Anda di halaman 1dari 11

HSE 353E – HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE 18TH CENTURY

SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2022 / 2023

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOALAN 7:

“Kejayaan Revolusi Bolshevik di Rusia pada Oktober 1917 adalah disebabkan oleh

ketokohan Lenin semata-mata.” Bincangkan ketepatan pernyataan di atas.

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. NOOR HAZWANI BINTI MUHD HASSAN (151999)

2. FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI (151025)

HARI TUTORIAL: SELASA

MASA: 10 – 10.50 PAGI

NAMA PENSYARAH: DR. NURASMAHANI BINTI HUSSAIN


1.0 PENGENALAN

Pada tahun 1917 Rusia melalui dua revolusi iaitu pada bulan Februari dan Oktober. Revolusi

pertama menggulingkan kerajaan Tsar dan menggantikannya dengan Kerajaan Sementara yang

membenarkan Suruhanjaya Hubungan Soviet Petrograd untuk menasihati kerajaan. Namun,

rakyat melakukan bantahan dan mogok terhadap kerajaan baharu apabila Rusia masih terlibat

dalam Perang Dunia Pertama. Oleh itu, Kerajaan Sementara bertindak balas dengan

menubuhkan Kerajaan Gabungan dengan Jawatankuasa Eksekutif Petrograd Soviet.

Bagimanapun, tindakan ini telah mencetuskan masalah birokrasi kerana kerajaan tidak dapat

menyelesaikan isu-isu yang kritikal seperti kebuluran dan penyembelihan yang sedang meluas.

Krisis sebegini mengakibatkan peluang bagi sesetengah pihak untuk merebut kuasa autokratik.

Partai Boshelvik atau Bolchinstvo adalah golongan terbesar Rusia yang menyetujui

terbentuknya partai perjuangan untuk menentang kekuasaan Tsar.1 Kumpulan ini bermaksud

mereka yang tertindas dan terputus dari kehidupan seharian mereka akibat penguasaan negara,

tuan tanah (bangsawan), dan borjuasi (kelas atasan) ke atas pengeluaran yang sepatutnya

menjadi sumber pendapatan bagi petani di Rusia. Revolusi bertukar menjadi jalan konflik

terbuka antara kuasa sosial yang terlibat dalam usaha untuk merebut kuasa. Pada 24 dan 25

Oktober, parti Bolshevik memimpin pekerja dan petani Rusia ke revolusi, di bawah slogan:

"Semua kuasa kepada Soviet". Parti Bolshevik memimpin Revolusi Rusia di bawah nama baru

iaitu Parti Komunis. Selain itu, parti ini akan menjadi satu-satunya parti politik yang

memerintah Kesatuan Soviet. Parti itu memperjuangkan peranan pelopornya, dan beroperasi

di bawah prinsip organisasi sentralisme demokrasi. Parti Bolshevik telah ditubuhkan selepas

Kongres Kedua Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia pada tahun 1903. Kongres secara

keseluruhan telah bersetuju dengan taktik untuk revolusi yang akan datang iaitu keperluan

1
Putri Kristinawati, "Peran Partai Boshelvik dalam Revolusi 1917 dibawah Pimpinan Vladimir
Lenin." Universitas Sumatra Utara (2013), 87-99 (hlm, 87)
untuk revolusi di Rusia adalah jelas dan ahli-ahli bersetuju dengan tujuan akhir untuk

menubuhkan Sosialisme.

Parti Bolshevik dengan Lenin sebagai ketuanya, menekankan keperluan untuk revolusioner

militan dalam parti, percaya bahawa dengan penganiayaan politik yang melampau di Rusia

ditambah dengan program parti revolusioner, parti itu tidak boleh kekal di landasan jika pekerja

yang menyertai tidak berdedikasi sepenuhnya kepada program revolusioner. Lenin

menekankan keperluan untuk membezakan antara kesatuan sekerja dan organisasi revolusioner

di negara-negara di mana penindasan politik adalah melampau sehingga ke tahap yang

mencampurkan kedua-duanya akan mendorong kedua-duanya ke dalam penganiayaan.


2.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN REVOLUSI BELSHOVIK DI RUSIA PADA

OKTOBER 1917

2.1 KETOKOHAN LENIN

Vladimir Lenin aktif dalam politik revolusioner sejak 1893 apabila beliau berpindah ke Saint

Petersburg. Lenin telah ditangkap pada tahun 1895 dan dituduh menghasut kerana bercakap

kepada penyokong yang datang untuk menyambutnya. Lenin mengecam Kerajaan Sementara

dan mencadangkan revolusi proletariat di seluruh benua Eropah. Selepas kembali ke Rusia,

dalam pertemuan di kalangan Bolshevik, Lenin mengutuk Bolshevik yang ingin berdamai

dengan Menshevik. Lenin mengecam kaum Menshevik yang mempunyai pengaruh kuat di

Petrograd Soviet atas sokongan mereka terhadap Kerajaan Sementara dengan memanggil

mereka pengkhianat kepada sosialisme.

Pada 4 April 1917, Lenin tiba di Petrograd dan menyampaikan Tesis Aprilnya kepada parti-

parti Sosial-Demokratik untuk menerangkan program Bolshevik baharu di tengah-tengah

pembangkang hampir keseluruhan parti. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah masa

untuk menubuhkan sebuah masyarakat Sosialis. Hal ini berikutan kerana, sebelumnya Kerajaan

Sementara borjuasi berakar umbi di Rusia. Dalam beberapa minggu seluruh parti Bolshevik

telah bergerak untuk menyokong program revolusioner Lenin.

Lenin membentangkan pandangannya dalam tulisan bertajuk "Tesis April", yang

menggariskan tugas-tugas revolusi proletariat yang akan dijalankan oleh Bolshevik. Mengutuk

Kerajaan Sementara sebagai kerajaan borjuasi dan menyeru rakyat Rusia untuk tidak

menyokongnya. Menyeru untuk tidak menubuhkan republik parlimen kerana ia adalah langkah

songsang. Sebaliknya, Lenin menggesa penubuhan sebuah republik yang terdiri daripada

perwakilan soviet untuk pekerja, buruh pertanian dan petani di seluruh negara. Menyeru untuk

membubarkan polis, tentera dan birokrasi. Menyeru agar tanah di seluruh negara di
nasionalisasikan dan diambil alih oleh Soviet Buruh Pertanian dan Wakil Peladang di peringkat

tempatan.

Tambahan pula, Lenin juga menyenaraikan tugas parti seperti mengadakan kongres parti

dengan segera, mengubah suai program parti, meminda minimum parti yang ketinggalan

zaman dan menukar nama parti. Lenin berpendapat bahawa untuk memisahkan dirinya

daripada parti-parti sosial demokratik di Eropah yang menyokong penyertaan negara masing-

masing dalam Perang Dunia Pertama dan pemimpin sosial demokratik yang mengkhianati

perjuangan sosialisme dengan memeluk politik borjuasi, adalah lebih baik untuk

menggantikannya dengan panggilan “social democracy” atas nama parti kepada nama baru

iaitu parti komunis. Di samping itu, Bolshevik di bawah pimpinan Lenin telah menawarkan

alternatif baru kepada rakyat Rusia yang boleh disimpulkan dalam slogan " Roti, Tanah dan

Perdamaian ". Melalui Dewan Soviet, Lenin dan Parti Boshelvik melancarkan program parti

“Roti, Tanah dan Perdamaian” yang isi tuntutannya adalah, pembahagian tanah untuk para

petani, menasionalisasikan perusahaan industri dan menamatkan Perang Dunia Pertama.2

Lenin telah menyemarakkan ketidakupayaan dan keengganan Aleksandr Kerensky untuk

memimpin revolusi menuju kejayaan serta memanfaatkan rasa tidak puas hati yang semakin

meningkat di kalangan penduduk. Oleh itu, terbukti bahawa personaliti dan kemahiran

kepimpinan Lenin membantunya memenangi sokongan dan kepercayaan orang ramai.

2
Ibid, hlm 97.
Kegagalan kerajaan sementara untuk memenuhi revolusi

Lenin tiba di Petrograd pada 16 April 1917, sebulan selepas Tsar dipaksa untuk

mengundurkan diri. Setelah beliau sampai ke Rusia, Lenin telah mula mempengaruhi rakan-

rakannya yang majoritinya menerima kekuasaan Kerajaan Sementara untuk menolak Kerajaan

Sementara tersebut. Menurut Lenin kerajaan ini sebagai kuasa imperialis dan tidak layak

mendapat sokongan oleh Sosialis walaupun ia memperjuangkan demokrasi. Lenin mendakwa

Kerajaan Sementara itu tidak dapat memuaskan keinginan para pekerja, askar, dan petani

dalam mendapatkan perdamaian segera dan pembahagian ladang-ladang dalam kalangan

petani. Di mana, Kerajaan Sementara tidak memenuhi tiga matlamat utama kepada rakyat

Rusia, iaitu ‘bread, peace and land’ atau ‘roti, keamanan dan tanah’. Roti adalah jaminan

kerajaan untuk memberikan rakyat roti atau makanan bagi mengelakkan kebuluran, keamanan

pula adalah untuk menamatkan pelibatan Rusia dalam Perang Dunia I manakala tanah pula

jaminan rakyat untuk meneruskan kehidupan dengan adanya tanah untuk dibuat tempat

tinggal3. Pada bulan Oktober 1917, tentera Rusia yang sudah letih lesu kerana makanan yang

tidak mencukupi serta pakaian dan tempat tinggal yang sempurna4 berasa kecewa dan inginkan

keamanan5. Berikutan kegagalan serangan di Galicia, ramai askar-askar telah pulang ke

kampung halaman dan mula dipengaruhi oleh seruan “tanah dan kebebasan” bagi mendapatkan

tanah berbanding menyertai seruan pemerintah.6 Namun begitu, kesilapan Kerajaan Sementara

yang tidak dapat memenuhi ketiga-tiga matlamat itu telah menyebabkan kebangkitan daripada

rakyat bermula terutamanya setelah dihasut oleh Lenin yang berpendapat hanya kerajaan

Soviet yang diketuai oleh pekerja, askar, dan petani sahaja yang dapat memenuhi tuntutan-

tuntutan tersebut. Di bawah pihak Soviet yang sepatutnya memegang kuasa sebenar di Rusia

3
Rex A. Wade., The Russian Revolution, 1917. (Cambridge University Press, 2017), hlm. 127.
4
Ibid, hlm. 95.
5
Op. cit, Treadgold D.W. m.s. 155.
6
Rex A. Wade., The Russian Revolution, 1917, hlm. 100.
telah memberikan kuasa mereka kepada Kerajaan Sementara. Perkara ini menyebabkan Lenin

mendesak pihak Bolshevik untuk menghasut dan memujuk petani, askar dan pekerja

mendapatkan semula kuasa negara untuk Soviet daripada Kerajaan Sementara. Persidangan

Parti Bulan April telah meluluskan cadangan Lenin parti Bolshevik mesti menarik semula

sokongan kepada Kerajaan Sementara dan seterusnya memenangi hati majoriti Soviet yang

lain supaya bersetuju kuasa diserahkan semula kepada Soviet. Hal ini memperlihatkan

kelemahan dan kesilapan pemerintahan Kerajaan Sementara yang membawa kpada keruntuhan

nilai moral anggota askar serta golongan petani yang mula bertindak menyalahi peraturan

kerajaan dan mereka mula menyebelahi pihak Bolshevik bagi memperjuangkan semula hak

mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa kesilapan Kerajaan Sementara ini telah membuka ruang

kepada faktor kejayaan Revolusi Bolshevik 1917.

2.2 Suasana atau keadaan rakyat yang hidup gelisah.

Faktor seterusnya yang mencetuskan kejayaan Revolusi Bolshevik pada Oktober 1917

ialah suasana atau keadaan rakyat Rusia yang hidup gelisah. Hal ini demikian kerana, terdapat

matlamat yang masih belum dicapai oleh kerajaan sementara yang menjanjikan untuk

melaksanakan tiga matlamat iaitu, ‘bread, peace and land’.7 Perkara ini menyebabkan rakyat

lebih mudah terpengaruh untuk tertarik dengan idea Lenin, di mana beliau memujuk golongan

ini sewaktu mereka berada dalam keadaan yang keletihan dan terdesak. Bolshevik kekal

sebagai minoriti dalam Soviet dari bulan Mac hingga September 1917. Namun apabila

menjelang musim luruh, Kerajaan Sementara yang diketuai oleh Sosialis sederhana iaitu

Aleksandr Kerensky telah kehilangan sokongan. Hal ini demikian kerana, ketiadaan pekerjaan,

makanan yang tidak cukup, ekonomi yang malap menyebabkan rakyat berada di dalam keadaan

yang murung dan keresahan memikirkan cara bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan

7
Ibid.
mereka. Selain itu, peningkatan kadar keletihan akibat perang dan kemelesetan ekonomi telah

menyebabkan para pekerja, petani, dan askar, yang menuntut perubahan segera itu telah mula

hilang sabar8. Lenin telah memanfaatkan kekecewaan yang semakin meningkat dalam

kalangan rakyat itu dengan mengapi-apikan atau menghasut tentang ketidakupayaan dan

ketidaksediaan Kerensky untuk meneruskan revolusi tersebut sehingga berjaya. Namun

Kerensky mendakwa bahawa hanya dewan konstituen yang dipilih secara bebas mempunyai

kuasa untuk menentukan masa depan politik Rusia. Sementara itu, Lenin dan parti Bolshevik

terus menuntut dan mendesak tiga matlamat yang dijanjikan oleh kerajaan sementara, iaitu

‘keamanan, tanah, dan roti’ dengan segera tanpa sebarang kelewatan. Kegagalan kerajaan

sementara merealisasikan tiga matlamat itu telah menyebabkan barisan Bolshevik semakin

mendapat sokongan dalam kalangan pekerja, askar, dan petani. Menjelang bulan September,

golongan rakyat ini telah mengundi memihak kepada Bolshevik, maka dengan itu Bolshevik

menjadi pihak majoriti dalam Soviet Petrograd dan juga dalam soviet-soviet yang lain dari

bandar-bandar utama di seluruh negara. Justeru, jelaslah bahawa faktor suasana rakyat yang

gelisah pada waktu tersebut yang membuka atau membawa kepada kejayaan Revolusi

Bolshevik di Rusia pada Oktober 1917.

8
Rex A. Wade., The Russian Revolution, 1917, hlm. 103.
3.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusan, kita dapat melihat bahawa kejayaan Bolshevik yang berlaku pada tahun

1917 bukan sahaja disebabkan oleh faktor ketokohan Lenin semata-mata, malah ada lagi faktor

yang membantu kejayaan revolusi ini. Antaranya ialah seperti kegagalan kerajaan sementara

dan suasana atau keadaan rakyat yang hidup dalam kegelisahan. Ringkasnya, dalam tempoh

hanya sembilan bulan pada tahun 1917 Rusia mengalami dua revolusi yang mengubah nasib

negara selama-lamanya.

Dalam revolusi Rusia yang berlaku pada tahun 1917, revolusi dibahagikan dan berlaku

dalam dua fasa. Fasa pertama ialah Revolusi Februari 1917, di mana kadet, Mensheviks dan

Bolsheviks bersatu untuk menggulingkan Tsar. Revolusi bermula di Petrograd dengan

demonstrasi menuntut kewujudan barangan runcit, kemudian diikuti dengan mogok.9 Keadaan

Rusia semakin keruh apabila wujudnya perbezaan sosial yang ketara antara golongan Tsar dan

penyokongnya dengan golongan bawahan seperti pekerja dan petani. Krisis kebuluran dan isu

pemilikan tanah yang dihadapi oleh penduduk juga mendorong berlakunya revolusi. Akibatnya

terdapat krisis revolusioner yang mencetuskan Revolusi Rusia 1917. Faktor ekonomi di latar

belakang berlakunya Revolusi Rusia 1917 adalah keadaan ekonomi Rusia menjadi hancur oleh

perang. Pada bulan Februari, revolusi telah dijalankan sehingga monarki Rusia iaitu dinasti

Romanov runtuh apabila rakyat berjaya menggulingkan Tsar. Revolusi yang dilakukan pada

bulan Oktober pula, golongan tentera telah membantu merampas kuasa yang pada ketika itu

dipegang oleh kerajaan sementara dan diberikan kuasa pemerintahan kepada Bolshevik. Pada

mulanya, parti Bolshevik merupakan parti yang kecil di Rusia dan mereka juga memegang

jawatan radikal dan berhaluan kiri.

9
Ahmad Afandi, Dewita Harthanti & Nurhayati, “Revolusi Rusia (Bolshervik) Dan Pengaruh Terhadap
Kehidupan Sosial, Ekonomi Dan Politik Rusia Pada Tahun 1917-1922’ (Indonesia, 2018), 42-50 (hlm 49)
Ahli sejarah mengatakan bahawa Lenin dan penyokongnya dapat mengekalkan kuasa

kerana kekuatan yang ada dalam organisasi parti Bolshevik serta kesediaan untuk menjanjikan

rakyat bahawa hasrat mereka akan dipenuhi dengan segera tanpa perlu menunggu kemenangan

dalam perang, konvokesyen Dewan Perlembagaan dan lain-lain.

Sebaik sahaja Bolshevik berkuasa, mereka mengisytiharkan bahawa akan ada keamanan

dan pemilikan tanah. Hal ini kerana, tuntutan utama rakyat ialah keamanan dan tanah. Revolusi

Bolshevik ini telah membawa perubahan besar bagi Rusia menuju pembentukan pemerintahan

kerajaan Soviet yang berikutnya telah menjadi kuasa besar di dunia khususnya selepas Perang

Dunia Kedua. Tambahan pula, ideologi komunis juga telah mempengaruhi hampir satu per tiga

daripada bahagian dunia.10

10
Ibid.
4.0 RUJUKAN

Afandi, Ahmad, Dewita Harthanti, and Nurhayati Nurhayati. "Revolusi Rusia (Bolshervik)

Dan Pengaruh Terhadap Kehidupan Sosial, Ekonomi Dan Politik Rusia Pada Tahun 1917-

1922." (Historis: Jurnal Kajian, Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Sejarah 3, no. 2,

2018)

Putri Kristinawati, “Peran Partai Boshelvik Dalam Revolusi 1917 Dibawah Pimpinan

Vladimir Lenin.” (Indonesia: Universitas Sumatra Utara, 2013).

Carr, E.H., “Consolidating the Dictatorship. In: The Bolshevik Revolution 1917–1923.”

(London: Palgrave Macmillan, 1950).

Rex A. Wade., “The Russian Revolution, 1917.” (England: Cambridge University Press,

2017).

Anda mungkin juga menyukai