu makan,
minum dan seksual. Nafsu ini terdapat pada manusia dan juga binatang. Begitu juga dengan
alsyahwaniyyah iaitu nafsu yang ada pada manusia dan binatang. Namun nafsu ini lebih
cenderung kepada sifat amarah, kerosakan, rakus dan mengalahkan orang lain. Al-
ghadabiyyah adalah lebih bahaya berbanding al-syahwaniyyah kerana nafsu boleh
mengalahkan akal manusia. Kedua-dua nafsu al-ghadabiyyah dan al-syahwaniyyah ini
mendorong kepada perkara negatif dan mengejar kenikmatan dan agresif terhadap perkara

6
yang melalaikan lebihlebih lagi bertentangan dengan gaya hidup sebagai seorang hamba
Allah. Oleh itu, golongan yang hanya menurut kedua-dua nafsu tersebut tidak ubah seperti
binatang yang mengikut hawa nafsu malah lebih hina daripada itu. Apabila akal fikiran tidak
selari dengan wahyu, perkara tersebut akan mendorong manusia kepada gaya hidup hedonis,
seks bebas, materialistik, dan lain-lain. Gaya hidup ini amatlah dicela Al-quran kerana hawa
nafsu lebih berkuasa dan membawa manusia itu kearah keburukan. Namun apabila akal yang
seimbang dengan ajaran wahyu iaitu Al-quran dan Sunnah mampu mengendalikan nafsu yang
membawa kepada keburukan tersebut, maka kedua-duanya akan menjadi sebagai daya
pelindung dan daya kehidupan dan mendorong seseorang individu kepada ciri-ciri
kemanusiaan, menikmati hidup yang sejahtera dan berbuat kebaikan.

Menurut penjelasan di atas, manusia seakan-akan sering terdedah kepada perebutan antara
akal dan hawa nafsu. Akal selalu mengarah manusia kepada kebaikan dan sebaliknya pula
diarah oleh hawa nafsu yang membawa kepada perilaku negatif. Oleh itu, syahwat dan
amarah yang ditangani mengikut ajaran agama yang dibawa oleh wahyu iaitu Al-Quran dan
Sunnah akan menjadi baik kerana disitulah penyeimbang kehidupan manusia yang sejahtera.
Tambahan lagi, terdapat suatu kenyataan bahawa akal bersifat ghaib dan tidak dapat dilihat
dengan pancaindera. Kajian telah dilakukan oleh ilmuwan fisiologi bernama Benvield pada
1930an sehingga 1975 untuk membuktikan bahawa akal adalah otak dan otak adalah akal.
Namun menghadapi kegagalan dan membuat kesimpulan akhir bahawa akal otak adalah
sesuatu yang berbeza dan akallah yang mengawasi dan mengarahkan sesuatu perkara yang
dilakukan oleh seseorang individu. Kajian ini telah dinyatakan dalam salah sebuah buku
beliau iaitu “The Mystery of Mind”.

Berdasarkan pemerhatian, kedudukan akal dan wahyu amat penting dalam perspektif islam
kerana kehidupan manusia yang mempunyai akal bergantung kepada wahyu yang menjadi
panduan sesuatu tindakan, keputusan dan perbuatan seseorang individu. Terdapat banyak
pihak yang mengkaji hubungan antara akal dan wahyu berpendapat bahawa akal tanpa wahyu
tidak akan menghasilkan apa-apa yang membawa kepada suatu kebaikan dan faedah dalam
kehidupan. Begitu juga sebaliknya, wahyu memerlukan akal manusia bagi menyampaikan isi
kandungan yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah kerana isi kandungannya adalah
bersifat menyeluruh dan memerlukan penjelasan secara spesifik mengenai sesuatu topik
didalamnya dan disitulah penggunaan akal amat penting. Perkara ini turut diperjelaskan oleh
Majlis Agama Islam Selangor mengenai akal dan wahyu, tujuan manusia melakukan rutin
ibadah seperti solat lima waktu setiap hari adalah untuk mengingati Allah. Begitu juga

7
dengan rukun islam yang lain seperti berpuasa dibulan Ramadhan, menbayar zakat, serta
menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Semestinya perkara-perkara tersebut dilakukan
bagi mendekatkan diri kepada Allah dan muhasabah diri sebagai hamba di muka bumi yang
bersifat sementara ini. Disitu jelas membuktikan bahawa perkara tersebut tidak dapat
diungkapkan melalui akal semata-mata, tetapi harus tunjuk kepada wahyu yang diturunkan
oleh Allah kepada umat manusia iaitu Al-Quran dan Sunnah. Walaupun terdapat banyak
keluhan masyarakat yang meminta supaya manusia bebas beraspirasi dengan akal, mereka
dinasihatkan sedar bahawa perkara yang bertentangan dengan wahyu akan menghancurkan
manusia dan sifat kemanusiaan. Manusia harus sentiasa sedar bahawa akal memerlukan
suluhan wahyu bagi memandunya membuat keputusan dan menentukan tindakan agar tidak
tersesat dari landasan kebenaran yang digariskan oleh Islam.

Akal dan wahyu juga berfungsi dalam mewujudkan keserasian falsafah dan agama.
Hal ini dibuktikan oleh Al-Khindi, iaitu falsafah mempertahankan hujahnya berdasarkan akal,
dan agama pula berhujah berdasarkan wahyu. Oleh itu, jelas dinyatakan Al-Khindi juga
meletakkan akal pada kedudukan yang wajar. Beliau juga mengklasifikasikan sains kepada
dua sudut iaitu ilmu wahyu dan ilmu akal. (Sulaiman ibn Juljul, 1955). Demi mewujudkan
tamadun yang paling berjaya dan dinamik, keseimbangan dan keharmonian wahyu dan akal
sebagai asas keilmuan adalah kunci bagi kejayaan sesuatu tamadun yang terbaik. Menurut
Rofa Ismail, (1994), sebagai contoh, faktor tamadun Islam masa silam yang maju dan
cemerlang adalah disebabkan daripada kewujudan tokoh-tokoh sarjana yang memahami dan
menghayati visi dan misi sebenar wahyu yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Tokoh-tokoh tersebut wajar dijadikan sebagai model bagi mewujudkan masyarakat sejahtera
pada zaman moden ini.

2.5 Peranan Akal dan Wahyu Dalam Pendidikan Rohani

Akal juga adalah fungsi dalam pendidikan rohani yang melahirkan individu yang
bersikap mulia dan terpuji sekaligus memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat
sekeliling. Ali Abdul Hamid Mahmud (2000) mendefinisikan pendidikan rohani sebagai
sebuah sistem yang lebih memfokuskan pada pembinaan aspek rohaniah manusia. Selain itu,
pendidikan rohani atau disebut sebagai tazkiyah al-nafs dalam ilmu tasawuf bermaksud
pembersihan jiwa daripada sifat keji dan kezaliman yang dilakukan oleh tingkah laku yang
zahir (Mohd Murtadha 2010). Untuk menjauhi diri daripada sifat buruk dan membawa
kepada kemurkaan, dua proses yang utama yang perlu diterapkan dalam diri manusia adalah
8
takhalli yang membawa maksud membersihkan diri daripada sifat-sifat keji. Dan tahalli pula
membawa maksud menghiasi jiwa dengan sifat-sifat mulia yang boleh membawa seseorang
itu dekat dengan Allah sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam. Kedua-dua proses ini
boleh membawa kepada kesejahteraan masyarakat.

Menurut Hassan (1988) AL-Quran adalah sumber kepada keupayaan spiritual yang
terdapat pada akal manusia yang membolehkan manusia memikirkan setiap kejadian diatas
muka bumi yang dicipta oleh Allah S.W.T dan mendorong manusia mentaati Allah S.W.T dan
mengagungkanNya demi mendapat ganjaran yang besar di sisiNya selain mendapat
kesejahteraan hidup di dunia. Ketidakseimbangan akal dan wahyu akan membawa keruntuhan
akhlak dan peningkatan isu gejala yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat tidak kira
peringkat umur. Sebagai contoh gejala negatif yang terjadi dalam kalangan generasi muda
adalah seperti pergaulan bebas yang menimbulkan kes khalwat yang memberi kebimbangan
kepada masyarakat termasuk individu itu sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan tiada
kesedaran agama dan tidak berpegang pada wahyu Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah dalam
diri individu tersebut. Hal ini boleh dibuktikan dengan laporan Berita Harian (18 Ogos 2003)
menyatakan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap pelajar-pelajar
IPT seramai 341 orang sepanjang 2002 dan 178 orang sepanjang 2003 kerana kesalahan
melakukan perbuatan tidak bermoral. Tidak cukup dengan itu, pada 2010, Timbalan Menteri
Pelajaran Datuk Dr. We Ka Siong pada ketika itu menjelaskan bahawa terdapat 5, 212 kes
vandalisme sepanjang 2010.

Berdasarkan petikan yang telah di jelaskan didalam artikel “Kedudukan Akal dalam
pendalilan Akidah”, pendalilan akal merupakan salah satu sumber terpenting dalam
membahaskan soalan berkaitan akidah, selain daripada sumber utama iaitu Al-Quran dan
Hadis (Muhammad Rashidi Wahab, 2013). Ini kerana peranan akal dalam membahaskan
dalam hukum hukum agama merupakan elemen terpenting bagi memahamkan seseorang itu
dalam agama. Kedudukan akal, diiktiraf sebagai kedudukan yang terpenting dalam
memahami konteks Al-Quran dan As Sunnah; akal mampu untuk membahaskan dan
memperincikan apa yang terkandung di dalam Al Quran dan hadis, namun pada masa yang
sama, peranan akal perlu selari dengan kedudukan syariat agar ia tidak dipengaruhi oleh hawa
nafsu dan bisikan syaitan. Ini penting bagi memastikan hujah akal yang dikeluarkan tidak
bertentangan dengan
Al-Quran dan hadis

9
Seperti yang dikatakan oleh Muhammad Rashidi Wahab, akal merupakan salah satu
anugerah istimewa daripada Allah S.W.T kepada manusia yang diciptakan oleh-Nya. Manusia
telah diberikan kemulian oleh Allah S.W.T. dengan diberikan akal fikiran yang mampu
berfikir mengatasi ciptaan mahluknya yang lain. Akal juga merupakan anugerah Allah S.W.T.
yang membuktikan kebesaranNya serta sekaligus membezakan antara manusia dan binatang.
Seperti contoh, akal fikiran yang diberikan oleh-Nya. Pada pandangan Imam Al-Ghazali,
beliau mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau juga mengatakan bahawa
ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah.

Selain itu, di dalam perbincangan artikel “Antara Islam dan Wahyu dari Perspektif
Islam”, penulis menekankan bahawa Allah telah menekankan di dalam Al – Quran bahawa
akal mempunyai nilai dan kedudukan yang sangat tinggi di dalam pandangan islam kerana
akal mempunyai posisi yang sangat mulia. Akal ialah nikmat yang besar yang dititipkan
dalam jasmni dan rohani manusia ini kerana ianya mempunyai kekayaan dan keberadaban
yang membuatkan manusia berbeza dengan mahluk-mahluk lain. Ini telah menarik minat
Imam AlGhazali yang menyatakan bahawa perumpamaan akal dengan ilmu adalah seperti
buah yang terbit dari pohon atau seperti sinar yang muncul dari Mentari atau seperti
penglihatan yang terhasil dari mata.

Setiap individu boleh membezakan terhadap kemungkinan dan kemustahilan terhadap


sesuatu perkara yang mustahil kerana akal ialah ilmu pengetahuan yang telah wujud sekian
lamanya di dalam setiap manusia yang diperolehi melalui pelbagai pengalaman yang
ditempuhi oleh mereka. Setiap individu akan melalui setiap fasa kehidupan yang mampu
memberikan ilmu pengetahuan

Wahyu merupakan kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para Nabi dan Rasul
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s atau terus daripada Allah SWT. Istilah “Wahyu”
berasal daripada perkataan arab yang bermaksud seperti isyarat, ilham, nasihat, bimbingan,
panduan mahupun petunjuk. Dalam penyelerasan apa jua bidang ilmu, wahyu merupakan
asas pertama dan utama dalam menentukan sesuatu perkara itu sama ada benar atau
sebaliknya. Wahyu merupakan sesuatu yang amat bernilai kepada setiap manusia, pemikiran
yang bertentangan dengan ajaran wahyu dianggap salah dan wajib diperbetulkan.

Wahyu mempunyai petunjuk kepada manusia bagi mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat. Ia mengandungi prinsip dan asas umum yang perlu dipatuhi oleh manusia.
Umumnya, hukum hakam dalam wahyu memberi penjelasan dalam hukum hakam yang

10
mengfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu akidah, muamalah, dan akhlak. Terdapat
sebahagian sahaja perkara yang dijelaskan secara terperinci dan sebahagian yang lain perlu
diolah melalui bimbingan sunnah dan juga peranan akal dalam memahami makna ayat itu.

Keilmuan belum mencapai kebenaran yang mutlak, oleh itu manusia memerlukan
wahyu sebagai pendorong kehidupan seperti Al-Quran sebagai pedoman utama dalam
menjalani proses kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Meskipun akal penting dan hebat
dalam mengenali sesuatu, misalnya di dalam bidang teknologi, biologi, kimia dan sebagainya,
ianya mempunyai batas dalam sesuatu perkara. Seperti akal dapat mengetahui bahawa
wujudnya Allah dengan bukti bukti, tetapi wahyu merupakan sumber ilmu yang terang dalam
berma’rifah. Wahyu merupakan sumber maklumat yang berautoriti. Kelebihan wahyu ialah
dapat menjawab persoalan pada masa akan datang, meskipun soalan pada masa yang
sebelumnya.

Di dalam maksud Mu’tazilah, pengetahuan yang dapat diperoleh memalui perantaraan


akal dan apa pemikiran yang dalam sebelum turunnya wahyu, perbuatan baik dan buruk perlu
diketahui melalui akal yang dapat kita menjauhkan diri jika perbuatan itu jahat atau
sebaliknya.
Mu’tazilah juga memberikan kita tetang pemikiran kita terhadap Islam, mereka mengeluarkan
dalil – dalil yang berkaitan dengan aqidah berdarakan dalil akal semata dan jika seandainya
bertentangan antara keterangan wahyu dan juga akal, maka mereka memilih akal dan
berusaha untuk menyesuaikan melalui wahyu. Wahyu di dalam Mu’tazilah berfungsi sebagai
pengesahan maklumat yang menerangkan kewajipan secara terperinci dan makna untuk
menguatkan apa yang diketahui dan diterangkan apa yang belum diketahui akal. Akal juga
memerlukan wahyu dalam menjelaskan ajaran agama supaya dapat difahami dengan lebih
jelas.

Di dalam Al – Quran terdapat banyak ayat yang mendorong manusia supaya berfikir
dengan menggunakan akal. Seperti contoh, Surah Al-Mu’Minun ayat 79 – 80, Allah
berfirman, “Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi dan kepada-
Nya kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah
yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu menggunakan
akal kamu?" Setiap manusia dikurniakan akal, akan tetapi bagaimanakan mereka
menggunakan akal? akal tidak mampu berfikir perkara pekara yang di luar kemampuan
seperti perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala dan alam barzakh. Wahyu memegang
peranan yang penting dalam membing akal untuk memberikan penjelasan yang lebih

11
terperinci. Dengan keterbatasan akal, maka dapat difahami bahawa hubungan di antara akal
dan wahyu sebagai sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.

Wahyu dibahagikan dengan dua konsep yang pertama, cara wahyu dalam erti
komunikasi di antara Allah dan juga kepada manusia. Kedua, cara akal yang diberikan
daripada Allah kepada manusia dengan menggunakan kesan yang diperoleh sebagai bahan
pemikiran kepada pengetahuan yang dibawa oleh wahyu yang diyakini mutlak dan benar.
Manakala pengetahuan yang diperoleh melalui akal adalah bersifat relatif, yang
berkemungkinan menjadi betul ataupun salah. Akal dan wahyu merupakan sumber
pengetahuan bagi manusia, walaupun keduanya berlainan sifat. Wahyu itu merupakan
kebenaran yang mutlak daripada Allah manakala akal pula adalah melalui pemikiran manusia.
Perbezaan di antara akal dan wahyu sudah lama dibincangkan sejak dahulu oleh golongan
mutakallimin (ahli kalam) seperti aliran Mu’tazilah, Asy’ariyah, Syi’ah dan banyak lagi.

Selain itu, perkara yang menjadikan manusia lebih istimewa berbanding dengan
mahluk lain adalah mereka dapat berfikir melalui akal supaya dapat berfikir, memilih,
mempertimbangkan dan menentukan perbuatan dan refleks kepada diri mereka sendiri.
Dengan akal, manusia lebih memahamii ayat ayat kauniyah (tanda tanda alam) dan ayat-ayat
qauliyah (Al-Quran) sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad di mana pada
zaman ini manusia mampu mencipta teknologi yang canggih. Akal dan wahyu saling
melengkapi kepada manusia. Allah menurunkan wahyu kepada manusia untuk menghadapi
cabaran dan dugaan di dunia supaya dapat melahirkan persekitaran yang baik.

Akal dapat mengetahui kewujudan Allah dan kehidupan di sebalik dunia ini. Dengan
adanya akal, kita lebih mengetahui tentang bersyukur. Akal setiap manusia juga berbeza yang
hanya bukan berbeza kepada pendidikan, tetapi ianya bersifat semula jadi dan sesuatu yang
berada di luar pemikiran manusia. Keperluan manusia dalam menggunakan akal bukan hanya
ilham yang terdapat di dalam dirinya, tetapi ianya juga merupakan ajaran daripada Al-Quran
yang melarang kita daripada bersikap tidak jujur terhadap diri sendiri.

Wahyu juga mempunyai dua fungsi di mana kepercayaan yang timbul dari jiwa
manusia akan terus kekal setelah mereka meninggal. Manusia memerlukan bimbingan untuk
mengatur dan mengetahui keadaan kehidupan mereka di akhirat. Oleh itu, wahyu membantu
akal untuk mengetahui kehidupan di akhirat dan keadaan kehidupan manusia di sana.
Walaupun akal sukar difahami, akal dapat menerima perkara itu, firman Allah “Dan
sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi

12
mereka disediakan syurga – syurga yang mengalir sungai – sungai di dalamnya. Setiap
mereka diberi rezeki buah buahan di dalam syurga itu, mereka mengatakan:”Inilah yang
pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah buahan yang serupa dan untuk
mereka di dalamnya dan isteri – isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya” Surah Al-
Baqarah ayat 25.

Akal adalah al-hajru berdasarkan daripada literal yang bermaksud orang yang
menggunakan akal adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu sehingga nafsu tidak
dapat mengawal diri mereka. Ianya boleh didefinisikan sebagai potensi rohani, akal dapat
membezakan antara manusia dan juga haiwan. Oleh itu, akal mempunyai keistimewaan yang
tinggi di dalam islam. Akal bukan sahaja digunakan di dalam ilmu pengetahuan, malah di
gunakan juga sebagai sumber keagamaan seperti pentafsiran, hukum fiqh, tauhid dan juga
falsafah. Dengan kata lain, akal di samping wahyu terutama dalam bentuk qias (analogi) dan
ijma (kata sepakat) para ulama dalam menjadikan sumber ajaran islam. Sebahagian daripada
pemikir islam beranggapan bahawa wahyu lebih tinggi darjat dari islam. Wahyu dipercayai
bersifat benar. Akal digunakan untuk memahami teks wahyu dan memberi kesesuaian untuk
lebih cenderung berfikir.

Akal bermaksud bukan lah otak tetapi ianya kekuatan pemikiran yang terkandung di
dalam jiwa manusia, kekuatan seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, di mana manusia
memperoleh pengetahuan dengan melihat alam persekitaran semula jadi. Ini juga memberikan
maksud bahawa akal mempunyai hubungan dengan wahyu yang disampaikan Allah kepada
Nabi Muhammad yang mengandungi petunjuk, panduan dan ajaran untuk manusia dalam
perjalan kehidupan sama ada di dunia ataupun di akhirat. Seperti mana akal tidak mampu
mengetahui perkara yang ghaib, semua itu terjawab daripada wahyu Allah yang mengandungi
ajaran, panduan dan juga petunjuk. Akal dan wahyu juga merupakan sumber untuk manusia
mencari kebenaran. Akal perlu bimbingan wahyu untuk mecari kebenaran tersebut kerana
wahyu bersifat mutlak sementara akal bersifat relatif.

13
3.0 KESIMPULAN

Akal dan wahyu adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap insan di muka
bumi. Pengabaian terhadap kedua-dua atau salah satu daripadanya akan menyebabkan
kesejahteraan hidup sukar dicapai. Meskipun akal sudah pasti ada pada manusia, Al-Quran
adalah satu-satunya kitab yang paling berautoriti dengan panduan lengkap dan sempurna
tanpa sedikit kekurangan pada isi kandungannya. Ia juga merupakan sumber ilmu yang
penting dalam kehidupan manusia dari pelbagai sudut bidang ilmu sains kemanusiaan dan
sains tabii yang menjadi pelengkap kepada kehidupan manusia. Begitu juga dalam konsep
akidah, Al-Quran menbantu manusia menyempurnakan ibadah dan melahirkan insan yang
berakhlak mulia. Oleh itu, segala ilmu harus ditunjangi wahyu yang benar kerana akal hanya
bersifat logik. Selain itu, hujah tersendiri seperti Mu’tazilah dan Hashawiyyah yang hanya
menerima salah satu daripada wahyu dan akal malah menerima atau menolak satu
daripadanya secara berlebih-lebihan, hal ini menyalahi seruan Al-Quran dan hadis kerana
seolah-olah menafikan kebenaran wahyu dan boleh menimbulkan implikasi negatif terhadap
akidah seseorang.

Keterbatasan akal manusia jelas dilihat kepada tahap ketepatan sistem berfikir yang
dibangunkan. Jika apa yang difikirkan itu tidak benar, maka jelas sekali ianya bercanggah
dengan wahyu iaitu Al-Quran dan hadis dan begitu juga sebaliknya. Seperti yang
diperjelaskan dalam petikan, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa akal mampu memperoleh
banyak pengetahuan sehingga timbul keimanan dalam hati manusia itu. Namun begitu, jika
ada orang berpengetahuan luas tetapi tidak beriman, maka ilmu itu belum sampai pada
hakikatnya. Keimanan seseorang akan membawa kepada kesejahteraan hidup sebagai seorang
insan yang bergelar hamba Allah S.W.T.

4.0 RUJUKAN

Article

14
Ahmad, M., Niteh, M. Y., & Ibhraim, M. R. (2016). ANTARA AKAL DAN WAHYU DARI

PERSPEKTIF ISLAM doi:http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/

prosiding/nilaisejagat/10-MAAD-AHMAD.pdf

Azhar, Alias (2013). “Pendemokrasian Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia: Satu

Tinjauan.” Jurnal Kajian Pendidikan, vol. 3, no. 1.

Cholik, Ahmad Arisatul (2015). “Relasi Akal Dan Hati Menurut Al-Ghazali.” Kalimah, vol.

13, no. 2, pp. 288–310., doi:10.21111/klm.v13i2.290.

Hassan, S. A. (2017). Kedudukan Wahyu dan Akal dalam Penghujahan berdasarkan Ilmu

Mantik. Sains Humanika, 9(4). doi:10.11113/sh.v9n4.1004

Henni Syafriana (2016). Epistemologi Question: Hubungan Antara Akal, Penginderaan,

Intuisi Dan Wahyu Dalam Bangunan Keilmuan Islam, vol. 1, no. 1, pp. 70–84.

Hutasuhut, Efrianto (2017) Akal Dan Wahyu Dalam Islam : (Perbandingan Pemikiran Harun

Nasution dan Muhammad Abduh), vol. 2, No. 1, pp. 176-205

Othman, Mohd Fuad, et al (2017). “PENDIDIKAN ROHANI BERASASKAN SAINS AL-

QURAN.” ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and


Civilization (ACER-J), vol. 1, pp. 64–77.

Rofa Ismail, Mat. (1994). Mantik, Matematik, dan Budaya Ilmu: Pendekatan Bersepadu

dalam Tradisi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya]

Sulaiman ibn Juljul, Abu Daud. (1955). Tabaqat al-Atibba’ wa al-Hukama. Kaherah:

Matba ‘ah al-Ma’had al-‘Ilmi al-Faransi li al-Athar al-Sharqiah.

Syamsuddin, Mukhtasar. (2012). "Hubungan Wahyu Dan Akal Dalam Tradisi Filsafat Islam."

Arete, vol. 1, no. 2.

Usof, Ab Aziz, and Mutiara Dwi Sari, (2017),“Pembangunan Modal Insan Daripada

15
Perspektif Islam: Impak Kepada Pengurus.” Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJ --‐ SSH), vol. 2, no. 1, pp. 40–53.

Wahab, M. R., &Azmi, M. F. (2013). Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah. Jurnal
Teknologi, 32-39.

Website

Bahagian Komunikasi Korporat MAIS. “Pertimbangan Akal Vs Ketundukan Wahyu.” Majlis

Agama Islam Selangor, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,


www.mais.gov.my/pertimbangan-akal-vs-ketundukan-wakyu

“Konsep Pemikiran Islam.” Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Ulama' Malaysia, 2016,

pum.org.my/?p=499.

“Rasulullah SAW Pembawa Rahmat Ke Seluruh Alam.” Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

– Rasulullah SAW Pembawa Rahmat Ke Seluruh Alam, Jabatan Kemajuan Islam


Malaysia, 19 Nov. 2018, www.islam.gov.my/e-hadith/1705-rasulullah-saw-
pembawarahmat-ke-seluruh-alam.

16

Anda mungkin juga menyukai