Anda di halaman 1dari 1

Sumber ilmu epistemology Islam yang seterusnya ialah wahyu.

Wahyu merupakan
ilmu paling tinggi yang datang secara lansung daripada Allah SWT. Wahyu juga merupakan
sumber ilmu yang azali. Ilmu yang azali merujuk kepada ilmu Allah yang hakiki, qadim,
kekal dan mutlak berbeza dengan ilmu manusia yang sentiasa berubah-ubah mengikut
keadaan dan masa seta tidak kekal. Wahyu merupakan sumber pengetahuan paling utama
yang menjadi asas, ukuran dan rujukan atas setiap kebenaran pengetahuan rasional, empirikal
atau intuisi. Wahyu boleh dikaji secara rasional atau pendekatan empirikal terutama yang
melibatkan pengalaman manusia dalam konteks individu dan alam nyata. Perkara yang
berkaitan ketuhanan, alam ghaib seperti alam kubur dan roh tidak dapat dikaji secara
empirikal kerana berada diluar kemampuan dan jangkauan manusia. Contohnya, Al-Quran
merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w melalui
perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran sebagai sumber utama ilmu tidak dapat diragukan lagi
kerana ia adalah kebenaran mutlak yang membawa kepada keyakinan. Al-Quran juga
membolehkan manusia menjalani kehidupan berlandaskan wahyu Allah s.w.t tanpa
melakukan kebinasaan di dunia dan menjamin kebahagiaan hidup di akhirat. Dalam Surah al-
`Alaq, jelas menunjukkan bahawa sumber segala ilmu adalah dari Allah kerana Dia yang
mengajar manusia apa yang tidak diketahui oleh manusia. Para malaikat juga mengakui
bahawa mereka tidak mempunyai sebarang ilmu melainkan apa yang diberikan oleh Allah
s.w.t. Selain itu, Al-Quran mengisyaratkan bahawa terdapat sumber-sumber ilmu yang lain
jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan membawa kepada kebenaran wahyu
Ilahi. Ini disebabkan pada akhir sesuatu kajian itu akan menuju kepada sumber yang sama
juga iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, Al-Quran sendiri merupakan sumber utama pelbagai bentuk
ilmu seperti ilmu sejarah, metafizik, sosiologi, sains dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai