Anda di halaman 1dari 5

SUBJEK :

KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (DKI2353)

TAJUK :
PANDANGAN HIDUP DAN KERANGKA TEORITIKAL KAUNSELING

NAMA :
WARDAH SOLEHAH BINTI ZUL-HASYIMI (PID22125)
DIPLOMA KAUNSELING ISLAM

PENSYARAH :
DR. SHARAFUDDIN AISA BIN HAJI OTHMAN

JABATAN PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN INSAN


UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
SEMESTER 1 PENGAJIAN
2023/2024

1
ISI KANDUNGAN

BI TAJUK MUKA
L SURAT
1 ISI KANDUNGAN 2
3 PENGENALAN 3
4 PANDANGAN ISLAM TERHADAP KEJADIAN MANUSIA 4
5 PERBANDINGAN DI ANTARA TEORI KAUNSELING & 7
PSIKOTERAPI BARAT DENGAN ISLAM

2
PENGENALAN

Sejak berzaman, setiap manusia memerlukan seorang insan yang bermurah hati untuk
memberikan layanan istimewa untuk dijadikan tempat untuk berkongsi cerita sama ada
mengalami masalah hidup. Walaupon zaman telah berubah menjadi moden, bimbingan dan
kaunseling sering diperlukan oleh golongan besar manusia bagi meningkatkan kualiti hidup.
Persoalannya, apakah pegangan asas kepada proses kaunseling? Jawapannya ialah teori.
Dalam bidang kaunseling, teori boleh dijadikan sebagai petunjuk arah kepada para kaunselor
untuk menjalankan peranan mereka lebih memberangsangkan.

3
PANDANGAN ISLAM TERHADAP KEJADIAN MANUSIA

Mengikut pandangan Islam, kejadian makhluk dan manusia seperti yang ditegaskan di dalam
ayat al-quran yang bermaksud :
“Allah jualah yang yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahan) dan apabila
ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka dia hanya berkata kepadanya: “Jadilah
engkau! Lalu jadilah ia”. (Surah Al-Baqarah: 117)
Manusia merupakan makhluk ciptaan tuhan yang dianggap sebagai makhluk yang
mempunyai keistimewaan dari pelbagai makhluk yang lain. Unsur kejadian manusia menurut
Islam ialah roh, jasad, akal, hati dan nafsu.
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal)
daripada tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat
yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal
darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia
makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, pencipta yang paling baik.” (Al-
Mu’minun 23:12-14)

4
PERBANDINGAN DI ANTARA TEORI KAUNSELING & PSIKOTERAPI BARAT
DENGAN ISLAM
Kaunseling barat banyak bercanggah dengan nilai dan norma tempatan. Antaranya ialah
 Sudut agama
 Sosial
 Hukum
 Pengabaian
 Pendidikan secular
 Teknik
Teori kaunseling yang bercanggahan dengan islam
Kaunseling barat yang tidak memberi aspek penekanan kepada aspek spiritual manusia.
Aspek spiritual manusia jelas diterangkan dalam ayat Al-Quran yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, makai a akan memberikan kepadanya jalan
keluar (dari kesulitan) dan akan memberinya rezeki yang tiada ia duga dari mana asal” (Al-
Talaq:3)
Pandangan Freud dan berdasarkan Islam
Freud mengatakan bahawa manusia terbentuk dari 3 sistem personality iaitu id, ego dsn
superego manakala Islam mengatakan bahawa manusia itu secara fitrahnya adalah baik.
Freud memberitahu bahawa manusia semula jadinya bersifat biasa manakala Islam
menyatakan manusia dilahirkan ke dunia untuk menjadi khalifah Allah S.W.T dan ia
bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan. Freud juga menyatakan bahawa tujuan manusia
adalah untuk memenuhi desakan seksual dan rangsangan manakala Islam melihat personaliti
manusia secara keseluruhan tingkah lakunya sama ada berbentuk zahir atau batinnya.
Pandangan Rogers dan berdasarkan Islam
Pandangan Rogers dalam Teori Pemusatan Klien pula menganggap manusia sebagai makhluk
yangpositif, rasional dan sentiasa bergerak maju. Manusia juga akan menuju ke
kesempurnaan kendiri iaitu self-actualization. Manusia diberi kebebasan mengalami,
memenuhi, dan menyempurnakan keperluan asasnya. Teori Rogers mempunyai titik
persamaan dengan pandangan Islam yang mana manusia secara fitrahnya adalah baik. Rogers
juga mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan yang mutlak. Tetapi dalam Islam
manusia merupakan makhluk Allah yang dianugerahkan akal fikiran dan mempunyai
kebebasan yang terhad, seperti dalam ayat Al-Quran :
“Otak, mata dan telinga memang dianugerahkan untuk menggunakan sejauh
kesanggupannya dan tak boleh lalai.” (Al-A’raaf:79)

Anda mungkin juga menyukai