Anda di halaman 1dari 1

Home > Pemakanan > Kanak-kanak > Pemakanan Kanak-Kanak

yang kurang Berat Badan

Pemakanan Kanak-Kanak yang


kurang Berat Badan
123

Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun


langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi,
bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan
mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti
fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah
kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil,
namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau
bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar
mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan
atau emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya


mengalami kekurangan berat badan?

Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status


pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan
kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk
mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti
corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan


menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya
serta membuat perbandingan dengan rujukan standard.
Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan
dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan
ketinggian mengikut jantina.

Anggota kesihatan akan menimbang berat dan


mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk
menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang
sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga
akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka
mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan
berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar
untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak
boleh dijangka.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil


kira bagi kanak-kanak yang mengalami
kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih


cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin
berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah
untuk menumpukan perhatian.

Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan


terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.

Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk


berunding dengan doktor untuk mengenal pasti
masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin


menyebabkan masalah kekurangan berat
badan. Ini termasuk:

Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian


yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan
harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin
beberapa minggu atau bulan sebelumnya.

Penyakit seperti jangkitan cacing.

Tekanan.

Senaman yang berlebihan

Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda


kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan
ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang
tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat
badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.

Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk


membantu anak yang mengalami kekurangan
berat badan? Jika doktor menyarankan
pertambahan berat badan, objektif utama
adalah untuk:

Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih.


Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang
berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan
daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

Adalah penting bagi anak anda mengambil protein,


karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi
membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan
perkembangan.

Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya


anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-
kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

Elakkan memberi anak makan makanan yang


mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-
gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi
kandungan lemak dari kedai makanan segera.

Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan


kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.

Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman


berkhasiat seperti jus dan susu.

Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Apakah yang patut anak saya makan?

Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau


penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila
menyediakan makanan, utamakan sumber lemak
tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai
pengganti mentega atau marjerin.

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Ditambah ayam / daging / minyak


Nasi / bubur
/ marjerin

Ditambah marjerin / mentega


Roti
kacang / keju

Ditambah marjerin / mentega


Biskut kraker
kacang / keju

Susu Ditambah serbuk coklat / aiskrim

Ditambah susu / minyak /


Telur
marjerin / keju

Kentang – dilenyek / Ditambah susu /minyak /


dibakar marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan


kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga
hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak
yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia
makan.

Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak


anda sepanjang hari.

Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat


seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti
kismis), lobak merah dan kacang.

Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan


banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit
perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu
mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa


positif tentang imej dirinya?

Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu


juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi
saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar
pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang
penting, anak anda sihat.

Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah


sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing
oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan
lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau
perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini
untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan
anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan
mengenai berat badan.

Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan


secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat,
aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap
tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu

Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

90g (1/2 cawan) beras

1 sudu makan marjerin

30ml (2 sudu makan) puri tomato

125ml (1/2 cawan) jus tomato

125ml (1/2 cawan) air

5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran

10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk

10g (2 cm) halia, dihancurkan

60g (1 biji) bawang besar, dihiris

100g (2 biji) tomato, dipotong dadu

125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin),


dihiris nipis

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Cara memasak

Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri


tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan
marjerin.

Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang


besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang
dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan
daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika
perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang
atau ayam)

Tutup api dan letakkan berasingan.

Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat.


Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan
daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.

Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas


pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan

Kalori (kkal) : 173.0

Protein (g) : 10.0

Zat Besi (mg) : 3.5

Lemak (g) : 2.0

Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-


kanak Berusia 1 – 3 Tahun

Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin

Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu

Makan Tengah hari


1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak /
marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang

Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak
masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik

Makan Lewat Malam


1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-


kanak Berusia 4 – 6 Tahun

Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng

Minum Pagi
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu

Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak
masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang

Minum Petang
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu

Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak
masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal

Semakan akhir : 10 Mac 2009

Penulis : Rashadiba bt. Ibrahim

Related Articles
Tabiat Makan Malam

Tips Penyediaan Makanan Untuk Pesakit Hipertensi

Langkah-langkah Mengurangkan Berat Badan


dengan Selamat

Related Videos

Buli Siber (Kategori III)


Puberphonia Before Treatment
Childproof Container

Tarikh Kemaskini
13 September 2022

Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 10 ke atas atau Mozilla Firefox
40 ke atas atau Google Chrome 40 ke atas atau Safari 4 ke atas
dengan resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.

Bilangan Pengunjung
187,679,749 sehingga 31 Ogos 2022

! " # !
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan
Pengguna | Jaminan Kualiti $

Anda mungkin juga menyukai