Anda di halaman 1dari 1

Nilai Patriotisme(Shafq)

Nilai Patriotisme merupakan antara tanggungjawab sosial masyarakat untuk memupuk


kesedaran nasional. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017),Nilai patriotisme merujuk
kepada perasaan cinta yang kuatkepada tanah air. Semangat cinta tanah air ini akan mendorong
seseorang melakukan setiap tindakan dan keputusan mengikut kepada kepentingan atau keutamaan
kepada negara. Semangat ini pada umum hanyalah berkisar kepada cinta tanah air untuk
membebaskan dari penjajahan asing. Namun perubahan politik dunia telah merubah dan telah
mendorong penggembangan nilai patriotisma dalam pelbagai bidang dan kehidupan rakyat negaranya.

Nilai patriotisme ini haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat untuk memupuk
kesedaran ini terdapat beberapa langkah. Menurut Fahmy A Rosli(2015) memasang bendera,
menyanyikan lagu negara dan menyertai perhimpunan kemerdekaan adalah antara langkah-
langkahnya. Perilaku ini akan mendorong masyarakat menyanyangi negara. Masyarakt juga perlu
sedar bahawa kepelbagaian kaum yang wujud dalam negara ini juga perlulah dipelihara bagi
mengelakkan sebarang masalah tercetus. Fenomena buruk yang berlaku dalam negara akan
mendorong ahli negara berpindah kenegara lain kerana meraka berasa kurang selamat di negara
sendiri. Perkara ini boleh menghakis semangat atau nilai patriotima seseorang.

Selain itu , dengan adanya semangat patriotisme yang tinggi, masyarakat akan menjadi
semakin peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara. Selain itu, pengaruh asing yanga
mengggugat kedaultan negara seperti serangan siber yang menyebarkan maklumat yang tidak sahih
sering menghasut minda masyarakat. Justeru, nilai patriotism ini adalah yang berkesan dan mantap
untuk mengekalkan kemerdekaan sehingga pada masa akan datang. Oleh itu, Sebagai sebuah negara
yang membangun, masyarakat haruslah mengetahui kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara
tidak bergantung kepada seseorang individu. Namun, kemajuan ini dicapai hasil pepaduan dan
patriotism yang tinggi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan menjadi pemangkin untuk
memupuk kesedaran nasional dan mempunyai nilai peradaban yang tinggi.

Jadual 1 : Sorotan Literatur Nilai-Nilai Patriotisme

Sarjana Sumbangan
Fahmy A Rosli(2015) Patriotisme,perpaduan,integrity kukuh nilai rakyat Malaysia
Dewan Bahasa dan Definisi = Patriotisme
Pustaka (2017

Anda mungkin juga menyukai